Anda di halaman 1dari 41

Prinsip Asas Islam

CTU101
Tajuk 2:Akidah Teras
Pembangunan Muslim

Disediakan oleh

Hj Fadzlullah Hj Shuib
Fhs ctu101 sem dis09-apr2010
Pensyarah CITU UiTM 1
Negeri Sembilan 1
TAJUK 2 CTU 101:AKIDAH TERAS
PEMBANGUNAN MUSLIM

I Pengertian & Asas2 Akidah


# Dari segi bahasa;simpulan iman atau
pegangan/keyakinan yang kuat.Berakar
kata aqada bererti menyimpul dengan
kuat.Kata terbitan akidah bererti jaminan
& ikat janji
# Istilah;suatu kepercayaan yang pasti &
keputusan yang muktamad tanpa
syak/keraguan
# Akidah bertitik tolak drp pengakuan
Rububiyyah & Uluhiyah Allah SWT

2
AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN
MUSLIM

Akidah boleh menjurus kepada dua makna,


iaitu;
Ikatan yang dapat dilihat dan dirasai oleh
pancaindera (hissi) seperti menerusi mata
dan tangan. Contohnya ialah ikatan tali.
Ikatan yang tidak dapat dikesan melalui
pancaindera (manawi) seperti ikatan
perjanjian, perkahwinan dan perniagaan.

3
Akidah dari segi Istilah
Akidah boleh didefinisikan sebagai berikut:
Keimanan yang kukuh terhadap Allah S.W.T.
dalam Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma dan
sifat-sifatNya
Keimanan kepada nilai-nilai murni yang
mutlak dan hakiki sebagaimana diwajibkan
oleh Islam, terikat kukuh dalam hati sanubari
seseorang, membuahkan sikap, pandangan,
perilaku dan perkataan yang menepati
syariat yang tidak mungkin terurai oleh
sebarang paksaan perubahan suasana dan
keadaan (Mohd Sulaiman, 1984)

4
Firman Allah S.Al-Baqarah;256


(




)

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana


sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari
kesesatan (kufur). Oleh itu sesiapa yang tidak
percayakan taghut dan ia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak
akan putus. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.
(al-Baqarah, 2 : 256)

5
Mahmud Syaltut :
al-Islam Aqidah wa Syariah

Iman atau akidah merupakan pokok


atau prinsip ajaran Islam. Adapun
Syariah yang merujuk kepada amalan
yang sholeh adalah cabang agama
yang terhasil dari pokok atau pohon
Islam itu.Kedua-duanya tidak boleh
dipisahkan untuk melahirkan
kesempurnaan Islam.

6
Pengertian Iman
Menurut Imam al-Syafie: iman
merangkumi tiga perkara, iaitu;
Percaya dengan hati
Mengaku dengan lidah
Melaksanakannya dengan perbuatan.

7
Pengertian Iman
Al-Qardhawi (1985) pula berpendapat iman
ialah kepercayaan yang meresap ke dalam
hati dengan penuh keyakinan, tidak
bercampur syak dan ragu, serta memberi
pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah
laku dan perbuatan sehari-hari. Iman
menurutnya lagi bukan semata-mata
ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan
bukan pula hanya merupakan pengetahuan
mengenai rukun-rukun iman.

8
Rumusan al-Qardhawi
Iman itu bukan sekadar pengakuan lidah semata-mata
sedangkan hatinya menolak. Orang-orang munafik
mengaku beriman tetapi hakikatnya tidak.
Iman bukan semata-mata melakukan syiar yang biasa
dilakukan oleh orang-orang yang beriman sedangkan
hatinya kosong dari rasa kebaikan dan keikhlasan.
Iman bukan semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman,
kerana ramai di kalangan manusia yang mengetahui
tetapi menolak
Iman memerlukan kefahaman dan keyakinan yang teguh
tanpa ada keraguan.
Iman melahirkan kepatuhan dan ketundukan dengan rela
hati tanpa rasa berat serta menerima apa yang diputuskan
oleh Allah dan Rasul.
Iman melahirkan semangat bekerja dan berkorban.
Iman melahirkan akhlak yang tinggi dengan hati yang
khusu dan kehidupan yang teratur serta sentiasa
melakukan amal yang berguna.
9
Firman Allah SWT:








Maksudnya:
Dan diantara manusia itu ada yang mengatakan:
kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedang
yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang
beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu
orang-orang yang beriman, tetapi sebenarnya
mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak
sedar.
(al-Baqarah,2 : 8-9)

10
Terdapat beberapa ayat yang menjelaskan
tentang ciri-ciri keimanan dan sifat mukmin yang
hakiki, antaranya firman Allah SWT:






Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang
beriman itu ialah mereka yang beriman kepada
Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak
ragu serta berjihad dengan harta dan diri
mereka pada jalan Allah. Mereka itulah
golongan yang sebenarnya beriman.
(al-Hujurat, 49 : 15)

11
6 Prinsip Akidah;Sayid Sabiq
Marifat kepada Allah S.W.T. Ianya meliputi Nama dan Sifat
Allah serta KeagunganNya.
Marifat dengan alam disebalik alam semesta yang tidak dapat
dilihat sama ada berbentuk kekuatan kebaikan seperti malaikat
dan kekuatan jahat seperti Iblis dan Syaitan. Ianya juga
termasuk makhluk yang berada di alam lain seperti jin dan ruh.
Marifat dengan kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para
rasul yang menjadi batas antara hak dan batil.
Marifat dengan nabi-nabi dan rasul-rasul Allah yang dipilihNya
sebagai pembimbing dan petunjuk yang hak kepada seluruh
makhluk.
Marifat dengan hari akhir dan peristiwa-peristiwa yang
berkaitan seperti alam kubur dan balasan pahala, dosa, syurga
dan neraka.
Marifat kepada qada dan qadar yang berupa peraturan sama
ada dalam penciptaan atau cara mengaturnya

12
AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN
MUSLIM

Iman & akidah prinsip ajaran


Islam
Syariah/amal sholeh adalah
cabang agama natijah drp
pohon Islam
Rukun Iman & Rukun Islam
asas pegangan & amalan Islam

13
Rukun Iman:Tonggak Akidah Islam
* Sabda Rasulullah SAW riwayat al-Bukhari
& Muslim


Yang bermaksud : Iman itu ialah bahawa
engkau percaya dengan Allah,para
malaikatNya,kitab-litabNya dan rasul-
rasulNya,hari akhirat dan dengan
penentuan ( qadha` dan qadar ) baik dan
buruk itu daripada Allah SWT.

14
i Apakah yang tersimpul dalam keimanan kita
kepada Allah SWT itu ?

Kepercayaan kepada Allah SWT Yang Maha Wujud


,Maha Esa atau Tunggal dan tidak ada yang serupa
denganNya.( Sebagaimana firman Allah dalam Surah
al-Ikhlas ayat 1-4 )






Maksudnya:Katakanlah:Dialah Allah,Yang Maha
Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya
segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada pul;a
diperanakkan,dan tidak ada seorang pun yang setara
denganNya.

15
* Beriman kepada Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan.( Firman Allah di dalam Surah al-
Hasyr ayat 22-24 )















Maksudnya:Dialah Allah Yang Tiada Tuhan yang berhak disembah
selain Dia.Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata.Dialah Yang Maha
Pemurah lagi Maha penyayang.Dialah Allah Yang tiada Tuhan yang
berhak disembah selain Dia,Raja,Yang Maha Suci,Yang Maha
Sejahtera,Yang Mengurniakan Keamanan,Yang Maha memelihara,Yang
Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa,Yang Memiliki segala
Keagungan.Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.Dialah
Allah Yang Maha Menciptakan,Yang Mengadakan,Yang membentuk
Rupa,Yang mempunyai nama2 Yang paling Baik.Bertasbih kepadaNya
apa yang ada dilangit dan dibumi.Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.

16
Apakah yang tersimpul dalam keimanan kita
kepada Allah SWT itu ?

Beriman kepada Allah SWT Pencipta alam dunia ini


tempat ujian ke atas manusia dan Dia juga Pencipta
alam akhirat kelak yang menjadi destinasi setiap
manusia.
Keimanan kepada Allah SWT yang menghidupkan
dan mematikan.Dialah penganugerah rezeki dan
kepadanyalah bergantung segala yang di langit dan
yang di bumi.Malah semua makhluk ini adalah milik
Allah SWT.Dialah tuan empunyanya dan Dialah
sahaja yang berhak mengatur perjalanannya.
Justeru itu beriman kepada Allah SWT itu akan
menghasilkan peribadatan setulusnya kepada Allah
SWT yang bermakna kepatuhan yang sempurna
kepada semua perintah Allah SWT serta menjauhi
segala laranganNya
17
Apakah yang tersimpul dalam keimanan kita
kepada Allah SWT itu ?

Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT telah


muncul sejak permulaan kejadian manusia lagi iaiatu
dengan mengenali dan mengakui ketuhanan Allah.(
Rujuk Surah al-Araf ayat 172 ).Diikuti dengan
menyembahNya yakni mematuhi ajaranNya sehingga
ke tahap mencintai dan merinduiNya.
Kalau hanya sekadar percaya adanya Allah SWT
dengan tidak mempunyai tanggapan yang betul
mengenai Allah SWT dan tidak menunaikan
kewajipan yang sepatutnya kepada Allah SWT
samalah juga dengan manusia pada zaman
jahiliyyah,kerana di antara mereka ada yang
mempercayai adanya Allah SWT. Mereka dianggap
jahiliyyah,kerana mereka tidak melaksanakan
kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah
SWT.Malah menyengutui Allah SWT dengan
menyembah berhala dan ketua-ketua mereka 18
ii Apakah tujuan beriman kepada
Malaikat ?
Keimanan kepada para malaikat Allah adalah
termasuk dalam keimanan kepada perkara ghaib.
hakikatnya amat sukar ditembusi oleh akal
fikiran.Walhal beriman dengan perkara ghaib adalah
antara kreiteria utama orang-orang yang bertaqwa.(
rujuk firman Allah SWT Surah al-Baqarah ayat 285 ).
Malaikat adalah makhluk nurani,halus yang ghaib
dan tidak dapat disaksikan dengan
pancaindera,kerana ia bukanlah makhluk fizikal atau
benda.Malaikat adalah makhluk Allah yang kuat
serta dapat menjalankan perintah Allah SWT untuk
menguruskan alam semesta dengan kudrat Allah
SWT serta untuk menyampaikan perintah seerta
wahyu Allah SWT ke atas pesuruh-pesuruh Allah di
kalangan para rasul a.s.
19
Apakah tujuan beriman kpd Malaikat ?
Malaikat tidak mempunyai nafsu serta tidak
mempunyai hak untuk memilih samada untuk
mematuhi atau meengingkari perintah Allah
SWT.Mereka senantiasa patuh dan taat keepada Allah
SWT.Mereka telah ditugaskan oleh Allah SWT dengan
kewajipan2 tertentu.
Jelas sekali hubungan para malaikat dengan manusia
yang Allah SWT mewajibkan manusia Muslim
beriman kepada kewujudan mereka kerana mereka
berperanan ;
# merekodkan setiap malan manusia
# mengambil nyawa manusia
# membawa wahyu Allah SWT kepada rasul-rasul
Allah a.s.
# menjadi tentera Allah untuk membantu orang-
orang yang beriman dan sebagainya.
20
iii Apa perlunya manusia beriman
kepada kitab Allah ?
Kitab-kitab suci Allah SWT mengandungi pengajaran Allah SWT
yang disampaikan oleh para Anbiya` dan para Rasul a.s.
kepada umat manusia.Inti pengajaran itu ialah mentauhidkan
Allah SWT serta menghindarkan manusia daripada kesyirikan
dan kesesatan yang pasti membinasakan mereka.Adapun
syariat Allah SWT yang disampaikan dan dilaksanakan oleh
para Rasul a.s. adalah untuk menyelamatkan manusia daripada
kekufuran,kejahilan,kesesatan dan kebinasaan hidup di dunia
dan kerugian hidup di akhirat kelak.
Kitab suci Allah SWT sebagaimana al-Quran adalah
perlembagaan hidup yang membimbing manusia Muslim dalam
segenap bidang kehidupan dari aspek pembangunan diri dan
keluarga sehinggalah kepada pembinaan masyarakat dan
negara.Malah al-Quran menjadi asas hubungan manusia
dengan Allah SWT serta hubungan manusia sesama manusia
dan hubungan manusia dengan alam seluruhnya.Inilah makna
hakiki kenapa kita perlu dan wajib beriman kepada kitab Allah
SWT.

