Dokumen - Tips - Contoh Surat Perjanjian Usahasama
Dokumen - Tips - Contoh Surat Perjanjian Usahasama
Contoh perjanjian usahama ini adalah di antara dua orang pengusaha sama. Contoh ini sekadar
mengandungi rangka, terma dan syarat-syarat asas. Sila dapatkan nasihat profesional bagi
menambahbaik perjanjian ini agar selaras dengan akta-akta sediada.
Mukadimah
A. BAHAWA Pengusaha Pertama memiliki . . . . . (nyatakan sumber yang akan digunakan untuk
projek usahasama; atau “ memiliki sumber-sumber yang terkandung pada Jadual I”);
B. DAN BAHAWA Pengusaha Kedua memiliki . . . . . (nyatakan sumber yang akan digunakan untuk
projek usahasama; atau “ memiliki sumber-sumber yang terkandung pada Jadual II”);
MAKA ITU DAN BAGI pertimbangan mencukupi kepada kedua-dua pihak, janji-janji bersama serta
manfaatnya, Pengusaha Pertama dan Pengusaha Kedua bersetuju membentuk satu usahasama
mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini:-
1. Pembentukan Usahasama
b. Nama dan gaya usahasama adalah ". . . . .” ( nyatakan nama syarikat usahasama), dan akaun
syarikat usahasama mestilah mengikut nama syarikat usahasama dan di cawangan bank . . . . .
c. Pengusaha-pengusaha bersetuju mengambil sebarang langkah yang diperlukan agar usahasama ini
dapat beroperasi secara sah di bawah undang-undang.
2. Tujuan Usahasama: Tujuan penubuhan usahasama bagi menjalankan Projek Usahasama mengikut
terma dan syarat Surat Tawaran bertarikh . . . . . dan berdasarkan kesemua keperluan lain yang
diperlukan bagi menjayakan Projek Usahasama.
3. Tempoh: Usahasama ini bermula semasa Perjanjian ditandatangani dan akan dibubarkan apabila
berlakunya perkara-perkara di bawah:
4. Untung Rugi
a. Kecuali mengikut mana-mana peruntukan khusus di dalam Perjanjian ini, bahagian keuntungan
pengusaha-pengusaha adalah mengikut kadar di bawah:-
b. Pengusaha Kedua dikehendaki menyumbangkan modal RM. . . . . dan segala aset-aset dinyatakan
pada Jadual II dalam tempoh (7) hari daripada tarikh Perjanjian ini.
c. Kecuali bagi tujuan mematuhi peruntukan undang-undang, mana-mana pengusaha tidak
dikehendaki mengeluarkan sumbangan modal atau aset-aset tambahan yang tidak dinyatakan di
dalam Perjanjian ini.
e. Pengusaha-pengusaha bersetuju tiada sebarang bunga ke atas modal sumbangan, dan pengusaha-
pengusaha kekal menjadi pemilik mutlak ke atas segala aset-aset yang disumbangkan kepada
usahasama ini.
a. Agihan Keuntungan Bersih akan diperuntukkan setelah segala kos, perbelanjaan dan tanggungan
syarikat usahasama telah disempurnakan.
b. Agihan Kerugian Bersih ditanggung syarikat usahasama dan secara bersesama ditanggung
pengusaha-pengusaha mengikut kadar keuntungan setiap pengusaha.
7. Lembaga Pengarah
b. Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada . . . . orang wakil daripada Pengusaha Pertama, . . . . .
orang wakil daripada Pengusaha Kedua, dan seorang Pengerusi serta . . . . . orang ahli bebas yang
dilantik daripada . . . . .
d. Kecuali ditentukan secara khusus di dalam Perjanjian ini, gaji dan segala kos ahli Lembaga
Pengarah ditanggung sendiri oleh setiap pengusaha dan tidak menjadi beban ke atas syarikat
usahasama.
e. Lembaga Pengarah berfungsi menetapkan dasar pengurusan dan perlaksanaan Projek Usahasama
melalui undian suara majoriti ahli-ahli.
iii. Kuasa memastikan rekod dan lapuran usahasama yang tepat dan lengkap;
iv. Kuasa mempertimbangkan tuntutan dan pertikaian pihak ketiga; dan yang mana termasuk kuasa
bagi perlaksanaan perundingan, timbangtara, litigasi atau proses-proses penyelesaian yang lain;
v. Kuasa menetapkan dan melaksanakan urusan harian yang berkaitan pengurusan pentadbiran,
sumber manusia, operasi, pemasaran dan hal-hal lain yang memerlukan tindakan segera.
g. Segala ketetapan bagi urusan kewangan dan pemilikan aset mestilah ditetapkan dan dengan
kelulusan semua pengusaha-pengusaha.
8. Perwakilan Kuasa
i. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengarah Urusan dan bertanggung-jawab ke atas pentadbiran
syarikat usahasama serta segala perkara perundangan yang mengikat syarikat usahasama;
ii. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengurus yang bertanggung-jawab ke atas pengurusan rekod
pentadbiran dan kewangan serta daftar gaji;
iii. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengurus yang bertanggung-jawab ke atas perlaksanaan
operasi Projek Usahasama.
9. Akaun Bank
a. Semua modal kerja atau dana lain yang diterima daripada usahasama mestilah didepositkan ke
akaun syarikat usahasama, dan disimpan secara berasingan serta terpisah dari akaun persendirian
pengusaha.
b. Segala urusan kewangan dan pembayaran syarikat usahasama mestilah ditandatangani bersama
oleh Pengarah-Pengarah Urusan syarikat pengusaha.
a. Kaedah perakaunan yang digunakan syarikat usahasama mestilah memenuhi tatacara dan
peraturan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia bagi perniagaan usahasama.
b. Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah disimpan oleh Pengarah Urusan syarikat
usahasama, dan mana-mana pengusaha berhak menyemak dan membuat salinan rekod dan
dokumen tersebut (3) hari selepas serahan notis.
c. Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah diaudit oleh juruaudit yang dilantik secara bersama
oleh pengusaha-pengusaha, dan salinan lapuran daripada juruaudit mestilah diserahkan kepada
setiap pengusaha.
d. Syarikat usahama mestilah menyediakan lapuran audit setelah perlaksanaan Projek Usahasama
berakhir dan sekurang-kurangnya (14) hari sebelum penamatan Perjanjian usahasama.
a. Perjanjian ini merangkumi kesemua perundingan dan persetujuan telah dicapai pengusaha-
pengusaha, dan tiada sebarang pindaan ke atas terma dan syarat-syarat Perjanjian kecuali setelah
disepakati bersama secara bertulis.
b. Perjanjian ini mengikat wakil atau penerima serahhak, syarikat pengusaha-pengusaha dan
kesemua anak-anak syarikat syarikat pengusaha.
c. Penyampaian dokumen
i. Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh mana-mana pihak
kepada pihak yang satu lagi di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan disifatkan sebagai
penyampaian mencukupi;
ii. Sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak
yang satu lagi seperti yang tersebut terdahulu daripada ini dan dalam hal yang sedemikian ia
hendaklah disifatkan sebagai telah diterima pada tamatnya tempoh lima (5) hari dari surat berdaftar
yang sedemikian diposkan; atau
iii. sekiranya ia diberikan oleh pihak itu atau peguamcaranya dengan tangan kepada pihak yang satu
lagi atau peguamcaranya.
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan
tandatangan mereka pada hari dan tahun mula- mula bertulis di atas.
..........................................................]
No. KPPN:.............................................]
..........................................................]
..........................................................]
No. KPPN:.............................................]
..................................
..................................