Anda di halaman 1dari 36

1.

Pengenalan

Kurikulum merupakan salah satu ilmu teras dalam pendidikan pada masa kini. Tanpa kurikulum sistem pendidikan sukar dilaksanakan di semua tempat atau di sekolah. Bidang kurikulum berdiri di atas pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Kejayaan sistem pendidikan di sesebuah negara amat bergantung kepada reka bentuk kurikulum tersebut. Reka bentuk kurikulum yang unggul menjadikan negara itu maju dan membangun. Di kebanyakan membangunkan kurikulum sejajar negara maju, telah berusaha keperluan dan matlamat dengan

pembangunan negara. Sesuatu kurikulum dapat dinilai keberkesanannya selepas beberapa tahun kurikulum tersebut diperkenalkan, ia mengambil masa yang lama untuk membuat penilaian kepada sesuatu kurikulum yang dilaksanakan. Oleh itu, reka bentuk kurikulum menjadi dasar bagi pengembangan potensi setiap individu dan pembangunan sumber asli negara yang dipadankan dengan ilmu yang diperoleh melalui kurikulum. 2.0 Definisi kurikulum

Perkataan kurikulum adalah berasal dari bahasa Yunani yang sering digunakan dalam bidang olahraga, iaitu currere yang bererti jarak yang harus ditempuh dalam kegiatan larian dari pemulaan sehingga tamat. Pengertian ini mula di gunakan dalam bidang pendidikan. Dalam bahasa Arab pula istilah kurikulum bermaksud Manhaj, iaitu jalan yang terang di lalui manusia dalam kehidupan. Manusia menggunakan istilah ini untuk menggambarkan bidang yang khusus kepada seseorang yang mengajar ilmu pengetahuan (Ishak Ramly.2003). Banyak pandangan yang di berikan oleh ahli-ahli pendidikan dan kurikulum yang boleh digunakan berhubung dengan definisi kurikulum. Kurikulum merangkumi perkara yang paling besar seperti (semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah) dan yang paling kecil ( perkara yang

diajar di sekolah), kurikulum dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu kurikulum sebagai program yang di rancang dan dilaksanakan di sekolah. Selain itu, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. Seterusnya kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan, pengalaman individu dan masyarakat secara individu atau kumpulan. Menurut Bellack dan Kliebard, 1977 dalam Ishak Ramly 2005, telah memasukkan unsur-unsur domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kurikulum. Daripada tiga yang diklasifikasikan tadi terbentuk pula beberapa domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi, kemahiran intelektual, manipulatif, sikap, minat, nilai dan apresiasi. Selain itu, Taba (1962) berpendapat bahawa kurikulum adalah perancangan pembelajaran dan semua kurikulum mempunyai elemen yang di tetapkan seperti pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran serta penilaian hasil pembelajaran. Menurut Neagley dan Evans, 1967 dalam Ishak Ramly, 2005 kurikulum adalah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Pengalaman tersebut bagi membimbing pelajar untuk memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan terkebih dahulu berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Ianya di persembahkan dalam keadaan paling baik bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Tanner dan Tanner, 1980 dalam Ishak Ramly, 2005 Menyatakan bahawa kurikulum adalah proses pembinaan semula pengetahuan dan pengalaman, dibina secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau universiti, bagi membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka. yang

3.0

Perubahan dalam kurikulum

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, 1994 perubahan bermaksud pertukaran, peralihan dan hal berubah. Oleh hal yang demikian, perubahan kurikulum bermakna kurikulum tersebut diubah kepada yang lebih baik ataupun boleh jadi lebih buruk lagi. Sekiranya, kita tidak dapat menerima hakikat dalam sesebuah perubahan menunujukkan ianya membawa ke arah lebih buruk. Istilah ataupun konsep pembaharuan kurikulum adalah lebih khusus dan memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada akan diberi elemenelemen yang baru dan diperbaiki dengan keadaan kurikulum yang ada supaya menjadikan kurikulum tersebut lebih berkesan. Bagi mengamalkan pembaharuan sebuah kurikulum, yang paling penting mestilah terlebih dahulu terdapat satu bentuk kurikulum. Sekiranya kurikulum itu tidak ada, maka proses pembaharuan kurikulum sudah tentulah tidak boleh dilaksanakan. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan sesuatu kurikulum perlu diperbaharui. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendiri dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktornya ialah:
a. Kewujudan ilmu-ilmu yang baru atau perkembangan penemuan ilmu-

ilmu baru Ilmu sentiasa berkembang dan tidak statik. Ilmu boleh dicari dengan kemudahan teknologi seperti membaca akhbar, majalah atau mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen. Contohnya, dalam bidang perubatan kita mendapati ia berkembang dengan pesat sekali. Sekiranya terdapat penyakit baru yang datang, penyelidik akan cuba mencari penawar untuk sesuatu penyakit itu. Oleh hal yang demikian, ia penting kepada ahli-ahli pengubal kurikulum untuk kemaskini supaya penerima kurikulum mendapat ilmu mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman.

Ilmu-ilmu yang baru itu mungkin dalam prinsip atau teori dan sebagainya.

b. Keperluan individu

c. Keperluan universal

d. Kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat sentiasa berubah. Begitu juga dengan sesuatu benda, tiada yang kekal dan pasti akan berubah. Elemen yang mempengaruhinya ialah tahap kedewasaan dan tahap kematangan ahli-ahli masyarakat itu. Maka, setiap kemahuan masyarakat akan menjadi faktor penting perubahan kurikulum. e. Perkembangan dasar kerajaan.

Pembaharuan

kurikulum

juga

boleh

berlaku

disebabkan

oleh

perkembangan dasar kerajaan. Setiap arahan daripada kerajaan memerlukan pihak pembentuk kurikulum meneliti semua kurikulum yang sedang digunakan dan seterusnya membuat pelbagai tindakan ke arah memperbaharui kurikulum sedia ada. Sekiranya tiada perubahan tentulah ia menyimpang dengan kehendak kerajaan. Oleh itu, perkembangan dasar kerajaan mempengaruhi perubahan kurikulum.

f. Kelemahan yang telah dilakukan ataupun yang terdapat dalam kurikulum.

Contohnya, mungkin telah didapati bahawa proses pemilihan objektif ataupun isi bagi kurikulum telah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan oleh hal yang demikian, menyebabkan kurikulum itu tidak dapat berkesan. Oleh itu, perwujudan aspek pembaharuan dalam sesuatu kurikulum itu wujud.

Malah, melaksanakan proses pembaharuan kurikulum ada beberapa langkah yang perlu dilaksanakan atau perlu dilalui. Langkah-langkah itu perlu dilaksanakan supaya proses pembaharuan akan menjadi lebih berkesan. Antara langkah-langkah tersebut ialah: a. Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan.

Aktiviti ini cuba menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan mengapakah sesuatu kurikulum itu boleh diubah? Jawapan kepada persoalan tersebut adalah penting kerana ia merupakan asas kepada aktiviti seterusnya. Sekiranya, kita tidak tahu atau tidak faham dan tidak jelas mengapa sesuatu kurikulum itu perlu diubah menyebabkan proses pembaharuan itu menjadi kacau dan tidak mempunyai rangka panduan dan tujuan yang sepatutnya. menjadi seperti yang diinginkan. Maka perubahan tidak akan

b. Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum dengan masalah yang telah dikenalpasti.

Langkah ini adalah penting untuk mewujudkan bukti yang lebih kuat dan nyata lagi mengenai kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada itu. Malah, perlu dikenal pasti aspek-aspek kurikulum yang perlu dibaiki supaya menjadi lebih berkesan.

c. Mewujudkan objektif.

Pemikiran mengenai objektif sepatutnya selari dengan pemikiran yang diperolehi daripada diwujudkan. langkah- langkah sebelumnya. Seterusnya, langkah haruslah sesuai dengan objektif pembaharuan yang telah

d. Mewujudkan rangka bentuk atau model pembaharuan.

Langkah ini penting dilakukan supaya model yang akan diwujudkan nanti dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan bentuk pendekatan proses pembaharuan itu. Dengan kata lain, unsurunsur praktikal dan realiti perlu diberi pertimbangan dalam perwujudan konseptual model tersebut.

e. Mengenalpasti keperluan dan kemudahan yang dikehendaki.

f. Membuat penilaian mengenai hasilnya.

Tujuan langkah ini untuk memberi gambaran awal mengenai hasil proses pembaharuan supaya dengan demikian, mereka yang bertanggungjawab memperbaharui kurikulum ini tidak akan berasa terkejut dan gelisah sekiranya terdapat beberapa kelemahan selepas dilaksanakan. Sekurang-kurangnya, kita dapat memikirkan cara mengatasi kelemahan yang ada.
g. Melaksanakan.

Langkah-langkah

yang

terlibat

diperingkat

ini

bukan

sahaja

memperbaharui kurikulum yang berkenaan tetapi melaksanakan kerjakerja menguji kurikulum yang telah diperbaharui. Penilaian formatif akan terus dilakukan dianalisa untuk terus yang berkenaan. (Razali Arof.1996). memperbaikinya. Selepas itu barulah kurikulum ini diperkenalkan sepenuhnya kepada semua sekolah

Menurut Azizah Lebai Nordin, 2002 dalam Sharizan Hasan dan Ahmad Shahabudin, 2006 mengatakan pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika di Malaysia mula dikenali pada tahun 1992. Pada mulanya pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan atasan. Hanya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Jabatan Kemajuan Masyarat (KEMAS) mula menubuhkan pusat-pusat tadika, kebanyakannya di luar bandar.

Pada 1970, KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasioal (JPNIN) memulakan kelas prasekolah awam. Pada 1986, Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Pada tahun 1992 Kementerian Pelajaran Malaysia

memulakan prasekolah di seluruh Malaysia. Seterusnya pada tahun 1993 sebuah Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM. Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2003 pendidikan prasekolah menguna pakai sebuah kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( KPK ). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selanjutnya, pada tahun 2008/2009 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan disemak semula dan pada tahun 2010/2011 digunakan. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Dalam perkembangan kurikulum prasekolah, pelbagai perubahan yang telah dilakukan antaranya ialah:

1. Kurikulum yang releven dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. 2. Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi,

inovasi, kreativiti dan keusahawanan.

3. Memastikan

murid

mempunyai

nilai

tambah

seperti

penguasaan pelbagai etika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
4. Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat "early start"

dalam pendidikan melalui program prasekolah. 5. Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan. 6. Memastikan kesinambungan antara Prasekolah dengan Tahun 1. 7. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

4.0

Tokoh-tokoh yang terdapat dalam Pendidikan Prasekolah

Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. Sebenarnya, yang termasuk dalam kriteria input instrumental cukup banyak, tetapi cukup disebut kurikulum saja. Dengan ini bererti kurikulum bukanlah kumpulan yang harus difahami, melainkan seluruh aspek yang diatur dalam rangka mencapai tujuan pendidikan tertentu. Termasuk di dalam hal ini adalah manusia pelaksananya, peralatan, metode, biaya dan sebagainya. Inilah pengertian kurikulum secara umum. 4.1 Jean- Jacques Rousseau (1712-1718).

Dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak pelbagai tokoh-tokoh yang terdapat seperti Jean- Jacques Rousseau (1712-1718). Beliau adalah seorang

ahli falsafah Perancis dan dikenali kerana bukunya Emile yang membincang tentang asuhan dan pendidikan anak-anak secara semulajadi. Selain itu, pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak disebut sebagai Naturalisme. Pendidikan Naturalisme ini yang bercorak yang membenarkan perkembangan individu tanpa ada gangguan dan halangan. Bagi Rousseau, pendidikan secara semulajadi natural dapat mempertingkatkan kualiti-kualiti seperti kegembiraan, spontan dan inkuisitif (melahirkan kecenderungan dan perasaan mereka dengan bebas. Dalam Falsafah Rousseau ialah manusia pada asal kejadiannya adalah baik oleh itu pendidikan perlu menggalakkan supaya kebaikan ini boleh berkembang dan juga pada pandangannya manusia perlu hidup dalam suasana yang natural tanpa adanya pengaruh yang kurang sihat daripada masyarakat. Disini keseimbangan sosial dan emosi lebih perlu diberi perhatian berbanding dengan pengumpulan maklumat dan kemahiran. Dalam falsafahnya terdapat empat yang diberi penekanan iaitu

kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti. Guru memainkan peranan menjadi pembimbing yang membenarkan kanak-kanak secara semulajadi mengikut peringkat umur yang berbeza. Justeru itu, membentuk kurikulum yang disusun mengikut peringkat umur yang berbeza dan berdasarkan minat dan aktiviti kanak-kanak. Oleh kerana pendidikan perlu berasaskan pengalaman kanak-kanak menggunakan objek sebelum mengenali simbol. Oleh itu, buku teks tidak penting bagi kanak-kanak sehinggalah mereka mencapai umur 12 tahun. Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan kanak-kanak perlu bermula semenjak kelahirannya. Di sini ibu bapa dan guru perlu membuat pemerhatian perkembangan kanak-kanak dan menyediakan pengalamanpengalaman berdasarkan masa-masa yang sesuai dan pendidikan pada pandangan Rousseau berlaku melalui tiga punca iaitu keadaan semula jadi , manusia dan benda.

10

4.2

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

Seterusnya, tokoh lain iaitu Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) dilahirkan di zurich, Switzerland. Ia sangat terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan bukunya mile yang berkaitan dengan konsep semula jadi nature. Pada tahun 1774, beliau telah membuka sebuah sekolah di ladangnya untuk kanak-kanak miskin yang dikenali Neuhof Pestalozzi memperkembangkan ideanya yang mengintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Di sekolah ini, beliau mengaplikasikan pendapat Rousseau yang menjadikan kecenderungan semula jadi kanak-kanak sebagai asas kepada pengajaran. Pengaruh Rousseau dengan konsep semula jadi beliau telah mengasuh anaknya Jean-Jacques dengan menggunakan `Emile` sebagai panduan. Beliau menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau, anaknya tidak boleh membaca dan menulis semasa umur 12 tahun. Keadaan ini berlaku mungkin kerana masalah fizikal (Anaknya dikatakan menghidap penyakit gila babi atau epileptik dan juga mungkin kerana beliau tidak dapat menterjemahkan idea-idea Rousseau yang abstrak dan mempraktikkannya. Apa yang boleh dipelajari daripada kegagalan Pestalozzi ini ialah pendidik awal kanak-kanak tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada inisiatif kanakkanak dan mengharapkan kanak-kanak sendiri mempelajari apa yang mereka perlu tahu. Pelbagai idea-idea mengenai pendidikan oleh Pestalozzi antaranya ialah Pestalozzi percaya bahawa teknik mengajar secara mengingat dan menghafal adalah tidak berkesan. Beliau menekankan tentang penggunaan bahan maujud dan penerokaan kendiri dalam pengajaran kanak-kanak. Salah satu sumbangan Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan individu. Beliau yakin bahawa kanak-kanak perlu dilibatkan dalam aktiviti yang bermakna kepada mereka berdasarkan minat dan

11

pengalaman mereka. Beliau juga mencadangkan supaya kanak-kanak diajar secara berperingkat-peringkat berdasarkan kebolehan mereka dan usaha mereka sendiri. Pestalozzi percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman deria. Melalui pengalaman-pengalaman deria yang sesuai kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Berdasarkan kepercayaan ini beliau membentuk kaedah pengajaran yang berdasarkan objek. Pestalozzi percaya cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur iaitu `multiage grouping`. Dengan ini kanak-kanak yang lebih tua boleh membantu kanak-kanak yang lebih muda. Beliau juga yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. 4.3 Robert Owen (1771-1858)

