Anda di halaman 1dari 13

Resipi Ikan Masak Lemak Cili Api ( Sumber : Dapur ijan Blogresipi ) 1 ekor ikan dipotong ( saya guna

4 ekor ikan kembung ) 2 ulas bawang putih-dikisar 1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar 1 biji cili merah-dikisar 6 biji cili api-dikisar 2 batang serai diketuk sedikit serbuk kunyit 1 keping asam keping 1 cwn santan pekat 2 cawan air garam, gula 2 biji terung saya tambah 6 biji bendi saya tambah Cara penyediaan 1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping. 2. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih. 3. Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala. 4. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tmbh pati ikan knorr jika suka. 5. Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan timun, terung, bendi dan cili yg dipotong jika suka. Siap.

Ikan Masak Asam Pedas


Bahan-bahannya: 2 keping ikan tenggiri 10 biji cili merah 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 cm halia 2 batang serai 2 potong nanas -dipotong kecil Air asam jawa Garam/kunyit secukupnya Cara Membuatnya: 1. Bersihkan ikan dan perap lima minit dengan air asam jawa. 2. Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan serai, ikan, air asam jawa dan dua cawan air. 4. Biar mendidih baru masukkan nanas, garam dan kunyit. Setelah pekat bolehlah diangkat. 5. Hidangkan panas-panas

Bahan-bahan Ikan Masak Kicap 1/2 kg ikan. Sesuai digunakan untuk kebanyakkan jenis ikan seperti kembung, selar, kerisi, cencaru, tenggiri. 1/2 labu bawang besar dihiris 1 inci halia dihiris 2 ulas bawang putih 1 bj lada merah. Saya gunakan cili padi. 1/2 cwn kicap manis 1/2 cwn air 1 cmt serbuk kunyit 1/4 cwn minyak masak untuk menggoreng dan menumis 1 cmb jus limau nipis atau asam jawa Garam dan gula Cara memasak Ikan Masak Kicap

1.
2. 3. 4. 5. 6.

Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Dan digoreng sehingga garing. Ketepikan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan lada merah yang dibelah 2 tanpa putus. Masukkan air dan kicap manis. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau. Masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul dan hidangkan panas.

Bahan - bahan

KETAM 2 biji BAWANG BESAR *dikisar 3 ulas BAWANG PUTIH *dikisar 3 sudu makan cili kering *Lya guna cili blend je 1 sudu makan serbuk Kari 4 sudu makan sos cili LOBAK MERAH dihiris CILI dihiris 1 biji BAWANG BESAR *hiris garam & gula secukupnya minyak menumis air asam jawa ketam masak cili CARA-CARA Perapkan Ketam dengan jus limau nipis , garam & lada sulah , ketepikan. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang dikisar hingga kekuningan. Masukkan cili kering + serbuk kari & tumis hingga garing. Masukkan lobak merah Masuk bawang dihiris , air asam jawa , sos cili , garam & gula

Masukkan Ketam & hirisan cili , tunggu hingga masak & sedia dihidang bersama dengan daun bawang

Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-Bahan:

500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut

2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa

Cara:

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

Ayam 3 Rasa Syg


Kiriman: Hjh Norsalena Hj Salleh Sumber: Sendiri(Brunei) Hits: 1454 Rating: 5.19 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

ekor ayam - dipotong biji bwg besar - di hiris minyak untuk menumis 3 ulas bwg merah kecil - di hiris 4 ulas bwg putih - dihiris halia sebesar ibu jar - dihirs 1 btg serai - di hiris garam dan aji cwn air 2 sudu mkn lada kisar 1 sudu kcl serbuk kunyit 2 sudu mkn serbuk kari babas (hijau) 2 sudu mkn sos tiram 2 sudu mkn kicap manis 3 biji tamato - di potong dua

Cara:

Tumiskan minyak, masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau, kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak. masuk ayam, garam & aji dan masukan air. setelah hampir masak masukan tomato. Sedia untuk di hidang.

Ayam Ala Simple


Kiriman: Siti Sumber: Sendiri Hits: 4723 Rating: 5.40 Review: 1

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

600 gm ayam 1 paket serbuk kari ikan (Adabi) botol sos tomato gelas air masak Bawang goreng untuk ditabur

Cara:

Basuh ayam dan dipotong kecil Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam. Letakkan ayam di dalam kuali, air masak dan tomato sos. Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk. Angkat dan taburkan bawang goreng.

Beehoon Soto
Kiriman: Zuraina Hits: 1041 Rating: 5.50 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

Bahan bahan untuk sup: 1 ekor tulang ayam 1 ekor ayam 2 kiub stok ayam 2 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 4 biji bunga cengkih 4 biji buah pelaga Garam secukup rasa 3 camca besar minyak 2 liter air

Bahan untuk Kicap: Segenggam cili padi, basuh, jangan dibuang batang 10 biji bawang putih 15 biji limau kasturi Gula secukup rasa Kicap pekat Lain-lain bahan: Beehoon - celur dahulu Taugeh celur sekejap Kacang Tanah digoreng atau direbus Begedil

Bahan-Bahan Yang Dikisar: 2 biji besar bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia inci lengkuas 1 camca teh lada hitam 4 biji buah keras

Daun Sup dan Daun Bawang Bawang Goreng

Cara:

Cara membuat sup: Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng hingga perang. Masukkan air kedalam periuk dan biar mendidih. Kemudian, masukkan kedua-dua ayam kedalam periuk. Masukkan stok ayam dan garam. Tutup priuk and tunggu sehingga ayam empuk/masak. Setelah masak, keluarkan ayam yang berdaging tadi dari sup. Toskan ayam tadi. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan sait-siatkan daging ayam tadi. Cara membuat Kicap: Goreng cili padi tanpa minyak hingga layur. Bakar bawang putih sehingga keperanggan. Giling kedua-dua bahan sehingga hancur. Perahkan asam limau. Tuangkan kicap pekat dan gula. Gaul bahan. Sedikit air kalau tidak mahu sos terlalu pekat.

Cadangan Hidangan:

Masukkan meehon yang telah dicelur, taugeh, kacang, tanah, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan ayam goreng yang telah disiat kedalam mangkuk. Kemudian masukkan sup dan akhir sekali masukkan sedikit sos kicap tadi dan perahkan limau kasturi. Makan semasa masih panas.

Tambahan:

Beehoon boleh jugak di gantikan dengan nasi impit.

Laksa Mee Pangkor Original


Kiriman: ida Hits: 0 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

Bahan A 1. laksa mee (selalu ada kat kedai ubt cina) kalau takde ganti ngan mee kuning. Bahan B Untuk sup 1.ikan kembung/ketam. 2.sayur sawi 3.daun sup

4.bawang putih 5.bawang merah Bahan c Untuk sayur 1.kacang panjang 2.lobak masin 3.sotong kering 4.bawang putih 5.bawang merah 6.kicap masin /manis Bahan D Untuk sambal 1.cili giling 2.bawang putih

Cara:

cara-caranya: membuat kuah panaskan minyak masukkan bawang puti dan merah tumis sehingga garing masukkan air masukkan ketam bila mendidih masukkan sayur ,garam dan perasa. membuat sayur panaskan minyak ,masukkan bawang puting dan merah goreng garing masukkan lobak masin,sotong kering,kacang dan kicap manis. membuat sambal panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili gilang goreng sehingga garing ,masukkn garam secukup rasa. rebus mee seperti biasa dan hidangkan

Bihun Sayur
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991 Hits: 2065 Rating: 4.00 Review: 1

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

600 gm bihun 300 gm sawi 150 gm udang 150 gm daging 4 keping tauhu

3 ulas bawang putih 1 sudu teh serbuk lada 1 biji cili merah 1 sudu besar minyak Garam secukup rasa

Cara:

Rendam bihun selama 2 jam. Jika tiada masa, celur bihun dalam air menggelegak. Apabila lembut toskan. Potong daging

sebesar 1.5 cm x 1.5 cm dan rebus hingga empuk. Simpan airnya. Potong udang sebesar 2.5 cm. Potong sawi sepanjang 3 cm. Hiris bawang putih dan cili merah. Belah tauhu kepada 4 bahagian. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan udang, daging, air rebusan daging dan kacau selama 5 minit. Masukkan sayur dan tauhu. Masukkan garam dan serbuk lada. Biarkan hingga mendidih. Masukkan bihun dan kacau supaya semua ramuan mesra. Apabila menghidang, tabur cili potong.

Bihun Sup
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991 Hits: 9072 Rating: 7.60 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

600 gm tulang daging 300 gm tauge 600 gm bihun 150 gm kacang tanah 6 labu bawang merah 4 sudu besar minyak 3 sudu besar cili mesin 1 sudu besar lobak masin

1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang 2 biji asam limau 2 biji cili merah 4 keping tauhu Garam secukup rasa Gula secukup rasa

Cara:

Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

Bubur Ayam (I)


Sumber: Majalah Jelita Mac 1992 Hits: 26112 Rating: 5.71 Review: 1

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

300 gm beras, dicuci bersih 2 sm halia, dititik 3 batang serai, dititik ekor ayam

Air secukupnya Garam secukupnya Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara:

Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

Acar Telur
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia Hits: 4433 Rating: 2.33 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

15 biji telur ayam 10 biji cili kering 2 tin kecil tomato puri 5 biji buah pelaga 4 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengkih 2.5 sm kulit kayu manis 2 sudu kicap Sedikit kacang peas

Bahan untuk digiling: sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah - dimayang Sedikit halia Sedikit cuka, gula dan garam

Cara:

Telur direbus sampai masak, setelah itu buang kulitnya dan goreng sebiji-sebiji hingga kuning angkat dan ketepikan. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang, setelah itu masukkan pula bahan yang telah digiling tadi bersama air, cuka, gula, garam dan tomato puri serta serbuk perasa. Bila telah mendidih masukkan telur, cili merah, kacang peas dan bawang besar. Setelah itu bolehlah diangkat.

Kerabu Telur Asin


Kiriman: a.r.i.a Sumber: Hah Tomyam - resepi dari aku Hits: 515 Rating: 6.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

5 biji telur asin yang telah di rebus 1 biji limau nipis 2 biji bawang merah 5 tangkai lada api( nak pedas tambah lagi) 1 biji tomato Secubit garam (secukup rasa}

Cara:

1. Telur asin dibuang kulit dan di belah dua. 2. Hiris bawang merah, tomato dan lada, masukkan ke dalam mangkuk. 3. Perah limau nipis kedalam mangkuk yang berisi telur tadi. 4.

Kerabu Telur Dadar


Sumber: Majalah Jelita Mac 1992

Email this Recipe

Print this Recipe

Hits: 2711 Rating: 6.33 Review: 1

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam, didadar 7 tangkai cili merah, ditumbuk 1 mangkuk pati santan 3 camca teh air limau nipis Garam secukupnya

1 2 5 5 5

ikat daun kesum, dihiris batang bunga kantan, dihiris biji bawang merah, dihiris sm halia, dihiris helai daun purut, dihiris

Cara:

Telur dadar dihiris halus-halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan hiris, air limau nipis dan garam. Gaul hingga sebati.

Kek batik Bahan-bahan ( 10 orang makan )



3 cawan air 1 tin besar susu pekat 1 sdt esen vanilla 250 gram mentega 450 gram biskut marie 1 cawan milo 1 cawan serbuk koko 2 sdt Nescafe 4 biji telur

Cara-cara
1. Masak air sehingga mendidih, padamkan api. 2. Masukkan susu, milo, serbuk koko dan Nescafe. Hidupkan api perlahan, kacau sebati. Padam api. 3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur satu persatu dan campurkan esen vanilla. 4. Setelah bahan dalam kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur dan mentega. Kacau sebati. 5. Apabila bancuhan betul- betul pekat, masukkan biskut marie. Kacau rata dan padamkan api. 6. Griskan acuan dengan sedikit mentega. Tuang adunan sambil menekan padat. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong

Kek kukus
Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak) 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik) 3 biji telur Gred A 300 g tepung gandum*

1 camca teh soda bikarbonate* 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak) 150 g gula perang (gula halus pun ok) 150 g gula pasir ( untuk gula hangus) 1 biji pala, diparut 30 g badam keping Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara

1. Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.

2. Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.

3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.

4. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.

5. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....

6.

Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.

7. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.

8. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)

9. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.

10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.

11. UNTUK PANDUAN:- Beginlah rupa "biji pala". Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yg masib berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yg telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus.

Bahan-Bahan Sup kepingan ayam bahagian tulang Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA. bawang putih dihiris halia dihiris bawang besar dihiris kulit kayu manis 1 batang bunga lawang 2 kuntum buah pelaga 4 biji Cara Memasak : 1. Semua bahan di atas direbus sekali sehingga masak tanpa garam. 2. Ambil 2 cawan sup dan simpan. 3. Kemudian barulah ditambah garam secukup rasa. 4. Taburkan daun bawang dan daun sup untuk bau yang lebih enak. Nasi 2 cawan beras (hidangan 4 orang) 2 cawan air sup (tanpa garam) bawang besar dihiris bawang putih dihiris bunga lawang 2 kuntum kulit kayu manis 1 batang halia dihiris buah pelaga 4 biji Cara Memasak :

Sila tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing kecuali sup dan beras 1. Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk, kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik) 2. Sila tambahkan sedikit gula dan garam 3. Ayam ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut : bawang besar,1/2 biji bawang putih,10 biji halia 1 inci. 4. Bahan ini di tumbuk halus kemudian dimasukkan kedalam ayam 5. Masukkan sos tiram sedikit kicap manis gaul semua sehingga sebati perap selama beberapa minit 6. Setelah itu barulah digoreng (sila simpan baki perapan ayam tadi untuk dimasak semula). Sos baki perapan ayam 1. Ambil baki perapan tadi dan masak semula 2. Sila tambah bahan dibawah : sos tiram, kicap manis, kicap hitam, garam, gula 3. Tunggu sehingga mendidih dan angkat 4. Kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah) 5. Ambil sos ini dan curahkan ke atas ayam tadi. Sos merah 1. 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih 2. air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau) 3. garam,gula lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari) Sayur 1. Seimbangkan nasi ayam dengan sayur seperti, timun, tomato buah dan juga salad.

Anda mungkin juga menyukai