Anda di halaman 1dari 17

GPE 6212 ( G )

ASAS KEUSAHAWANAN

LAPORAN SIMULASI PERNIAGAAN


KĒKI LICIOUS ケーキ

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746
NURUL HUSNA BINTI ABDUL KHONI M214030946
NUR IZZATI BINTI ZULHAZMI M214031346
SHARIFAH NURHASIBAH BINTI SYED ISHAK M214012946

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD SOFI BIN ARIFFIN


TARIKH SERAHAN : 28 MEI 2023
PRAKATA

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kami akhirnya berjaya
menyiapkan dan menyempurnakan tugasan kami yang bertajuk iaitu Rancangan Perniagaan
bagi subjek Asas Keusahawanan. Sepanjang proses kami menyiapkan tugasan ini, pelbagai
ilmu dan maklumat baru yang lebih terperinci dan semestinya bermanfaat telah kami perolehi.

Terlebih dahulu, segulung penghargaan ingin kami berikan terutama sekali kepada pensyarah
kami iaitu Dr. Mohd Sofi Bin Ariffin yang telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang
amat baik sepanjang proses kami menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar daripada beliau telah
banyak membantu dalam usaha kami menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Semoga Allah swt merahmati dan memberkati segala ilmu yang telah beliau curahkan.

Penghargaan ini juga kami tujukan khas kepada kedua ibu bapa kami yang telah menjadi tulang
belakang dan penguat semangat kami agar tidak pernah merasa jemu dalam menuntut ilmu.
Mereka tidak pernah lupa untuk memberikan kata-kata semangat, mengirimkan doa dan
keikhlasan mereka dalam memberikan bantuan dari segi kewangan dan tenaga amat kami
hargai. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan kami yang tidak pernah lokek dalam
berkongsi ilmu, pendapat dan pandangan, maklumat serta segala bentuk bantuan yang pernah
dihulurkan khususnya dalam proses kami menyiapkan tugasan ini.

Sebelum menutup bicara kalam, dengan rendah diri kami meminta tunjuk ajar dan nasihat jika
terdapat sebarang kesalahan dalam tugasan yang telah kami siapkan supaya dapat kami
memperbaiki dan meningkatkan kualiti tugasan kami pada masa hadapan. Sekali lagi kami
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses kami menyiapkan
tugasan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Syarikat 4


1.1 Nama dan Alamat Syarikat 4
1.2 Carta Organisasi 4
1.3 Misi 5
1.4 Visi 5
1.5 Penerangan Produk 5–6
1.6 Senarai Harga 6–8

2.0 Facebook (FB) 9


2.1 Menghasilkan Facebook (FB) page 9
2.2 Customing URL Facebook (FB) page 10
2.3 Facebook (FB) post – Teaser 10
2.4 Facebook (FB) post Copyrwriting ( Hard sell & Soft sell) 11 – 12
2.5 Kekerapan posting 13
2.6 Hashtag 14
2.7 Laporan Jualan 14 – 16

3.0 Rumusan 17

3
1.0 Pengenalan Syarikat

1.1 Nama dan Alamat Syarikat

Nama syarikat atau produk kami ialah Kēki Licious ケーキ yang diambil daripada bahasa
Jepun. Nama ini dipersetujui dan disepakati oleh ahli kumpulan kami kerana kami ingin
menghasilkan satu produk yang berkait rapat dengan kek dek kerana kami melihat
permintaannya yang semakin meningkat dalam pasaran dan jumlah peminatnya yang semakin
bertambah dari hari ke hari. Kami mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa utama bagi produk
kami kerana kami melihat bahawa Jepun merupakan antara negara yang paling terkenal dengan
penghasilan kek yang sedap dan lembut walaupun dalam versi dan rasa yang lain. Menjadikan
ia sebagai satu pembakar semangat, kami turut bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang
boleh menghasilkan produk-produk berasaskan coklat yang mampu dikenali ramai bukan
setakat Malaysia namun menembusi pasaran dunia. Syarikat ini beralamat di No. 466, Tulip II,
Jalan Insaniah 10, Taman Insaniah, Baling, 09300, Kedah.

1.2 Carta Organisasi

MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR


(PENGURUS EKSEKUTIF DAN
PENGURUS PEMASARAN)

NURUL HUSNA BINTI


ABDUL KHONI
(PENGURUS
PENGOPERASIAN)

SHARIFAH NURHASIBAH NUR IZZATI BINTI ZULHAZMI


BINTI SYED ISHAK (PENGURUS SUMBER
(PENGURUS KEWANGAN) MANUSIA)

4
1.3 Misi

• Menjadi salah satu diantara syarikat yang terbaik di Malaysia dalam industri makanan
pemanis mulut berasaskan kek.
• Menjadi pengeluar barangan muslim yang semestinya dijamin HALAL serta
mempunyai kualiti yang terbaik.
• Menyediakan perkhidmatan terbaik menerusi khidmat pelanggan seperti layanan
pantas, mesra dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

1.4 Visi

• Sentiasa memberikan citarasa dan kepuasan yang terbaik serta mampu memberikan
kepuasan semaksimum yang mungkin kepada pelanggan.
• Mengeluarkan produk yang mampu memenuhi keinginan dan citarasa pelanggan tidak
mengira peringkat umur.
• Menghasilkan produk yang fleksibel iaitu sesuai untuk dinikmati dalam apa jua
keadaan dan di mana sahaja.
• Menghasilkan produk berasaskan kek yang mempunyai kelazatan seperti rasa kopi
yang premium namun mempunyai harga mampu milik.
• Membuka peluang mencari pengalaman dalam bidang perniagaan kepada para pelajar.

1.5 Penerangan Produk

Produk utama bagi jualan syarikat kami ialah Kēki Licious ケーキ iaitu gabungan antara kek
span berperisa vanilla bersama dengan lapisan krim putar dan diselangi dengan jem berperisa
strawberi, blueberi, coklat dan kopi (espresso) . Ia pada mulanya kelihatan sama seperti produk
yang dipanggil kek balang dengan perisa tradisional namun telah diberi nafas baru iaitu dengan
tambahan perisa iaitu kopi (espresso). Kami melihat bahawa pemanis ini semakin terkenal dan
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutamanya anak muda yang gemar terhadap
makanan yang mudah dan sesuai untuk dimakan dalam apa jua keadaan namun begitu
kebanyakan pemanis mulut yang satu ini hanya divariasikan melalui jenis perasa, jadi kami
muncul dengan idea untuk menambahkan rasa kopi yang mempunyai campuran kacang
premium dan kopi yang berkualiti. Kami ingin menjadikan ini sebagai satu medium atau

5
peluang bagi kami menghasilkan satu produk yang mampu memenuhi kepuasan seoptimum
yang mungkin disamping mampu menjamin kesihatan pelanggan yang kami kasihi.

Senarai Produk Kēki Licious ケーキ Kek Balang

• Strawberi
• Blueberi
• Coklat
• Kopi (Espresso)

1.6 Senarai Harga

Produk

BIL NAMA PRODUK HARGA

• Kek Balang Coklat

1 1 Bekas Kek Balang ( RM6 )

6
• Kek Balang Strawberry

1 Bekas Kek Balang ( RM6 )


2

• Kek Balang Blueberry

3 1 Bekas Kek Balang ( RM6 )

• Kek Balang Coffee (Espresso)

4 1 Bekas Kek Balang ( RM6 )

7
• Cup Holder

5 1 keping ( RM4 )

BAHAN BELANJA MENGIKUT BULAN (3 BULAN)

BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


Balang 100 balang RM1.00 RM100.00
Filling Coffee 1 pack RM13.95 RM13.95
Filling Coklat 1 pack RM9.99 RM9.99
Filling Strawberry 2 pack RM8.39 RM16.78
Filling Blueberry 2 pack RM8.79 RM17.58
Plastik Beg 3 pack RM3.20 RM9.60
Kek Span 18 biji RM10.00 RM180.00
Whipping Cream 3 bekas RM25.00 RM75.00
Sticker 100 pcs RM0.33 RM0.33
Rice Chocolate 3 pack RM4.09 RM12.27
Sudu 1 pack RM2.70 RM2.70

