Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

REMBAU, NEGERI SEMBILAN

MPU2232

KAJIAN KES ( TEORI ETIKA)

NAMA: NUR ALYA BATRISYIA PEARL BINTI NOORAZLIAZMI PEARL

NO.KAD PENGENALAN: 031006-05-0220

PROGRAM:DVM 1 KOSMETOLOGI

NAMA PENSYARAH: FATIN SAFIRAH BINTI MUSLIM


PENGENALAN

Persoalan disiplin pekerja adalah masalah yang sering dihadapi oleh mana -mana organisasi
bezanya hanyalah dari segi junlah kes samada banyak atau sedikit atau samada kes tersebut
kronik atau tidak . Masalah yang sering dihadapi oleh organisasi berkaitan dengan kes disiplin
pekerja ialah dari segi pengendalian kes . Sekiranya kes disiplin pekerja tidak diuruskan dengan
betul , kemungkinan besar kes tersebut tidak dapat disabitkan atau organisasi akan gagal di
dalam perbicaraan. Ini merugikan organisasi kerana dalam pengendalian kes disiplin pekerja
banyak perbelanjaan yang terlibat. Malah ini juga melambangkan organisasi tersebut tidak
profesional di dalam mengendalikan kes disiplin pekerja. Menyedari hakikat pentingnya kes
disiplin pekerja ini dikendalikan dengan betul,maklumat tataterbit ini diwujudkan. Diharapkan
para pembaca akan mendapat panduan mengenai pengendalian kes tatatertib pekerja dengan
cara yang betul dan teratur sebagai contoh selalu datang lewat ke pejabat. Penampilan yang
selekeh,tidur di tempat kerja,bergaduh dengan rakan sekerja dan mencuri syarikat.
NYATAKAN 5 ISU DISIPLIN

1. Rasuah

 Isu disiplin yang teruk mampu membawa kepada kemusnahan karier seseorang akibat
daripada sikap yang mementingkan diri dan tidak berwaspada dalam menjalankan tugas. Pecah
amanah juga sering diperkatakan dan kerap berlaku di kebanyakkan sektor awam. Jenayah
pecah amanah ini berlaku atas sebab mementingkan diri sendiri dan kebiasaan jenayah pecah
amanah ini kebiasaanya melibatkan pegawai-pegawai atasan yang berpangkat seperti pegawai
eksekutif ,pegawai akauntan,kerani akaun, malahan guru juga terlibat dalam kesalahan ini.

2. Keganasan tempat kerja

Keganasan di tempat kerja berlaku apabila pekerja tidak berasa puas hati terhadap sistem yang
telah disediakan oleh pihak atasan. Dan hal ini boleh dikaitkan pada hari ini dimana pihak
atasan perlu mengurangkan gaji pekerja. Dan bergaduh di tempat kerja mungkin dari faktor
tekanan kerja dan sering tidak berpuas hati dengan pekerja lain dalam skop tugasan yang
dijalan dan tugasan yang diberi.
3. Gangguan seksual
Isu disiplin di tempat kerja ialah gangguan sosial dan seksual yang bermaksud perbuatan yang
berbaur seksual yang bukan berlandaskan sukarela mangsa kepada golongan yang dominan di
tempat kerja. Perkara ini termasuklah segala pertuturan, tingkahlaku,sentuhan fizikal, isyarat
secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Perlakuan -perlakuan ini
termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini.  

4 . Ponteng kerja
Isu ponteng kerja ini semakin berleluasa kerana pekerja – pekerja ini tiada sikap amanah
terhadap tugas yang perlu diselesaikan ditempat kerja. Isu ini sering berlaku dimana pekerjanya
sering mengambil sijil cuti sakit yang palsu yang dijual oleh doktor – doktor di hospital secara
haram. Hal ini juga mungkin terjadi disebabkan pekerja yang tiada sikap tanggungjawab
terhadap diri mereka kerana sering bangun lambat ke tempat kerja dan mengambil keputusan
untuk ponteng kerja. Isu ponteng ini juga boleh menyumbangkan kepada kemerosotan
sesebuah syarikat atau organisasi. 

5. Pecah Amanah
isu disiplin yang teruk mampu membawa kepada kemusnahan karier seseorang akibat daripada
sikap yang mementingkan diri dan tidak berwaspada dalam menjalankan tugas. Isu pecah
amanah juga sering diperkatakan dan kerap berlaku di kebanyakkan sektor awam. Jenayah
pecah amanah ini berlaku atas sebab mementingkan diri sendiri dan kebiasaan jenayah pecah
amanah ini sering berkait rapat dengan isu rasuah di Negara ini. Pecah amanah ini
kebiasaannya melibatkan pegawai-pegawai berpangkat seperti pegawai eksekutif, pegawai
akauntan kerani akaun, malahan guru juga terlibat dalam kesalahan ini.
FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN
Di samping faktor – faktor yang dinyatakan, masalah disiplin pekerja yang kurang
memuaskan adalah disebabkan oleh individu pekerja sendiri. Contoh masalah disiplin
yang sering berlaku ialah masalah kewangan ataupun peribadi , masalah rumahtangga
atau alcohol dan juga sifat – sifat peribadi bekerja yang kurang memberi tumpuan dan
perhatian pada waktu bekerja.

Sebagaimana yang telah dinyatakan,Tindakan disiplin yang adil mestilah mempunyai


system yang progresif, iaitu mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. Bagi kakitangan
awam, seksyen 36 peraturan – peraturan pegawai awam ( kelakuan & tatatertib)
menggariskan Sembilan jenis hukuman atau Tindakan disiplin yang boleh dikenakan
oleh Lembaga tatatertib iaitu :
i. Amaran
ii. Celaan
iii. Denda
iv. Lucut gaji
v. Hentikan kenaikan gaji
vi. Menangguhkan kenaikan gaji
vii. Menurunkan gaji
viii. Menurukan pangkat
ix. Dibuang kerja
HUBUNGANKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN

Teori keperibadian mulia


Teori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari
segifalsafah moral iaitu mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Sebagai
contohseorang pekerja yang jujur dalam segala perbuatannya ketika bekerja dan keikhlasannya
dalam membantu para pekerja lain.

Teori Wajiban (Deontologis)


Teori wajiban juga merupakan merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moraldan
kewajipan moral. Selain itu kita sebagai manusia mempunyai suatu kewajipan yangsepatutnya
dilakukan. Di samping itu, manusia beribadah kepada tuhan kerana iamerupakan kewajipan
manusia untuk menyembah tuhannya, kerana perbuatan tersebutakan mendapat pahala.
Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai masa rehatnyadengan menunaikan fardhu
solat zohor.

Teori Hak Asasi


Teori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa tanggungjawabitu
perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak yang masing- masing . Selain itu,hak
negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab untuk tidak mengganggukehidupanorang
lain, hal ini dikatakan beliau hanya melihat aspek sesuatu keadaan yangmenghalang individu
mencampuri urusan orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja yangmempunyai hak asasi
untuk mendapatkan gajinya dari majikan.
PENYELESAIAN MASALAH

1. Berbincang secara bersemuka


Melakukan berbincangan secara bersemuka dengan individu dan mencari punca yang
menyebabkan individu tersebut melakukan perkara – perkara yang tidak sepatutnya ,
khususnya ponteng kerja dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan sambil lewa
tanpa rasa bertanggungjawab sebagai seorang pekerja di sebuah organisasi. Perkara
utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahan tersebut.
Memulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa
melibatkab individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan tentang isu
penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut dan tanpa paksaan.

2. Melakukan pemantauan terhadap pekerja


Sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu
berjumpa pekerja – pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak
bermasalah dengan komunikasi dengan mereka,supaya jurang antara bos dengan
pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka.

3. Ciptakan system ganjaran pekerja


Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang
berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti
memberi bonus,anugerah atau pakej percutian untuk pekerja atau sebagainya yang
sesuai mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan
pekerja cemerlang dan sebagainya

4. Amalan toleransi
Amalan toleransi juga boleh diamalkan oleh semua pihak sama ada pengurus mahupun
pekerja perlu mengamalkan sikap ini. Masalah kerja mungkin timbul akibat sikap
berbeza dan pendapat yang berbeza. Oleh yang demikian, bertoleransi perlu dijaga
supaya tiada perbalahan antara pekerja dengan pekerja atau pekerja dengan pengurus
di tempat kerja.
5. Langkah pembetulan
Maksud bagi langkah pembetulan ialah pengurus juga boleh mengambil Langkah
pembetulan dengan memberi notis berhenti kerja kepada pekerja yang mempunyai
masalah ketika menjalankan kerja. Jika pekerja bermasalah enggan memberi
Kerjasama untuk berubah dan memperbaiki diri dan kerja mereka. Kita haruslah
mengambil Tindakan disiplin secara berperingkat seperti pembuangan pekerja untuk
tindakan akhir yang tidak boleh dielakkan.
REFLEKSI
Etika sebagai disiplin ilmu, berhubungan dengan kajian secara kritis tentang adat
kebiasaan,nilai-nilai dan norma-norma dan perilaku manusia yang dianggap baik atau
tidak baik.Sebagai ilmu, etika belum semapan ilmu fisika atau ilmu ekonomi. Dalam etika
masihdijumpai banyak teori yang menjelaskan suatu tindakan, sifat, atau objek perilaku
yangsama dari sudut pandang atau prespektive yang berlainan. Berbagai teori etika
yang munculantara lain karena adanya perbedaan prespektif dan penafsiran tentang
apa yang menjaditujuan akhir hidup umat manusia, seperti teori egoisme, utilitarianisme,
deontologi, teorihak, teori keutamaan,dan teori etika teonom. Disamping itu, sifat teori
dalam ilmu etikamasih lebih banyak untuk menjelaskan sesuatu, belum sampai pada
tahap untukmeramalkan, apalagi untuk mengontrol suatu tindakan atau perilaku.
RUJUKAN
 Mohd shahrul nizam (2019) https://www.academia.edu/40412309/KAJIAN_KES
 Atie Awang, 20 Julai 2010, laporan masalah disiplin pekerja
https://www.scribd.com/doc/34765924/Laporan-Masalah-Disiplin-Pekerja
 Al Farabi Shariff, 3 Apr 2018, cara mengatasi pekerja bermasalah
https://alfarabishariff.com/4-cara-mengatasi-pekerja-yang-bermasalah/
 Abdul Rahman Sulaiman. 10 Oktober 2018. ISU RASUAH DI MALAYSIA.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16isu-
nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html)
 PakarHRCOM, 19 Sept 2017, masalah disiplin pekerja
https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/

Anda mungkin juga menyukai