Anda di halaman 1dari 2

Rabu Pembetulan Karangan 1/2A 1 September 2021

Cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya

近来
Sejak belakangan ini, kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Kita

haruslah menjaga keselamatan diri di jalan raya. Terdapat beberapa cara untuk

menjaga keselamatan diri di jalan raya.

Antaranya, kita patutlah memandu dengan mematuhi had laju yang

ditetapkan. Jika kita memandu melebihi had laju, kemalangan mungkin akan

berlaku. Kereta kita akan terbabas dan kita mungkin akan tercedera atau meninggal

dunia. Bak kata pepatah, biar lambat, asalkan selamat, kita patutlah mematuhi had

laju yang ditetapkan supaya tidak berlakunya kemalangan.

Seterusnya, kita perlulah mematuhi lampu isyarat. Apabila lampu isyarat

berwarna merah, kita hendaklah berhenti. Apabila lampu isyarat berwarna kuning,

kita hendaklah bersedia untuk berhenti. Apabila lampu isyarat berwarna hijau, kita

boleh meneruskan perjalanan. Jika kita melanggar lampu isyarat, kita mungkin akan

melanggar kenderaan lain. Dengan ini, kita akan mengalami kerosakan harta benda

dan nyawa akan terancam.

Selain itu, kita hendaklah memakai tali pinggang keledar semasa menaiki

kenderaan. Jika berlaku kemalangan, kita tidak akan tercampak keluar dari

kenderaan. Sekiranya kita tercampak keluar dari kenderaan, kita mungkin akan
mengalami kecederaan yang parah. Oleh itu, kita haruslah memakai tali pinggang

keledar semasa menaiki kenderaan.

Di samping itu, penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar semasa

menunggang motosikal. Apabila kepala kita terhantuk pada jalan tar, 柏油路 kita

mungkin akan mengalami kecederaan yang parah dan mungkin akan meninggal

dunia. Oleh itu, kita dapat menjamin keselamatan diri dengan memakai topi keledar.

Akhir sekali, kita mestilah melintas jalan raya dengan menggunakan lintasan

belang atau jejantas. Jika kita tidak menggunakan lintasan belang atau jejantas, kita

mungkin akan dilanggar oleh kereta yang dipandu dengan pantas. Dengan ini, kita

mungkin akan mengalami kecederaan yang parah. Oleh itu, kita haruslah

menggunakan jejantas atau lintasan belang untuk melintas jalan raya dengan

selamat.

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga keselamatan diri di jalan raya kerana

malang tidak berbau. Ingatilah orang yang tersayang yang masih menunggu

kepulangan anda. Marilah kita sama-sama menjadi pengguna jalan raya yang

berhemah.

Anda mungkin juga menyukai