Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 2

LAPORAN KAJIAN KES PERSATUAN

PERSATUAN MALIM GUNUNG MALAYSIA

1.0 SEJARAH PENUBUHAN

Persatuan ini ditubuhkan oleh sekumpulan individu yang menjadikan kerjaya malim
gunung sebagai kerjaya sepenuh masa. Malim Persatuan ini ditubuhkan untuk mengumpul
dan menyatukan semua malim gunung di Malaysia di bawah satu badan. Penambahan jumlah
malim gunung bebas mbuatkan terasa perlunya ada badan yang membela, mengurus dan
mengawal selia aktiviti malim gunung di Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan secara rasmi pada
15 Oktober 2015.

2.0 PROSES PENUBUHAN

Penubuhan persatuan ini kali pertama disuarakan pada tahun 2010 oleh malim
gunung seramai 12 orang dalam mesyuarat tertutup di Batu Caves Business Centre.
Bagaimanapun, persatuan ini gagal ditubuhkan atas sebab kelemahan teknikal. Cadangan
penubuhan persatuan ini diusulkan semula oleh saudara Eddy Jones pada rakan - rakan
malim gunung pada awal tahun 2015 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.
3.0 AKTIVITI / PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan adalah sebagai penunjuk jalan untuk pendaki gunung,
membuka rintis laluan mendaki yang baru dan membuat penanda “marking” di sepanjang
laluan, membantu pihak berkuasa dan MOSAR (Mountain Search And Rescue) dalam misi
menyelamat. Antara aktiviti yang dilakukan pula mengadakan kempen mendaki secara
selamat, memberi kursus kepada pendaki dan malim gunung baharu serta aktiviti Lestari
Alam, membersihkan laluan pendakian dan tapak perkemahan.

Gambar 1 ketika Kursus Penyelarasan Malim Gunung

4.0 SUMBER PENDAPATAN

Sumber pendapatan bagi persatuan ini kebanyakan adalah dari sumbangan ahli
persatuan sendiri. Namun begitu sumber pendapatan juga dijana dengan mengadakan jualan
“bundle”, mengadakan aktiviti dan juga sumbangan dari pihak luar. Persatuan ini juga
mendapat sumbangan dari Jabatan Hutan Malaysia, dan Jabatan Hutan Negeri.
5.0 ISU – ISU DALAMAN

Antara isu dalaman yang berlaku adalah para malim gunung tidak mendapat
perlindungan insuran yang sepatutnya meski berhadapan dengan bahaya setiap kali
bertugas. Isu seterusnya pula ialah bayaran yang rendah bagi setiap malim gunung atas satu
tugasan yang diberikan kepada mereka. Bayaran mereka adalah serendah RM230 sehari
bagi sesuatu ekspedisi. Isu terakhir adalah beberapa orang malim gunung dari Gunung
Kinabalu telah digantung perkhidmatan kerana telah bersuara menegakkan hak mereka yang
ditindas. Walaupun mereka tidak terikat kepada mana – mana parti politik, namun tetap ada
yang digantung perkhidmatan setelah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

6.0 PERBANDINGAN DENGAN PERSATUAN KEMBARA MALAYSIA

Persatuan Kembara Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam
aktiviti kembara di Malaysia dan seluruh dunia. Persamaan antara kedua persatuan ini adalah
kedua – duanya merupakan persatuan untuk mereka yang bergiat aktif dalam bidang sukan
ekstrim, mendaki gunung. Perbezaan pula dapat dilihat dari segi fungsi utama di mana
persatuan malim gunung adalah untuk membela, mengurus dan menyelia aktiviti pendakian
gunung di malaysia dan malim gunung. Persatuan kembara pula adalah untuk melakukan
ekspedisi di dalam dan luar negara Malaysia. Dari segi pendapatan pula, persatuan kembara
banyak mendapat dana dari pihak kerajaan terdahulu untuk melakukan ekspedisi, sebagai
contoh ekspedisi ke Gunung Everest.
ANALISIS SWOT

Dari sudut strength, saya ada pengalaman berjumpa dan berbual dengan malim
gunung, mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai & berwasit, dan saya
memahami dengan jelas isu yang dihadapi malim gunung sebab selalu menyertai aktiviti
hiking. Saya juga telah mendapat maklum balas terus daripada Persatuan Malim Gunung
Malaysia sendiri melalui laman sosial Facebook. Dari sudut weakness pula, tugasan ini saya
mulakan lewat dari masa yang dirancang jadi kerja agak gopoh, maklumat yang diambil
semasa berbual dengan malim gunung pula tidak dirakam untuk dijadikan bukti, dan saya
menyiapkan tugasan ini dalam keadaan serabut dengan tugasan subjek lain. Saya juga
kerapkali tertidur ketikan malam di mana saya ingin menyiapkan tugasan ini. Saya tidak dapat
memberikan fokus 100% untuk 1 tugasan ini. Opportunity pula, saya mendapati banyak
bahan bacaan yang boleh diperoleh sekiranya kami diberikan peluang untuk ke perpustakaan
yang besar seperti Perpustakaan Negeri Terengganu atau Perpustakaan UniSZA. Akhir
sekali, dari sudut threat, antara ancaman utama adalah kesuntukan masa, dan tugasan lain
serta komitmen lain yang banyak mengganggu proses menyiapkan tugasan ini.
RUJUKAN

PERSATUAN MALIM GUNUNG MALAYSIA. (2015). Retrieved from


https://www.pmgm.com.my/

Yusof, N. (2015, June 12). Tiada insuran ketika jalankan tugas. Retrieved from
https://www.benarnews.org/malay/berita/MY-INSURANKINABALU-06122015225831.html

PMGM - PERSATUAN MALIM GUNUNG MALAYSIA (facebook page). (2016, December).


Retrieved from https://web.facebook.com/pmgm.mmga/?_rdc=1&_rdr
LAMPIRAN

Gambar 2 temubual di Facebook rasmi PMGM

Anda mungkin juga menyukai