Anda di halaman 1dari 3

SILA HAYATI KATA-KATA CIKGU.

SAYA BELUM PERNAH MELIHAT SESEORANG MURID YANG


CEMERLANG DARI SEGI AKADEMIK DAN SAHSIAH
DATANGNYA DARI SESEORANG MURID YANG TIDAK
BERDISIPLIN ATAU MURID YANG GAGAL AKADEMIK DAN
SAHSIAH DATANGNYA DARI MURID YANG BERDISIPLIN. SAYA
PERNAH MELIHAT KEJAYAAN DALAM KEDUA-DUANYA
ADALAH HASIL DARI DISIPLIN DIRI YANG DITANAM DALAM
DIRI BERMULA DARI RUMAH.
MENURUT KAMUS DEWAN, DISIPLIN ADALAH LATIHAN
PEMIKIRAN DAN KELAKUAN SUPAYA BOLEH MENGAWAL DIRI
SENDIRI DAN PATUH PADA UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN.

KEPENTINGAN DISIPLIN DIRI


1. MEMBENTUK TINGKAHLAKU YANG BAIK
- kepentingan disiplin diri dalam kalangan murid-murid adalah ia
dapat membentuk tingkah laku yang baik.
- Peraturan-peraturan yang direncana bagi memudahkan
pengurusan murid-murid di sekolah adalah garis panduan yang
menentukan tahap disiplin mereka.
- Pihak sekolah pasti memberikan salinan buku peraturan
kepada setiap murid tetapi lazimnya tidak diambil endah oleh
mereka.
- Buku peraturan merupakan bimbingan dan panduan yang wajar
dipatuhi oleh murid-murid seperti Al-Quran yang menjadi
panduan hidup bagi umat Islam.
- Justeru, sekiranya murid-murid mematuhi setiap peraturan di
sekolah masalah disiplin akan berkurangan dan sahsiah diri
akan menjadi lebih baik.
- Orang yang bersabar pasti akan dikurniakan dengan anugerah
yang baik sama seperti disiplin diri yang mencabar kemampuan
mental kita untuk kekal melakukan sesuatu tugas secara
istiqamah sebelum berjaya mendapatkan hasil yang
dikehendaki.

2. MENGELAK DARIPADA PERKARA YANG NEGATIF


- Pengaruh media massa dan media sosial hari ini telah
membuatkan segelintir golongan muda terpengaruh dengan
kehidupan maya yang tidak boleh dibezakan sama ada kaca
atau gelas.
- Kebanyakan golongan muda hari ini gemar bermain permainan
video dan menonton penstriman video sebagai hiburan.
- Namun, terdapat di antara murid-murid yang leka dan lalai
berhibur sehingga tidak tidur di waktu malam dan mengganggu
perhatian mereka semasa berada di dalam kelas.
- Perkara ini perlu dibendung dengan cara memberikan jadual
waktu atau jangka masa kepada mereka untuk berhibur.
- Misalnya, ibu dan bapa boleh memastikan anak-anak
mengulangkaji pelajaran dahulu selama dua hingga tiga jam
dan memberikan masa dalam 30 minit hingga satu jam untuk
mereka berehat atau berhibur.
- Penetapan masa ini adalah disiplin diri yang asas dan mampu
menjadi nilai yang berguna kepada murid-murid apabila
menjelang dewasa kelak.

3. MENENTUKAN KEJAYAAN MURID


- Di samping itu, disiplin diri amat mustahak dalam kalangan
murid-murid bagi menentukan tahap kejayaan mereka sama
ada dari segi akademik, kokurikulum atau kedua-duanya.
- Kita sering kali dikaitkan apabila pelajar yang cemerlang dalam
akademik pasti mempunyai disiplin diri yang tinggi.
- Tidak dinafikan bahawa usaha yang digarap oleh pelajar
cemerlang didorong dengan disiplin dan komitmen yang tinggi.
Pada hemat saya, pelajar yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum seperti sukan juga adalah hasil daripada disiplin
yang tinggi. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan memerlukan
tahap disiplin yang tinggi ketika berlatih dan apabila menyertai
pertandingan. Malahan bukan sahaja kekuatan fizikal
digunakan tetapi kecerdikan mental juga diguna pakai dalam
membuat keputusan yang betul seterusnya dapat memberikan
kemenangan dalam sukan yang disertai. Intihanya, disiplin
adalah kunci kejayaan seseorang terutamanya dalam kalangan
murid-murid hari ini yang perlu bersaing demi mendapatkan
masa hadapan yang lebih baik.
4. MENGAMAL NILAI-NILAI MURNI
- Pada masa yang sama, disiplin diri merupakan elemen penting
dalam diri murid-murid supaya nilai-nilai murni yang lain dapat
dipupuk.
- Disiplin boleh diimaginasikan sebagai akar yang menyokong
pokok untuk tegak berdiri walau dibadai angin dan ribut ketika
waktu hujan melanda.
- Apabila seseorang murid itu kekal berdisiplin, secara tidak
langsung mereka akan mengamalkan nilai-nilai murni yang lain.
- Contohnya tindakan seperti menepati masa, bersopan santun
dan melaksanakan tugas dengan baik adalah disiplin diri
yang cemerlang dan seharusnya dipraktikkan oleh murid-murid.
- Tambahan pula, nilai seperti rajin dan tidak berputus asa akan
menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam kalangan murid-
murid dan ia adalah nilai yang penting bagi mereka menempuhi
alam kedewasaan nanti.
- Oleh itu, disiplin diri adalah mustahak terutamanya kepada
murid-murid di sekolah supaya kelak menjelang dewasa,
mereka bersedia memikul tanggungjawab dan amanah yang
lebih berat. Persis kata peribahasa Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

RUMUSAN
- Jom jadi murid yang berdisiplin. Bila lagi kita nak berubah.
- Adakah sampai kucing bertanduk.
- Masa tetap berjalan ,umur semakin meningkat. Pujangga arab
ada mengatakan, “masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak
memotongnya, dia akan memotong kamu”.
- Harapan Cikgu semoga kamu dapat membuat perubahan
bukan Sahaja untuk diri kamu malah keluarga guru rakan dan
masyarakat semua akan berbangga dengan kamu sekiranya
kamu mampu membuat perubahan dan menetapkan sasaran
disiplin kepada diri kamu.
-

Anda mungkin juga menyukai