Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS IHTIFAL SRIKK 2018


Tentatif Teks
PENGUMUMAN 1 Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Selamat datang ke Dewan Auditorium Perpustakaan Universiti


Malaysia Sabah.

Perhatian kepada semua hadirin, di sini ada beberapa


pengumuman penting untuk makluman hadirin.
Pengumuman 1
- Mohon kepada semua hadirin untuk mengambil tempat
duduk masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar
saja lagi.
Pengumuman 2
- Hadirin dipohon untuk tidak meninggalkan tempat duduk
masing-masing ketika majlis sedang berlangsung.
- Hadirin juga dipohon mematikan telefon anda atau
menetapkan dalam mod senyap ketika majlis sedang
berlangsung.
Pengumuman terakhir
- Hadirin dipohon untuk berdiri ketika pengumuman ketibaan
dif-dif kehormat seterusnya menyanyikan 3 buah lagu iaitu
Asmaul Husna, Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
Segala kerjasama anda semua diucapkan terima kasih.

KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan,

Yang Berusaha,
Ustaz Abdul Rahman Talipudin
Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
JHEAINS

Diiringi dif-dif jemputan

Masuk ke dewan…

1
NYANYIAN 3 BUAH LAGU (tidak perlu umum)
- ASMAUL HUSNA
- NEGARAKU Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
- SABAH TANAH AIR KU Hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam


sejahtera.

Yang Berusaha,
Ustaz Abdul Rahman bin Talipudin
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
JHEAINS

Yang Berusaha,
Encik Lahirul bin Latigu,
Pengarah NGO Sabah Care,
Merangkap Pengarah Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu.

Yang Berusaha,
Ustaz Mohd Tarmizi bin Mohd Yahya
Mudir
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Yang Berusaha,
Encik Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zainori,
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Yang Dihormati,
Ustaz Salman bin Mohd Amin,
Mudir
Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra

Penolong-penolong Kanan,
guru-guru,
staf sokongan,
ibu bapa serta
murid-murid yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH RENDAH ISLAM KOTA


KINABALU KALI KE-4 BAGI TAHUN 2018

2
BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Kalau pergi ke Tanjung Lipat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat
.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput
adik MOHAMMAD QADHRIE MASJIRIL BIN IBRAHIM untuk memimpin
bacaan doa. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

(bacaan doa tamat)

Amin ya rabbal alamin. Moga dengan bacaan doa sebentar majlis


kita mendapat keberkatan daripadaNya.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Mohammad Qadhrie


atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN Hadirin sekalian,


PENGERUSI MAJLIS
Untuk makluman, majlis ikhtifal yang diadakan pada setiap tahun ini,
merupakan majlis untuk meraihkan dan sebagai tanda
penghargaan kepada murid-murid atas kesungguhan mereka
dalam mencapai kecermelangan dalam akademik dan
kokurikulum. Selain itu, majlis seumpama ini bertujuan untuk
memupuk motivasi dan pemangkin semangat kepada murid-murid
untuk sentiasa meningkatkan prestasi mereka dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum. Oleh tu, adalah menjadi harapan
bagi seluruh warga SRIKK agar murid-murid sentiasa bersemangat
meningkatkan potensi diri dengan bantuan dan panduan daripada
guru dan ibubapa demi kemaslahatan agama, masyarakat dan
negara pada masa akan datang.
BACAAN AL-QURAN & Hadirin sekalian,
HAFAZAN
Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan persembahan Gema
Wahyu iaitu bacaan Al-Quran dan Hafazan pimpinan Ustazah Fatin
Atiqah dan Ustazah Noor Hasifah Dengan itu majlis menjemput adik
Noorul Syuhada binti Syukry dari Tahun 6 Al-Fateh dan adik Adiaul Hq
Bin Lokman Abdul Samad. Adik Noorul Syuhada akan membacakan
Surah An-Naba’ ayat 1 hingga ayat 40, manakala adik Adiaul Haq
akan membacakan Surah Al-Mukminun, ayat 1 hingga ayat 11.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan.

(bacaan Al-quran tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
3
Ulasan Surah An-Naba’ dan Surah Al-Mukminun:

‫صدق هللا العظيم‬..


Begitulah bacaan Surah An-Naba' yg telah dihafaz oleh adik Nurul
Syuhada dan juga bacaan Al-Quran surah Al-Mukminun yang
dibaca oleh adik Adiaul Haq

Hadirin sekalian,
Secara ringkasnya Surah An-Naba menceritakan tentang Hari
Kebangkitan yang mana kekuasaan Allah menciptakan Alam dan
nikmat yang diberikan-Nya adalah bukti bagi kekuasaan-Nya
membangkitkan Manusia.

Manakala Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11 itu tadi


menceritakan tentangg 7 sifat yang menjadikan org mukmin itu
beruntung dan mewarisi Syurga Firdaus kelak.

7 sifat tersebut termasuklah orang yang khusyuk dlm solatnya, orang


yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan lisan yg tidak
berguna, orang yg menunaikan zakat, orang yg memelihara
kemaluannya kecuali bagi golongan tertentu (isteri atau hamba
sahaya), orang yang memelihara amanah dan janjinya serta orang
yang memelihara solatnya.

Semoga dgn bacaan itu tadi, kita sama-sama dapat mengambil


hikmah sebagai persediaan menghadapi hari perhitungan,
InsyaAllah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

UCAPAN PENGERUSI PIBG Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Encik
Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zainori, Pengerusi PIBG untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PENGARAH SEKOLAH Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Lahirul bin Latigu,
Pengarah SRIKK untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

4
UCAPAN PERASMIAN Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur mandat diberi,
Majlis dirasmi hajatnya kami.

Tibalah kita ke acara yang seterusnya, iaitu ucapan perasmian.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha Ustaz Abdul Rahman Bin Haji Talipudin, Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Ihtifal kali
ke-4 bagi tahun 2018.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(ucapan tamat)

Mohon izin kepada perasmi untuk terus kekal berada di atas pentas
bagi majlis perasmian.

(gimik perasmian tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian perasmi untuk


merasmikan Majlis Ihtifal kita pada hari ini.
PENYAMPAIAN ANUGERAH Melati kuntum rotan berhias,
KEDUDUKAN TERBAIK DALAM Tumbuh melata di dalam taman,
KELAS KATEGORI AKADEMIK Anugerah cemerlang 2018,
Murid cemerlang kita raikan.

Majlis Ihtifal bagi tahun 2018 pada hari ini akan kita mulakan dengan
Penyampaian Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas.

Untuk makluman kepada hadirin, Anugerah Kedudukan Terbaik


Dalam Kelas ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori
Akademik dan Kategori Agama.

Bagi Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas Kategori Akademik,


Majlis dengan sukacitanya menjemput,

Penyampai :
Encik Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zainori
Pengerusi PIBG
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh :
Ustaz Mohd Tarmizi bin Mohd Yahya
Mudir
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

untuk naik ke pentas.

5
(baca senarai penerima anugerah)Rujuk Lampiran Penerima
Anugerah Kategori Akademik

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan


terima kasih kepada Encik Ahmad Zulhilmi atas penyampaian
anugerah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 2 (BICARA Hadirin sekalian,
BERIRAMA)
Sebelum kita lanjutkan penyampaian anugerah kita pada hari ini,
marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan Bicara Berirama
yang dipimpin oleh Ustazah Nurjiah dan Ustazah Norjumatiah
dengan tajuk Mari Menunaikan Solat.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(persembahan lakonan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan persembahan :
Solat merupakan tiang agama. Andainya solat kita tidak dijaga,
maka runtuhlah tiang agama. Allah telah menyusun dengan indah
dan teratur waktu solat untuk setiap hamba Allah yang beriman
dalam mengisi waktu-waktu hambanya dalam menjalani
kehidupan. Firman Allah dalam Surah An-Nisa, ayat 103,
maksudnya:

“Solat itu adalah ditentukan waktunya kepada sekalian orang


beriman”.

PENYAMPAIAN ANUGERAH Seterusnya, bagi Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas Kategori
KEDUDUKAN TERBAIK DALAM Agama, majlis menjemput,
KELAS KATEGORI AGAMA
Penyampai:
Ustaz Salman bin Mohd Amin
Mudir
Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra

Diiringi oleh:
Ustazah Norpaidah binti Mohd Yacob
Penolong Kanan 1
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Untuk naik ke pentas.

(baca senarai penerima anugerah)Rujuk Lampiran Penerima


Anugerah Kategori Akademik
Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah
dan terima kasih kepada Ustaz Salman atas penyampaian
anugerah sebentar tadi.
6
PENYAMPAIAN MATA Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Mata
PELAJARAN TERBAIK Pelajaran Terbaik.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Anugerah Mata Pelajaran


Terbaik juga terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Akademik
dan Kategori Agama.

Bagi Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Kategori Akademik, majlis


dengan ini menjemput :

Penyampai :
Ustaz Mohd Tarmizi bin Mohd Yahya
Mudir
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh :
Encik Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zainori
Pengerusi PIBG
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

(baca senarai penerima Anugerah)Rujuk Lampiran Penerima


Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Kategori Akademik

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan


terima kasih kepada Ustaz Mohd Tarmizi atas penyampaian
anugerah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Mata Pelajaran


Terbaik Kategori Agama.

Dengan ini, majlis menjemput:

Penyampai:
Encik Lahirul bin Latigu
Pengarah
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh:
Ustaz Salman bin Mohd Amin
Mudir
Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra

Untuk naik ke pentas.

(baca senarai penerima Anugerah)Rujuk Lampiran Penerima


Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Kategori Agama

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan


terima kasih kepada Encik Lahirul atas penyampaian anugerah
sebentar tadi.

7
ANUGERAH MURID Tuan-tuan dan puan-puan, majlis kita pada hari ini akan diteruskan
CEMERLANG JUZ AMMA 2018 lagi dengan Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang Juz Amma
bagi tahun 2018.

Untuk makluman hadirin sekalian, Anugerah Murid Cemerlang Juz


Amma merupakan anugerah yang julung-julung kali diadakan bagi
meraikan murid yang berjaya menghafaz Juz Amma iaitu Juzu’
terakhir di dalam Al-Quran.

Maka dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput :

Penyampai :
Ustaz Mohd Tarmizi bin Mohd Yahya
Mudir
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh :
Ustazah Norpaidah binti Mohd Yacob
Penolong Kanan 1
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Untuk naik ke pentas

(baca latar belakang penerima murid cemerlang)

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan


terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Tarmizi atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 3 (DIKIR Indah terukir tampak berseni
BARAT) Beralas kain tembikar nyonya
Persembahan ketiga bersedia kini
Semoga hadirin terhibur hendaknya

Kini tibalah kita ke acara seterusnya iaitu persembahan Dikir Barat


yang dipersembahkan oleh murid-murid SRIKK yang dipimpin oleh
Ustaz Norazuwan dan Ustaz Abdul Hadi.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(persembahan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan persembahan :
Dikir barat merupakan satu persembahan berasal daripada
negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Dan pada
masa kini, persembahan Dikir Barat tidak lagi dipersembahkan
hanya di negeri Kelantan sahaja, tetapi di seluruh Malaysia malahan
menjadi salah satu pilihan tarian yang dipersembahkan di luar
negara.
8
ANUGERAH MURID Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang
CEMERLANG 2018 2018.

Terdapat 2 kategori bagi anugerah ini, iaitu Kategori Akademik dan


Kategori Agama.

Untuk itu, majlis dengan ini sukacitanya menjemput :

Penyampai :
Encik Lahirul bin Latigu
Pengarah
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh :
Encik Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zainori
Pengerusi PIBG
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Untuk naik ke pentas.

(baca senarai penerima Anugerah)Rujuk Lampiran Penerima


Anugerah

Majlis mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah dan


terima kasih kepada Encik Lahirul di atas penyampaian anugerah
sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 4 (QASIDAH) Membuka langkah membawa dagangan,
Jauh berdagang dengan bahtera,
Alunan Qasidah gemersik dendangan,
Menjadi hiburan

Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis kita dihiburkan lagi dengan persembahan
Qasidah oleh murid-murid SRIKK di bawah pimpinan Ustaz Ah Rizal.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(persembahan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan persembahan :
Murid-murid SRIKK sering didedahkan dengan alunan Qasidah pada
hari Jumaat semasa sesi persekolahan bagi tujuan untuk menanam
sifat kecintaan para murid kepada baginda Rasulullah S.A.W
disamping mengamalkan hadith dan sunnah baginda.

ANUGERAH TERBAIK KO- Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Terbaik Ko-
KURIKULUM 2018 Kurikulum 2018.

9
Majlis dengan ini menjemput:

Penyampai :
Ustaz Abdul Rahman bin Talipudin
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
JHEAINS

Diiringi oleh :
Encik Lahirul bin Latigu
Pengarah
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Untuk naik ke pentas.

(baca senarai penerima Anugerah)Rujuk Lampiran Penerima


Anugerah Terbaik Ko-Kurikulum

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah


sebentar tadi.

Mohon izin kepada Ustaz Abdul Rahman dan Encik Lahirul untuk
terus berada di atas bagi Anugerah yang seterusnya.
PENYAMPAIAN ANUGERAH Sebelum itu, marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan video
TOKOH MURID 2018 mengenai tokoh murid yang telah disediakan oleh Media SRIKK.

(video tamat)

Tokoh Murid 2018 untuk tahun 2018 dianugerahkan kepada adik


Nurul Ahsdahnorizah binti Suharno.

(Majlis anugerah tokoh murid selesai)

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan


terima kasih kepada Yang Berusaha, Ustaz Abdul Rahman atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
PENYAMPAIAN SIJIL Majlis Ihtifal kita pada hari ini kini telah sampai ke kemuncaknya.
GRADUASI TAHUN 6
Bagi menyempurnakan pengisytiharan graduan Tahun 6 bagi Tahun
2018,

Dijemput Penolong Kanan 1, Ustazah Norpaidah binti Mohd Yacob


untuk naik ke pentas.

(PK1 selesai sampaikan pengumuman)

Majlis dengan sukacitanya menjemput:

10
Penyampai:
Encik Lahirul bin Latigu
Pengarah
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh:
Ustaz Mohd Tarmizi bin Mohd Yahya
Mudir
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Sijil Graduasi Tahun 6


SRIKK bagi Tahun 2018.
(baca senarai murid Tahun 6)Rujuk Lampiran Penama Graduasi
Tahun 6

(PK1 tamat sampaikan pengumuman ke 2)

*PK1 akan umumkan hadirin untuk sama-sama menonton tayangan


video yang disediakan.

(tayangan video tamat)


PENYAMPAIAN HADIAH Mohon izin kepada Ustaz Abdul Rahman untuk kekal berada di atas
CENDERAHATI pentas bagi majlis penyampaian Hadiah Cenderahati kepada
Perasmi.

Dijemput

Penyampai:
Encik Lahirul bin Latigu
Pengarah
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Diiringi oleh:
Encik Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zainori
Pengerusi PIBG
Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu

Untuk menyampaikan Hadiah Cenderahati kepada perasmi.


Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

(penyampaian hadiah cenderahati tamat)

Majlis merakamkan sebanyak-banyak terima kasih kepada perasmi,


Ustaz Abdul Rahman bin Haji Talipudin kerana sudi hadir ke Majlis
Ihtifal Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu Kali ke 4 ini.
BERSURAI Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis dengan ini mengumumkan perarakan keluar dewan.

(muzik gamelan perarakan keluar VIP)

11
Saya Siti Hajar binti Mohd Azir, selaku juruacara majlis pada hari ini
ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan di
sepanjang majlis berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SRIKK, guru-guru,


mahasiswa UMS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung bagi menjayakan Majlis Ihtifal 2018.

Moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian di dunia dan


akhirat.

Pohon kenanga elok merimbun,


Tersenyum si dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun,
Wacana hidup berkat selamanya.

Burung tekukur terbang rendah,


Terbang bersama si burung murai,
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum


warohmatullahiwabarokatu.

Terima kasih.

12

Anda mungkin juga menyukai