Selain itu, tokoh seperti Robert Owen (1771-1858). Beliau merupakan seorang environmentalis. Beliau percaya bahawa masyarakat boleh membentuk peribadi kanak-kanak. Owen percaya bahawa sahsiah yang baik perlu dipupuk sewaktu kanak-kanak masih kecil dan tingkah laku kanak-kanak pada asasnya dipengaruhi oleh persekitaran. Owen telah membuka `infant school` pada tahun 1816 di New Lanark Scotland, sebuah model bandar kilang yang diurus olehnya untuk memberi asuhan kepada 100 kanak-kanak yang berumur daripada 18 bulan hingga 10 tahun sementara ibu bapa mereka bekerja di kilang kapas kepunyaannya. Usahanya ini telah membawa kepada pembukaan sekolah `infant` di London pada tahun 1818. Antara matlamat pembukaan sekolah kanak-kanak ini adalah bertujuan untuk memajukan pemikiran kanak-kanak daripada ibu bapa mereka yang tidak berpelajaran. Beliau juga menyediakan pendidikan kepada pekerja-pekerjanya untuk menjadikan mereka manusia yang rasional. Sumbangan Owen seperti pembukaan sekolah kanak-kanak yang pertama telah mendahului kindergarten

12

Froebel. Idea dan amalannya telah mempengaruhi pendidik-pendidik dari segi kepentingan pendidikan awal dan hubungan di antara pendidikan dan kemajuan sosial. 4.4 Friedrich Froebel (1782-1852)

Manakala tokoh seperti Friedrich Froebel (1782-1852). Beliau merupakan Seorang tokoh pendidikan Jerman. Banyak menghabiskan masa hayatnya membentuk sistem pendidikan awal kanak-kanak. Froebel belajar daripada Pestalozzi dan bekerja dengannya. Berbanding dengan Pestalozzi yang memberi tumpuan kepada pengajaran, Frobel membentuk kurikulum dan kaedah pengajaran awal kanak-kanak. Beliau digelar sebagai father of the sekolah taman kanak-kanak pada kindergarten. `Kinder' bermakna kanakkindergarten. Beliau telah mengasaskan tahun 1837. Sekolah ini dinamakan

kanak, `garten' bermakna taman. Oleh sebab itu taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Froebel adalah seorang yang kuat beragama yang menganggap manusia secara semulajadi adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran, kurikulum, metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya mengenai kanakkanak dan bagaimana mereka belajar adalah berasaskan kepada idea yang diistilahkan sebagai unfolding (proses pengembangan seperti bunga yang kembang) yang telah diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi sebelumnya. Peranan pendidik sama ada ibu bapa atau guru ialah membuat pemerhatian terhadap natural unfolding dan menyediakan aktiviti yang membolehkan kanakkanak belajar apabila mereka sudah ada kesediaan untuk belajar. Peranan guru dapat membentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak. Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam, mula bercambah, dan mula mengeluarkan pucuk dan akhirnya menghasilkan buah. Beliau mengumpamakan

13

guru sebagai tukang kebun. Di dalam kebunnya yang dipenuhi dengan kanakkanak, mereka dididik dalam suasana yang tertutup penuh dengan keharmonian dalam keadaan semula jadi. Pandangan Froebel terhadap Kindergarten perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak seperti dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang dapat dimasuki cahaya, dipenuhi dengan tanam-tanaman, binatang, gambar-gambar, bunyi-bunyian dan alat permainan yang merupakan bentuk daripada objek mudah, saiz dan warna yang menarik. Untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak ianya perlu dilengkapi dengan kerusi dan meja yang sesuai mengikut saiz kanak-kanak dan tidak perlu dilengkapkan dengan kerusi serta meja orang dewasa sehingga menghalang perjalanan aktiviti. Di kindergarten perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak hendaklah dipupuk yang dapat memberi latihan terhadap kanak-kanak. Kindergarten merupakan satu institusi yang membolehkan kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa dan guru. Suasana di kindergarten hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Pendidikan hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Kanak-kanak hendaklah dianggap sebagai kanak-kanak dan mereka perlu diberi kebebasan. Peringkat pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana ia adalah asas kepada semua pendidikan selanjutnya. Kindergarten seolah-olah tapak semaian bagi latihan kemasyarakatan seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, bersikap membina, hormat menghormati, menjaga kebersihan dan menjaga kesihatan yang baik dan teratur. Strategi Pengajarannya ialah Main sebagai satu strategi dalam pendidikan dianggap sebagai sumbangan Froebel yang terbesar dalam pendidikan awal kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan bermain

14

itu

satu

tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu

semua kerja-kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri main. Kanak-kanak dapat melahirkan keunikan mereka melalui main. Selain daripada main Froebel juga menekankan tentang latihan pekerjaan untuk kanakkanak. Bermain dengan alat permainan adalah perkara yang bermakna dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan adalah bahan asas pembelajaran dan perkembagan minda mereka. Ketika bermaian mereka mendapat kepuasan kerana naluri ingin tahu kanak-kanak dapat dipenuhi barang-barang permainan itu. Permainan ialah apa sahaja bahan ataupun aktiviti yang memberi kepuasan, kegembiraan dan ketenangan kepada orang yang bermain dengannya terutama kanak-kanak. Bermain bagi kanak-kanak adalah belajar. Naluri bermain adalah keinginan semula jadi dan berkembang mengikut peringkat umur. Ketika bermain, kanak-kanak menggunakan kesemua sensorik

pancaindera, serta melakukan koordinasi

fizikal dan kemahiran motoriknya.

Keadaan ini dapat merangsang mereka bergerak dan berkembang secara aktif. Melalui permainan, kanak-kanak juga dapat mengetahui banyak perkara seperti mengetahui mengenai objek, orang lain dan peristiwa- peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari daripada bermain dapat digunakan oleh mereka ketika berinteraksi dengan orang lain dan ketika mengadaptasi dengan alam sekitarnya. Setiap permainan adalah asas kepada pendidikan yang lebih formal.

Bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan beberapa kemahiran asas yang dimiliki. Bermain bukan sahaja memberi keyakinan diri, malah dapat mendorong keinginan mereka supaya mempelajari pelbagai perkara lagi. Contohnya dengan bermain permainan cantum dan lekat bagi membina rumah dapat menyedarkan mereka membuat rumah memerlukan percantuman beberapa bahan asas seperti tiang, dinding, lantai, bumbung dan lain-lain.

15

Selain itu, Froebel juga menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi mengenai penggunaan alat atau objek dalam pengajaran untuk menimbulkan minat dalam pembelajaran. Beliau juga setuju dengan prinsip yang mengatakan bahawa semua pendidikan bermula dengan persepsi deria. Froebel telah membahagikan proses awal kanak-kanak di antara kelahiran dan umur 6 tahun kepada peringkat-peringkat berdasarkan perkembangan fizikal dan mental. Beliau membahagikan kepada tiga peringkat iaitu bayi (infancy), awal kanakkanak (early childhood) dan peringkat kanak-kanak (childhood). Dari segi jadual waktu beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran kanak-kanak tidak terbatas. 4.5 Maria Montessori

Maria Montessori Seorang tokoh pendidikan di Rome, mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terancat akal. Dalam tahun 1899, terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masanya selama dua tahun bersama rakan-rakannya kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak melatih guru-guru dalam

terancat akal. Pada masa ini beliau banyak menghabiskan masa dengan kanakkanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehi melalui kajiannya. Sebahagian daripada kanak-kanak yang beliau ajar dilabel sebagai `uneducable' telah dapat belajar dengan baik sehingga boleh membaca dan menulis, sebahagiannya telah lulus peperiksaan sekolah rendah dan lulus dengan gred yang lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa. Kaedah Mengajar Montessori menekankan kepada Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan ` sensory

16

teaching and learning'. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan cekap. Sumbangannya terhadap kanak-kanak ini dan juga ceramah-ceramah yang disampaikan kepada orang ramai sama ada di Itali dan di negara-negara Eropah yang lain menjadikan Maria Montessori seorang yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang pendidik dan juga seorang doktor. Pada tahun 1904, beliau diminta menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak di kawasan`slum yang merupakan `rehousing programe'. Sekolah pertama dan yang besar di San Lornso ini diperuntukkan kepada kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun. Beliau menamakan sekolahnya ini sebagai ` Casa dei Bambini ' , the Children 's House in Italian. (Lesley Britton 1992 ). Dua tahun berikutnya, beberapa buah sekolah lagi dibuka. Di sekolah-sekolah ini Montessori telah menggunakan kaedahnya kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunanya boleh mendatangkan hasil pencapaian yang baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki pencapaian kanakkanak yang normal. Prinsip-Prinsip yang terdapat dalam kaedah Montessori seperti menghormati kanak-kanak. Mengikut Montessori orang dewasa perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Orang dewasa tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. Guru dan ibu bapa menghormati kanak-kanak dengan pelbagai cara antaranya ialah membantu kanak-kanak untuk belajar melakukan sendiri aktiviti mengikut pilihan mereka. Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan, mereka akan dapat memperkembangkan kemahiran dan kebolehan mereka yang menjadi asas dalam pembelajaran berkesan, autonomi dan penghargaan kendiri yang positif. Seterusnya ialah Absorbent Mind ialah cara kanak-kanak memperolehi pengetahuan adalah berbeza daripada orang dewasa. Jika orang dewasa supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan mengguna deria dengan

17

menggunakan pemikiran untuk memperolehi pengetahuan, kanak-kanak pula menggunakan anggota fizikal mereka atau pancaindera. Daripada umur 3-6 tahun, kanak-kanak telah menggunakan conscious absorbent mind iaitu boleh membuat pemilihan daripada maklumat yang diperolehi daripada alam sekitar dan dapat mempertingkatkan lagi penggunaan deria mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran seperti membeza, memadan dan menggeredkan warna, sejak lahir sehingga berumur 3 tahun pula pemikiran kanakkanak diistilahkan sebagai unconsciouis absorbent mind yang diperkembangkan melalui penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh. Apa yang kanak-kanak pelajari bergantung kepada orangorang yang terdapat di sekeliling mereka iaitu percakapan, perbuatan dan bagaimana mereka memberi respon kepada kanak-kanak. Pengalaman yang sedia ada dan bahan-bahan yang disediakan untuk kanak-kanak juga menentukan jenis dan kualiti pembelajaran. Selain itu, jangkamasa sensitif Montessori percaya terdapat jangka masa sensitif di mana pada waktu ini kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkah laku dengan lebih berkesan ( Banyak ahli pendidik awal kanak-kanak memberi maksud sensitive periods ini sebagai kesediaan readiness). Semua kanak-kanak akan melalui peringkat ini tetapi jangka masa bagi tiap-tiap kanakkanak adalah berbeza. Guru dan ibu bapa perlu mengesan masa-masa sensitif ini dan menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Guru dan ibu bapa perlu membuat pemerhatian. Terdapat ramai pendidik berpendapat bahawa pemerhatian terhadap kanakkanak lebih penting daripada memberi ujian kepada mereka. Jangka masa sensitif dalam pembelajaran berlaku dalam masa awal hayat iaitu semasa bermula perkembangan pesat dari segi fizikal dan bahasa. Guru mempunyai 3 peranan seperti mengesaninya mengakui wujudnya masa-masa yang sensitif, belajar untuk dan menyediakan pengalaman-pengalaman untuk

memperkembangkan potensi kanak-kanak.

18

Prinsip

seterusnya

ialah

persekitaran

yang

disediakan

(Prepared

Environment) Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang disediakan. Persekitaran ini mungkin bilik darjah, rumah, taman asuhan kanak-kanak atau di padang permainan. Matlamat penyediaan persekitaran ini ialah untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung kepada orang dewasa. Sebaliknya mereka melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri dan pendidikan kendiri (Auto Education). Maksud pendidikan kendiri ialah apabila kanak-kanak boleh mendidik diri mereka sendiri semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di persekitaran yang disediakan. Melalui penglibatan dalam aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu, membuat refleksi dan mendapat kepuasan diri. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Montessori semua kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang universal. Ciri-ciri berikut adalah semua kanak-kanak mempunyai `absorbent mind' semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif, semua kanak-kanak ingin belajar, semua kanak-kanak belajar melalui bermain atau bekerja, semua kanak- kanak melalui berbagai peringkat perkembangan dan Semua kanak-kanak ingin berdikari.

5.0

Kurikulum awal kanak-kanak yang terdapat di Malaysia

Pendidikan Awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula seawal usia 6 tahun. Kanak-kanak pada usia ini telah mula memasuki tamantaman didikan atau lebih dikenali dengan prasekolah. Bagaimanapun pertumbuhan pesat pusat-pusat jagaan atau asuhan awal kanak di Malaysia yang juga dikenali sebagai TASKA menunjukkan bahawa definisi Pendidikan

19

Awal Kanak-kanak di Negara kita juga telah berubah . Anak-anak seawal usia 0 hingga 6 tahun bukan sahaja perlu di asuh dan dijaga tetapi juga telah mula boleh dididik. Mastura Badzis, 2008 mengatakan pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan dan dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science. 1990). Oleh hal yang demikian, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh dapat membantu menjayakan matlamat yang ingin dicapai. Kurikulum dimaksudkan sebagai rancangan aktiviti dan pengalaman yang disediakan untuk murid-murid di sekolah. Kurikulum ini merangkumi aktiviti akademik seperti kursus atau mata pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan-persatuan di sekolah, sukan dan permainan. Selain daripada itu, guru-guru, murid-murid, sekolah, disiplin, kelengkapan pengajaran, komuniti dan pendapat masyarakat merupakan unsur penting dalam kurikulum. Sekiranya hal tersebut berubah, kurikulum juga akan berubah (Musa. 1992). Terdapat dua kurikulum yang penting dalam kurikulum awal kanak-kanak iaitu kurikulum Standard Prasekolah dan Kurikulum Permata.

20

5.1

Prasekolah

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu, guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. (Rozumah & Salma. 1985). Dalam kehidupan kanak-kanak, pendidikan prasekolah adalah masa yang paling penting kerana semua pembentukan personaliti akan terbentuk pada masa ini. Contohnya, seperti di Cuba, pembentukan pendidikan kanak-kanak dapat dihasilkan dengan perhatian pendidikan kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal setahun sehingga lima tahun. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah digubal mempunyai matlamat untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Kurikulum pendidikan prasekolah mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan telah mengubah akta pendidikan. Menurut Akta Pendidikan 1996 pindaan Seksyen 22 (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah pertama dalam bidang awal kanak-kanak dengan satu

21

Kaedah-Kaedah Guru/ Kaedah-Kaedah (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U. (A) 414, untuk menyatakan prosedur yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli lembaga pengelolanya. Walaupun begitu badan-badan yang mengendalikan prasekolah ini merasa perlu untuk mendapat panduan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Namun, dalam pelaksanaan program ini, kurikulum perlu dirancang dan distrukturkan mengikut titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat, bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak. dan merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah. 5.1.1 Faktor-faktor perlaksanaan kurikulum prasekolah a) Ciri kanak-kanak b) Alam persekitaran c) Prinsip pembelajaran d) Aktiviti yang terancang

Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan melaksanakan Program Peluasan Pendidikan Awal Prasekolah di seluruh negara seiring dengan PIPP Teras ke-2 membangunkan modal insan. Program peluasan ini melibatkan 700 buah kelas prasekolah. Kini, KPM berusaha menjalinkan kerjasama dengan PERMATA berbekalkan peruntukan sebanyak RM 200 juta.

22

5.1.2 Tahap persekolahan di Malaysia Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Seterusnya, ia dapat meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu bahasa dan komunikasi, pendidikan kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri Komponen ini adalah sama dalam pendidikan sekolah rendah maka kanak-kanak tidak akan mengalami kejutan budaya ketika memasuki alam persekolahan pada umur 7 tahun (Rohani 2003). Komponen bahasa dan komunikasi terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib dipelajari manakala Bahasa Cina dan India pula hanya kanakkanak prasekolah beraliran bahasa tersebut sahaja akan belajar. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang menggunakan bahasa penghantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa penghantarnya bukan Bahasa Malaysia. Fokus utama tunjang ini adalah kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran ini dapat dipraktikkan dengan aktiviti dan permainan bahasa yang dirancang oleh guru. kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ia lebih kepada

23

Pendidikan Kerohanian dan moral, sikap dan nilai pula merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan moral. Masa yang ditetapkan selama dua jam seminggu. Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun iman, rukun islam, sirah dan Kalimah Syahadah manakala pendidikan moral memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan seperti nilai-nilai murni. Pengajaran ini selalunya melalui kaedah bercerita, simulasi, menyanyi, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain. Pendidikan moral lebih kepada nilai berkaitan perkembangan diri, nilai berkaitan diri dengan keluarga, nilai berkaitan diri dengan masyarakat nilai berkaitan diri dengan alam sekitar dan nilai berkaitan diri dengan negara. Tunjang Ketrampilan diri menekankan perkembangan sosioemosi kanakkanak. Ia merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Ia tidak merangkumi aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, rehat, makan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti sukan dan sebagainya. Kebersihan persekitaran dan pemakanan dan kesihatan fizikal diri akan ditekankan. Perkembangan Kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Kanak-kanak ini dapat mezahirkan idea mereka secara kreatif dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains dan awal matematik, awal Sains membolehkan organ deria dan peralatan mudah semasa membuat pemerhatian, mengukur dan membanding. Ia lebih menekankan

24

kepada penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan awal Matematik pula menekankan pengalaman konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu dan menyediakan peluang menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu melalui tunjang Sains dan Teknologi. Seterusnya, tunjang Kemanusiaan pula memberi peluang kanak-kanak memahami dirinya, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti, dan alam sekitar. Malah, menekankan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia. Kurikulum dan bertema. Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum berasaskan

standard dan berbentuk modular.dan merangkumi dua modul iaitu modul asas Modul asas merangkumi penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Tema pembelajaran pula mengikut keperluan murid, keperluan setempat, dan keperluan semasa seperti perayaan. Semangat hormat menghormati sentiasa diasuh melalui tunjang-tunjang ini. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut akan menghormati kebudayaan dari semua etnik dan kaum di Malaysia maka apabila mereka besar tidak akan berlaku perpecahan kaum. Teori pembelajaran yang dijadikan fokus adalah pembelajaran

konstruktivisme dimana murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding dan murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah serta mengaitkan dengan pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Peruntukan masa dalam kurikulum ini, dilihat selesa untuk kanak-kanak tersebut iaitu empat jam sehari (termasuk masa rehat) iaitu sejumlah 20 jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Manakala 3 jam 30

25

minit sehari iaitu 17 jam 30 minit satu minggu untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Rajah 1: Wajaran Masa bagi Prasekolah Penilaian murid yang dapat dilihat melalui pemerhatian dengan melihat secara tingkah laku murid, perbualan dan hasil kerja murid. Perekodan pula lebih kepada senarai semak, rekod Anexdot, rekod berterusan (Running Record) serta boleh dillihat dengan penyimpanan maklumat dalam portfolio seperti rekod peribadi, rekod kemajuan dan hasil kerja. 5.2 Kurikulum Permata

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. 1985). Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-

26

kanak di Malaysia telah berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi, dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa pulangan ekonomi yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al. 2008). Oleh itu, Projek perintis Setiap anak PERMATA Negara telah dilaksanakan setelah dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal demikian, Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus

27

penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan.

Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurangkurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.

Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanakdan satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak iaitu Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat, Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun,

28

Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara (Bernama. 2009). Pada tahun 1960, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum untuk mendapatkan pendidikan selepas merdeka . Pada tahun 1969, berlaku satu revolusi telah berlaku iaitu Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. (Bernard Van Lee 2009). Pada tahun 1970, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran) pada 1972. Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai 29

aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1972 sehingga 1976. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009). Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Menteri Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak. Usaha ini turut disokong oleh Y.B Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Y.B Menteri Pelajaran. Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Saya yakin bahawa Pusat Anak Permata Negara akan mencapai matlamatnya dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak yang berakhlak mulia serta mempunyai kekuatan dalaman yang membolehkan mereka menghadapi cabaran dan masalah dengan tenang dan baik. Anak-anak yang mempunyai nilai-nilai seperti ini akan membangun sebagai modal insan berminda kelas pertama. 30

Malah,

mengikut

Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

Kurikulum

Permata

bermaksud :

....suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu memperkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

[ Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-peraturan 9Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997] Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara, setiap anak amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah, pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan Komunikasi mereka. Malah, fokus permata adalah kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria seperti berumur antara satu hingga lima tahun, menetap di pinggir atau luar bandar, datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta disertai berbilang kaum dan agama. Rasional permata diwujudkan antaranya disebabkan kajian telah

membuktikan neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Oleh itu, kita perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang positif supaya otak kanak-kanak akan berkembang dengan baik. Malah, hubungan emosi dan sosial yang dibina penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Oleh itu, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) diberi

31

tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara (Mazlah. 2009). 5.2.1 Struktur Kurikulum Permata Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah a) Kasih sayang dan belaian b) Interaksi dan komunikasi c) Pemikiran dan bacaan d) Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas e) Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak f) Belajar melalui bermain g) Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Kurikulum

ini

digubal

dengan

berpaksikan

falsafah

pendidikan

kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti motor kasar dan halus, Estitika dan kreativiti, Sensori dan pemahaman dunia persekitaran, Sosio-emosi dan kerohanian, Bahasa dan literasi awal, Pramatematik dan logik. Bagi menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka ia dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 6 Bulan, Modul 2 : 6 12 Bulan, Modul 3 : 1 2 Tahun, Modul 4 : 2 3 Tahun dan Modul 5 : 3 5 Tahun Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanakkanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti

32

permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan mereka juga suka berkawan dan bersosial kanak-kanak kecil, Kanak-kanak suka meneroka, mengeksperimen, bertanya, mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca dan berfikir sejak dari awal dan merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik. 5.2.2 Keistimewaan program Permata Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated) dengan penglibatan ibubapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Malah, program PERMATA bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bijak bergaul dan sihat jasmani; dan Suci rohani. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam Program PERMATA. Komitmen penglibatan aktif dan berterusan mereka dipastikan melalui satu akujanji bahawa mereka akan menyumbang. Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah berbincang memandikan, kesihatan dan menilai perkembangan bercerita dan dan kanak-kanak, memasak memberi makan, membaca, dengan kanak-kanak, kaedah

menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak, menyertai program dan kaunseling memastikan kesinambungan pembelajaran PERMATA semasa di rumah. Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sosio-emosi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkeyakinan diri, dan budi pekerti yang mulia. Seterusnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dan seterusnya memahirkannya, memudahkan mereka

33

berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik dan pra-matematik. Malah, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya, meningkatkan minat kanak-kanak untuk ingin tahu, suka menyiasat dan meneroka, mengeksperimen dan menyelesaikan masalah, serta menumpukan perhatian dalam menerokai sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak dapat mengenali potensi serta kebolehan diri sendiri dan bebas membuat keputusan berdasarkan potensi/kebolehan dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat berdipslin dalam menyusun atur dari segi fizikal dan mental serta menghayati pentingnya kehidupannya,

kebersihan diri, dan mengurus diri sendiri dengan baik. Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga, PERMATA Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATAKepala Batas dan PERMATA Subang Jaya. Selain dari 5 Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara telah beroperasi di Pasir Mas di Kelantan, Batu Pahat di Johor, Bukit Peringgit di Melaka, Tambun Tulang di Perlis, Dungun di Terengganu, Tuaran di Sabah dan Kota Samarahan di Sarawak. Pusat Anak PERMATA Negara di Chembong, Negeri Sembilan dijangka beroperasi pada akhir bulan Februari 2008. Batu Pahat, Johor Bukit Peringgit, Melaka, Dungun, Terengganu Pasir Mas, Kelantan Tambun Tulang, Chembong, Negeri Sembilan Tuaran, Sabah Samarahan, Sarawak Kuala Ketil, Kedah, Bercham, Perak Bangunan baru akan dibina oleh Kerajaan Negeri. Seteruanya, Pusat Anak PERMATA Negara Bercham, Perak dan Kuala Ketil, Kedah dijangka akan beroperasi sebelum April 2008. Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan program yang efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai adalah kolaborasi antara semua. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak autistik dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah

34

diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanakkanak autistik. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi. Kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik, boleh menggunakan ayat penuh dan betul. Malah boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita serta bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA. Dari segi pengurusan diri pula, kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

6.0

Kesimpulan

Kesimpulanya, kurikulum memainkan peranan yang besar kepada masyarakat dan negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Perubahan masyarakat dan sistem pendidikan selalunya berkaitan dengan keperluan dan tuntutan perkembangan semasa terutama dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Bidang pendidikan mempunyai fungsi dan pengaruh sosial yang besar dan ketara pada anggota masyarakat. Di Malaysia, kurikulum adalah proses merencana, memandatkan, menyepadukan, mentafsirkan isi ataupun maksud, matlamat dan objektif kurikulum. Semua sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta mengikuti perubahan yang berlaku secara serius supaya masyarakat yang di bina melalui pelaksanaan kurikulum berfungsi kepada negara. Dalam

35

pembentukan masyarakat yang seimbang dalam jasmani, rohani, mental dan fizikal sebenarnya perlu dibentuk sejak kecil lagi. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya serta komponen didalamnya bersesuaian dengan kehendak negara iaitu melahirkan insan yang berkualiti dan dapat memenuhi tenaga kerja kepada negara.

36

Anda mungkin juga menyukai