Anda di halaman 1dari 6

AJ20603 SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIALIMSE/IMPERIALISME

KAJIAN KES SOALAN 2 (EMILIO AGUINALDO)


MOHD NAZMI BIN MATRUDIN
BA18110371
Emilio Aguinaldo dilahirkan pada 22 Mac 1869 di Cavite El Viejo kini dikenali
sebagai Kawit di daerah Cavite, Filipina. Aguinaldo diberi nama samaran Miong,
Ayahnya ialah Carlos Aguinaldo meninggal Ketika Aguinaldo berusia Sembilan
tahun dan ibunya ialah Trinidad Famy. Aguinaldo merupakan anak ketujuh dalam
sebuah keluarga Mestizo-Cina yang terdiri daripada lapan adik-beradik. Ayahnya
adalah gobernadorcillo (ketua bandar) dan sebagai kaum minoriti, mereka
menikmati kehidupan yang agak kaya dan berkuasa. Dia mendapat pendidikan di
San Juan de Letrán College di Manila tetapi terpaksa berhenti sekolah lebih awal
untuk membantu ibunya menguruskan ladang keluarga. Pada tahun 1894,
Andres Bonifacio sendiri memasukkan Aguinaldo ke dalam Katipunan, sebuah
organisasi anti-kolonial rahsia. Katipunan menyeru pemindahan Sepanyol dari
Filipina dengan angkatan bersenjata jika perlu. Pada 1 Januari 1895, Aguinaldo
melakukan pertunjukan pertama dalam politik dengan pelantikan sebagai kota
besar Cavite. Seperti rakan pemimpin anti-kolonial Andres Bonifacio, dia juga
bergabung dengan kaum Mason. Pada tahun 1896 setelah Sepanyol
mengeksekusi Jose Rizal, suara kemerdekaan Filipina, Katipunan memulakan
revolusi mereka. Sementara itu, Aguinaldo mengahwini isteri pertamanya, Hilaria
del Rosario, yang cenderung mencederakan tentera melalui organisasi Hijas de
la Revolucion (Daughter of the Revolution).

Pada bulan Disember 1897, dia menandatangani perjanjian yang disebut


Pakta Biac-na-Bató dengan gabenor jeneral Sepanyol. Aguinaldo bersetuju untuk
meninggalkan Filipina dan terus berada dalam pengasingan dengan syarat
mendapat ganjaran kewangan yang besar dari Sepanyol ditambah dengan janji
reformasi liberal. Aguinaldo kembali ke Filipina pada 19 Mei 1898, dan
mengumumkan pembaharuan perjuangan dengan Sepanyol. Pada tahun 1898,
dia mencapai kemerdekaan Filipina dari Sepanyol dan terpilih sebagai presiden
pertama republik baru di bawah Kongres Malolos. Dia juga memimpin Perang
Filipina-Amerika terhadap penentangan Amerika Syarikat terhadap kemerdekaan
Filipina. Aguinaldo meninggal dunia akibat serangan jantung pada 6 Februari
1964, di Kota Quezon, Filipina. Kajian kes ini adalah bertujuan untuk mengingati
Emilio Aguinaldo menerusi sumbangan beliau kepada Filipina. Tambahan pula,
kita boleh lihat bagaimana Aguinaldo membuat persekutuan Filipina dengan
Amerika Syarikat untuk menumpaskan Sepanyol dan juga penentangan Filipina
terhadap Amerika Syarikat. Emilio Aguinaldo merupakan Presiden Republik
pertama di Filipina yang berjaya menuntut kemerdekaan di Filipina.

Emilio Aguinaldo pada awalnya bersekutu Amerika Syarikat kerana mereka


mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menentang Sepanyol. Semasa
Emilio Aguinaldo merancang untuk meneruskan perjuangan menentang
Sepanyol di Filipina, wujud perselisihan antara pihak Sepanyol dan pihak
Amerika. Apabila Aguinaldo mengetahui tentang hal tersebut, dia pun kembali ke

