Anda di halaman 1dari 9

PENGURUSAN WAKAF DAN

BAITULMAL
BPMS 2083

BAB 2
PERSOALAN ISU WAKAF DARI ASPEK
FIQH ISLAM
PERSOALAN FIQH MENGENAI
KEBOLEHAN SESUATU WAKAF
Wakaf kepada orang kafir
Fuqaha Syafii berpendapat harus mewakafkan
harta kepada orang kafir zimmi yang tertentu
kerana memberi sedekah kepada orang kafir
adalah harus begitu juga dengan wakaf.
Bagaimanapun, jika penerima wakaf itu melakukan
maksiat dengan wakaf tersebut, hukumnya tidak
sah wakaf tersebut kerana ia akan menghilangkan
hikmat dan tujuan wakaf seperti dijadikan gereja.
Orang yang membuat perjanjian damai ( kafir
muahid) atau yang meminta perlindungan dengan
kerajaan Islam (kafir mustamin) dibenarkan
menerima wakaf kerana tergolong sebagai kafir
zimmi selagi berada dalam negara Islam dan
berpegang kepada perjanjian.
Wakaf kepada orang kafir (Samb.)
Bagi kafir harbi dan orang murtad pula adalah tidak
sah menerima harta wakaf kerana kekufuran mereka
tidak boleh diakui.
Wakaf merupakan jariah kekal; oleh itu, mewakafkan
sesuatu yang tidak kekal adalah tidak sah, begitu
juga mewakafkan sesuatu kepada orang yang tidak
kekal seperti orang murtad dan kafir harbi ini.
Syarak memerintahkan agar mereka diperangi dan
dibunuh.

Wakaf seseorang kafir


Wakaf seseorang kafir pada maslahah mereka
seperti membina gereja atau rumah ibadat mereka
adalah tidak harus berdasarkan kepada syariat dan
iktikad kita.
Namun demikian, jika kita tidak diminta pandangan
kita, tidak perlulah bersuara dan biarlah mereka
dengan amalan mereka.
Wakaf kepada orang kaya
Harus mewakafkan kepada orang kaya sebagaimana harus
bersedekah kepada mereka.
Wakaf tersebut bukanlah bererti menderhakai Allah s.w.t.
kerana golongan kaya berhak juga memanfaatkan harta.

Wakaf sewaktu nazak


Wakaf yang sah baginya pada waktu itu adalah tidak lebih dari
satu per tiga sahaja dari harta sama halnya seperti wasiat.
Wakaf yang lebih dari satu per tiga adalah tidak sah melainkan
mendapat keizinan para waris.

Wakaf terhadap diri sendiri


Menurut Imam Hanafi, wakaf kepada diri sendiri adalah sah
sebagai mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. seperti wakaf
seorang yang bodoh untuk dirinya kemudian untuk anak-
anaknya sebagai pemeliharaan hartanya tersebut disebabkan
dia bodoh.
Bagaimanapun menurut Imam Syafii dan jumhur ulama
adalah tidak sah sebagaimana tidak sah berjualbeli, hibah dari
dirinya untuk dirinya.
Wakaf hiasan masjid dan binaan kubur
Tidak sah mewakafkan harta untuk
mencantikkan atau menghiasi masjid termasuk
membuat binaan kubur kerana orang mati akan
hancur dan kubur mereka tidak perlu diperindah
kerana tidak memberi apa-apa manfaat begitu
juga menghiasi masjid.
Tidak harus membazirkan harta pada perkara
yang tidak dapat dimanfaati.
PENGGANTIAN (ISTIBDAL) DAN
PENJUALAN HARTA WAKAF
Pada dasarnya harta wakaf tidak boleh ditukar ganti
dan mesti dikekalkan dalam bentuk asal agar tidak
menyimpang dari maksud asal pewakaf.
Akan tetapi barang wakaf yang lusuh dan rosak
serta tidak sesuai dimanfaatkan lagi perlu ditukar.
Begitu juga tanah yang perlu ditukar di tempat lain
kerana keperluan yang mendesak.
Imam Ahmad menyetujuinya berdasarkan
keputusan Umar al-Khattab r.a. memindahkan
masjid Kufah yang lama ke tempat baru dan tempat
lama itu dijadikan pasar bagi penjualan tamar.
Begitu juga, Umar dan Uthman r.a pernah
membangun masjid Nabawi tanpa menurut
bangunan pertama dan dengan diberi tambahan.
Menurut mazhab Syafii dan Maliki, tidak sah
menjual harta wakaf berdasarkan hadis
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud harta wakaf
tidak boleh dijual, dihadiah atau dipusakai.
Jika penggantian dan penjualan tersebut diizinkan
oleh pewakaf atau warisnya ataupun pewakaf
diam, maka bolehlah berbuat demikian dengan
mendapat keizinan kadi terlebih dahulu.
Urusan penggantian tanah adalah urusan
pemerintah atau mahkamah dengan melihat
maslahah umum dan tidak boleh ditolak kecuali
dengan sebab-sebab kemudaratan dan tidak
mendatangkan hasil sama ada kepada pewakaf
atau penerima wakaf.
Beberapa masalah berkenaan pertukaran
harta wakaf dari aspek fiqh Islam.
Masjid wakaf yang terpaksa diruntuhkan, barang-
barangnya perlu dijaga atau dipakai untuk
membina masjid lain. Membina masjid yang lebih
dekat dengan masjid sebelumnya adalah lebih
utama.
Tikar-tikar masjid yang lusuh dan rosak boleh
dijual borong dan wangnya dipergunakan oleh
masjid tersebut bagi menampung sebahagian
pembelian barangan baru tersebut.
Barang wakaf yang telah rosak dan tidak boleh
diperbaiki lagi bolehlah dimusnahkan.
Barang yang dicuri perlulah digantikan dengan
yang baru atau yang lain.
Barang wakaf pada masjid boleh ditukar ganti jika
masjid tersebut diubahsuai.
Tanah wakaf boleh ditukar sama ada statusnya
atau diganti dengan tanah di tempat lain jika
keadaan memerlukan yang dinamakan istibdal al-
wakfi disebabkan:
Tanah wakaf pertanian terbiar tanpa diusahakan

lalu ditukar statusnya untuk keperluan lain yang


lebih bermanfaat.
Tanah wakaf diperlukan oleh kerajaan untuk

kepentingan umum seperti membuat jalan atau


taliair, lalu diganti dengan tanah ditempat lain
dengan nilai harta dan keluasannya tidak
berkurangan dari tanah asal.
Lain-lain sebab yang dianggap lebih bermanfaat

bagi pewakaf dan umat Islam melalui keputusan


fatwa majlis ulama di setiap negara berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai