Anda di halaman 1dari 20

SEMESTER 2 SESI 2020/2021

KPR 4063

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

“MAGIC SPRAY”

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON


ASNILAH BINTI AHMAD L20191011345 011-17817853
HELMILDA BINTI EDRUS L20191011383 011-10379129

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MD. NASIR BIN MASRAN

1
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 BAB 1: PENGENALAN 3-7

2.0 BAB 2: LITERATUR 8-12

3.0 BAB 3: METHODOLOGI 13-18

4.0 PENUTUP 19

5.0 RUJUKAN 20

6.0 LAMPIRAN 21

2
BAB 1 : PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
Matlamat utama pendidikan Islam adalah untuk memantapkan ibdah murid-murid. Sejajar
dengan itu, aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam merupakan tunjang utama dalam proses membentuk peribadi seseorang murid.
Oleh yang demikian, salah satu aspek yang diambil perhatian adalah amalan solat yang
dilaksanakan dalam kalangan murid-murid sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran ibadah (solat)
merupakan antara keperluan dalam Kurikulum Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Rendah
Agama (SRA) di Negeri Selangor dalam usaha menjana generasi al-quran melalui sistem
pendidikan islam jais. Solat merupakan tiang kepada agama dan merupakan perkara yang wajib
untuk diamalkan.

Justeru itu, untuk mendapatkan solat yang berkesan murid-murid perlu diajar dengan cara
mengambil wudhu’ yang betul. Melalui tinjauan kami mendapati terdapat beberapa masalah
yang dikenal pasti iaitu murid-murid mengambil masa yang lama semasa berwudhu’
menggunakan pili air. Sedangkan waktu solat asar dengan waktu rehat dalam masa yang sama.
Apabila murid-murid mengambil wuduk dengan menggunakan pili air, mereka akan bermain-
main semasa berwuduk menyebabkan kelewatan untuk solat asar secara berjemaah.

Solat merupakan tiang kepada agama. Amali solat yang dijalankan di sekolah untuk
mempraktikan murid-murid cara yang betul dalam melakukan solat. Kebiasaanya murid-murid
sememangnya solat di rumah tetapi tidak pasti sama ada solat dengan betul ataupun tidak. Maka
di sekolahlah yang memainkan peranan yang penting bagi mengajar cara yang betul dari mula
mengambil wuduk sehinggalah selesai solat. Semasa mengambil wuduk murid-murid diajar oleh
ustaz dan ustazah cara berwuduk dengan betul.

Apabila amali solat dijalankan di sekolah, guru boleh melihat sendiri cara murid-murid
mengerjakan solat. Setiap seorang murid akan diperbaiki jika cara solat mereka tidak betul. Di
sini juga, dapat mengajar dan mendidik murid–murid untuk solat berjemaah. Murid-murid diajar
bermula dengan cara mengambil wuduk dengan betul sehingga solat secara berjemaah

3
Seterusnya masalah kekangan masa yang terhad dalam menjalani amali solat. Masa yang
diperuntukkan adalah terhad iaitu 15 minit sahaja. Oleh itu, dengan masa yang ada ianya tidak
dapat dijalankan amali solat seperti masa yang telah ditetapkan.Dalam kajian ini, kami pengkaji
ingin memperkenalkan kaedah “Magic Spray” untuk murid-murid mengambil wudhu’ dengan
cepat seterusnya boleh menjimatkan air dan masa semasa berwudhu’.

Objektif kajian ini, dijalankan adalah untuk memastikan semua murid dapat menjalani amali
wuduk dengan betul seterusnya dapat menepati masa yang telah ditetapkan.Dengan
menggunakan kaedah “Magic Spray” ini murid-murid dapat menjimatkan air seterusnya dapat
mengambil wuduk dengan cepat. Murid juga dapat mengaplikasikan segala pengajaran walaupun
di luar pembelajaran.

