Anda di halaman 1dari 44

SIJIL EKSEKUTIF

SETIAUSAHA KOPERASI

TOPIK 1:
KOPERASI SEBAGAI BADAN
BERAUTONOMI
ASHA’ARI ARSHAD
INSTITUT KOPERASI MALAYSIA

Institut_koperasi_malaysia Inst_Koperasi www.ikkm.edu.my

1
SEJARAH AWAL GERAKAN KOPERASI

• Kemunculan koperasi awal berlaku di Eropah dalam


era kemelut sosial akibat perubahan amalan
pengeluaran pertanian dan industri.
• Sebelum revolusi perindustrian, kebanyakan
keluarga di England dan Eropah mengamalkan
ekonomi sara diri.
• Revolusi perindustrian memperkenalkan
pengeluaran melalui sistem perkilangan.
• Peningkatan pengeluaran tidak disertai dengan
standard perburuhan yang adil.
2
SEJARAH AWAL GERAKAN KOPERASI

• Pekerja umumnya dibayar gaji sangat rendah dan


keadaan kerja yang buruk.
• Revolusi perindustrian dan pertanian mencetuskan
gejala kemiskinan dan kemerosotan sosial.
• Ketiadaan bantuan awam menyebabkan masyarakat
menyokong penubuhan organisasi bantu kendiri.

3
Robert Owen (1771-1858)

PANDANGAN:
• kelakuan/tingkah laku manusia berpunca dari
persekitaran, bukan faktor keturunan atau semula
jadi
• Pelopor fahaman ‘institute for the formation of
character’ di New Lanark (ingin ujudkan komuniti
saling bantu membantu)
• Tumpu pada membentuk modal insan dari
penumpuan pada ekonomi
• Gagal mendapat sokongan bangsawan/golongan
atasan
Dr. William King (1786-1865)
PANDANGAN:
• mulakan perniagaan walaupun secara kecilan serta perlu
melibatkan semua ahli
• Percaya komuniti perlu bermula dengan kedai runcit dan ahli
perlu setia dengan perkhidmatan yang disediakan
• Memperkenalkan peraturan dalam perniagaan:
• i. Transaksi secara tunai
ii. Melantik 3 ahli sebagai pemegang amanah
iii. Akaun perlu di audit setiap minggu
iv. Hanya menerima anggota yg amanah dan berumur 35
tahun ke bawah
v. Segala perbincangan/mesyuarat dijalankan di bilik,
bukannya di pub.
Dr. William King (1786-1865)

Sambungan

• Anggota perlu menanamkan niat yg bersih serta


komited dlm koperasi (taat pada ajaran agama)
• Perlu berdikari tanpa bergantung pada kerajaan
• Anggota perlu diberi pendidikan berterusan dalam
memahami makna kerjasama, serta latihan dalam
ilmu perniagaan secara jujur
PELOPOR-PELOPOR ROCHDALE

• Pada tahun 1844, terdapat sekumpulan tukang


(artisans) bekerja di kilang kapas di bandar
Rochdale, England.
• Mereka menubuhkan perniagaan koperasi moden
pertama disebut sebagai the Rochdale Equitable
Pioneers Society (REPS).
• Para penenun mengalami keadaan kerja buruk,
bergaji rendah dan tidak mampu membeli barangan
pengguna dan makanan yang mahal.

7
PELOPOR-PELOPOR ROCHDALE

• Mereka menggabungkan sumber terhad dan


bekerja bersama agar mampu mendapat akses
barangan asas pada harga rendah.
• Pada awalnya hanya 4 perkara dijual – tepung
gandum, oatmeal, gula dan mentega.
• Pelanggan dilayan dengan sifat kejujuran,
keuntungan dikongsi dan hak bersuara dalam
urusan perniagaan dihormati.

8
PRINSIP-PRINSIP KOPERASI ROCHDALE
1. Pengundian oleh anggota berasaskan demokrasi (satu anggota
satu undi).
2. Keanggotaan terbuka.
3. Modal disediakan oleh anggota.
4. Bahagian pemilikan ekuiti anggota individu dihadkan.
5. Pendapatan bersih diagihkan kepada anggota sebagai
pulangan langganan berdasarkan kos.
6. Dividen atas modal dihadkan.
7. Transaksi barangan dan perkhidmatan pada harga pasaran.
8. Tugas untuk mendidik.
9. Perniagaan secara tunai sahaja.
10.Tiada pengambilan risiko luar biasa.
11.Berkecuali dalam politik dan agama.
12.Kesaksamaan dalam keanggotaan (tiada diskriminasi gender).

** MAT- lewat 5p, tidak hadir 6p9


JATI DIRI
KOPERASI

10
DEFINISI KOPERASI

• sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung


secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi
bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya
melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal
secara demokratik
(International Co-operative Alliance, 1995)

• Tokoh Koperasi Negara, Profesor Diraja Ungku Aziz pula mendefinisikan


koperasi sebagai satu kaedah menguruskan kegiatan ekonomi dengan
cara tolong-menolong, bergotong royong atau bekerja bersama-sama
demi manfaat bersama. (Ahmad Marzuki, 2005)
11
CIRI-CIRI KOPERASI
Daripada pernyataan ICA, definisi koperasi menekankan ciri-
ciri berikut:
•Koperasi pertubuhan berautonomi - seharusnya bebas
daripada pengaruh kerajaan dan syarikat persendirian.
•Persatuan orang-orang (persons) - boleh bermaksud individu,
koperasi atau syarikat bergantung kepada peruntukan
perundangannya.
•Bersatu secara sukarela - keanggotaan tanpa paksaan,
anggota bebas masuk/berhenti berdasarkan tujuan/sumber
koperasi.
•Digerakkan oleh anggota untuk anggota - keperluan anggota
boleh tunggal/berbagai dalam ekonomi, sosial dan budaya.
•Dimiliki bersama/dikawal secara demokratik - entiti
beroperasi dalam pasaran, berkhidmat untuk anggota.
12
NILAI-NILAI KOPERASI
• Koperasi mendokong hasrat murni - keadilan sosial dan
ekonomi.
• Melalui penghapusan eksploitasi dalam kalangan golongan
lemah dalam masyarakat.
• Idea berkoperasi menekankan pentingnya nilai moral dan
kerohanian dalam aktiviti dijalankan.
• Nilai-nilai koperasi memberi kelainan berbanding entiti
perniagaan lain.
• ICA melalui pernyataan jati diri koperasi menggariskan 10
nilai yang perlu dalam diri anggota.
• Nilai-nilai tersebut dikategorikan kepada 2 – nilai asas dan
nilai etika.

13
NILAI-NILAI ASAS KOPERASI
• Nilai-nilai asas koperasi berteraskan kepada
pembentukan peribadi diri, organisasi dan
masyarakat seperti berikut:
- Membantu diri sendiri.
- Bertanggungjawab atas diri sendiri.
- Demokrasi
- Kesaksamaan
- Keadilan
- Perpaduan

14
NILAI-NILAI ETIKA ANGGOTA KOPERASI
• Nilai-nilai etika koperasi merujuk kepada perubahan
tingkah laku anggota melalui penyertaan
aktiviti/perkhidmatan koperasi.

• Nilai-nilai etika yang dimaksudkan adalah:


- Keterbukaan.
- Amanah.
- Tanggungjawab sosial.
- Prihatin terhadap pihak lain.

15
PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

1) Keanggotaan Sukarela dan Terbuka


2) Kawalan Demokratik Anggota
3) Penyertaan Ekonomi Anggota
4) Autonomi dan Kebebasan
5) Pendidikan, Latihan dan Maklumat
6) Kerjasama antara Koperasi
7) Prihatin terhadap Komuniti

16
KEPENTINGAN PRINSIP-PRINSIP
KOPERASI
• Menjadi asas kepada doktrin kerjasama,
penerimaan/pengamalannya mencetuskan karakter koperasi
sebagai sebuah persatuan.
• Diguna sebagai garis panduan asas dalam tadbir urus
koperasi.
• Tahap kepatuhan prinsip digunakan sebagai kayu ukur bagi
menentukan keadaan sebenar sebagai pertubuhan koperasi.
• Tahap pematuhan prinsip menentukan sama ada sesebuah
koperasi merupakan koperasi tulen atau sebaliknya.
• Kepada yang telah terlibat, kefahaman prinsip meningkatkan
penghargaan dan penghayatan tentang tujuan/faedah
berkoperasi.
• Kepada yang belum terlibat, kefahaman prinsip membantu
menjelaskan keadaan sebenar koperasi.
17
PRINSIP 4: AUTONOMI DAN KEBEBASAN

• ICA mendefinisikan “bebas dari kawalan luar”


• pertubuhan membantu diri sendiri yang dikawal oleh
anggotanya. Jika mereka membuat perjanjian dengan
pertubuhan-pertubuhan lain, termasuk kerajaan-
kerajaan atau mendapatkan modal daripada sumber-
sumber luar, mereka melakukannya pada syarat-syarat
yang memastikan kawalan demokratik oleh anggota-
anggotanya dan mengekalkan autonomi koperasi
mereka.

18
KEPENTINGAN AUTONOMI DALAM
KOPERASI

• Penting bagi kepentingan koperasi yang


berdikari dalam menentukan tujuan, membuat
keputusan, pentadbirannya dan menentukan
hala tujunya

19
AUTONOMI KOPERASI

• Bermaksud tidak ada campur tangan dari luar yang akan


memberi kesan dan menyekat autonomi sesebuah
koperasi
• Anggota menetapkan hala tuju koperasi dan bagaimana ia
ditadbir mengikut perundangan dan dasar negara
berkaitan pembangunan koperasi
• Anggota menetapkan matlamat koperasi dan objektif
koperasi selari dengan keperluan semua anggota
• Anggota berhak meminda UUK
• Anggota memilih wakil di dalam Lembaga serta
menurunkan kuasa kepada mereka
20
AUTONOMI KOPERASI

• Lembaga memiliki autonomi dalam menentukan


dan melaksanakan dasar koperasi dan mengurus
koperasi mengikut UUK
• Autonomi mana-mana koperasi untuk
menganggotai koperasi menengah atau pun atasan

21
GARIS PANDUAN PENETAPAN BATASAN
AUTONOMI
Autonomi dalam menentukan matlamat koperasi
• penubuhan dan keanggotaan anggota bertujuan
menyelesaikan masalah/keperluan ekonomi
• Anggota bersetuju menyumbang wang, tenaga dan
fikiran untuk mencapai aspirasi bersama
• Jika matlamat penubuhan ditetapkan oleh pihak
luar dan tidak selari dengan keperluan bersama,
sukar untuk anggota bekerjasama dalam
memajukan dan bertanggungjawab terhadap
koperasi
22
GARIS PANDUAN PENETAPAN BATASAN
AUTONOMI
Autonomi dalam membuat keputusan
• Jika tahap pendidikan rendah, mereka perlu
mendapatkan panduan dan bantuan dari luar untuk
mempelajari pengurusan koperasi
• Namun, koperasi perlu membuat keputusan sendiri
dan belajar dari kesilapan
• Bagi koperasi yang masih tidak berupaya beroperasi
walaupun mendapat bantuan dan panduan dari
luar, adalah menjadi kesilapan mendaftarkan
koperasi ini.
23
PENGUKUHAN AUTONOMI KOPERASI

• Peranan kerajaan hendaklah dikaji sebagai


pendaftar dan penguat kuasa dan tidak
menjangkau autonomi koperasi
• Peranan koperasi dalam pembangunan
ekonomi dan penyuburan demokrasi dalam
masyarakat
• Kejayaan koperasi serta pengukuhan jati diri
gerakan mampu mengerakkan masyarakat
mandiri
24
PENEKANAN KEFAHAMAN FUNGSI
EKONOMI KOPERASI
• Koperasi BUKAN entiti kelab sosial
- kepentingan pendidikan dan sosial perlu
dipupuk, tetapi tidak menjejaskan prestasi
ekonomi
• Koperasi BUKAN organisasi politik
- semua ahli harus bebas untuk memegang
pandangan politik mereka, kepercayaan
politik tidak harus mengganggu aktiviti
ekonomi
PENEKANAN KEFAHAMAN FUNGSI
EKONOMI KOPERASI
• Koperasi tidak wajib bertindak sebagai organisasi untuk menjalankan
rancangan-rancangan kerajaan. Bersama membantu projek-projek
kerajaan dan secara sukarela tetapi tidak dalam apa-apa cara untuk
menjadi agensi kerajaan negeri. Apa-apa aktiviti politik harus
memberi laluan kepada aktiviti yang bertujuan untuk kelebihan
ekonomi. 
PENEKANAN KEFAHAMAN FUNGSI
EKONOMI KOPERASI
• Koperasi BUKAN kesatuan sekerja. Ahli adalah pemilik koperasi;
hubungan mereka tidak seperti majikan dan pekerja. Prestasi
ekonomi koperasi, hidup dan pertumbuhan harus diutamakan,
sebelum apa-apa kelebihan peribadi keahlian.
PENEKANAN KEFAHAMAN FUNGSI
EKONOMI KOPERASI
• Koperasi tidak hanya untuk golongan miskin dan
lemah. Walaupun kerjasama, seperti perpaduan,
membawa kekuatan dan kurang kuat memerlukan
perpaduan lebih. Banyak koperasi telah ditubuhkan
oleh kedua-dua golongan miskin dan kaya juga di
kedua-dua negara maju dan membangun. Ini
kerana kejayaan koperasi bergantung kepada
prestasi ekonomi mereka.

(Charles G. Enriquez)
 
PERANAN KERAJAAN DALAM
PEMBANGUNAN KOPERASI

29
FAKTOR-FAKTOR YG MEWUJUDKAN PERSEKITARAN
YG KONDUSIF KEPADA PEMBANGUNAN KOPERASI

• Dasar pembangunan koperasi


• Perundangan koperasi
• Pentadbiran pembangunan koperasi
• Audit koperasi, penyeliaan dan konsultasi
• Pembangunan modal insan, latihan dan pendidikan
• Dasar kewangan yang menyokong pembangunan
koperasi
• Kemudahan kredit
• Peranan koperasi dlm membangunkan mereka yg
kurang bernasib baik
30
NEGARA YG TERHAD / TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-
UNDANG KHUSUS BERKAITAN KOPERASI

• Negara yang stabil


• Kadar literasi yang tinggi (90% ke atas)
• Mempunyai pemimpin koperasi yg. berkaliber
(dalam keadaan begini, koperasi boleh
berkembang dengan kukuh dari peringat asas
hingga ke peringkat atasan)

31
NEGARA YG MEMPUNYAI UNDANG-
UNDANG KOPERASI YG KETAT
•Negara kurang membangun
•Kerajaan yg baru memerintah/merdeka
•Kurang pengalaman/kemahiran dalam
kepimpinan koperasi (terdedah kepada
penyelewengan dan penipuan pihak
lain)
•Kadar literasi yg rendah (10-30%)
•Perlu bantuan pemerintah

32
ISU-ISU BERKAITAN PERANAN KERAJAAN /
PENDAFTAR DALAM PEMBANGUNAN
KOPERASI
• Penglibatan kerajaan dalam koperasi
- kebanyakan negara di Asia bertujuan peribadi,
sosial dan semangat kebangsaan
- bantuan kewangan daripada kerajaan
• Perundangan koperasi yang berasingan untuk setiap
jenis aktiviti utama koperasi
• Peranan kesatuan dan koperasi atasan
- tanggungjawab mempromosi dan
membangunkan koperasi di bawah naungannya

33
KELEBIHAN PERANAN PENDAFTAR KOPERASI

• Melaksanakan program dan skim pembangunan yang


ditaja k’jaan dgn berkesan
• Kebolehan melindungi golongan bawahan
• Boleh mencapai sasaran yang ditentukan k’jaan
• Berkecuali dlm melaksanakan Akta
• Boleh menggembleng manusia untuk menubuhkan
koperasi
• Boleh berhubung dan bekerjasama dengan agensi
kerajaan yang lain demi kepentingan koperasi
• Mempunyai kakitangan yang terlatih dari segi
perundangan dan pengauditan koperasi.
(K.K Taimni: Hasil kajian di India)
34
KELEMAHAN PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
• Tidak bebas dan tertakluk kepada tekanan pihak tertentu
• Kakitangan kurang berkelayakan dan terlatih (praktikal)
• Kurang jelas tentang konsep, peranan dan ciri-ciri sebenar
koperasi
• Peranan penyelia/pemeriksa dianggap negatif terhadap
koperasi oleh pemimpin dan pengurus koperasi
• Keghairahan untuk melaksanakan program kerajaan
menjejaskan hasrat anggota terhadap sebuah koperasi yang
berautonomi dan ditadbir urus sendiri.

Hasil kajian di India


35
MENILAI SEMULA PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
Peranan Pendaftar dinilai dari aspek:
1.Statutori (luaran dan dalam koperasi)
2.Promosi
3.Pembangunan
4.Pengauditan

36
MENILAI SEMULA PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
STATUTORI (luaran koperasi)
• China tiada UU koperasi. Koperasi beroperasi mengikut
peraturan yang disediakan oleh agensi kerajaan.
• Filipina CDA (cooperative development authority)
mendaftar koperasi. Dianggotai 10 pentadbir, 6 dilantik
oleh Presiden dari gerakan koperasi dan 4 dilantik dari
ketua jabatan kerajaan. Memegang jawatan untuk 6
tahun dan tidak layak dilantik semula
• Multi State Cooperative Societies Law di India lebih
seimbang menghadkan kuasa pendaftar hanya untuk:
- mendaftar, menerima laporan audit, laporan tahunan,
menjalankan penyiasatan, pembubaran dan
pelantikan pilikuidasi
• Menjaga kepentingan awam dan pada masa sama
memberi autonomi kepada koperasi 37
MENILAI SEMULA PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
STATUTORI (dalaman koperasi)
- Kuasa untuk mengarahkan koperasi meminda UUK,
pengabungan dan pemecahan koperasi
- Kuasa veto bagi wakil kerajaan
- Kuasa membatalkan/mengatasi keputusan ALK
- Kuasa untuk menghadkan pemegangan jawatan di beberapa
koperasi dalam satu masa
- Kuasa untuk memutuskan pertikaian

38
MENILAI SEMULA PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
MEMPROMOSI KOPERASI
• Menyediakan peluang perniagaan kepada koperasi
• Menambahbaik dan menggabungkan keupayaan koperasi supaya
menjadi kuat, sihat dan berdikari
• Berusaha mewujudkan hubungan yang erat dengan badan
perniagaan lain demi manfaat bersama
• Menyebarkan nilai koperasi dan menjadikan nilai koperasi
sebahagian daripada sistem koperasi

39
MENILAI SEMULA PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
MEMBANGUN KOPERASI
Menurut kajian, peranan Pendaftar dalam pembangunan koperasi
adalah:
• Melatih kakitangan koperasi
• Pendidikan anggota, j/kuasa kecil dan ALK
• Menghantar kakitangan kerajaan untuk bertugas di koperasi sebagai
pengurus kanan

40
MENILAI SEMULA PERANAN PENDAFTAR
KOPERASI
MENGAUDIT KOPERASI
Menurut kajian di 4 buah negara:
• Audit patut dipisahkan dengan pentadbiran koperasi
• Juruaudit k’jaan tidak semuanya profesional dan berkelayakan
• Kerja audit terlalu banyak hingga k’jaan tidak mampu membiayai
atau menyediakan tenaga kerja untuk mengaudit koperasi di bawah
selianya

41
KEFAHAMAN KOPERASI

• Merupakan entiti perniagaan


• Melibatkan gabungan manusia dengan matlamat yang
sama bagi meningkatkan sosioekonomi serta
membantu dalam hal-hal kebajikan
• Perhidmatan yang disediakan hendaklah memenuhi
keperluan ahli yang menganggotai koperasi tersebut
• Dikawal secara demokratik serta perhidmatan dan
faedah hendaklah diagihkan secara sama rata

43
SEKIAN

44

Anda mungkin juga menyukai