Anda di halaman 1dari 9

LOMPAT JAUH Bahagian otot yang terlibat sewaktu aktiviti lompat jauh Pergerakan dalam acara lompat jauh

lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan. 1. Fasa Penujuan Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.

Otot yang terdapat diantara tendon dan patella. Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectus femoris (femur).

2. Fasa Lonjakan - Otot kuadrisep. - Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia)

3. Fasa Layangan - Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps. - Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal

4. Fasa pendaratan Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH 1.Kawasan Lari Landas Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurangkurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. 2.Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat. 3.Papan Penanda Plastesin Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal. 4.Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat. 5.Peraturan Umum Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan. Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik. Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.

UNDANG-UNDANG LOMPAT JAUH PERATURAN 185- LOMPAT JAUH (KOAM) Pertandingan Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau: -menyentuh tanah selepas garisan lonjak dan mana badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau sedang membuat lompatan. - melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada selepas atau sebelum garisan lonjak. - menyentuh bumi antara garisan lonjak dankawasan mendarat -melakukan apa jua jenis balik kuang semasa membuat larian atau semasa melompat. - semasa mendarat, menyentuh bumi diluar kawasan mendarat yang lebih hampir ke garisan lonjak daripada kesan jatuh di kawasan mendarat. -bila meninggalkan kawasan mendarat, kontak pertama dengan luar kawasan mendarat adalah lebih hamper ke garisan lonjak daripada kesan jatuh di kawasan mendarat. * tidak dikira faul sekiranya peserta itu berlari diluar garisan putih yang menandakan landas lari. * tidak juaga di kirafaul sekiranya peserta itu berjalan balik diatas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara betul. *tidak dikira faul sekiranya peserta itu mula melompat sebelum sampaikepapan lonjak.

Papan Lonjak - Jarak antara papan lonjak dengan hujung kawasan mendarat hendaklah sekurang kurangnya 10m. - Papan lonjak hendaklah antara 1 m dan 3 m dengan pangkal kawasan mendarat. - Kawasan mendarat - Kawasan mendarat hendaklah mempunyai kelebaran minimum 2.75 m dan maximum 3 m.

Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut :

a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat. Untuk membantu pegawai menentukan kesilapan ini, penanda plastesin diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak itu. b. Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi. c. d. e. f. Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik dibelakang tapak kaki. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan. Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Peserta menggunakan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.

5. Jika peserta membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak, bukanlah dianggap kesalahan. 6. Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat percubaan atau latihan. 7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta. 8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan yang melonjak. 9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong larian yang disediakan. 10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.

ASPEK BIOMEKANIK Dalam menganalisa pergerakan seseorang atlit dalam acara lompat jauh ini, kita perlu merujuk kepada Newton dan kajiannya tentang sifat-sifat kesan tarikan gravity. Newton telah memperkenalkan tiga hukum gerakan yang membantu kita memahami sifat-sifat pergerakan manusia. Gerakan adalah hasil sesuatu daya yang dikenakan oleh suatu tolakan atau tarikan. Hukum Inersia Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum Newton Pertama. Hukum ini mengatakan sesuatu objek yang tidak bergerak kekal dalam kedudukan static dan sesuatu objek yang bergerak akan terus bergerak sehingga ia diubah oleh daya luar. Semasa permulaan kita perlu kenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan atlit untuk menggerakkan badan dari keadaan pegun. Semasa mendarat atlit akan terus bergerak ke arah yang sama sehingga terdapat satu daya bertindak ke atasnya. Hukum Pecutan ( Hukum Newton Kedua ) Hukum ini mengatakan sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan terus bergerak dalam arah yang sama dengan daya yang dikenakan. Pecutan ataupun peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek tersebut. Hukum ini amat penting di dalam sukan kerana ia menunjukkan semasa larian daya yang dikenakan adalah hasil daripada jisin dan halaju. Hayunan tangan semasa larian akan menambahkan daya momentum yang akan dihasilkan, Hukum Newton Ketiga ( Law of Action and Reaction ) Hukum ini menyatakan bahawa setiap aksi ( tindakan ) akan terdapat satu reaksi ( tindakbalas ) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Semasa larian tolakan kaki ke bumi, ayunan tangan yang lebih pantas akan menambahkan kelajuan larian. Semasa permulaan larian tolakan kaki lonjak ke bumi.

Semasa melonjak hukum ini mengatakan bahawa setiap aksi akan terdapat satu reaksi dari arah yang bertentangan. Semasa layangan badan atlit dibengkokkan ke hadapan dan tangan lurus ( aksi ) dan kaki dihayun ke hadapan ( reaksi ). Semasa mendarat pasir akan menyerap daya dan oleh sebab itu tolakan balik ( reaksi ) adalah tidak begitu kuat.

Peralatan Acara Lompat Jauh (i) Pita ukur 20 m atau EDM (alat pengukur elektronik). (ii) Papan plastisin (pastikan papan simpanan disediakan). (iii) Plastisin perata dan sudip untuk plastisin. (iv) Alat penyukat angin. (v) Alat perata pasir (cangkul dan perata). (vi) Dua set bendera merah dan putih. (vii) Satu set bendera kuning. (viii) Penanda papan lonjak (take-off board indicator). (ix) Bangku pendek untuk hakim take-off. (x) Kerusi, meja dan peneduh. (xi) Bangku panjang dan peneduh untuk peserta. (xii) Papan skor. (xiii) Papan klip pegawai. (xiv) Penyapu, berus dan bakul sampah. (xv) Air minuman dan cawan kertas. (xvi) Penanda jarak. (xvii) Besi penanda.

Pelan landasan dan tempat mendarat lompat jauh

9M Kawasan mendarat

Papan lonjak

Gambaran keseluruhan

Rujukan http://pgsrpjipik.blogspot.com/2010/12/lompat-jauh.html n banyak lagi

Anda mungkin juga menyukai