This study source was downloaded by 100000831028476 from CourseHero.com on 06-27-2022 05:14:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66259988/KAJIAN-KES-ASIA-TENGGARA-MOHD-NAZMI-BIN-MATRUDIN-BA18110371docx/
Filipina daripada Hong Kong untuk meneruskan penentangan terhadap penjajah
Sepanyol. Aguinaldo telah membuat pakatan untuk bekerjasama dengan pihak
Amerika dengan harapan Amerika akan memberi bantuan dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan bagi orang Filipina. Permusuhan yang berlaku antara
pihak Amerika dan Sepanyol telah mendorong pembentukan pakatan di antara
Aguinaldo dan Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 1897, Emilio Aguinaldo telah
bertindak menghantar wakil untuk berunding dengan konsul Amerika iaitu
Rounseville Wildman yang ketika itu berada di Hong Kong. Perundingan ini
adalah untuk bertujuan membentuk sebuah pakatan di antara Filipina dan juga
Amerika untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina. Sebelum peperangan,
Aguinaldo dan pengikutnya telah berunding dengan Dewei pada April 1898 dan
dia juga bertemu dengan Spencer Pratt iaitu seorang Konsul Amerika yang
berkhidmat di Singapura. Pada 19 Mei 1898, Aguinaldo bersama 17 orang Filipina
tiba di Teluk Manila dengan menaiki kapal Mulloch milik Amerika. Aguinaldo
bersetuju dengan semua keputusan yang dibuat hasil perbincangan dengan
Dewey kerana Aguinaldo yakin bahawa Dewey dan Pratt menjanjikan
kemerdekaan kepada Filipna. Namun, tiada perjanjian bertulis yang menjadi
bukti bahawa Dewey akan berjanji memberi kemerdekaan kepada Filipina. Malah
Aguinaldo juga diberitahu tentang jaminan oleh pihak Amerika bahawa mereka
tidak memerlukan sebuah koloni baru dan Amerika juga akan mengakui
kemerdekaan Filipina.

Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin Filipina di Hong Kong


berpendapat bahawa persepakatan yang dibentuk di antara Aguinaldo dan
Amerika mengundang risiko terhadap Filipina. Hong Kong Junta iaitu
Jawatankuasa pemimping-pemimpin Filipina di Hong Kong menentang pakatan ini
dan mereka menganggap bahawa Amerika Syarikat adalah bakal penindas
baharu di Filipina. Namun, Aguinaldo tetap dengan pendiriannya yang
menganggap bahawa Amerika Syarikat adalah sebagai pelindung tanpa
berkepentingan. Tindakan Aguinaldo ini juga dikritik oleh Mabini kerana
Aguinaldo bersetuju berpakat bersama Amerika dengan hanya mempercayai
janji mulut Amerika yang tidak begitu jelas tanpa sebuah perjanjian yang
bertulis. Tujuan Aguinaldo menerima pakatan bersama dengan Amerika ialah
beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi presiden dan bimbang sekiranya peluang
tersebut akan diambil alih oleh orang lain. Walaupun tiada pernjanjian yang sah
daripada kerajaan Amerika, Aguinaldo tetap bersetuju untuk bekerjasama
dengan Dewey untuk mengiktiraf kemerdekaan Filipina. Aguinaldo juga telah
berbincang dengan Pratt dan dia juga yakin dan tidak ragu-ragu bahawa pakatan
bersama Amerika adalah untuk mengusir Sepanyol dari bumi Filipina atas dasar
kemanusiaan kerana pada masa itu Amerika berjaya membebaskan Cuba
daripada dominasi Sepanyol. Aguinaldo kembali dengan harapan untuk menjadi
Presiden Filipina tetapi pihak Amerika telah memperalatkan Aguinaldo untuk
memenuhi cita-cita mereka iaitu untuk menakluki Filipina. Oleh itu, tindakan dan
niat Aguinaldo untuk membebaskan Filipina daripada cengkaman Sepanyol
dibalas dengan penipuan dan muslihat oleh pihak Amerika Syarikat.

Konflik di antara Amerika dan Sepanyol mempunyai permulaan yang


kompleks. Menjelang tahun 1890-an, Cuba tidak berjaya menewaskan Sepanyol

This study source was downloaded by 100000831028476 from CourseHero.com on 06-27-2022 05:14:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66259988/KAJIAN-KES-ASIA-TENGGARA-MOHD-NAZMI-BIN-MATRUDIN-BA18110371docx/
untuk menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1895, revolusi Cuba dibawah
pimpinan José Marti telah menjalankan ekspedisi ke pulau itu kerana mereka
berusaha merebut kekuasaan dari Sepanyol. Kerajaan Amerika Syarikat berminat
dengan Cuba dan berusaha untuk mendapatkan Cuba dalam menstabilkan
ekonomi mereka. Satu perjanjian telah dibentangkan di antara Amerika Syarikat
dan Sepanyol iaitu Cuba menjadi pemerintahan sendiri pada 1 Januari 1898.
Selepas rusuhan Januari di Havana, Presiden William McKinley menghantar USS
Maine ke Havana untuk melindungi warganegara dan kepentingan Amerika
Syarikat. Pada 15 Februari, satu letupan telah menenggelamkan Maine iaitu
kapal Amerika dan membunuh 266 orang di dalamnya. Pada 19 April, Kongres
telah meluluskan penetapan sumber utama di bawah panduan Teller
Amendteacher, yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat tidak akan
mewujudkan kawalan tetap ke atas Cuba. Amerika Syarikat juga telah
mengisytiharkan perang ke atas Sepanyol pada 25 April.

Aguinaldo mengarahkan orang Filipina agar menyokong dan bekerjasama


dengan pihak Amerika untuk menentang Sepanyol. Peperangan ini berlangsung
pada 1 Mei apabila Sepanyol enggan untuk menyerah kalah. Penduduk dari
Wilayah Laguna, Batangas, Bulacan, Nueva Ecija, Bataan, Tayabas dan
Camarinas memberi sokongan penuh kepada pihak Amerika dalam menentang
Sepanyol. Hal ini demikian menyebabkan Gabenor Jeneral Basilo Agustine cuba
untuk memaksa orang Filipina agar memberi sokongan kepada pihak Sepanyol
dengan menawarkan kerajaan autonomi dan jawatan Ketua Turus Tentera
dengan gaji sebanyak P5,000 kepada Aguinaldo sekiranya beliau
mengisytiharkan kesetiaan kepada Sepanyol dan menentang Amerika. Namun,
tindakan Agustine tidak berjaya kerana Aguinaldo tidak mahu terpengaruh
dengan strategi Sepanyol dan menolak sekeras-kerasnya usaha Sepanyol untuk
mengubah pendiriannya.

Perang Amerika-Sepanyol ini berakhir di mana Dewey mewakili Amerika


Syarikat menjalinkan hubungan damai Gabenor Jeneral Agustine yang dikepung
di Manila. Hasil daripada perdamaian ini telah memberi tamparan hebat kepada
Aguinaldo kerana Amerika Syarikat telah berpakat dengan Sepanyol untuk
menjatuhkan semangat dan usaha penduduk Filipina dalam menentang
Sepanyol. Gabenor Agustine mencadangkan kepada Dewey untuk mengadakan
peperangan palsu di mana pada pengakhiran peperangan ini pihak Sepanyol
akan menyerah diri. Perang palsu ini hanya melibatkan pihak Sepanyol dan pihak
Amerika Syarikat sahaja dan tanpa pengetahuan Aguinaldo dan orang Filipina.
Perjanjian Paris yang ditandatangani pada 10 Disember menandakan bahawa
berakhirlah di antara Amerika dan Sepanyol, Sepanyol menyerahkan Guam,
Puerto Rico, miliknya di Hindia Barat, dan Filipina sebagai pertukaran Amerika
Syarikat membayar 20 juta dollar kepada Sepanyol.

Kesan daripada Perang Amerika-Sepanyol, sebuah kerajaan diktator telah


ditubuhkan di bawah kepimpinan Emilio Aguinaldo. Sebenarnya, penubuhan
kerajaan diktaktor ini merupakan tipu muslihat pihak Amerika Syarikat untuk
menghalang Aguinaldo untuk menubuhkan sebuah kerajaan Republik di Filipina.

This study source was downloaded by 100000831028476 from CourseHero.com on 06-27-2022 05:14:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66259988/KAJIAN-KES-ASIA-TENGGARA-MOHD-NAZMI-BIN-MATRUDIN-BA18110371docx/
Konsul Wildman merupakan dalang disebalik penubuhan kerajaan diktaktor ini
dimana dia menasihati Aguinaldo bahawa kerajaan diktaktor ini juga merupakan
nukleas kepada pembentukan sebah kerajaan Republik yang sama seperti di
Amerika Syarikat. Penasihat Aguinaldo iaitu Ambrosio Rianzares Bautista iaitu
seorang peguam di Manila juga menasihati Aguinaldo agar melupakan idea
mengorganisasi kerajaan berperlembagaan dan mengarahkannya untuk
menubuhkan rejim diktaktor. Oleh disebabkan keadaan kritikal di Filipina akibat
peperangan, Filipina memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dalam bidang
kuasa eksekutif dan hal ini menyebabkan Aguinaldo mengenepikan draf Mariano
Ponce dan menerima cadangan Ambrosio Rianzares Bautista untuk membentuk
Kerajaan Diktaktor. Pada 24 Mei 1898, Aguinaldo mengumumkan niatnya untuk
menubuhkan kerajaan diktaktor kerana terpaksa dan meneruskan revolusi
memandangkan masih banyak wilayah-wilayah di Filipina berada di bawah
pengaruh pihak Sepanyol. Oleh itu, Aguinaldo melantik Apolinario Mabini sebagai
penasihat peribadinya untuk mencapai hasrat pembentukan Republik Filipina.

Selain itu, pembentukan kerajaan tempatan juga dilaksanakan oleh


Apolinario Mabini kerana ia dianggap sesuatu yang perlu dilaksanakan segera
supaya setiap peublo yang dibebaskan oleh pemberontak daripada kawalan
kerajaan Sepanyol diletakkan dalam suatu bentuk kerajaan di bawah kawalan
orang Filipina. Mabini telah memainkan peranan penting dalam pembentukan
dikri pada 18 Jun 1898 iaitu berkaitan dengan penyusunan kerajaan tempatan
kerana idea tersebut tiada berkaitan dengan rancangan Amerika Syarikat. Setiap
wilayah dianggap sebagai pengundi dan mereka juga diterapkan konsep
kewarganegaraan iaitu mempunyai hak untuk memilih pemimpin mereka.
Tambahan pula, Setiap bandar akan memilih seorang ketua dan termasuk tiga
perwakilan. Ketua Barrio iaitu ketua yang berada di daerah di luar bandar
membentuk popular assembly dimana ianya adalah untuk menyelia pelaksanaan
undang-undang dan mematuhi keperluan setiap bandar. Tindakan ini akan
membentuk kerajaan perbandaran dan ianya merupakan kehendak Mabini untuk
meletakkan kesemua pemimpin di bawah satu tampuk kerajaan pusat. Oleh hal
yang demikian, semua perwakilan dari setiap perbandaran menyokong penuh
kemerdekaan Filipina dan menerima Aguinaldo sebagai presiden Kerajaan
Revolusioner.

Kesan peperangan di antara Amerika dengan Sepanyol yang seterusnya


telah menyebabkan pengisytiharan kemerdekaan di Filipina. Setelah berjaya
membentuk kerajaan tempatan, Emilio Aguinaldo mengambil langkah
mengumumkan kemerdekaan untuk terus mendapatkan sokongan daripada
rakyat. Pada 12 Jun 1898, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina
dihadapan penyokongnya dan disertai dengan kibaran bendera kebangsaaan
Filipina buat kali pertama. Pengisytiharan kemerdekaan ini juga disertai dengan
iringan muzik Perbarisan Kebangsaan Filipina dan bendera Filipina dinaikkan
dengan penuh semangat patriotik. Tambahan pula, Deklarasi Kemerdekaan telah
disediakan dan ditandatangani oleh 98 orang termasuk pegawai tentera Amerika
yang menjadi saksi itu L. M. Johnson. Walau bagaimanapun, pengisytiharan
kemerdekaan Filipina hanya diumumkan pada 1 Ogos 1898 disusun dibawah
peraturan kerajaan diktaktor.

This study source was downloaded by 100000831028476 from CourseHero.com on 06-27-2022 05:14:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66259988/KAJIAN-KES-ASIA-TENGGARA-MOHD-NAZMI-BIN-MATRUDIN-BA18110371docx/
Di samping itu, kesan peperangan di antara Amerika dan Sepanyol juga
telah mengubah keadaan yang signifikan di Filipina. Kerajaan Diktaktor yang
diasaskan oleh Aguinaldo hanya mampu bertahan selama dua bulan iaitu dari 23
Mei 1898 sehingga 24 Jun 1898. Hal ini dikatakan demikian kerana Kerajaan
Diktaktor telah ditukar kepada Kerajaan Revolusioner atas arahan daripada
Mabini pada 23 Jun 1898. Kemunasabahan Kerajaan Revolusioner ini dibentuk
ialah untuk memperjuangkan kedaulatan yang menjadi hak rakyat, adil dan tidak
menyalahi undang-undang. Menurut Mabini, mereka tidak mempunyai cara lain
untuk mencapai matlmat untuk membina sebuah negara Republik Filipina iaitu
melalui revolusi yang disokong oleh rakyat. Pada masa ini juga Aguinaldo
membentuk dan menyusun kabinet-kabinetnya sebagai permulaan ke arah
berkerajaan Republik. Jelaslah bahawa Mabini merupakan tulang belakang
Aguinaldo yang membantu mereka bentuk strategi dalam pembinaan negara
Republik di Filipina.

Pengisytiharan Republik Filipina telah dirasmikan di Malolos pada 23


Januari 1899 dan Aguinaldo mengangkat sumpah selaku presiden Republik
pertama di Filipina. Perlembagaan Malolos yang diumumkan oleh Aguinaldo pada
21 Januari 1899 telah berjaya dan diterima oleh semua rakyat Filipina dengan
prinsip kebebasan, persaman dan persaudaraan. Untuk mencapai hasrat
kemerdekaan Filipina ini diakui di luar negara, Aguinaldo telah mengambil
beberapa langkah dengan melantik beberapa jawatan diplomatik. Sebagai
contoh, Felipe Agoncillo dihantara ke Amerika Syarikat, Mariano Ponce dan
Faustino Lichauco dihantar ke Jepun, Antonio Regidor dihantar ke England, Jan
Loina dan Petro Roxas ke Perancis dan Eriberto Zariel dihantar ke Australia.
Tindakan Aguinaldo ini melambangkan bahawa beliau benar-benar ingin
membuka mata dunia tentang kemerdekaan negara Republik di Filipina. Oleh itu,
kejayaan nasionalis di Filipina untuk membentuk sebuah kerajaan Republik dan
perlembagaan yang teratur membuktikan kematangan dan kebolehan rakyat
Filipina untuk mentadbir negara mereka sendiri.

Akhir sekali, alasan utama mengapa Emilio Aguinaldo menentang Amerika


Syarikat adalah disebabkan oleh pihak Amerika Syarikat tidak memenuhi janji
untuk mendapatkan kemerdekaan di Filipina. Hal ini disebabkan oleh Perjanjian
Paris yang ditandatangani pada 10 Disember 1898 di antara Amerika Syarikat
dan Sepanyol. Amerika Syarikat membayar sebanyak 20 juta dollar kepada
Sepanyol untuk melepaskan semua kawalan Cuba, Guam, Puerto Rico, dan
Filipina ke Amerika Syarikat. Selain itu, Amerika Syarikat juga tidak mengiktiraf
perlembagaan Malolos yang diumumkan oleh Aguinaldo tentang penubuhan
Kerajaan Republik Filipina. Hal ini menyebabkan Aguinaldo merasa dikhianati dan
memimpin perang di antara Amerika dan Filipina yang berlangsung selama 3
tahun. Amerika Syarikat peperangan ini hanyalah untuk memberontak sahaja
dan bukannya revolusi untuk menentang penjajah luar. Pada akhir peperangan,
jumlah kematian tentera Amerika adalah sebanyak 4,200 orang dan tentera
Filipina seramai 20,000 orang. Angka ini sedikit berbanding dengan kematian
penduduk di Filipina iaitu serama 200,000 orang disebabkan keganasan,

This study source was downloaded by 100000831028476 from CourseHero.com on 06-27-2022 05:14:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66259988/KAJIAN-KES-ASIA-TENGGARA-MOHD-NAZMI-BIN-MATRUDIN-BA18110371docx/
kelaparan dan penyakit seperti kolera dan malaria. Oleh itu, peperangan
Amerika-Filipina berakhir setelah Aguinaldo ditawan oleh tentera Amerika
Syarikat pada 23 Mac 1901. Aguinaldo menyatakan sumpah setia kepada
Amerika Syarikat dan mengarahkan agar tenteranya menyerah diri. Sehingga
kini, Filipina merupakan sekutu kuat kepada Amerika Syarikat.

Secara kesimpulannya, Emilio Aguinaldo merupakan seorang yang berjaya


menundukkan kemaraan Sepanyol di Filipina dengan bantuan Amerika Syarikat.
Kisah perjuangan beliau ini dapat dikenangan oleh seluruh rakyat Filipina tentang
tujuannya untuk membebaskan negara yang mempunyai banyak pulau itu
merdeka daripada penjajahan asing. Beliau juga berhasrat untuk menubuhkan
kerajaan Republik Filipina dengan bantuan Mabini sebagai penasihatnya. Namun,
apabila beliau mendapat tahu bahawa tindakan Amerika Syarikat yang tidak
memenuhi janji terhadap kemerdekaan Filipina, dia berpaling dengan menentang
Amerika Syarikat. Peperangan yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan
Filipina adalah untuk menyedarkan semua pihak tentang kepentingan
pembentukan sebuah negara Republik di Filipina. Hasrat Aguinaldo untuk
kemerdekaan Filipina menjadi kenyataan pada 4 Julai 1946. Pada akhirnya dia
meninggal di Manila pada tahun 1964.

This study source was downloaded by 100000831028476 from CourseHero.com on 06-27-2022 05:14:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/66259988/KAJIAN-KES-ASIA-TENGGARA-MOHD-NAZMI-BIN-MATRUDIN-BA18110371docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai