Anda di halaman 1dari 1

Mengenai kedondong

POKOK DAN BUAH KEDONDONG (Spondias dulcis) adalah dikategorikan sebagai Buah


Nadir dimana ia merupakan jenis tanaman dengan bentuk pokok yang agak besar yang sesuai
tumbuh dikawasan tropika. Tanaman kedondong sendiri ia memiliki ukuran ketinggian
tanaman yang dapat mencapai 21 meter. Tanaman kedondong sendiri sesuai tumbuh dengan
baik dikawasan tanah dataran rendah. Kebanyakan orang ramai tahu dimana buah kedondong
yang selalunya 'masam' dan diproses untuk dijadikan jeruk, jus minuman, rojak buah dan
beberapa produk lain. Hanya segelintir orang yang suka makan buah kedondong mentah yang
dicicah dengan garam atau kuah rojak. Bagaimana pun dilaporkan dari segi pasaran
sebenarnya buah kedondong lebih popular dijadikan 'rojak buah' yang dicampur dengan
beberapa buah lain seperti mangga, betik muda, sengkuang dan kuah rojak petis. Rojak buah
merupakan sejennis makanan yang kini dijual ditepi jalan, pasar malam dan juga kini da
dihidangkan di hotel-hotel. Sebahagian orang mengenali buah kendondong untuk ianya
dijadikan makanan diproses seperti seperti makanan rojak buah atau halwa. Buah kedondong
sendiri adalah memang memberikan rasa yang masam manis yang enak juga untuk dimakan
dengan mencampurkan bersama campuran gula merah yang pedas. Ramai juga peminat buah
ini yang suka makan buah kedondong terdiri kalangan kaum wanita yang sedang hamil yang
ada mengidam untuk dapat memakan buah kedondong tersebut. Buah kedondong memiliki
bentuk buah yang ukuran yang bulat lonjong sekitar sekepal tangan budak yang mempunyai
warna kulit yang hijau (Sila lihat foto diatas).   Penulis blog pernah membuat pemerhatian
dimana apabila buah kedondong masak ia akan bertukar warna kulit kepada warna hijau
kekuningan. Apa yang unik mengenai buah kedondong kerana buahnya sangat beserabut yang
banyak dan ciri khas iaitu mempunyai biji yang sangat keras. Belum ada varieti kendondong
yang didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi lazimnya penulis blog akan
katakan dua jenis iaitu Varieti Kedondong Tempatan dan Varieti Kedondong Hibrid. Jenis
kedondong hibrid ini dijual dengan harga agak tinggi akan tetapi ia didakwa lebih cepat
berbuah, hasilnya tinggi, tahan penyakit dan buahnya yang kurang tahap kemasamanya.
Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana
mengenai bagaimana teknik menanam kedondong termasuk menanam kedondong didalam
pasu dikawasan rumah untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Anda mungkin juga menyukai