Anda di halaman 1dari 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KUIZ : NOVEMBER 2020

NAMA PELAJAR :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PIM1034


KURSUS : PENGANTAR ILMU FIQH
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 15%

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian sahaja:


Bahagian A : 5 soalan struktur (15 markah)
2. Jawab SEMUA soalan Bahagian A.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis pada RUANG yang disediakan.
PIM 1034

BAHAGIAN A
( 15 markah )

Jawab semua soalan.

1.
Asas Ibadah yang kukuh merupakan perkara yang amat penting dalam membina
peribadi muslim yang sejahtera dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan bagaimana ibadah dapat membina sahsiah


individu yang sejahtera dan diredhai Allah S.W.T menurut Islam.

JAWAPAN :
Ibadah membina sahsiah individu yang sejahtera dan diredhai Allah S.W.T menurut Islam;

1. Melalui ibadah seseorang itu dapat menjadikan diri itu seseorang yang berdisiplin.
Kesannya seseorang muslim itu dapat menjadi bertanggungjawab terhadap prkara
yang lain juga.
2. Melalui ibadah sesorang itu dapat menghayati konsep tauhid iaitu sebagai contoh
solat yang megajar kita untuk percaya kepada tuhan yang esa
3. Melalui ibadah seseorang itu dapat menjadi seorang bertolenrasi. Contohnya dengan
berzakat dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni kepada masyarakat.

(3 markah)
2.

Ibadah dalam Islam adalah pertalian terus menerus antara hamba dengan Allah tanpa
perantaraan samada orang biasa ataupun golongan ulama, juga tidak memerlukan
tempat-tempat tertentu bagi mencapai matlamat perhubungan tersebut.

Merujuk penyataan di atas, terangkan maksud ibadah umum dan ibadah khusus dalam
Islam.

JAWAPAN :

Maksud Ibadah Umum dan Ibadah Khusus itu ialah;


i. Ibadah umum

Ibadah umum ialah ibadah yang sunnat dilakukan iaitu sedekah, bekerja, gotong-
royong atau menolong orang lain.

ii. Ibadah khusus

Ibadah khusus ialah ibadah yang wajib dilakukan iaitu solat, puasa, zakat dan
haji
PIM 1034

(3 markah)

3.

Khadijah telah diputuskan oleh pihak Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam yang
ke lima itu pada tahun ini. Beliau juga telahpun mengikut kursus-kursus yang
dianjurkan oleh pihak Tabung Haji agar ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan
lebih sempurna kelak.

Merujuk kes di atas , analisiskan tiga hikmah yang dapat dihayati daripada ibadah haji?

JAWAPAN:

Tiga hikmah ibadah haji di dalam Islam adalah;

1. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama muslimin seperti contoh berjumpa

dengan shabat baru ketika wukuf atau sebaliknya.

2. Dapat menjadikan diri kita seorang yang merendah diri dan tidak mementingkan

darjat sesama umat islam kerana kesamaan yang ditunjukkan di arafah

3. Dapat mnjadikan diri kita seorang yang berdisiplin iaitu dengan wujudnya dam yang

menyebabkan umat islam harung mengikuti pantang larangnya

( 3 Markah )

4.

Ibadah puasa dalam bulan Ramadhan dapat meningkatkan ekonomi umat Islam
yang benar-benar menghayati pelaksanaan ibadah tersebut. Namun puasa juga
meningkatkan jiwa dan rohani umat Islam.

Berdasarkan kenyataan di atas jelaskan rahsia berpuasa dari sudut spiritual?

JAWAPAN :

Antara rahsia dari sudut spiritual ialah;


PIM 1034

Berpuasa dapat merawat kekotoran hati. Kesannya, diri kita akan sukar untuk melakukan
maksiat.

Berpuasa dapat menundukkan nafsu syahwat seseorang. Kesannya, kita dapat mengawal
kehendak nafsu daripada melakukan zina.

Berpuasa dapat melatih kesabaran dari segi fizikal dan mental. Kesannya kita dapat
mengelakkan diri kita daripada menjadi seorang yang pemarah.

( 3 Markah )
5.

Sembahyang sunat ialah sembahyang yang selain daripada sembahyang fardu


yang lima, sunat dikerjakan oleh sesiapa sahaja. Sembahyang ini ada yang
mempunyai tujuan tertentu, ada yang semata-mata sunat dan sebagainya.

Merujuk kenyataan di atas , nyatakan tiga kepentingan sembahyang-sembahyang sunat


dalam kehidupan orang-orang beriman.

JAWAPAN:

Membaiki kekurangan di dalam solat fardhu

Menjadikan diri kita seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara

Menjadikan diri kita daripada melakuka perkara yang keji

( 3 markah )
PIM 1034

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai