Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1 : TERJEMAHAN TEKNIKAL

Kaca dari angkasa

Para penyelidik mendapati kaca yang terbentuk di angkasa mempunyai sifat yang luar biasa.

oleh Karen Miller dan Dr. Tony Phillips

Ia mudah : campurkan semua bahan seperti pasir, batu kapur dan soda. Panaskan kesemua
bahan tersebut pada suhu 2000°F ke atas. Kemudian, sejukkan cecair yang panas itu dengan
teliti agar kristal tidak terbentuk.

Begitulah cara anda membuat kaca.

Para tukang di bumi telah menggunakan kaedah asas ini selama ribuan tahun lagi. Ia berhasil.
“Sekarang kita tahu ia terhasil dengan lebih baik di angkasa lepas.” kata Delbert Day yang
merupakan pakar kaca dan seramik yang telah melakukan eksperimen peleburan kaca di
angkasa lepas selama 20 tahun. Delbert Day merupakan Profesor Durator' Emeritus dalam
bidang kejuruteraan seramik di University Missouri, Rolla.

Semasa membuat eksperimennya yang pertama, Day menjangka akan memperoleh hasil kaca
yang lebih jernih. Hal ini kerana di bumi, peleburan cecair-cecair itu berasal daripada kaca
yang terbentuk. Kaca itu mesti disimpan dalam beberapa bekas yang berbeza. “Tapi itulah
masalahnya. Kaca ini akan melebur dan menghakis bekas tersebut pada suhu yang tinggi.”
kata Day. Disebabkan kaca yang melebur itu telah melarutkan bekas, maka leburan serta kaca
tersebut telah tercemar.

Dalam konsep mikrograviti pula, anda tidak perlu menggunakan bekas. Menurut Day, semasa
percubaan awal uji kajinya, leburan itu serta titisan cecair berdiameter adalah sekitar 1/4 inci.
Uji kaji itu telah dilakukan di tempat yang mempunyai tungku panas dengan tekanan
gelombang bunyi yang dipancarkan oleh levitator akustik.

“Dengan levitator akustik itu juga, kita boleh mencairkan dan menyejukkannya kemudian
mencairkan semula serta menyejukkan semula titisan cecair itu tanpa disentuh oleh apa-apa.”
jelas Day. Seperti yang dijangkakan oleh Day, peleburan cecair tanpa menggunakan bekas
akan menghasilkan kaca yang lebih berkualiti. Namun, apa yang mengejutkan adalah kaca itu
jauh lebih berkualiti daripada teori yang diramalkan.
Kebanyakan orang apabila memikirkan kaca akan memikirkan benda lut sinar yang terdapat
di tingkap. Akan tetapi, tidak semua kaca adalah lut sinar dan tidak semestinya terdapat di
tingkap. Terdapat beberapa pendapat yang berbeza menurut penyelidik, antaranya adalah
“kaca” merupakan bahan pepejal yang struktur dalamannya adalah amorf. Biasanya, atom-
atom dalam pepejal akan disusun dengan bentuk corak yang boleh diramalkan. Tetapi, jika
atom-atom itu digabungkan dengan cara yang tidak teratur seperti batu-bata yang dibuang ke
tanah, maka itulah kaca.

Kaca tingkap yang sering kita tahu adalah kaca yang diperbuat daripada silika. Silika
merupakan sebatian silikon dan oksigen. Pada dasarnya, ia merupakan pasir cair. Tetapi
secara teori pula, pencairan komposisi kimia boleh menghasilkan kaca selagi ia melebur dan
dapat disejukkan dengan pantas agar atom-atom itu tidak dapat bersatu dengan corak atau
kristal.

Di orbit Bumi pula, cecair ini tidak akan membentuk menjadi kristal dengan mudah
sepertimana ia terbentuk di bumi. Kaca akan lebih mudah terbentuk. Anda bukan sahaja akan
dapat menghasilkan kaca yang kurang tercemar, anda juga boleh membuatnya dari pelbagai
jenis leburan.

Tetapi, mengapakah perkara itu penting? Apa yang salah dengan kaca yang diperbuat
daripada silika?

Jika kaca tersebut untuk tingkap, penggunaan silika bukanlah satu masalah. Tetapi, kaca yang
diperbuat daripada komposisi bahan kimia yang lain mengandungi sebilangan besar sifat
yang tidak dapat dijangka. Misalnya, “kacamata bioaktif” boleh digunakan untuk merawat
tulang manusia. Kaca mata ini akan larut semasa kerja pemprosesan sudah berakhir. Selain
itu, Delbert Day juga telah menghasilkan kacamata yang tidak larut ke dalam tubuh manusia.
Kaca mata ini digunakan untuk merawat barah dengan memberikan radiasi dos yang tinggi
dan tepat ke tempat tumor.

Contoh lain adalah kaca yang diperbuat daripada logam. Kaca ini boleh menjadi sangat tebal
dan dapat menahan hakisan. Anda tidak perlu memesinnya ke bentuk yang terlalu tepat dan
rumit. Misalnya, untuk motor. Anda hanya perlu membentuk atau membuangnya. Perkara
yang menarik perhatian penyelidik di angkasa lepas adalah kaca florida. Kaca florida ini
merupakan campuran zirkonium, barium, lantanum, natrium dan aluminium. Kaca ini juga
dikenali sebagai "ZBLAN" dan seratus kali lebih telus daripada kaca yang berasaskan silika.
Perkara ini akan menjadi luar biasa untuk gentian optik.

http://www.firstscience.com/home/articles/space/glass-from-space_1418.html

Anda mungkin juga menyukai