Anda di halaman 1dari 1

NEW HISTORISME New Historisme adalah sebuah teori sastera yang lahir di zaman pascamoden.

Teori ini adalah hasil daripada kesedaran bahawa aspek pensejarahan tidak boleh diketepikan dalam berhadapan dengan teks-teks sastera. Kebanyakan teori pascamoden adalah menolak sejarah, justeru itu teori ini kembali mangajak masyarakat sastera masuk ke dalam sejarah. Pengkaji sastera aliran ini membuktikan dengan mengkaji sastera zaman renaissance, dan mereka menunjukkan bahawa bangsa Eropah mendapat martabatnya dengan mengenal sejarahnya. Bukan melihat sejarah sebagai sejarah tetapi yang direprentasikan (diwakilkan). Sebenarnya, fahaman Teori New Historisme ini dipengaruhi dengan kuat oleh fahaman marxist. Dimulai dengan nama cultural poetics dan literary materialism ia berubah kepada new historisism di tangan Greenblatt. Dalam beberapa hal ada yang menyatakan fahaman ini sebagai pascamarxist, yang banyak melihat teks sastera dalam konteks dengan ideologi dan budaya serta tugasnya yang terpenting ialah mencari kebenaran sejarah yang disebut dalam istilahnya double voice (penduaan suara). Sejarah sering ditafsirkan sebagai fotokopi, nostalgia atau idealistik, yang masing-masing mempunyai signifikasi, tepat dan kewajarannya dalam teks. Juga cuba mempertikaikan realiti yang dicipta pengarang, justeru kadang-kadang pengarang memanipulasi realiti itu sendiri. Daripada sudut yang lain, ia menekankan aspek political dimension dan juga berbau kajian budaya. Tetapi yang lebih penting ialah New Historisme berfokus kepada aspek fungsinalisasi teks sastera berbanding aspek estetika dan artistiknya. Jenis: Fotokopi Nostalgia Idealistik

Anda mungkin juga menyukai