Anda di halaman 1dari 19

Falsafah mengkaji kewujudan manusia,

hubungan antara manusia


falsafah diumpamakan seperti _ _ _ _ _ di
mana pepohon tumbuh dengan suburnya.
Boleh dirujuk dari tiga sudut :

oEtimologi ( Bahasa )

oTerminologi ( Istilah )

oPraktikal
Falsafah berasal dari perkataan Yunani,
philosophia
Philo bermaksud cinta dan sophia
bermaksud pengetahuan.
Boleh ditakrifkan sebagai cinta kepada
pengetahuan atau hikmah.
Orang yang cinta kepada pengetahuan
dikenali sebagai ahli falsafah.
Mereka menjadikan pengetahuan sebagai
tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat
tentang sesuatu, menaut sebab-akibat dan
mentafsir pengalaman manusia untuk
memahami kebenaran mengenai diri dan
dunia mereka.
Kesimpulannya, mereka sanggup
mengabdikan diri kepada pengetahuan.
Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh
ahli falsafah adalah berbeza-beza.
Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka
berpaksikan kepada elemen-elemen seperti
manusia, Tuhan dan alam.
Falsafah membawa maksud berfikir secara
bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan
sejagat.
Berfikir secara sistematik berfikir secara logik dan
berurutan.
Berfikir secara radikal berfikir sehingga ke akarnya dan
menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
Berfikir secara sejagat tidak terhad kepada aspek-
aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di
antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains >
sains fizikal dan kemanusiaan ).

TEOLOGI SAINS

Teologi- falsafah mengandungi spekulasi tentang


perkara yang belum nyata
Sains falsafah mengunakan taakulan untuk
membuktikan kebenaran yang terkandung.
Falsafah- Proses Menyoal

Schofield ( 1972 ) berpendapat falsafah adalah satu


proses menyoal seperti dalam Jadual 1.
Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea
yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan
makna realiti di mana kita berada.
Satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan
dalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu,
kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan
sebagainya.
Menerangkan hubungan antara idea-idea di
samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.
Cuba membezakan antara apa yang dikatakan
sebagai sah dan yang mengelirukan.
Terdapat dua jenis logik :
Logik induktif bermula dengan butiran khusus,
kemudian membuat penaakulan terhadap butiran
tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum
yang menjelaskannya.
Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum,
kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi
menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang
terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

Apa yang dimaksudkan dengan taakulan baik atau


kurang baik ?
Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu
bersifat baik atau kurang baik ?
Berasal daripada dua istilah asas,iaitu falsafah dan
pendidikan.
Konsep Pendidikan berasal daripada perkataan
Latin, educare yang bermaksud memelihara atau
mengasuh.
Menurut Kamus Pendidikan (1979);
Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan
mengembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu
proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu
untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.
Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta
terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.
Takrifan ini selari dengan pandangan Dewey (1859-
1952), seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal.
Beliau mengatakan bahawa :

Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan


untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia.
Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus
yang bersamaan dengan persekitaran sosial.
Yusuf al-Qardawi (1980)

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup


termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak,
dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan
manusia hidup dalam masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan
dan kepahitan.
Hassan Langgulung ( 1987)

Pendidikan merupakan proses mengubah dan


memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap
individu. Proses pemindahan tersebut berlaku
melalui cara-cara berikut :

Pengajaran- pemindahan pengetahuan daripada


seorang individu kepada individu yang lain
Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi
memperoleh kemahiran: dan
Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa
yang dilakukan oleh orang lain.
Ada tokoh-tokoh pendidikan yang berpandangan
bahawa pendidikan mempunyai fungsi di bawah:
Proses sosiolisasi- pendidikan memberi murid peluang untuk
berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka
menjadi dewasa yang berfungsi kelak.
Pembentukan budaya- pendidikan mewujudkan serta
memupuk nilai-nilai budaya.
Integrasi sosial- manusia bersifat lebih bersatupadu akibat
pengajaran nilai-nilai budaya dan norma-norma tertentu. Ini
merupakan fungsi yang amat penting khususnya dalam
masyarakat pelbagai budaya.
Penempatan sosial- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan
pencapaian akademik. Secara unggul, kejayaan akademik
murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan.
Antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan para
pendidik :

Apakah jenis pendidikan yang kita hasratkan untuk anak-


anak kita ?
Apakah tujuan pendidikan ?
Apakah peranan pendidikan untuk kita dan masyarakat ?
Apakah yang wajar diajar di sekolah ?
Apakah kaedah mengajar yang sesuai ?
Apakah peranan guru ?
RAJAH 1

Metafizik ( ontologi ) : spekulatif, perkaitan sebab-akibat


Cth : Apa itu kebenaran ? Siapa itu manusia ?

Logik : membezakan Axiologi : etika


antara idea sah dan dan estetika
yang mengelirukan CABANG-CABANG Cth : Apa itu
Cth : Apa itu taakulan FALSAFAH kebaikan ? Apa itu
baik atau kurang kecantikan ?
baik ?

Epistemologi : ilmu dan kepercayaan


Cth : Apa itu ilmu ? Apakah sumber-sumber
pengetahuan ?
Soalan Jawapan
Adakah semua soalan merupakan soalan Tidak
falsafah ?
Mengapa ? Kerana secara am, terdapat dua jenis
soalan, iaitu soalan empirikal dan teologi.
Soalan-soalan empirikal hanya boleh
dijawab melalui eksperimen dan
taakulan. Manakala soalan teologi
memerlukan kita bertafakur iaitu duduk
dan berfikir.
Apakah yang difalsafahkan ? Semua ilmu pengetahuan termasuk sains
dan teknologi.
Siapa yang berfalsafah ? Semua insan.
Apakah terdapat perbezaan antara orang Ada.
biasa berfalsafah dengan ahli falsafah
berfalsafah ?
Apakah perbezaannya ? Apabila ahli falsafah berfalsafah, mereka
akan membentuk idea yang lengkap
berpandukan logik dan cara yang tekal,
kemudian idea tersebut disebarkan
kepada orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai