Anda di halaman 1dari 7

KAEDAH FIQHIYAH

KAEDAH PERTAMA : Al UMUR BIMAQASIDIHA

PENGERTIAN

Niat membawa erti seseorang memaksudkan sesuatu atau mengqasadkan sesuatu dan disertai
dengan perbuatan khususnya untuk mencari keredaan Allah SWT.1 Kaedah ini membawa
maksud setiap perkara perlu melihat kepada motif dan matlamat yang akan diperolehi. Dalam
erti kata lain, setiap perkara atau perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang. Maka,
setiap amalan yang dilakukan oleh mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya.2

Kaedah ini juga membawa maksud amalan dan tindakan seseorang sama ada perbuatan atau pun
perkataan, hukumnya adalah berbeza kerana berbeza tujuan dan amalan seseorang dan
tindakannya atau pun hukum-hukum syarak dalam setiap perkara dan urusan manusia akan
terbentuk berdasarkan tujuan atau niat di sebaliknya. Ini kerana matlamat penting niat
disyariatkan adalah untuk membezakan amalan ibadat dan adat serta membezakan taraf ibadat
antara sesama manusia.

Kaedah ini terbit daripada mafhum hadith Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin
diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya itu berdasarkan apa
yang ia hijrahkannya” (Riwayat Bukhari) 3

Justeru itu hadith ini memberi maksud bahawa Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia
terikat dengan apa yang diniatkan oleh mereka. Niat merupakan perkara utama bagi menentukan
setiap amalan manusia samaada sahnya amalan amalan itu diambilkira dan mendapat pahala,
mahupun mendapat dosa malahan termasuk juga dalam hal menentukan halal dan haram. 4 Islam
mengajarkan bahawa baiknya sesuatu amalan tidak hanya bergantung kepada aspek luaran
semata-semata tetapi juga berkait rapat dengan aspek dalaman iaitu keikhlasan hati hanya kerana
Allah SWT.

[Type here]
Merujuk kepada penghakiman kes Aziah Abdul Aziz v. Azmi Abdul Aziz ( 2013)

“ Kami melihat kenyataan pihak perayu yang berlawanan ini sebagai suatu helah dan
percubaan memanipulasi undang-undang” 1

Melalui penghakiman ini, saya berpendapat bahawa YAA telah memilih Kaedah ini sebagai
penyelesaian kes tersebut atas faktor berikut :

1. Perayu mempunyai satu niat yang tidak baik (khianat) terhadap responden. Iaitu enggan
melaksanakan isi surat perjanjian ( amanah) agar segala harta yang disenaraikan
dibahagikan secara faraid setelah ibu bapa mereka meninggal.2.

Islam adalah agama yang membawa ajaran serta cara hidup sempurna meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia. Allah SWT menyempurnakan Islam melalui pengutusan rasul yang terakhir
iaitu Nabi Muhammad SAW. Kesyumulan ajaran Islam bukan saja khusus kepada amalan
keagamaan, tetapi ia juga dapat dilihat dalam aspek syariah yang menetapkan panduan dan
tatacara melaksanakan ibadah, ketaatan dalam melaksanakan perintah serta hukum-hakam
termasuk peraturan dan undang-undang negara yang tidak bercanggah dengan syariat. Tujuan
segala peraturan ini ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia serta mengatur
manusia supaya melaksanakan perbuatan ma’ruf dan menjauhi mungkar. Segala sifat
kesyumulan Islam ini diserlahkan melalui Maqasid Syariah yang lima yang menekankan aspek
penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang akhirnya akan menatijahkan satu
kehidupan yang aman, makmur, harmoni dan sejahtera.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ma’idah ayat 3 bermaksud:

“Pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada
kamu dan Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Amanah bukanlah suatu perkara yang remeh dan menganggap ia satu yang tidak
penting, bahkan ia merupakan suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan

[Type here]
hak yang mesti ditunaikan kepada orang lain. Peri pentingnya agar setiap mukallaf
menjaga amanah bersandarkan dalil-dalil naqli yang berikut :

Firman Allah S.W.T:

{ 9‫ َن‬9‫ و‬9‫ ُم‬9َ‫ ل‬9‫ ْع‬9َ‫ ت‬9‫ ْم‬9ُ‫ ت‬9‫ َأ ْن‬9‫ َو‬9‫ ْم‬9‫ ُك‬9ِ‫ت‬9‫ ا‬9َ‫ن‬9‫ ا‬9‫ َأ َم‬9‫ا‬9‫ و‬9ُ‫ن‬9‫ و‬9‫ ُخ‬9َ‫ ت‬9‫و‬9َ 9‫ َل‬9‫ و‬9‫ ُس‬9َّ9‫ر‬9‫ل‬9‫ ا‬9‫و‬9َ 9َ ‫ هَّللا‬9‫ا‬9‫ و‬9ُ‫ن‬9‫ و‬9‫ ُخ‬9َ‫ اَل ت‬9‫ا‬9‫ و‬9ُ‫ ن‬9‫ َم‬9‫ آ‬9‫ن‬9َ 9‫ ي‬9‫ ِذ‬9َّ‫ل‬9‫ ا‬9‫ ا‬9َ‫ ه‬9ُّ9‫َأ ي‬9‫ ا‬9َ‫}ي‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati


(amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-
amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

(Surah al-Anfal: 27)

Firman Allah S.W.T

{ 9‫ َن‬9‫ و‬9‫ ُع‬9‫ ا‬9‫ َر‬9‫ ْم‬9‫ ِه‬9‫ ِد‬9‫ ْه‬9‫ َع‬9‫و‬9َ 9‫ ْم‬9‫ ِه‬9ِ‫ت‬9‫ ا‬9َ‫ن‬9‫ ا‬9‫ َأِل َم‬9‫م‬9ْ 9ُ‫ ه‬9‫ن‬9َ 9‫ ي‬9‫ ِذ‬9َّ‫ل‬9‫ ا‬9‫و‬9َ }

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

(Surah al-Mu’minun: 8)

Ayat ini menerangkan keperluan menunaikan amanah, hormat menghormati,


menjaga dan mematuhi perjanjian dan akad. A manah mestilah ditunaikan bukannya
dikhianati atau dibiarkan

Nabi S.A.W. Baginda S.A.W bersabda:

9َ 9َ‫ ل‬9‫خ‬9ْ ‫ َأ‬9‫ َد‬9‫ َع‬9‫و‬9َ 9‫ ا‬9‫ ِإ َذ‬9‫و‬9َ 9، 9‫ب‬


« 9‫ َن‬9‫ ا‬9‫خ‬9َ 9‫ن‬9َ 9‫ ِم‬9ُ‫ْؤ ت‬9‫ ا‬9‫ ا‬9‫ ِإ َذ‬9‫و‬9َ 9، 9‫ف‬ 9َ 9‫ َذ‬9‫ َك‬9‫ث‬ 9ٌ 9‫ال‬9
9َ 9‫ َّد‬9‫ َح‬9‫ ا‬9‫ ِإ َذ‬9: 9‫ث‬ ِ 9ِ‫ف‬9‫ ا‬9َ‫ ن‬9‫ ُم‬9‫ل‬9‫ ا‬9ُ‫ ة‬9َ‫ي‬9‫»آ‬
9َ 9َ‫ ث‬9‫ق‬

Maksudnya: Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia
dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

Riwayat al-Bukhari (33), Muslim (59)

Melalui hadith ini, dapat difahami bahawa mengkhianati amanah juga merupakan
salah satu ciri-ciri orang munafik. Dan amanah ini juga menjadi kewajipan kita
sebagai seorang Muslim, Oleh yang demikian segala bentuk tindakan, cubaan pengkhianatan
dan perbuatan yang bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan Allah samaada yang
mencakupi hal berkenaan Ibadah, Muamalah, munakahat dan jenayah adalah dilarang dan
berdosa. Pelakunya akan menerima balasan atas perbuatan tersebut bila tiba masanya. (Akhirat).

[Type here]
2. Perayu seolah-olah mempunyai niat dan tamak untuk menguasai keseluruhan harta
tersebut dengan menafikan hak responden sebagai waris sah yang juga berhak mewarisi
harta tersebut menurut undang-undang.

Allah berfirman

َ ‫َوتُ ِحبُّونَ ْال َم‬


‫ال ُحبًّا َج ّمًا‬

Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.


Surah Al-Fajr 89

Sabda Rasulullah SAW

Dari Ka'ab bin Malik Radhiyallahu anhu ia berkata, "Rasûlullâh shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, "Dua ekor serigala yang kelaparan yang dilepaskan di tengah-tengah kawanan
kambing, tidaklah lebih merosak dari kerakusan manusia terhadap harta dan kedudukan yang
sangat merosak agamanya. ."

Di dalam hadith ini baginda mengkhabarkan bahawa ketamakan manusia terhadap harta dan
jawatan pasti akan merosak agamanya. Ketamakan manusia kepada harta dan kepemimpinan
akan membawa kepada kezholiman, penipuan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala
cara untuk mencapai tujuannya.

Islam mengajarkan umatnya agar sentiasa berusaha dan bekerja untuk mencari rezeki buat diri
dan tanggungannya. islam juga tidak menghalang penganutnya mengumpulkan harta kekayaan
sebagai kesenangan dunia, akan tetapi harta kekayaan yang diperolehi itu mestilah mengikut
garis batas yang ditetapkan oleh syara’. Oleh yang demikian setiap harta yang diperolehi
bersumberkan yang salah adalah dilarang.

Allah berfirman

[Type here]
ࣖ ‫اس ِبااْل ِ ْث ِم َواَ ْن ُت ْم َتعْ لَم ُْو َن‬
ِ ‫ال ال َّن‬ َ َ‫َواَل َتْأ ُكلُ ْٓوا اَمْ َوالَ ُك ْم َب ْي َن ُك ْم ِب ْالبَاطِ ِل َو ُت ْدلُ ْوا ِب َهٓا ِالَى ْال ُح َّك ِام ِل َتْأ ُكلُ ْوا َف ِر ْي ًقا مِّنْ ا‬
ِ ‫مْو‬

Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah)
kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan
sebagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui. Albaqarah 188
Perayu telah cuba menipu dengan menafikan hak responden sebagai waris yang sah dan

bertujuan ingin memiliki keseluruhan harta tersebut. . Allah SWT melarang orang-orang yang
beriman daripada memakan harta sesama mereka secara batil iaitu melalui cara yang tidak
syar’ie. Memakan harta secara batil termasuklah mendapatkan harta melalui cara haram seperti
riba, berjudi, menipu, mencuri, memeras dan merampas tanpa hak.

Rasulullah bersabda

َ ‫ْن َغ َّشنَا فَلَي‬


َ‫ْس ِمنَّا‬

Sesiapa yang menipu bukan golongan kami

Rawahu muslim

[Type here]
KAEDAH KEDUA : “La Darar Wa La Dirar”

Kaedah ini bermaksud sekiranya berlaku kemudaratan maka ia wajib dihilangkan. Ia juga
bermaksud sesuatu yang boleh menyebabkan dan mendatangkan bahaya mesti dihapus dan
dihindarkan serta mesti dihilangkan (Al-Syeikh Ahmad 1998). Oleh itu, kerosakan dan
kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain tidak boleh dilakukan malah wajib
dihindarkan atau dihilangkan termasuk yang berkaitan dengan hak umum. Jumhur ulama juga
menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum muslimin wajib dijauhi (Abdul
Latif & Rosmawati 2000).

Kaedah ini lahir antaranya daripada firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan
berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan).
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang orang yang berbuat baik ” (Surah al-A’raf:
56)

[Type here]
Sabda Rasullullah SAW.: “Tidak ada mudarat dan tidak memudaratkan” (Riwayat Ahmad dan
Hakim)

Contoh yang boleh disesuaikan dengan kaedah ini dalam penghakiman kes Aziah Abdul Aziz v.
Azmi Abdul Aziz ( 2013)

1.

RUJUKAN

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2000. Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Syeikh Ahmad al-Syeikh Muhammad al-Zarqa. 1998. Syarh al-Qawaid al- Fiqhiyyah.
Damsyik: Dar al-Qalam.

Ibn Nujaym & Zayn al-`Abidin Ibrahim. 1998. al-Asybah wa al-Naza’ir `ala Madhhab Abi
Hanifah al-Nu`man, c. 1, Beirut: al-Maktabah al-`Asriyyah

Muhammad al-Ruki. 1998. Qawaid al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Qalam.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: JAKIM.

Mustafa Ahmad al-Zarqa’. 1968. al-Madkhal al-Fiqhi al-Am. Jil. 2., Damsyik: Matbaah Tarabin.

[Type here]

Anda mungkin juga menyukai