Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran
berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran
ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan
berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen
asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam
memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki
dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini,
perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.

Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai
pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi
memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan
dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya
pula, berdasarkan kepada pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita
bincangkan sebelumnya, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar
murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang didengar
dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar mesti mengenal
pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih dan menyimpan apa
yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana
berlaku tindak balas selepas mendengar.

2.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KECEKAPAN BERBAHASA

Tugas dan peranan bagi penguasaan kemahiran berbahasa kanak-kanak seringkali dikaitkan dengan
tugas mutlak seorang guru. Tidak dinafikan, tugas tersebut sememangnya diamanahkan kepada guru
namun, terdapat banyak faktor yang dapat mempengarusi kemahiran berbahasa murid dalam
kehidupan seharian mereka. Dalam era globalisasi dan moden seperti hari ini, faktor-faktor yang
timbul sekali gus mempengaruhi kecekapan berbahasa murid.

Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran dan bertutur yang
semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang
mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong
dalam cacat pendengaran. Disebabkan fizikal yang sedikit kurang normal berbanding kanak-kanak
lain, hal ini secara langsung akan mempengaruhi perkembangan berbahasa kanak-kanak. Kanak-
kanak yang mengalami masalah pendegaran akan mengalami kesukaran dalam mendengar bunyi
dan pertuturan yang diderdengarkan kepada mereka sehingga menyebabkan mereka kurang faham
maksud sesuatu mesej yang disampaikan kepada mereka. Bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah pertuturan seperti sengau atau sumbing, mereka sukar membunyikan perkataan dan
bertutur dengan baik sehinggakan pendengar sukar memahami pertuturan yang ingin mereka
sampaikan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak sukar mengembangkan kemahiran berbahasa mereka.
Faktor media massa seperti televisyen dan internet sangat memberikan kesan terhadap
perkembangan berbahasa kanak-kanak. Kanak-kanak seawal usia 2 tahun sudah mula didedahkan
dengan gajet elektronik seperti telefon bimbit sebagai permainan mereka. Oleh hal sedemikian,
perkembangan kecekapan berbahasa mereka sangat cepat dengan adanya aplikasi-aplikasi yang
dimuat turun ke dalam telefon pintar untuk memberikan pendedahan kemahiran berbahasa kepada
kanak-kanak tersebut. Namun, pendedahan seawall ini memberikan impak yang negatif sekiranya
tidak dikawal dengan bijak oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi perkembangan berbahasa kanak-kanak ialah faktor jantina.
Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan,
misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar
berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecekapan berbahasa dalam kalangan murid di
sekolah termasuklah juga pengaruh persekitaran keluarga di rumah. Semua individu memperoleh
perkembangan bahasa menerusi ibu bapa mereka. Oleh hal sedemikian , ibu bapa perlu
menggunkan bahasa yang betul sejak kanak-kanak lahir supaya dapat mendidik anak tersebut untuk
turut berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul. Hal ini sekali gus dapat membantu
perkembangan bahasa kanak-kanak sejak mereka lahir. Sekiranya ibu bapa tidak menitik beratkan
hal ini dengan menggunakan bahasa pasar, kesat dan tidak betul di rumah, kanak-kanak tersebut
akan terbiasa dan akan turut menggunakan bahasa sedemikian.

Pengaruh rakan sebaya juga sangat mempengaruhi dalam aspek perkembangan kecekapan
berbahasa seseorang. Pemilihan rakan-rakan yang aktif dan mudah berinteraksi dapat membantu
dan memberi kesan yang positif terhadap rakan mereka berbanding rakan yang bersikap pasif serta
suka menyendiri. Namun, pemilihan rakan sebaya ini perlu diberikn kawalan dan pemantauan dari
ibu bapa kerana bagi mengelakkan anak-anak mereka terpengaruh dengan rakan-rakan yang selalu
menggunakan bahasa yang kesat, lucah dan tidak sopan. Hal ini boleh berlaku disebabkan kanak-
kanak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka melalui interaksi dan peniruan. Kanak-
kanak akan meniru cara interaksi rakan sebaya mereka dan akan membiasakannya dalam pertuturan
seharian. Hal ini bermaksud, faktor peniruan terhadap persekitaran murid juga turut menyumbang
kepada kecekapan berbahasa mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bagi
memantau dan mengawal pemilihan rakan sebaya mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini
berlaku terhadap anak mereka.

Di samping itu, faktor sosioekonomi keluarga juga sedikit sebanyak menjadi faktor dalam menguasai
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid. Bagi murid yang keluarganya berkemampuan dapat
menyediakan persekitaran yang membolehkan anak mereka berkembang secara maksimum dalam
pelbagai aspek termasuklah dalam kecekapan berbahasa berbanding dengan keluarga yang kurang
berkemampuan. Bagi keluarga yang berkemampuan, mereka dapat menyediakan bahan bacaan dan
kelas tambahan seperti kelas tusyen kepada anak mereka bagi membantu anak mereka menguasai
kemahiran berbahasa dengan lebih baik. Tidak juga dinafikan bahawa faktor kecerdasan juga turut
menjadi faktor yang menyukarkan sesetengah murid untuk menguasai kecekapan berbahasa.
Namun begitu, berdasarkan kesemua faktor yang telah dinyatakan iaitu, faktor perkembangan
teknologi, faktor keluarga, persekitaran, dorongan dan motivasi serta banyak lagi perlulah diatasi
dengan langkah-langkah yang bijak melibatkan semua pihak termasuklah ibu bapa, masyarakat dan
pihak sekolah.

Seterusnya, faktor persekitaran tempat tinggal juga turut mempengaruhi perkembangan bahasa
kanak-kanak. Faktor persekitaran ini termasuklah juga masyarakat sekeliling. Selain daripada ibu
bapa dan rakan sebaya, murid-murid juga banyak terdedah kepada pergaulan dengan masyarakat
sekeliling khususnya kawasan tempat tinggal mereka. Hal ini juga sangat memberi pengaruh kepada
kecekapan berbahasa itu sendiri dalam kalangan murid-murid tersebut. Sebagai contoh murid yang
tinggal di kawasan setinggan dan kampung kebiasaannya menggunakan bahasa pasar ataupun
bahasa ibunda mereka berbanding menggunakan Bahasa Melayu. Ini akan memberi impak kepada
kecekapan berbahasa mereka kerana aktiviti berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu kurang
dilaksanakan. Berbeza dengan murid yang hidup dalam persekitaran masyarakat yang sering
berinteraksi menggunakan bahasa yang betul. Ini memberi peluang kepada setiap anggota
masyarakat untuk lebih cekap dalam berbahasa melalui pelbagai aktiviti harian seperti jual beli,
gotong-royong dan sebagainya.

3.0 LANGKAH MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN BERBAHASA MURID

Kepesatan teknologi pada masa kini telah memperlihatkan pelbagai kesan yang timbul khususnya
dalam perkembangan berbahasa kanak-kanak. Hal ini sekali gus memberikan kesan terhadap cara
dan teknik pengajaran guru semasa berada di dalam bilik darjah. Usaha untuk meningkatkan
penguasaan berbahasa murid-murid terus dilaksanakan seiring dengan kemajuan teknologi pada
masa kini. Bagi memastikan perkembangan penguasaan berbahasa murid-murid terus berjalan
dengan lancar, usaha ini bukan hanya perlu diberikan kepada guru-guru di sekolah tetapi melibatkan
pihak lain seperti keluarga dan masyarakat setempat.

Bagi pihak guru dan sekolah, langkah bagi mempertingkatkan lagi kemahiran berbahasa murid
adalah melalui pelaksanaan program-program bahasa seperti hari Bahasa Melayu baku. Pihak
sekolah boleh melaksanakan program yang melastarikan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul
bagi memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya menggunakan bahasa yang betul.
Pihak sekolah boleh melaksanakan program seperti hari Bahasa Melayu baku dengan cara memilih
satu hari dalam masa seminggu dalam setiap minggu untuk mewajibkan murid menggunakan Bahasa
Melayu baku dan formal dalam interaksi mereka sepanjang masa persekolahan. Program seperti ini
dapat melatih murid secara perlahan-lahan untuk menguasai kecekapan berbahasa dengan lebih
baik dan betul.

Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan ransangan mengenai
penggunaan bahasa melayu yang betul kepada murid-murid di sekolah. langkah sperti menyediakan
majalah-majalah ilmiah dan papan-papan tanda yang menunjukkan perbezaan penggunaan bahasa
yang betul dan salah dapat memberikan pengetahuan tambahan tentang perkembangan berbahasa
murid-murid. Langkah seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan yang positif tentang
penggunaan bahasa yang betul. Langkah seperti ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran
murid tentang penguasaan kecekapan berbahasa melalui pembacaan mereka di luar bilik darjah.

Guru juga dapat memainkan peranan mereka melalui pengunaan teknologi yang sedia ada bagi
membantu menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih menarik dan berkesan. Seperti yang kita
sedia maklum, kanak-kanak mudah tertarik dengan animasi seperti watak-watak kartun. Oleh hal
sedmikian, guru boleh memberikan pengajaran mereka menggunakan teknologi ICT seperti
komputer riba, paparan video dan lagu-lagu yang menarik dalam membantu meningkatkan
kecekapan berbahasa kanak-kanak. Guru boleh menayangkan video dan animasi yang berkaitan
dengan topik pengajaran pada hari tersebut yang menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Hal ini
secara tidak langsung akan memberikan pendedahan dan contoh yang lebih berkesan kepada murid
dalam menggunakan bahasa yang betul. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan lagi kecekapan
berbahasa murid-murid di sekolah.

Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanak-kanak. Mereka adalah
di antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak kanak selepas ibu bapa. Olehitu mereka
adalah role model yang berupaya mempengaruhi dan membimbing kanak-kanak. Selain daripada
membacakan buku, guru perlu kreatif mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan
buku-buku yang dibaca tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap
isi kandungan buku tersebut.

Selain itu, guru perlu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan
bersahaja murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama
ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat
digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi
peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya dan
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri,
bekerja bersama-sama dan sebagainya. Hal ini sekali gus dapat melatih interaksi antara murid dan
dapat meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid. Aktiviti ini juga dapat mengasah keyakinan diri
murid untuk berinteraksi serta menyampaikan idea mereka.

Bagi pihak keluarga pula, peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan kecekapan murid
dalam berbahasa sangat penting. Pembelajaran kanak-kanak bermula dari rumah. Oleh hal
sedemikian, tanggungjawab ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak mereka dapat
menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Ibu bapa perlu mengajar anak mereka bercakap dan
menggunakan bahasa yang betul sejak anak mereka kecil agar anak mereka dapat menguasai bahasa
dengan tepat sejak kecil. Anak-anak akan meniru cara ibu bapa mereka bertutur dan akan
mengaplikasikannya. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi role model atau contoh yang baik kepada anak
mereka untuk mendidik anak mereka menguasai kecekapan berbahasa.
Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak mereka di rumah khususnya dalam penggunaan
gajet dan telefon pintar. Tidak dinafikan, penggunaan teknologi seperti telefon pintar ini dapat
merangsang kecekapan berbahasa kanak-kanak dengan berkesan. Namun, ibu bapa perlu
menghadkan dan memantau laman sesawang yang digunakan bagi mengelakkan penyalahgunaan
teknologi dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa boleh memberikan tempoh had anak mereka
menggunakan telefon pintar dan memastikan anak mereka menggunakan laman sesawang yang
betul. Hal ini juga bagi memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan lawan sesawang lucah
yang mudah untuk diakses menggunakan internet.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberikan kawalan dalam pendedahan hiburan kepada anak
mereka melalui tontonan di kaca televisyen. Hal ini kerana, terdapat tayangan di dalam televisyen
yang menunjukkan adegan ganas seperti gangsterisme dan seks yang ditayangkan tanpa tapisan.
Oleh hal sedemikian, pemilihan hiburan dan tayangan kepada kanak-kanak perlu di ambil berat oleh
ibu bapa bagi mengelakkan mereka mengikuti adegan yang dipaparkan sekali gus memberikan kesan
yang negatif terhadap kecekapan berbahasa anak mereka.

Bagi keluarga yang berkemampuan, penyediaan bahan bacaan atau kelas tusyen boleh diberikan
anak mereka. Dengan adanya kemudahan dan bahan seperti ini, kanak-kanak bukan sahaja dapat
meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa mereka semasa di sekolah bersama guru tetapi juga
bersama ibu bapa mereka di rumah. Dengan semua keperluan ini dipenuhi dan penyediaan ruangan
pembelajaran yang kondusif di rumah sudah tentu dapat membantu pembelajaran kanak-kanak di
rumah.

Selain daripada pihak sekolah, guru dan ibu bapa, masyarakat setempat juga boleh memainkan
peranan dalam membantu meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Dengan mengadakan
perpustakaan awam bagi setiap kawasan kecil seperti kampung dan daerah, langkah seperti ini dapat
memberikan peluang kepada kanak-kanak memperoleh bahan bacaan untuk meningkatkan
kemahiran bebrbahasa mereka. Pihak-pihak seperti Ahli Rukun Tetangga boleh menyediakan
pelbagai jenis bahan bacaan untuk dinikmati oleh setiap lapiasan masyarakat sehingga perpustakaan
menjadi tempat kunjungan keluarga pada hari cuti am bagi mendapatkan bekalan bacaan masing-
masing.

Kawasan kejiranan atau kampung juga boleh mengadakan berbagai-bagai aktiviti seperti aktiviti
bercerita bagi kanak-kanak dan aktiviti mengarang bagi para remaja serta pelbagai jenis aktiviti yang
lain. Jika ini dapat dilakukan masalah sosial seperti lepak dan sebagainya dapat dikurangkan kerana
kanak-kanak dan remaja ada aktiviti-aktiviti yang berguna bagi mengisi masa lapang mereka. Ini
kerana bagi menjamin kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya peranan ibu bapa dan sekolah
sahajaa tetapi masyarakat juga turut memainkan peranan penting.

Sebagai kesimpulan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kecekapan kemahiran berbahasa
kanak-kanak. Faktor-faktor seperti guru, pihak sekolah dan masyarakat setempat sangat
memberikan kesan terhadap penguasaan kemahirn berbahasa mereka. Hal ini jUga dapat
mengingatkan ibu bapa, guru dan masyarakat betapa pentingnya peranan mereka dalam
membentuk perkembangan kanak-kanak. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing
sebaik-baiknya, sudah tentu generasi yang akan datang adalah generasi yang bukan sahaja celik
huruf tetapi juga generasi yang mengamalkan budaya berbahasa yang baik.

4.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kemahiran berbahasa adalah satu bentuk kemahiran yang sangat penting
dikuasai oleh setiap individu. Melalui kemahiran berbahasa ini, seseorang individu dapat berinteraksi
satu sama lain dan dapat membina perhubungan dengan orang disekitarnya. Kemahiran berbahasa
ini juga dapat menjadikan seseorang bertutur, mendengar, menulis dan membaca dengan baik bagi
menyampaikan maklumat atau mesej kepada pembaca serta pendengar. Sekiranya kemahiran
berbahasa tidak dapat dikuasai dengan baik, mesej dan maklumat yang ingin disampaikan kepada
individu lain atau orang di sekililing tidak dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.

Bagi memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik, ibu bapa perlu
memainkan peranan mereka bermula kanak-kanak itu kecil lagi. Pendidikan semasa di rumah
merupakan pendidikan pertama bagi setiap kanak-kanak sekali gus ibu bapa menjadi ejen pertama
dalam pembentukan kemahiran berbahasa mereka. Hal ini turut dibantu oleh guru dan pihak
sekolah apabila kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan. Guru-guru dan pihak sekolah
boleh mengembangkan lgi kemahiran berbahasa kanak-kanak ini melalui kaedah dan teknik
pengajaran yang digunakan di samping program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam
membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa. Masayarkat di sekliling kanak-kanak juga
dapat membantu perkembangan berbahasa mereka melalui aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan.

Dengan adanya usaha-usaha dan permuafakatan daripada ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat,
perkembangan kecekapan berbahasa kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.
Walaupun banyak kesan yang positif dan negatif dapat dilihat melalui ledakan teknologi pada masa
kini, semua pihak perlu bijak menggunakan teknologi tersebut dalam mendidik kanak-kanak
menguasai kemairan berbahasa. Usaha seperti ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai jati
diri dan pengguna bahasa yang baik dan betul. Hal ini sekali gus dapat melahirkan warganegara
Malaysia yang cintakan penggunaan Bahasa Malaysia yang betul serta dapat memartabatkan lagi
bahasa kebangsaan.(2586 Patah Perkataan)

5.0 SENARAI RUJUKAN

Afifuddin. (2011). Kompetensi Mengajar Guru.


http://avetmasterofeducation.blogspot.sg/2011/10/kompetensi-mengajar-guru.html.

Azhar Salleh. (2005). Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa.


http://witra.blogspot.sg/2005/09/sosiolinguistik-dalam-pengajaran.html.

Nur Amin Saleh. (2012). Albert Bandura dan Teorinya.


Intananggia. (2012). Pengaruh Perkembangan Teknologi Komunikasi Terhadap Remaja.
https://intananggia.wordpress.com/2012/04/23/pengaruh-perkembangan-teknologi-komunikasi-
terhadap-remaja/.

Sutarman Tarjo. (2015). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Bahasa.


http://panritanusantara.blogspot.sg/2015/01/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html.

Cikgu Sue. (2013). Kemahiran Berbahasa. Diperolehi dari


http://cikgusuepkhas.blogspot.sg/2013/04/kemahiran-berbahasa.html.

Marlina. (2013). Teori Behaviorisme dan Aplikasinya Dalam Pengajaran Bahasa.


http://marlinara.blogspot.sg/2013/12/teori-behaviorisme-dan-aplikasinya.html.

10

Anda mungkin juga menyukai