21
iv Kenapa perlu beriman kepada
para Rasul Allah a.s ?
Para Nabi Allah yang berjumlah 124,000 orang itu
dan 313 orang daripada mereka adalah para Rasul
Allah a.s. merupakan manusia-manusia pilihan Allah
SWT untuk membawa risalahNya untuk disampaikan
dan dilaksanakannya di tengah-tengah umat
manusia.
Mereka adalah pemimpin kepada seluruh manusia
yang beriman serta menjadi suri tauladan dalam
segenap aspek kehidupan.Menurut al-Marhum Said
Hawa di dalam kitabnya Al-Rasul a.s.,bahawa Nabi
Muhammad SAW menjadi teladan ke atas ummat
Islam terutama dalam empat bidang iaitu : aspek
jatidiri kemanusiaan ( akhlak ),sebagai pendidik (
muallim dan murabbi ),sebagai ketua keluarga dan
sebagai ketua negara dan masyarakat Islam.
22
v Beriman kpd hari akhirat : natijah
kehidupan murni insan
Kehidupan manusia di dunia ini kosong dan hampa tanpa
keimanan kepada kehidupan selepas kematian mereka.Dengan
adanya kehidupan selepas mati serta hari pembalasan maka
kehidupan di dunia perlu di isi dengan sebaik-baiknya menurut
kehendak Allah SWT demi menghadapi
penghakiman,penghisaban dan pembalasan Allah SWT.Inilah
konsep yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah
Rasulullah SAW tentang hikmah beriman kepada hari akhirat.
Hakikat perjalanan dan perpindahan ruh yang dijelaskan oleh
al-Quran akan melalui empat alam;
alam arwah ( sebelum sampai ke dunia )
alam syahadah ( alam dunia )
alam barzakh ( alam kubur )
alam akhirat ( hari pembalasan )
Kebangkitan semula manusia bersama jasad dan ruh di alam
akhirat menjadi tahap terpenting dalam perjalanan manusia dari
Allah kepada Allah itu.Inilah ikhtisar terpenting keimanan
kepada hari akhirat itu.
23
vi Bagaimanakah hubungan antara
ketentuan Allah SWT dengan usaha manusia
melalui keimanan kepada Qadha` dan Qadar ?
Keimanan kepada qadha` dan qadar bermakna
manusia Mu`min mempercayai bahawa segala
sesuatu terjadi dalam kewujudan ini adalah menurut
ketetapan dan ketentuan Allah SWT Yang Maha Adil
lagi Maha Memberi Rahmat.
Pendirian kita sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah
menolak golongan yang tidak mahu berusaha dan
berikhtiar di dalam menghadapi kehidupan ini
sebagaimana golongan Jabariyyah.Kita juga
menolak golongan yang bergantung dengan usaha
dan ikhtiar.Golongan Qadariyyah ini berfahaman
bahawa manusia bebas semahu-mahunya dalam
penentuan nasib mereka.

24
Bagaimanakah hubungan antara ketentuan
Allah SWT dengan usaha manusia melalui
keimanan kepada Qadha` dan Qadar ?
Kita sewajibnya berpendirian bahawa beriman dengan qadha`
dan qadar bermakna kita hendaklah berusaha dan berikhtiar
menurut apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada
kita.Selanjutnya kita berserah,bertawakkal kepada Allah SWT
didalam mempertimbangkan dan memperhitungkan usaha kita
itu.Mudah-mudahan kita mencapai kejayaan dan
kecemerlangan yang diredhai Allah SWT.Inilah maksud firman
Allah di dalam Surah al-Rad ayat 11,Surah Ali Imran ayat
159,Surah al-Najm ayat 32.Tegasnya kerahmatan Allah lah yang
akan memasukkan kita ke dalam golongan yang diredhaiNya
sehingga kita beriman dan beramal sholeh dengan
rahmatNya.Sebaliknya hanya dengan keadilan A!llah pula yang
telah memberi peluang kepada kita untuk beriman dan beramal
sholeh tetapi manusia tidak mengambil peluang itu maka
dimasukkan mereka ke dalam golongan yang dimurkaiNya wal
IyazzubiLlah.

