Anda di halaman 1dari 5

LAW 683

UNDANG-UNDANG HARTA DAN PEWARISAN ISLAM

PENILAIAN PERTAMA

DISEDIAKAN OLEH:

LWD02A – NURUL IZZATI BINTI AHMAD NASARUDDIN


2022954477

UNTUK PENILAIAN:

DR. YUSOF BIN RAMLI


Soalan 1
Fuqaha membahagikan harta kepada harta mubah, harta alih dan harta tak alih,
mutaqawwam dan ghair al-mutaqawwam.

a) Huraikan tiga(3) kaedah yang dibenarkan oleh Syara’ untuk menguasai


harta mubah. ( 10
markah)

Harta mubah ialah harta sumber alam yang belum menajdi milik atau manfaat
sesiapa dan diharuskan untuk sesiapa sahaja yang berusaha untuk memilikinya
dengan cara yang diiktiraf Syara’. Terdapat beberapa kaedah yang dibenarkan
syarak untuk menguasai harta mubah.

Pertama dengan cara Ihya’ al-mawat iaitu penerokaan tanah dengan cara
memulih, menyuburkan, mengaktifkan dan membangunkan tanah yang mati,
gersang dan terbiar. Ini selari dengan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“ Sesiapa yang meneroka tanah mati maka ia berhak mendapat milik.”

Cara penerokaan tanah ini walaubagaimanapun mestilah mendapat keizinan


pemerintah sepertimana yang ditegaskan oleh Imam Abu Hanifah demi
menjaga kepentingan awam namun tidak diwajibkan oleh Imam Syafie dan
keizinan pemerintah dianggap sebagai satu galakan sahaja. Khalifah Umar al-
Khattab pula berpendapat pihak pemerintah berhak mengambil semula tanah
yang diteroka sekiranya selepas tiga tahun penerokaan tersebut tidak berjaya
dan memberikan harta iaitu tanah tersebut kepada orang yang mampu
menerokanya.

Kaedah kedua adalah dengan cara berburu (al-said) iaitu menguasai seseekor
binatang yang tidak dimilik sesiapa dengan cara yang diharuskan Syara’.

1
Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 96 yang bermaksud:

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati
daripada laut sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang yang dalam
pelayaran tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat
selama kamu sedang berihram…..”.

Firman Allah SWT tersebut menjelaskan hukum harus berburu dan


pengharaman berburu pada ketika dalam tempoh sedang berihram. Namun
begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan Syara’ dalam memburu harta
hibah iaitu perbuatan memburu dan menangkap haiwan berkenaan sendiri
mestilah tertib, peralatan yang sesuai digunakan sebagai senjata bantuan buruan
atau tangkapan, bantuan binatang yang terlatih untuk berburu, dan pemburuan
tersebut mestilah memastikan binatang tersebut tidak mampu lari semula ke
tempat asalnya.

Kaedah seterusnya adalah dengan kaedah al-maadin iaitu melombong bahan


galian yang ditemui dalam perut bumi seperti emas , perak tembaga, batu
permata , granit, mutiara , gas dan petroleum. Mazhab Shafi’i berpendapat jika
usaha mendapatkan bahan galian tersebut memerlukan tenaga yang banyak,
maka hasil perlombongan itu boleh menjadi hak milik individu namun begitu
jika harta itu mudah diperolehi ia menjadi milik awam.

2
b) Jelaskan situasi yang membenarkan seorang muslim menggunakan harta
ghair al-mutaqawwam dan apakah sekatan yang dikenakan daam
penggunaannya.
( 5 markah)

Muhammad Abu Zahrah mendefiniskan harta ghair al-mutaqawwam sebagai


harta yang tidak bernilai bagi orang Islam dimana hukum Syara’ juga
mengharamkan pengambilan manfaat daripada harta tersebut melainkan dalam
keadaan darurat. Penggunaan harta tersebut tidak diharuskan melainkan dalam
keadaan yang dikategorikan darurat. Darurat yang dimaksudkan adalah apabila
memenuhi syarat-syarat iaitu harta tersebut akan membahayakan jiwa jika tidak
digunakan, tiada harta yang halal yang dapat dijumpai meskipun telah dicari
sepenuhnya dan tidak berlebihan dalam menggunakan harta ghair al-
mutaqawwam.

Imam Syafie mengharamkan penggunaan harta ghair al-mutaqawwam


melainkan dalam keadaan darurat. Namun begitu, sekiranya digunakan, kita
hendaklah memastikan tidak ada sebarang kontrak yang boleh dibuat ke atas
harta ghair al-mutaqawwam atau kontrak tersebut akan terbatal secara
automatik. Bukan itu sahaja, jika berlaku kerosakan di atas harta ghair al-
mutaqawwam, Mazhab Hanafi berpandangan hendaklah ganti rugi dibayar
sekiranya harta ghair al-mutaqawwam tersebut membawa manfaat kepada
orang-orang bukan Islam sementara Jumhur ulama’ yang lain berpandangan
bahawa tidak wajib membayar ganti rugi sekiranya merosakkan harta ghair
mutaqawwam orang Islam.

3
c) Jelaskan dua (2) kaedah lain selain daripada menguasai harta mubah
dalam usaha manusia untuk memiliki harta yang sah dari segi hukum Syara’.
(5markah)

Selain daripada harta mubah, kaedah lain untuk memiliki harta yang sah dari
segi hukum Syara’ adalah dengan cara kontrak pindahmilik. Kontrak
Pindahmilik dianggap sebagai pemilikan sempurna apabila terdapat akad iaitu
tawaran dan penerimaan yang membuktikan kerelaan pihak-pihak untuk
memindahmilik harta tersebut dan harta tersebut hendaklah bernilai dan halal di
sisi Syara’. Akad pindah milik dalam Islam terdiri dari dua kategori iaitu akad
al-tabarru’ iaitu akad pemberian harta secara sukarela seperti sedekah, hibah
atau zakat, wasiat dan waqaf dan satu lagi adalah akad al-mu’awwadah iaitu
akad yang datang dengan tanggungjawab. Contohnya akad jualbeli antara
penjual yang menawarkan sesuatu ganjaran atau hasil apabila si pembeli
membuat pembayaran atau melakukan sesuatu yang memabawa manfaat kepada
penjual untuk menyempurnakan pemilikan harta tersebut.

Kaedah lain yang boleh digunakan oleh manusia untuk memiliki harta yang sah
dari segi hukum Syara’ adalah dengan cara syuf’ah iaitu pembahagian. Jumhur
ulama’ pula mentakrifkan ia sebagai hak pemilikan harta yang telah dijual
kemudian diambil secara bukan sukarela daripada pembelinya termasuk harga
dan segala perbelanjaan pengurusannya. Namun hal ini, mestilah sesuai dengan
kaedah fiqh iaitu “Tidak mudharat dan tidak memudharatkan.” Riwayat Ahmad
dan al-Tirmidzi menyebut, “Jiran lebih berhak dengan syuf`ah jirannya,
sekiranya dia tiada dan sekiranya jalan kedua-duanya adalah sama.” yang
menunjukkan hak Syuf`ah berlaku apabila terdapat ikatan antara pihak yang
menuntut harta dengan harta yang dijual sama ada dari segi perkongsian atau
kejiranan seperti bersambung sempadan atau hak laluan jalan dan air yang sama

Imam Syafi`e berpendapat hak syuf`ah terhad kepada harta tak alih yang boleh
dibahagikan namun Imam Hanbali dan Malik berpendapat hak syuf`ah
diharuskan juga ke atas harta alih yang tertentu seperti kapal, tanaman, binatang
ternakan, kenderaan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai