Anda di halaman 1dari 6

2.

0 Bahan Bercetak Sebagai


Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah
Buku Sejarah

Disediakan oleh Khaw Kai Xin


Bahan bercetak- Buku Sejarah
• Bagi melancarkan proses pdp, guru Sejarah perlu menyelia,
mengguna dan memberikan bahan-bahan cetak untuk melicin dan
menyokong pengajarannya. Antaranya termasuklah buku Sejarah
(buku teks, buku latihan, buku rujukan).

• Buku sejarah merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar
yang banyak digunakan dalam pembelajaran Sejarah.

• Manakala buku teks Sejarah memiliki banyak fungsi, tujuan dan


kegunaan atau manfaat dalam mendukung proses pembelajaran mata
pelajaran Sejarah.
Fungsi Buku Sejarah

 Sebagai bahan referensi atau bahan rujukan oleh pendidik


 Sebagai bahan evaluasi
 Sebagai alat bantu pendidik dalam melaksanakan kurikulum
 Sebagai salah satu penentu metode atau teknik pengajaran yang akan
digunakan oleh pendidik
Kelebihan
• Kita dapat mempelajari kejayaan masa lampau tentang bangsa dan
negara, ini membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam,
memupuk semangat patriotisme dan seterusnya membantu kita
menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara.

• Selain itu, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara


serta hubungannya dengan sejarah dunia serta dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan
kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
Kelemahan
 Cakupan atau skop isi kandungannya kurang lengkap di mana isi kandungan
tentang sejarah antarabangsa terlalu sedikit, di sebaliknya isi kandungan
sejarah tempatan terlalu banyak. Situasi sebegini tidak menyumbang
kepada kelahiran generasi baru yang berpandangan global.

 Isi kandungannya terlalu tumpu kepada perbincangan tentang sejarah


tamadun Islam, sebaliknya peratusanya tentang tamadun-tamadun dan
agama-agama lain terlalu kecil.

 Isi kandungannya terlalu mementingkan penglibatan dan sumbangan


sesuatu etnik atau golongan tertentu sahaja, sebaliknya cuba
meminimakan, meminggirkan atau menafikan peranan dan sumbangan
yang telah dimainkan oleh etnik-etnik atau golongan-golongan lain. Isi
kandungan ini menjadi semakin etnosentrik.
Kelemahan
 Terdapat kesilapan-kesilapan dari segi pengemukaan fakta sejarah dan
ketidakseimbangan dari segi pemilihan bahan atau isi kandungan
sejarah. Ini menimbulkan kesangsian atau keraguan pelbagai pihak
terhadap pendirian penulis buku sejarah itu benar-benar mendukung
kepada prinsip penulisan disiplin sejarah yang mementingkan
ketepatan, kebenaran dan kesaksamaan.

 Terdapat sesetengah penulis menampilkan pentafsiran yang terlalu


subjektif atau bias dalam buku sejarah mereka. Penulis-penulis
tersebut juga gemar menggunakan perkataan-perkataan yang kurang
neutral dan menyinggung perasaan sesuatu etnik atau golongan
tertentu dalam buku teks Sejarahnya.

Anda mungkin juga menyukai