Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor kejatuhan sesebuah tamadun.

Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotan
sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalan
rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.
Perpecahan di kalangan masyarakat
Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun.
Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan
kerajaan BaniUmaiyah merosot.
Ketidakadilan
Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya
danmiskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat
golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah
golonganberharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.
Ketidakstabilan politik
Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.
Bencana alam atau malapetaka
Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit
dansebagainya. Contoh Athens serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk dan
pemerintahnya iaitu Pericles. Selain itu Kejatuhan tamadun Indus adalah disebabkan banjir besar.
Penerimaan perubahan
sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun.
Sikapseperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya
membawakepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan
TurkiUthmaniyyah.
Pemerintah yang lemah
Negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan
politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negara menjadi wilayah-wilayah kecil.

Anda mungkin juga menyukai