8
2.0 Facebook (FB)

2.1 Menghasilkan Facebook (FB) page

Akaun facebook kami mula digunakan secara aktif pada 26 Mac 2023, kami mewar- warkan
tentang pembukaan laman facebook kami menggunakan medium media sosial lain seperti
aplikasi whatsapp dan instagram persendirian ahli kumpulan. Selain itu juga, kami meminta
tolong ahli keluarga dan rakan rakan untuk mempromosikan laman facebook kami.

9
2.2 Customing URL Facebook (FB) page

Kami menggunakan URL laman facebook kumpulan kami untuk memudahkan para pembeli
dan golongan sasaran untuk melihat review mahupun mengetahui lebih kanjut berkenaan
produk kami dengan hanya menekan sambungan URL facebook yang kami sertakan disetiap
gambar promosi.Seterusnya, URL ini pula akan dihebahkan di kumpulan, status dan mesej
personal di aplikasi WhatsApp.

URL Facebook (FB) : https://www.facebook.com/kekiliciouskekbalang?mibextid=ZbWKwL

2.3 Facebook (FB) post – Teaser

Sebelum kami memulakan jualan Keki Licious Kek Balang, kami menghantar beberapa post
sebagai teaser atau pengenalan kepada Keki Licious untuk menarik minat pelanggan bagi
mengenali dan membelinya. Gambar atau poster yang telah dimuat naik adalah berupa quotes
untuk menarik minat anak muda pada masa kini terutamanya supaya merasa produk kami
menarik di samping mengutamakan nilai aesthetic yang diminati ramai. Berikut adalah antara
contoh posting kami di laman facebook.

10
2.4 Facebook (FB) post Copywriting (Hard sell and Soft sell)

Kami telah merekacipta ayat-ayat yang kreatif agar mampu menarik perhatian pelanggan
kerana pengolahan dan penghasilan ayat-ayat di dalam pengiklanan produk juga kami kira
penting kerana ‘first impression’ pelanggan mengenai Keki Licious Kek Balang bermula
daripada sini. Pembuatan ayat ini adalah hasil daripada pemerhatian daripada pengiklanan
produk-produk lain beserta sedikit ilmu yang diperolehi daripada hasil pembelajaran daripada
individu yang telah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Contoh ayat kami adalah
seperti berikut,

11
12
2.5 Kekerapan posting

Bagi kekerapan siaran promosi di laman facebook, kami menggunakan facebook untuk
membuat postingan berkenaan gambar-gambar dari pelanggan kami dan sebagai medium
untuk mengingatkan pelanggan kami berkenaan servis serta bayaran produk kami.

Kami banyak menggunakan status dan group Whatsapp serta Story Instagram sebagai medium
untuk mempromosikan produk kami disebabkan “exposure” yang lebih tinggi dapat kami
dapati apabila menggunakan medium whatsapp dan instagram masing masing.

13
2.6 Hashtag

Kami meletakkan beberapa hashtag pada iklan kami supaya lebih mudah untuk pelanggan
mencari iklan kami iaitu hanya dengan menaip hashtag berikut sahaja sekiranya tidak
mengingati nama lama utama kami di ruang carian yang terdapat di facebook.

2.7 Laporan Jualan

Kami mula menjual pada 26 Mac 2023 dan menutup jualan kami bagi batch pertama produk
kami pada 14 April 2023. Laporan jualan berikut beserta beberapa gambar semasa kami
mengira keuntungan dari hasil jualan. Disebabkan ini adalah perniagaan berkumpulan, maka
terdapat laporan jualan daripada setiap ahli. Rajah dibawah adalah laporan jualan daripada
salah seorang ahli kumpulan kami :

Bil Produk Harga Harga Jual Jumlah Untung Untung


Sebenar produk Kasar Bersih
1. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
2. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
3. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
4. Kek Balang (C) RM5 RM6 1 RM5 RM6
5. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
6. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
7. Kek Balang (B) RM5 RM6 1 RM5 RM6
8. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6

14
9. Kek Balang (C) RM5 RM6 1 RM5 RM6
10. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
11. Kek Balang (B) RM5 RM6 1 RM5 RM6
12. Kek Balang RM5 RM6 4 RM20 RM24
(S+Ce+C+B)
13. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
14. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
15. Kek Balang (C) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
16. Kek Balang (C) RM5 RM6 1 RM5 RM6
17. Kek Balang (B) RM5 RM6 1 RM5 RM6
18. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
19. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
20. Kek Balang (C) RM5 RM6 1 RM5 RM6
21. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
22. Kek Balang (B) RM5 RM6 1 RM5 RM6
23. Kek Balang (C) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
24. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
25. Kek Balang (S) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
26. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
27. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6
28. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
29. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
30. Kek Balang(Ce) RM5 RM6 1 RM5 RM6
31. Kek Balang (B) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
32. Kek Balang (C) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
33. Kek Balang (C) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
34. Kek Balang (S) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
35. Kek Balang (Ce) RM5 RM6 + RM1 1 RM5 RM7
36. Kek Balang (S) RM5 RM6 1 RM5 RM6

JUMLAH UNTUNG BERSIH : RM 242

(B) = Blueberry
(Ce) = Coffee Espresso
(C) = Chocolate
(S) = Strawberry

15
BUKTI PEMBAYARAN ATAS TALIAN

16
3.0 Rumusan

Ringkasnya Kēki Licious ケーキ adalah perniagaan dalam talian yang menggunakan kaedah

platform media sosial seperti facebook dan whatsapp bagi menyebarkan, mempromosikan serta
menjual produk Kēki Licious ケーキ kepada pelanggan. Di samping itu, kos permulaan yang

tidak terlalu tinggi bagi memulakan perniagaan di Facebook ini membuatkan risiko ke arah
kerugian itu rendah. Dengan ini, kami belajar untuk mengurus kewangan dan modal dengan
baik supaya mengurangkan risiko kerugian dan menambahkan lagi keuntungan dari masa ke
semasa. Selain itu, banyak kekurangan kami yang dapat dikenal pasti dalam pengurusan
perniagaan yang akan ditambah baik untuk syarikat di masa hadapan.

Sekarang boleh dilihat ramai usahawan yang mengelola bisnes menggunakan medium media
massa untuk memajukan dan menaikkan nama syarikat mereka ke mata pembeli yang
menyebabkan persaingan sekeliling yang mana ketika ini berlumba-lumba dalam dunia
perniagaan atas talian yang sama. Portfolio ini secara keseluruhannya telah membuka mata
para pelajar dalam keterlibatan mengenai keusahawanan serta menambahkan lagi pengetahuan
dalam ilmu IT. Bidang usahawan ini juga salah satu tempat mencari rezeki untuk semua orang
tidak mengira asal-usul pendidikan, janji mempunyai minat serta celik akal dalam selok belok
perniagaan. Seterusnya, portfolio ini juga menunjukkan kepada pelajar mengenai cabaran yang
akan diproleh atau ditempuh serta erti sebenar sabar dalam pasang surut sesebuah perniagaan.

Kesimpulannya, tujuan portfolio media sosial ini bertujuan untuk membantu para pelajar untuk
mempelajari bagaiman untuk memulakan perniagaan. Dari sudut lain pula, kami diajar untuk
memperlihatkan kekurangan dalam perniaggan ini serta cara penyelesaian yang dapat
membantu bagi menaikkan atau mengembangkan perniagaan kami ini. Hal ini secara tidak
langsungnya memberi semangat kepada kami dalam keusahawanan dan menjadi usahawan
yang berjaya pada masa akan datang.

17

Anda mungkin juga menyukai