Seterusnya juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam amali wudhu’ dengan menggunakan
“Magic Spray”. Di dalam kajian ini, kami pengkaji mensarkan kepada murid tahap 2 iaitu kelas 5
Ali, seramai 10 orang lelaki. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, telah mendatangkan
keberkesanan kepada semua murid tahap 2 semasa menjalani ibadah solat khususnya dalam
amali wudhu’.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Melalui pemerhatian, masalah pembaziran air ketika amali wuduk sangatlah menjadi
kebiasaannya bagi murid-murid di sekolah. Sebagai langkah untuk mengelakkan pembaziran ini
kami sebagai pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara menggunakkan magic
spray. Dengan ini kami akan melaksanakan penggunaan magic spray ini di dalam kelas sebelum
murid-murid keluar untuk menunaikan solat di masjid yang berhampiran dengan sekolah. Di
dalam kajian ini murid-murid yang terlibat ialah ialah seramai 10 orang sahaja yang berada di
dlam kelas 5 Ali yang merupakan kelas yang paling akhir di sekolah ini.

Murid-murid ini merupakan pelajar yang kurang menonjol dalam pembelajaran dan juga
merupakan pelajar yang sangat aktif di dalam kelas. Mereka inilah yang kebiasaannya suka
melakukan pembaziran air ketika amali wuduk kerana bermain dengan kawan dan juga
menyebabkan ketinggalan untuk solat secara berjemaah di masjid.

4
Masalah pembaziran air semasa berwuduk bukan perkara yang asing lagi di kalangan murid-
murid semasa mengambil wuduk dengan menggunakan pili biasa. Perkara seperti ini perlu
diambil perhatian supaya murid-murid tahu menjimatkan air semasa berwudhu’.

Selain itu juga, murid-murid akan masuk lewat ke kelas selepas waktu rehat kerana waktu rehat
dengan waktu solat serentak, jadi murid-murid tidak sempat untuk makan. Dengan ini,
penyelidik ingin memperkenalkan ‘Magic Spray’ supaya dapat mengurangkan masalah
pembaziran air di masjid. Dengan menggunakan ‘Magic Spray’ murid-murid hanya mengambil
wuduk di dalam kelas sebelum ke masjid. Jadi tiada lagi masalah tidak sempat solat asar
berjemaah kerana alasan mengambil masa yang lama ketika berwuduk.

Justeru itu, dengan adanya inisiatif yang akan dijalankan dapat membantu murid-murid
menjimatkan masa dan air semasa berwuduk dan dapat menjalankan amali solat dengan
sempurna dan menepati masa yang ditetapkan.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Kami telah mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan pembaziran air dalam proses
berwuduk semasa menggunakan air. Oleh kerana, waktu rehat dengan waktu amali solat asar
dalam masa yang sama jadi, murid-murid tidak sempat untuk rehat.

Sebelum ini, murid-murid akan solat asar di masjid memandangkan mengambil masa 5 minit
dengan berjalan kaki. Kadang-kadang murid tidak sempat untuk solat secara berjemaah kerana
telah menggunakan masa lama ketika berwudhu kami sebagai penyelidik telah berbincang dan
bersetuju untuk menggunakan kaedah “magic spray” semasa berwudhu.’

Air yang diisi dalam botol semburan akan disimpan dalam kelas sahaja. Setelah tamat sesi
pembelajaran sebelum masa solat asar itu, murid-murid hanya akan berwuduk di dalam kelas
sahaja untuk menjimatkan masa. Cara ini kami dapati lebih cepat dan menjimatkan air kerana
semua murid menggunakan botol semburan setiap seorang. Oleh itu, solat farhdu asar tersebut
dapat dilakukan secara serentak dengan berjemaah.

5
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif am

Murid-murid dapat menjalankan amali wuduk dengan cara yang betul di samping dapat
mengurangkan penggunaan air secara berlebihan.

1.3.2 Objektif khusus

1.Murid-murid dapat mendidik diri untuk menjimatkan air dan menepati masa yang telah
ditetapkan.

2.Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam amali wuduk dengan menggunakan ‘Magic
Spray’.

3.Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan juga boleh digunakan semasa keadaan
darurat seterusnya dapat mengajar untuk berjimat cermat ketika mengambil air wuduk.

1.4 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap 2 di Sekolah Rendah Agama Kg. Cheras Baru ialah seramai 200 orang. Kami
telah bersetuju untuk mensasarkan murid-murid tahun 5 Ali seramai 10 orang lelaki. Dalam
penyelidikan ini kami hanya memberi lebih tumpuan kepada murid yang lemah kerana mereka
perlu pendedahan secara praktikal dalam amali wuduk dengan berkesan untuk keperluan
seharian mereka.

6
1.5 PERSOALAN KAJIAN

1.Adakah murid-murid aakan dapat menjimatkan penggunaan air ketika amali wuduk dengan
kaedah magic spray?

2.Adakah dengan penggunaan magic spray ini dapat meningkatkan keyakinan diri ketika amali
wuduk dijalankan?

3.Adakah dengan penggunaan magic spray ini dapat menambah ilmu pengetahuan yang baru
ketika mengambil wuduk yang menjadi kebiasaannya dengan meggunakkan pili air?

1.6 DEFNISI OPERASIONAL

Magic spray bermaksud botol spray biasa yang dicipta khas untuk mengelakkan pembaziran air
ketika amali wuduk di kalangan murid-murid sekolah. Botol spray ini akan diisikan air paip yang
bersih untuk mengambil wuduk ketika amali solat asar di sekolah. Dengan ini juga dapat
menjimatkan masa ketika mengambil wuduk kerana murid-murid ini dibekalkan satu bagi setiap
seorang.

7
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan

Menurut Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin dalam kajiannya, didapati bahawa masalah pembaziran
air ketika berwuduk adalah perkara kebiasaan bagi ummt Islam. Dalam Islam sangat menitik
beratkan soal pembaziran kerana tergolong adalam amalan syaitan. Di antara faktor yang
menyumbang kepada berlakunya situasi seperti ini adalah kurangnya ilmu pengetahuan tentang
kaedah dan cara bagaimana Nabi s.a.w berwuduk. Tidak ramai yang tahu bahawa Nabi s.a.w
hanya menggunakan sebanyak 1 mud atau 1 cupak untuk berwuduk (0.544 liter) manakala untuk
mandi pula Nabi s.a.w menggunakan hanya sebanyak 1 gantang. Justeru, ilmu dan maklumat ini
perlu disebarkan seluasnya agar umat Islam di semua peringkat mengetahuinya.

Dengan adanya ilmu dan maklumat ini diharapkan semua umat Islam sedar bahawa melakukan
pembaziran itu adalah satu amalan buruk yang wajib dielakkan kerana pembaziran itu adalah
amalan syaitan seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Isra’ ayat 27:

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan”

Nabi saw juga pernah menegur se orang sahabat bernama Saad yang berwuduk dengan
menggunakan air yang berlebihan. Lalu Nabi saw bersabda: Kenapa kamu menggunakan air
secara berlebihan? Lalu Saad bertanya kepada Nabi saw, apakah dalam berwuduk juga ada
pembaziran? Maka Nabi saw bersabda, ya. Walaupun kamu berada di dalam sebuah sungai yang
mengalir.

Hadith riwayat Ahmad.

Ilmu sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan tindakan. Ia perlukan penghayatan kepada
ilmu tersebut. Dengan penghayatan, akan lahirlah kesedaran. Iaitu kesedaran untuk mengelakkan
pembaziran kerana pembaziran itu suatu amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jika ini
berlaku, maka sebahagian dari aspek kelestarian alam dapat direalisasikan.

Menurut Abdullah Bin Samad dalam kajiannya menyatakan Islam sangat menggalakkan ibadah
wuduk bahkan ia sampai ke tahap wajib jika ia dilaksanakan untuk tujuan mendirikan solat.
Tidak ada solat yang boleh dilakukan tanpa berwuduk terlebih dahulu. Ini sesuai dengan
pensyariatan wuduk yang berlaku serentak dengan turunnya perintah solat ke atas seluruh dunia.

8
Di dalam kajian ini mendapati sempurnanya solat seseorang itu jika permulaannya bermula
dengan mengambil wuduk tanpa melakukan pembaziran.

Menurut Azizi Bin Hashim amalan berwuduk dalam Islam sering dikaitkan dengan amalan
penyucian rohani dan jasmani. Perkara ini boleh dilihat melalui tatacara berwuduk itu sendiri
yang memerlukan pelakunya membasuh anggota badan tertentu iaitu muka, tangan, kepala dan
kaki. Manakala berkait dengan penyucian rohani, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pula dalam
kitabnya Sir Al-Asrar mengaitkan berwuduk dengan penyucian diri secara batin. Jelas di sini
Islam memandang tinggi amalan ini bahkan ia menjadi wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim
ketika hendak melakukan ibadah tertentu seperti solat dan tawaf di Kaabah. Namun, di sebalik
kemuliaan amalan ini, Islam juga menekankan agar ia dilakukan secara berhemah dengan tidak
melakukan pembaziran yakni berwuduk dengan menggunakan air secara berlebihan. Natijah
pembaziran ini dibimbangi bakal menyumbang kepada krisis bekalan air di masa hadapan
dengan pelbagai isu semasa yang melanda sumber alam yang amat penting ini.

2.1 Amalan Wuduk Menurut Perspektif Islam - Praktikal Wuduk Menurut Sunnah
Nabi SAW.

Wuduk adalah ibadah yang penting dalam Syariat Islam. Ini kerana ia merupakan antara syarat
sah yang utama bagi ibadah solat. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Abu Hurairah yang
bermaksud :
“Allah tidak menerima solat salah seorang dari kamu jika dia berhadas sehinggalah dia
berwuduk.”
(Riwayat Muslim)

Hadis ini menyatakan secara jelas bahawa solat seseorang yang tidak berwuduk setelah berhadas
adalah tidak sah dan tidak diterima (Abu Abdullah, 2002).Meskipun ibadat wuduk mengandungi
fadilat dan hikmat yang besar, namun Nabi SAW menganjurkan pelaksanaan ibadah wuduk
dilakukan dengan cara yang berhemah. Nabi SAW juga melarang umatnya daripada terlibat
dengan sebarang bentuk pembaziran termasuklah dalam konteks berwuduk. Dalam hadis
Abdullah bin Umar, ketika Nabi SAW lalu berhampiran Saad yang sedang berwuduk, Baginda
SAW bersabda yang bermaksud :

9
“Apakah bentuk pembaziran ini wahai Saad? Saad berkata: Adakah dalam berwuduk pun boleh
berlaku pembaziran. Sabda Nabi SAW: Ya, walaupun kamu berada di sungai yang mengalir. ”
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Hadis ini menunjukkan tentang larangan membazir air ketika berwuduk. Malah para ulama
berijmak melarang pembaziran air walau berada di laut sekalipun (Abadiy, 1415H). Justeru,
Baginda Rasulullah SAW mendidik umatnya agar mempraktikkan ibadah wuduk dengan kaedah
dan cara yang boleh mengelakkan pembaziran air.

2.2 Tinjauan Umum Penggunaan Kuantiti Air di dalam Berwuduk


Bahagian ini akan membentangkan dapatan melalui tinjauan di masjid-masjid sekitar bandar
Jengka dan UiTM sendiri. Pemerhatian dilakukan dengan mengukur masa bermula paip air
dibuka hingga selesai proses wudhuk oleh responden tanpa mereka sedari. Penyelidik
kemudiannya mengulang proses membuka paip air selepas itu berdasarkan masa yang dicatat
oleh responden sebelumnya dan menadah air tersebut di dalam bekas. Air ini kemudiannya
disukat untuk mengetahui jumlah liter air yang digunakan untuk berwuduk oleh responden.
Daripada sejumlah 35 pemerhatian yang dilakukan, didapati masa yang digunakan untuk
berwuduk adalah antara 45 saat hingga 90 saat dengan purata masa 60 saat manakala purata
kuantiti air yang digunakan pula adalah 5 liter.

Berdasarkan dapatan kajian di atas, boleh disimpulkan bahawa terdapat pembaziran air di
kalangan responden kajian berbanding apa yang diamalkan Nabi SAW. Dapatan kajian
menunjukkan responden menggunakan lebih tujuh kali ganda kuantiti air yang digunakan Nabi
SAW untuk berwuduk, iaitu purata 5 liter berbanding 0.688 liter. Dapatan ini selari dengan
kajian oleh Suratkon et al.. (2014) dan Johari, Anwar dan Hassan, (2102) yang melaporkan
memang terdapat pembaziran air di dalam amalan berwuduk di Malaysia.

2.3 Wuduk Mendidik Sifat Mahmudah


Menurut Ibnu ‘Asyur dalam tafsirnya menyatakan bahawa wuduk berperanan penting dalam
menyucikan hati orang yang beriman. Penyucian hati ini berlaku apabila ia bebas dari sifat
mazmumah lalu terdidik dengan sifat-sifat mahmudah. Pendidikan yang paling ketara daripada

10
berwuduk ialah menahan diri dari sifat marah. Wuduk boleh membantu mengawal emosi marah
seseorang.

Wuduk juga dapat mendidik sifat berjimat cermat kerana Rasullah saw mengajar kita agar tidak
melakukan pembairan sekalipun melakukan ibadah. Secara umum, wuduk mendidik sifat
amanah dalam diri manusia tatkala seseorang berusaha menyempurnakan wuduknya sekalipun
tidak ada sesiapa yang melihat selain Allah. Akhir sekali, telah jelas lagi nyata bahawa wuduk
mendidik sifat bersih dalam diri setiap umat Islam.

2.4 Wuduk Dan Kebersihan Diri

Air merupakan keprluan asas dalamkehidupan manusia yang digunakan sebagai agen
pembersihan dan penyucian. Penggunaan air untuk berwuduk menungukkan bahawa ibadah ini
sangat berkait rapat dengan kebersihan diri manusia secara langsung kerana umum mengetahui
bahawa air mutlak yang digunkan untuk berwudukk merpakan air suci lagi bersih dan boleh
digunakan untuk membersihkn serta menyucikan sesuatu.

2.5 Berjimat cermat ketika berwuduk

Antara falsafah yang paling ditekankan dalam pengajaran wuduk Rasullah saw ilah falsafah
jimat cermat ketika berwuduk.. Satu mud (563ml) air wuduk merupakan kadar air yang
dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri (al-Bukhari, 1994: 66/1; al-Tirmidhi, 1994: 34/1; Ibn Majah,
t.t.:99/1). Sebab itu Baginda s.a.w. begitu marah sikap membazir yang dilakukan oleh seorang
sahabat yang mengambil wuduk dengan cara yang mewah (Ibn Majah, t.t: 147/1). Berdasarkan
falsafah ini, ulama-ulama Islam khususnya dalam mazhab alShafii menghukumkan makruh
menggunakan air secara mewah di rumah untuk berwuduk,bahkan mereka mengharamkan
penggunaan air wuduk yang diwakafkan melebihi daripada ukuran satu mud tadi (al-Nawawi,
1980).

Secara kesimpulannya ialah, ibadah wuduk hanya dinyatakan sekali sahaja secara jelas dan
nyata, namun ia tidak menggunakan perkataan wuduk untuk menjelaskan ibadah tersebut. Al-
Quran banyak menggunakan perkataan bersuci untuk menjelaskan ibadah wuduk sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh para mufassirin. Amalan sunnah Rasulullah s.a.w. merupakan amalan

11
pilihan ketika berwuduk. Namun pengamalan sunnah-sunnah wuduk Rasulullah s.a.w.
merupakan syarat kepada wuduk yang sempurna. Terdapat lebih kurang 16 amalan yang
dianjurkan Rasulullah s.a.w. dalam wuduk seperti yang ditunjukkan sendiri oleh Baginda s.a.w.
melalui hadis-hadisnya.
Menurut kajian yang lepas banyak mengkaji tentang masalah pembaziran air ketika berwuduk
bukan hanya di kalangan murid-murid sekolah malah golongan dewasa turut melakukannya
tanpa segan silu. Oleh itu masalah pembaziran air ketika berwuduk dapat dibendung dengan
baik.

12
BAB 3: METADOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang
paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang
dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian,
prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.

3.1 Pengumpulan Data


3.1.1 Pelaksanaan Kajian

Kami telah mengenal pasti melalui tinjauan masalah yang berlaku murid-murid khususnya ketika
amali solat iaitu semasa mengambil wudhuk. Antara cara yang kami lakukan ialah dengan
membuat pemerhatian, temu bual dan soal jawab untuk mencari punca permasalahan tersebut
seterusnya mencari kaedah penyelesaian.

Jadual pelaksanaan kajian / tinjauan masalah.

3.1.2 Pemerhatian

Kami memerhati dan menyelidik serta membuat tinjauan terhadap semua murid tahun 5 Ali
seramai 22 orang dan juga guru yang bertugas semasa proses amali wuduk dijalankan untuk
menunaikan solat fardu Asar.

1. Pemerhatian (Sebelum)
 Kami dapati faktor utama adalah berlakunya pembaziran air ketika murid-murid
mengambil wuduk menggunakan pili air biasa. Mereka menggunakan air terlalu
banyak ketika berwuduk menyebabkan berlakunya pembaziran air. Masa yang
digunakan bagi mengambil wuduk agak lama memandangkan dalam waktu yang
sama dengan waktu rehat.
2. Pemerhatian (Semasa)

13
 Pemerhatian dibuat ketika guru bertugas melihat murid lambat ke masjid
bersebelahan sekolah untuk menunaikan solat asar menyebabkan ada yang
masbuk dan membuat saf lain untuk solat berjemaah sehingga lambat masuk
kekelas mengikut masa yang diperuntukkan.
3. Pemerhatian (Selepas)
 Selain itu, didalam bilik wudhuk kelihatan lantai basah sehingga ke dinding dan
diluar bilik wudhuk juga basah penuh dengan tapak kaki yang memijak air
sehingga menjadi kotor sehingga ke lantai kelas. Begitu juga lantai kantin sekolah
kotor kerana ada murid yang mengambil wudhuk disinki kantin.

3.1.3 Temu Bual Dan Soal Jawab

Temu bual dan soal jawab juga telah dibuat melibatkan guru kelas 5 Ali, murid kelas 5 Ali, guru
yang mengajar selepas waktu solat, penyelenggara kantin dan guru kelas tahap satu yang
berdekatan dengan tandas dan bilik wudhuk. Hasil temu bual mendapati ada murid yang sengaja
melambatkan-lambatkan ambil wudhuk untuk bermain air, lambat makan (makan selepas solat
dimasjid), ada murid yang solat tidak mengambil wudhuk, murid berborak didalam bilik wudhuk
dan masuk kelas lambat sehingga waktu pengajaran habis disebabkan menunggu murid untuk
memulakan pengajaran.

3.1.4 Borang Kaji Selidik

Rungutan daripada penjaga kantin juga diambil kira apabila ada pelajar lelaki yang mengambil
wudhuk dekat sinki dan paip kantin menyebabkan lantai basah dan bertambah bil bayaran air.
Begitu juga dengan pentadbiran sekolah apabila bil air sekolah semakin meningkat dan sama
setiap bulan.

