Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEBERKESANAN PROJEK INOVASI DIGITAL

a) Keberkesanan Hasil Produk Inovasi Digital Terhadap Penyelesaian Isu Pengajaran


Dan Pembelajaran Bimbingan Dan Kaunseling.

“Buku Digital E-Pengurusan Masa” merupakan salah satu projek inovasi yang
dihasilkan untuk menyelesaikan isu pengajaran dan pembelajaran bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Projek ini juga akan membantu murid-murid sekolah yang
menghadapi masalah pengurusan masa yang tidak baik supaya mereka memberi fokus
semasa sesi pembelajaran dan sering tidak ponteng sekolah. Walau bagaimanapun,
beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikenal pasti dalam projek ini selepas menjalankan
ujian rintis dan mendapat maklum balas daripada pensyarah pembimbing dan rakan sekelas
semasa pembentangan projek inovasi ini.

Kekuatan pertama yang ketara adalah projek ini dapat menarik minat murid-murid di
sekolah rendah untuk lebih menyukai aktiviti bimbingan dan kaunseling yang dijalankan. Hal
ini demikian kerana, ia direka bertemakan karton “Minions” lalu beberapa kilp video dan
animasi juga disertakan dalam projek ini. Pada masa kini, kebanyakan murid sekolah lebih
gemar untuk mempelajari sesuatu dengan menggunakan kemudahan ICT. Maka, projek ini
tentu dapat menarik minat murid dan memupuk sikap cintakan slot bimbingan yang
dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling (GBK) dalam diri murid.

Seterusnya, kekuatan yang lain adalah projek ini mempunyai ciri mesra pengguna
yang agak tinggi. Hal ini dapat terbukti melalui dapatan yang diperolehi daripada ujian rintis
yang telah dijalankan. Projek yang dihasilkan dapat diakses dengan cara yang lebih mudah
dan tidak memerlukan tatacara yang agak rigid semasa menggunakannya. Hal ini kerana,
walaupun projek ini direka cipta menggunakan perisian seperti Adobe Illustrartor, Adobe
Photoshop CS6 dan Audacity secara khususnya projek yang dihasilkan adalah dalam
bentuk aplikasi PowerPoint. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling tidak memerlukan
perisian dan tatacara yang spesifik semasa menggunakan projek ini.

Di samping itu, kekuatan yang terakhir adalah projek ini juga menyampaikan satu
mesej yang amat berguna kepada murid-murid sekolah. Ini adalah berdasarkan dari tema
projek yang dipilih iaitu “Pengurusan Masa”. “Buku Digital E-Pengurusan Masa” ini
mendedahkan tentang kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh murid jika tidak menguruskan
masa mereka dengan baik melalui sebuah jalan cerita yang menarik. Selain itu, bahagian
kedua projek ini juga mengandungi kuiz yang boleh dijawab oleh para murid. Melalui ini,
kesedaran tentang pengurusan masa yang efektif dapat dipupuk dalam diri murid. Jadi,
projek ini dapat mengubah sikap dan tingkah laku murid supaya mereka dapat mengurus
masa mereka dengan baik pada masa akan datang.

1
Walaupun projek ini mempunyai beberapa kekuatan yang tidak dapat dinafikan,
namun kelemahan juga dikenal pasti dalam penghasilan projek inovasi ini. Kelemahan
pertama yang terdapat dalam projek ini adalah ia tidak memaparkan butang “pause” dan
“back” semasa menggunakan aplikasi ini. Misalnya, ketiadaan butang “back” telah
menyebabkan pengguna untuk menghadapi kesukaran apabila ingin membaca semula slaid
yang lepas. Manakala, ketiadaan butang “pause” pula menyebabkan murid untuk membaca
slaid yang dipaparkan dalam masa yang terlalu singkat. Hal ini akan menyebabkan murid
tidak mendapat maklumat yang sepenuhnya melalui aplikasi ini.

Selain itu, klip video yang disertakan dalam bahagian ketiga projek ini juga tidak
begitu sesuai untuk murid-murid di sekolah. Hal ini kerana, klip video bertemakan
pengurusan masa yang dipilih adalah tidak mengikut tahap penguasan murid sekolah
rendah dan mempunyai tahap bahasa yang agak gramatis. Keadaan ini menyebabkan
murid-murid sekolah mengahadapi kesukaran dalam memahami konteks klip video tersebut.
Seterusnya, kelemahan yang dikenal pasti adalah dari aspek soalan kuiz yang disediakan.
Sebagai contohnya, murid-murid tidak menerima jumlah skor yang mereka mendapat
selepas menjawab soalan kuiz yang telah disediakan. Hal ini menyebabkan guru untuk
mengiranya secara manual dan kaedah ini melambatkan proses aktiviti bimbingan yang
dijalankan oleh GBK.

b) Cadangan Penambahbaikkan Yang Boleh Dilakukan Atas Projek Inovasi Untuk


Menyelesaikan Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Bimbingan Dan Kaunseling.

Walaupun projek ini mempunyai beberapa kekuatan dan keberkesanan yang agak
tinggi terhadap kemahiran pengurusan masa murid namun masih terdapat beberapa perkara
yang dilihat memerlukan penambahbaikan. Penambahbaikan ini adalah untuk melicinkan
serta menjadikan projek ini lebih berkesan semasa pelaksanaannya.

Antara penambahbaikkan yang perlu difokuskan ialah dari segi penambahan butang
“back” dan “pause” di setiap slaid. Pada umumnya, murid memerlukan sedikit masa untuk
membaca dan memahami jalan cerita yang ditunjukkan dalam projek ini. Jadi, melalui
menambahkan butang “back” dan “pause” ini, murid dapat membaca jalan cerita dengan
perlahan agar mereka dapat memahami konteks cerita tersebut. Guru juga boleh
mengakses aplikasi ini dengan lebih mudah apabila butang “back” disertakan dalam setiap
slaid.

2
Selain daripada itu, bagi menyediakan klip video yang bersesuaian dengan tahap
penguasan murid, ia perlu lebih relevan dan memudahkan murid memahami kandungan
video yang ditunjukkan. Sebagai contoh, video yang bertemakan “Upin & Ipin” boleh
digunakan untuk memberi maklumat mengenai pengurusan masa yang baik kepada murid.
Hal ini demikian kerana, video seperti tersebut mempunyai aras bahasa yang sederhana
dan info yang ingin disampaikan adalah dalam bentuk yang mudah difahami oleh murid-
murid sekolah. Penambahbaikan yang lain adalah mengenai soalan kuiz yang disediakan.
Soalan kuiz yang disediakan perlu menunjukkan jumlah skor yang diperolehi oleh murid
selepas mereka menjawab kesemua soalan kuiz yang telah disediakan. Melalui ini, guru
dapat mengenal pasti pemenang dalam masa yang singkat dan mudah.

Antara penambahbaikan lain adalah dari aspek jalan cerita yang dihasilkan. Bagi
meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan “Buku Digital E-Pengurusan Masa” ini,
pelbagai jenis jalan cerita yang menarik perlu ditambahkan dalam bahagian “Buku Cerita
Digital” yang terkandung dalam projek ini. Melalui ini, murid-murid dapat membaca banyak
cerita yang disediakan dan mendapat celik akal yang lebih mendalam mengenai pengurusan
masa yang baik. Akhir sekali, diharap segala penambahbaikan ini mampu mengubah projek
ini menjadi lebih berkesan dan lebih inovatif. Ia bukan sahaja projek yang mampu menarik
minat murid menyertai aktiviti bimbingan yang dijalankan bahkan meningkatkan penguasaan
kemahiran pengurusan masa murid.

Anda mungkin juga menyukai