25
Pembinaan Dan Pengukuhan
Akidah
Umat Islam pada hari ini amat
memerlukan kepada pemurnian dan
pembinaan akidah. Sekiranya
pembangunan akidah dan kebendaan
tidak seimbang maka potensi manusia
tidak dapat dibangunkan dengan
sempurna. Oleh itu, semua pihak
haruslah prihatin dan berusaha
mengatasi masalah keruntuhan akidah
umat Islam hari ini.
26
Langkah-Langkah Pengukuhan
Dan Pemantapan Akidah
Pendidikan agama
Bergaul Dengan Orang-Orang Yang
Soleh
Muahadah (perjanjian)
Muraqabah
Muhasabah
Muaqabah
Mujahadah

27
Perkara-Perkara Yang
Membatalkan Akidah.
1. PERKATAAN
2. PERBUATAN
3. KEYAKINAN DAN ITIQAD DALAM
HATI
# Riddah atau murtad
# Syirik
# Kufur
# Khurafat /Ajaran sesat
28
Langkah2 mengatasi masalah
tersebut ialah:
Memperkukuhkan keimanan dan akidah umat
Islam melalui budaya ilmu.
Melazimkan diri dengan ibadat-ibadat wajib
secara berterusan dan penuh kesungguhan.
Menghindari diri dari bersahabat dengan orang
yang melakukan maksiat.
Mengelak dari mengunjungi tempat-tempat
maksiat.
Mempelajari ajaran Islam melalui sumber yang
benar dan orang yang berwibawa untuk
mengelakkan dari terjerumus ke dalam ajaran
sesat.

29
III Rukun-rukun Islam &
Implikasinya dalam kehidupan
Muslim
Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim/Hadis
Jibril a.s.



Mafhumnya : Beritahukan kepadaku ( Wahai Muhammad ) tentang
Islam ! Rasulullah menjawab : Engkau mengakui bahawa tiada
Tuhan selain A!llah,Muhammad adalah Rasulullah,mendirikan
sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan
dan menunaikan haji ke BaytuLlah jika engkauu berkeupayaan pergi
kepadanya.

30
Rukun-rukun Islam & Implikasinya dalam kehidupan Muslim

Dr Abdul Karim Zaydan di dalam kitabnya


Usul al-Dawah menjelaskan hadis tersebut
merupakan asas pengertian Islam yang
hakiki.Terdapat tiga pengakuan terpenting
yang terangkum dalam hadis terseebut :
Pengakuan tiada Tuhan selain Allah SWT
Pengakuan terhadap kerasulan Nabi
Muhammad SAW
Pembuktian terhadap pengakuan itu
dengan amal sholeh yang terdiri daripada
sembahyang ,puasa,zakat dan haji.

31
Rukun-rukun Islam & Implikasinya dalam kehidupan Muslim

Rukun Islam yang lima ini menjadi


asas dan simbol kepada tertegaknya
sistem hidup Islam yang merangkumi :
Sistem akidah (kepercayaan /
pegangan )
Sistem syariah ( ibadah dan
muamalah )
Sistem akhlak ( sistem nilai Islam )

32
1.Syahadatayn
Syahadah yang pertama ialah pengakuan kita terhadap sistem
akidah Islam yang berlandaskan keimanan kita kepada Allah
S!WT sebagai Tuhan Yang Maha Menciptakan serta yang
berhak disembah,dipuji dan dipuja.Dialah Tuhan Yang Maha
Mengatur dan Mentadbir seluruh makhluk dan alam ciptaanNya
itu.Syahadah kita yang kedua pula adalah pengakuan dan
pengiktirafan kita terhadap sistem syariah Islam yang
dibawa,disampaikan dan dilaksanakan dengan sempurnanya
oleh Nabi Muhammad SAW.Sehubungan ini syariah Islam
merangkumi sistem peribadatan kita kepada Allah SWT atau
hubungan dengan Allah SWT yang diistilahkan sebagai
ibadah.Aspek kedua syariah ialah sistem perhubungan
sesama manusia yang diistilahkan seebagai muamalah yang
meliputi sistem pemerintahan,sistem perekonomian dan sistem
kemasyarakatan yang telah diasaskan oleh Nabi Muhammad
SAW disepanjang pelaksanaan tugasnya sebagai Utusan dan
Pesuruh Allah SWT.

33
2.Sholat
Amal sholeh yang dituntut selepas bersyahadah itu diasaskan
oleh :
Sholat atau sembahyang lima waktu / kali sehari semalam :
Terdapat berbagai dimensi ibadah sembahyang yang
merupakan ibadah kerohanian ( ruhiyyah ).Di dalamnya
terdapat doa sebagai interaksi kita dengan Allah SWT.Dalam
sholat adanya konsep kepimpinan imam ke atas
makmumnya,konsep berjamaah,konsep penjagaan
masa,disiplin diri,kepatuhan kepada Allah,konsep kebersihan
zahir dan batin.Sehingga ciri pertama kejayaan orang-orang
yang beriman ialah orang-orang khusyu` di dalam sholatnya.(
Rujuk surah al-Mu`minun ayat 1 ).Malah Nabi Muhammad SAW
menyatakan bahawa sembahyang itu adalah tiang agama.

34
3.Zakat
Zakat pula menurut Afif Tabarah di dalam kitabnya Ruh al-Din al-
Islami adalah ibadah kehartaan ( Maliyyah ) yang merupakan
dimensi terpenting dalam kehidupan manusia.Zakat juga bermakna
kesuburan jiwa Muslim dengan sifat-sifat dermawan,keperihatinan
,peersaudaraan dan peengorbanan.Muslim boleh beerjihad
menegakkan Islam melalui harta yang dipinjamkan dan
diamanahkan Allah kepada mereka.Harta benda juga adalah fitnah
dan ujian Allah SWT ke atas manusia yang beriman.Mertabat Islam
boleh ditinggikan dengan penguasaan umat Islam ke atas harta
beenda.Oleh yang demikian institusi kehartaan Islam seperti
Institusi zakat,Baytul Mal,Perbankan Islam,Takaful Islam,Wakaf dan
berbagai dana perekonomian Islam menjanjikan kemenangan dan
kemuliaan orang-orang yang bertaqwa di bumi Aallah SWT ini,
dengan syarat ia hendaklah dilaksanakan dan diuruskan secara
berhemah dan berhikmah.

35
4.Syiyam/Puasa
Al-Shiyam atau puasa di bulan Ramadhan.Ibadah dan amal sholeh
ini sebenarnya menjadi lambang ketahanan dan kekuatan diri
orang-orang yang beriman yang diistilahkan sebagai orang-orang
yang bertaqwa.Ketaqwaan kepada Allah SWT boleh dicapai melalui
latihan membina daya dan kekuatan kesabaran yang menjadi
intipati ibadah ini.Puasa dalam konteks ini merupakan usaha
menahan diri dari makan dan minum di siang hari bulan Ramadhan
sejak terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari di
permulaan malam.Malah lebih jauh dari itu berpuasa juga
merangkumi segala perkara yang membatalkan puasa serta
berusaha menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang
mengurangkan pahala serta mengurangi fadilahnya seperti makan
dengan banyak ketika berbuka,meengumpat dan meemfitnah serta
berdusta.Secara amnya ibadah ini menjadi suatu simbol latihan
kejiwaan dan latihan mental dan fizikal yang amat besar maknanya
dalam melahirkan kekuatan dalaman manusia Muslim untuk
berdepan dengan berbagai cabaran hidup yang begitu hebat
melanda keimanan dan pegangan hidupnya.

36
5.Haji
Ibadah Haji pula merupakan kemuncak pelaksanaan rukun-rukun
Islam.Ia merupakan ibadah yang mempunyai dimensi kerohanian
yang mendalam.Disamping mempunyai dimensi kesatuan
masyarakat Islam global.Pelaksanaan Ibadah ini akan
mengembalikan umat Islam ke pangkuan sejarah perjuangan para
Anbiya` a.s. Terutamanya Nabi Ibrahim dan
keluarganya.Sedangkan dalam hal ini Nabi Muhammad SAW telah
mewarisi kenabian dan kepimpinan dari Nabi Ibrahim yang bergelar
kekasih Allah itu.Falsafah dan hikmah Haji yang bermakna kita
menuju ke BaytuLlah di kota suci Makkah al-Mukarramah untuk
melaksanakan ibadah yang khusus yang telah dimulai oleh bapa
seluruh manusia iaitu Adam a.s. serta tonggak sejarah haji ialah
Nabi Ibrahim dan ahli keluarganya.Ibadah ini disempurnakan oleh
Nabi Muhammad SAW bersempena dengan kemenangan Islam
atau Fath Makkah.Bermakna Islam itu telah mencapai
kegemilangannya dengan izin Allah SWT melalui perjuangan dan
pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang
diredhai oleh Allah SWT.

37
Rumusan
Tegasnya rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam yang kita
imani dan kita hayati ini adalah momentum serta pemangkin
kepada kehidupan Islam yang mantap.Pendek kata seandainya
rukun-rukun ini gagal difahami dan dihayati akan timbul
kekeliruan dan kekacauan dalam kehidupan harian kita.Malah ia
memberi kesan negatif kepada seluruh kehidupan kita sebagai
Muslim.Sebaliknya kejayaan kita memahami serta menghayati
rukun-rukun ini serta menghubungkannya dengan kegiatan
hidup kita seharian akan menjamin kejayaan,kecemerlangan
dan ketrampilan kita sebagai Muslim Mu`min yang hakiki.Di
sinilah letaknya maksud hadis Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud Islam itu adalah sentiasa tinggi dan tiada yang lebih
tinggi dari Islam.

38
Rujukan
Abdul Aziz.1982.. Kebersihan Iman dan Tauhid. Surabaya:PT Bina Ilmu
Abdul Ghani Asykur. 1987. Membuka Rahsia Alam Malaikat. CV Bintang Pelajar
Abdul Hadi Awang. 2007. Beriman Kepada Malaikat dan Kitab. Selangor: PTS
Islamika.
Abdul Jalil Hj Borhan. 1991. Rukun Iman, Huraian dan Pecahannya. Kuala
Lumpur: Mahir Publications Sdn Bhd
Abdul Karim Zaidan. 1979. Dasar-dasar Ilmu Dakwah. Terj. H.M. Asy-Syukur
LC. Jilid 1. Kuala Lumpur: Media Dakwah
Abdullah Ishak. 1993. Iman dan Bekalan Abadi. Kedah: Dar al-Ulum
Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Syariah Islam, Fiqh dan Sumber-sumbernya. Terj.
Abdul Rashid Daud. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Abu Ala al-Maududi. 1988. Cara Hidup Islam. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka
Fajar
Abu Jafat Umar al-Qazwani, al-Imam. 1996. Ciri-ciri Iman. Johor Bharu:
Perniagaan Jahabersa
Abu Urwah. 1988. Asas-asas Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Abu Urwah. 1990. Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Asmuni Syukir. 1403H. Iman Dan Taqwa Berdasarkan

39
Rujukan
Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan
Ibrahim Muhammad Bin Abdullah al-Buraikan. 2001. Pengantar Pengajian
Akidah Islam. Selangor: Pustaka Dini Sdn Bhd.
Jakim. 2002, Modul Pengukuhan Akidah. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.
Muhammad Naim Yasin. T.t. Yang Menguatkan Yang Membatalkan Iman,
Kajian Terperinci Dua Kalimah Syahadah. Jordan: Darul Furqan.
Muhammad Uthman El-Muhammady M.A. 1982. Memahami Islam, Insan, Ilmu
dan Kebudayaan. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.
Sayid Sabiq. 1980. Akidah Islam. Bandung: Diponegoro.
Sayyid Abdullah Husuain. 1985. Menyingkap Kehidupan Malaikat, Jin, Syetan
dan Manusia. Indonesia: Penerbit Husaini Bandung.
Sayyid Quthub. 1982. Petunjuk Jalan Yang Benar. Terj. Drs Zakaria Adham.
Bandung: Penerbit Husaini Bandung
Sayyid Quthub. 1980. Salah Faham Terhadap Islam. Terj. Hesri. Bandung.
Udah Mohsin. 1987. Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak Seorang
Muslim. Selangor: Hizbi
Yousuf Al-Qaradawi. 1977. Iman dan kehidupan. Terj H.Fachruddin Hs.
Jakarta:Bulan Bintang

40

41

Anda mungkin juga menyukai