3.2 Kaedah /Modul Yang Digunakan

Berdasarkan tinjauan masalah dan analisis yang dijalankan melalui pemerhatian, temu bual dan
soal jawab bersama guru dan murid serta borang kaji selidik, tindakan perlu dilaksanakan dan
kami telah menggunakan satu kaedah yang dipanggil ‘Magic spray’. Kaedah ‘Magic spray’ atau
botol ajaib nama yang diberi untuk menunjukkan atau menukar daripada menggunakan paip air

14
mengambil wudhuk kepada botol air atau spray. Kuantiti air atau isipadu yang digunakan tidak
sampi 500 mililiter padu air. Berikut adalah langkah-langkah yang kami laksanakan.

3.2.1 Langkah 1 (Sebelum)

Kami sebagai penyelidik mengenal pasti masalah yang berlaku iaitu berlaku pembaziran air
ketika berwuduk menggunakan pili air biasa. Seterusnya berlaku kelewatan dalam menunaikan
amali solat asar secara berjemaah. Dengan timbulnya masalah ini, waktu rehat dengan waktu
solat asar secara serentak menyebabkan murid-murid tidak sempat makan kerana telah
mengambil masa yang lama ketika berwudhu’.

Aktiviti 1 :

Seramai 10 orang murid dari kelas 5 Ali mengambil wuduk dengan menggunakan botol
semburan setiap orang. Botol semburan telah diisi air mutlak akan disimpan di dalam kelas
sahaja. Murid-murid hanya akan mengambil wuduk di dalam kelas sahaja untuk solat secara
berjemaah.

Mula-mula murid-murid ini ditunjukkan oleh seorang guru bagi mengambil wuduk secara betul
dengan menggunakan botol semburan kerana mereka semua tidak pernah menggunakan botol
semburan dan tidak mengetahui cara penggunaanya.

Aktiviti 2 :

Seorang guru telah melakukan tunjuk cara melakukan amali wudhu’ dengan menggunakan botol
semburan secara berpasangan. Kami meminta pertolongan seorang guru lelaki memandangkan
semua murid lelaki.

Seterusnya murid-murid boleh mengambil wuduk dengan sendirinya selepas beberapa kali diajar
oleh guru.

3.2.2 Cara Pelaksanaan Modul Dan Bahan

1. Niat -1 kali

2. Membasuh muka -1 kali

3. Membasuh tangan hingga ke siku -1 kali

15
4. Menyapu sebahagian kepala -1 kali

5. Membasuh kaki hingga buku lali -1 kali

6. Tertib

3.2.3 Jadual Pelaksanaan Tindakan

BIL PERKARA CATATAN

1 Niat √

2 Membasuh muka -3 kali √

3 Membasuh tangan hingga ke siku -3 kali √

4 Menyapu sebahagian kepala -3 kali √

5 Membasuh kaki hingga buku lali -3 kali √

6 Tertib √

3.2.4 Langkah 2 ( Selepas )

Setelah semua aktiviti dilakukan, kami mendapati kurangnya pembaziran air di kalangan murid
tahun 5 Ali. Dengan ini kami merasakan kaedah yang digunakan memang betul boleh
menjimatkan air semasa amali wuduk dilakukan. Kaedah ini boleh juga dipraktikkan di luar
pembelajaran khususnya semasa bermusafir dan juga semasa berlakunya kekurangan air dalam
keadaan darurat sekalipun.

16
3.3 DAPATAN KAJIAN

Kami telah dapati anggaran isipadu air dalam botol semburan ialah sebanyak 550ml sebelum
digunakan oleh murid-murid untuk mengambil wudhu’.

Setelah murid-murid mengambil wudhu’ mereka hanya menggunakan sebanyak 5ml sahaja. Ini
menunjukkan bahawa memang betul boleh menjimatkan air dengan menggunakkan botol
semburan. Dengan ini juga dapat menjimatkan masa dan mengelakkan dari pembaziran air ketika
amali wudhu’ oleh murid-murid. Ini bermakna kaedah yang kami gunakan ini amat berkesan
iaitu kaedah “magic spray”, tiada lagi alasan tidak sempat untuk solat secara berjemaah.

3.4 REFLEKSI DAN PENILAIAN

Kaedah “Magic Spray” ini telah kami laksanakan selama 3 bulan. “Magic Spray” ini bermaksud
botol semburan yang ajaib iaitu dapat menjimatkan air ketika berwudhu’ dan boleh dibawa ke
mana sahaja ketika bermusafir contohnya. Dengan kaedah ini juga, dapat mengajar murid-murid
bukan memerlukan kuantiti air yang banyak sebenarnya ketika berwudhu’. Hanya menggunakan
botol semburan pun boleh mengambil wudhu’ dengan mudah dan cepat sekaligus boleh
menjimatkan air.

Selain itu juga, dapat mendidik murid-murid agar tidak meninggalkan solat dengan sewenang-
wenangnya dengan alasan tiada air untuk mengambil wudhu’. Selepas kami jalankan hanya
kepada 10 orang murid sahaja, kami merasakan memang sesuai digunakan untuk semua murid-
murid tahap 2 di SRA Kg. Cheras Baru dalam menjalani amali solat selepas ini. Kerana lebih
praktikal ,cepat dan dapat menangani masalah pembaziran air ketika amali wudhu’.

Selain itu juga, murid-murid dapat mempraktikkan di luar pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kami sebagai penyelidik, merasa berpuas hati kerana kaedah yang kami gunakan dapat memberi
kesan yang sangat baik kepada murid-murid.seterusnya dapat membantu pihak sekolah dalam

17
menyelesaikan masalah ini ketika amali wudhu’

4.0 PENUTUP

Kami bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-nya kami dapat menyiapkan kajian
tindakan ini. Sepanjang kami menjalankan kajian ini, kami mendapat sokongan dan kerjasama
yang tidak ternilai daripada pihak sekolah khususnya.

Terbukti kaedah “Magic Spray” telah berjaya mencapai objektif yang kami tetapkan iaitu
mengurangkan pembaziran air ketika amali wudhu’. Kaedah yang kami gunakan ini adalah hasil
daripada pendapat semua guru. Mungkin sebelum ini sudah ada penyelidik menggunakan kaedah
ini. Kami telah merasakan kaedah ini memang sesuai digunakan di sekolah ketika menjalani
amali solat kerana dapat diaplikasikan dengan cepat dan juga boleh dipraktikkan ketika
bermusafir.

Pengkaji berharap kaedah ini dapat diteruskan penggunaannya bukan hanya di sekolah tetapi di
luar pembelajaran khususnya. Mungkin sebelum ini, ramai yang tidak mengetahui bahawa
dengan hanya menggunakan botol semburan dapat mengambil wudhu’ dengan cepat serta boleh
menjimatkan air dan masa.

18
5.0 RUJUKAN

Prosiding 2014 Seminar Kajian Tindakan SRAI,SRA,KAFAI DAN PRASEKOLAH Peringkat


Negeri

https://www.researchgate.net/publication/
293097632_Pendekatan_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Wuduk_Rasulullah_SAW_dan_Para_S
ahabat_Satu_Pemerhatian_kepada_Guru-Guru_Pendidikan_Islam

https://www.researchgate.net/publication/
318361303_Amalan_Pembaziran_dalam_Berwuduk_Tinjauan_Menurut_Perspektif_Syarak_dan
_Amalan_Masyarakat

http://eprints.um.edu.my/13994/1/(154-177).pdf

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2018JAPIM/SITI%20ZALEHA
%20BINTI%20ZABA%20JABA.pdf
file:///C:/Users/hp/Documents/KAJIAN2%20LEPAS/Lengkap_Ani_Disertasi_2011.pdf

19
6.0 LAMPIRAN

20

Anda mungkin juga menyukai