Anda di halaman 1dari 11

TEKS EMCEE HARI PERSARAAN CIKGU AZIZAH

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Azizah binti


KETIBAAN YANG Padzil serta tetamu kehormat
DIRAIKAN
Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Azizah binti
Padzil, Pen. Kanan kokurikulum SERATAS

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Kita mulakan majlis pada hari ini dengan ummul kitab


alfatihah

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.


SALUTASI Yang diraikan Cikgu Azizah bt Padzil, Pen kanan
kokurikulum Seratas

Yang berusaha, Cikgu Wan Shaiful Akmar bin Mohd Idris,


pengetua SERATAS

Yang berusaha, Cikgu Hasmyza bt Abdul Wahab, pen


kanan pentadbiran SERATAS

Yang berusaha, Cikgu Salwana bt Ahmad Suhaimi, Pen


kanan Hal ehwal murid SERATAS

Yang dihormati, Encik Mohd Amran bin Haji Abdul


Rahman, YDP PIBG SERATAS

Seterusnya, guru-guru kanan, guru-guru cemerlang, guru-


guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian

Hadirin yang dikasihi,.

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.


Anak Cina main gelombang,
KATA-KATA
ALUAN Terlihat jauh di Tanjung Jati,
PENGACARA
Tuan umpama bunga yang kembang,

Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita
berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan Yang
berusaha, Cikgu Azizah bt Padzil yang bakal meninggalkan
jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di
sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah


juga besarnya jasa Cikgu Azizah bt Padzil sehingga tidak
mampu untuk kami membalasnya. Sekalung penghargaan
diucapkan buat Cikgu Azizah bt Padzil yang diraikan atas
kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa majlis ini
untuk meraikan cikgu yang hebat dan megah
kewibawaannya.

Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.


Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan
saudara mohd aqil asil bin miswan untuk memimpin
bacaan doa.
BACAAN DOA
Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada saudara mohd aqil asil bin miswan
atas bacaan doa sebentar tadi.

Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


UCAPAN WAKIL
PELAJAR Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.

Dengan itu, pihak majlis dengan penuh takzimnya


menjemput dan mempersilakan saudara Afif Zakwan bin
Asmawi bagi memberikan ucapan mewakili semua pelajar
SERATAS. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN WAKIL PELAJAR)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara
Afif Zakwan bin Asmawi atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

UCAPAN WAKIL Para tetamu yang dikasihi,


GURU
Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara dibuat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan


Cikgu ______________________________________ bagi
memberikan ucapan mewakili barisan guru. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN WAKIL GURU)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


_______________________________________ atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN YDP Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan,


PIBG
Yang dihormati Encik Mohd Amran bin Haji Abdul Rahman,
YDP PIBG SERATAS untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(UCAPAN YDP PIBG)


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik
Mohd Amran bin Haji Abdul Rahman, YDP PIBG SERATAS
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN
PENGETUA
Hadirin yang dikasihi,

Besar langit di tepi busut,

Besar tak muat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang


berusaha, Cikgu Wan Shaiful Akmar bin Mohd Idris,
pengetua SERATAS untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN PENGETUA)

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Cikgu Wan Shaiful Akmar bin Mohd Idris atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dikasihi,


GURU
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan gesekan
violin oleh Cikgu Nurnadiah bt Abdullah yang bertajuk
________________________. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN GURU)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas
persembahan itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, majlis kini diteruskan lagi dengan


MURID
persembahan nyanyian yang akan disampaikan oleh

______________________________
yang bertajuk

_____________________________.
Majlid mempersilakan.

(PERSEMBAHAN MURID)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan


nyanyian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Seterusnya, majlis kini diserikan lagi dengan persembahan


WIND
wind orchestra yang akan diketuai oleh Saudari Lydia bt
ORCHESTRA
Syukri dengan tajuk lagunya iaitu Irama Medley Melayu.
Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN WIND ORCHESTRA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan


yang cukup hebat itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dikasihi sekalian,


WAR DANCE
Majlis kita pada harini ini bakal diteruskan dengan
persembahan War Dance yang diketuai oleh Mohd Aiman
Hazim bin Mohd Razmin. Majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN WAR DANCE)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
yang sangat mengagumkan itu tadi.

PERSEMBAHAN Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan


SORAN BUSHI
persembahan Soran Bushi oleh para pelajar SERATAS.
Majlis kini mempersilakan.

(PERSEMBAHAN SORAN BUSHI)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan


yang cukup memukau itu tadi.

UCAPAN CIKGU Hadirin yang dikasihi,


AZIZAH

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Azizah Binti Padzil,
Pen kanan Kokurikulum SERATAS untuk menyampaikan
ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(UCAPAN CIKGU AZIZAH)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
Cikgu Azizah bt Padzil bagi menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

MONTAJ Para tetamu yang dihormati,

Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan


persembahan montaj yang telah disediakan oleh seratas
creative multimedia. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN MONTAJ)

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan montaj sebentar tadi.
Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah buat Cikgu Azizah bt Padzil.
PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,

Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,

Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa


untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi.
Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan
semoga Cikgu Azizah bt Padzil akan sentiasa sihat dan
menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak


majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan
majlis kita pada hari ini.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai