Anda di halaman 1dari 5

DOKUMEN / SIJIL YANG PERLU SEBELUM MENAIKI KAPAL Keperluan sijil dan dokumen di bawah adalah wajib bagi

mana-mana pelaut sebelum menaiki sesebuah kapal yang berdaftar di Malaysia. a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Sijil First Aid Sijil Survival Technique Sijil Fire-Fighting Sijil Medical dan Ujian Dadah Kad Pelaut Passport Antarabangsa Buku Discharge Tanker Familiarization untuk kapal Tanker Buku Akuan Pengiktirafan endorsement tertentu bagi kapal Tanker. ( Watchkeeper sahaja) Semua sijil kursus-kursus modular.

Para pelaut akan melapor diri di ibu pejabat syarikat kapal yang akan dinaiki di mana suatu taklimat akan diberikan oleh pegawai syarikat. Seterusnya, pelaut akan menandatangani perjanjian bertulis dengan pihak syarikat, berkenaan dengan terma-terma tertentu didalam pekerjaan mereka di atas kapal nanti. Pelaut juga akan difahamkan dengan peraturan-peraturan yang wajib mengenai penggunaan alkohol serta dadah yang sama-sekali tidak dibenarkan. Perkara-perkara berikut, adalah disyorkan untuk di ambil perhatian oleh pelaut sebelum menandatangani perjanjian tersebut. a) b) c) d) e) Tempoh masa ikatan pekerjaan. Gaji yang akan dibayar setiap bulan beserta elaun-elaun tertentu termasuk leave-pay. Tempoh notis yang diperlukan sebelum pelaut ingin menamatkan kontrak. Faedah rawatan perubatan termasuk pengecualian. Insuran tertentu bagi kemalangan atau kematian pelaut selama tempoh bekerja.

Wajar dingat, kegagalan untuk meneliti perkara-perkara di atas mungkin akan menyebabkan kesusahan bagi pelaut kelak setelah mereka berada di kapal, di mana sebarang rayuan tidak akan lagi dilayan kerana perjanjian telah pun ditandatangani. Oleh itu, pelaut wajar mendapatkan penjelasan yang memuaskan dari pegawai syarikat sebelum menandatangani perjanjian jika terdapat sebarang keraguan. Setelah menandatangani perjanjian dengan syarikat, pelaut akan diberikan Surat Lantikan ( Letter of Appointment) yang akan diberikan pada Nakhoda kapal yang akan dinaiki. Apabila telah selesai urusan di ibu pejabat, syarikat akan menguruskan perjalanan pelaut sehingga mereka tiba di pelabuhan. Urusan menaiki kapal, biasanya akan dilakukan melalui khidmat agen syarikat, di pelabuhan mana kapal akan berada. Agen akan membawa pelaut untuk meyelesaikan urusan menaiki kapal di pejabat Syahbandar dan pejabat Imegresen. Di pejabat Syahbandar, pelaut akan menandatangani buku Perjanjian Anak Kapal di hadapan pegawai Syahbandar.

Pada masa ini, Perjanjian telah dibuat sepenuhnya di dalam talian, maka seseorang pelaut tidak lagi perlu mengisi dan menandatangani buku tersebut. Biasanya urusan ini akan dibuat oleh pihak syarikat kapal sendiri. Apabila pelaut telah selamat menaiki kapal, perkara utama yang perlu dilakukan adalah melapor diri dahulu kepada Nakhoda dan meyerahkan surat lantikan dari syarikat kepada Nakhoda. Bergantung kepada sebarang polisi syarikat, Nakhoda biasanya akan meminta beberapa dokumen dari pelaut untuk disimpan. Setelah selesai urusan dengan Nakoda, barulah pelaut akan dibawa ke kabin mereka dan melaporkan diri pada ketua jabatan. Bagi mana-mana pelaut yang menggantikan pelaut lain, adalah wajar suatu tempoh masa diambil untuk urusan pengambilalihan tugas. Pelaut perlu berpuashati sepenuhnya dan menandatangani terlebih dahulu dokumen serah-terima sebelum menerima tugas mereka dari pelaut yang digantikan itu. Bagi semua pelaut, tanpa mengira pengalaman dan pangkat adalah menjadi kewajipan untuk mereka mengikuti taklimat familiarization kapal, sejurus sahaja menaiki kapal. Urusan ini biasanya akan diambil oleh Malim yang dilantik oleh Nakhoda dan pelaut wajar meneliti dan mengikuti semua taklimat serta arahan dari Malim berkenaan. PANGKAT DAN ORGANISASI DI ATAS KAPAL Kehidupan diatas kapal adalah rutin yang khusus bagi tiap-tiap pangkat yang dipegang oleh pelaut. Terdapat dua jenis rutin utama bagi pelaut di kapal. a) Rutin harian ( Dayworkers 0800 1700). b) Rutin Awasan ( Watchkeepers) Bagi tiap-tiap jabatan dek atau enjin, akan mempunyai rutin yang sama seperti diatas, menurut struktur pangkat dan skop kerja seperti yang telah digariskan oleh syarikat di dalam Dokumen Operasi Kapal (ISM) yang diluluskan. Secara amnya, struktur ini adalah seperti dalam lampiran 1 Master atau Nakhoda perlulah dianggap sebagai wakil syarikat yang mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas semua operasi serta keselamatan kapal. Beliau bertanggungjawab bukan sahaja darihal kebajikan pelaut diatas kapal malah turut bertanggungjawab memastikan perjalanan operasi kapal adalah menurut semua garis panduan syarikat, pelabuhan, penyewa kapal dan undang-undang negara. Dalam menjalankan apa jua operasi kapal, Nakhoda mempunyai kata putus yang diakui oleh syarikat sebagai wakil mereka dan boleh memberi apa jua arahan terhadap operasi yang dijalankan oleh kapal. Di dalam jabatan dek dan enjin, masing-masing diketuai oleh Ch. Officer dan Ch. Engineer. Mereka juga turut bertindak selaku penasihat kepada Nakhoda dan mempunyai tanggungjawab utama untuk

kelinciran operasi dalam jabatan masing-masing. 2nd Engineer biasanya akan diserahkan tanggungjawab menguruskan jabatan enjin bagi pihak Ch. Engineer selaras dengan garis panduan Dokumen Operasi Kapal ( ISM ). Keempat-empat jawatan Nakhoda, Ch. Officer, Ch. Engineer dan 2nd. Engineer adalah jawatan pegawai senior di kapal dan termasuk dalam kategori Pengurusan ( Management ). Dibawah mereka, adalah jawatan pegawai-pegawai junior yang terdiri dari pangkat 2nd. Officer, 3rd. Officer, 3rd. Engineer dan 4th. Engineer seperti di dalam carta diatas. Kecuali Nakhoda, semua pegawai kapal akan menjalankan tugas sebagai Pegawai Awasan (Watchkeeping Officer) seperti yang digariskan oleh Dokumen Operasi Kapal (ISM) dan menurut arahan Nakhoda. Bagi setiap kapal, Nakhoda wajib menyediakan arahan bertulis yang biasanya dilekatkan di beberapa ruang dimana anak-anak kapal berkumpul. Seterusnya adalah Bosun, Pumpman, Oiler dan Cook. Merujuk kepada Lampiran 1, mereka ini adalah Pegawai Kecil (Petty Officer) dan menjadi tulang belakang operasi sesebuah kapal. Dalam menjalankan operasi harian, mereka akan menerima arahan secara tetap dari para pegawai dan menjalankan arahan tersebut dengan dibantu oleh krew di bawah seliaan mereka. Krew kapal terdiri dari A.B ( Able Bodied Seaman ), O.S ( Ordinary Seaman ), Deck Rating atau G.P ( General Purpose ) untuk bahagian Dek. Di bahagian enjin pula, krew adalah dari jawatan Greaser, Engine Rating atau G.P Engine. Krew kapal adalah tenaga kerja terlatih dan sentiasa menerima latihan yang berterusan di sepanjang tempoh mereka bertugas di kapal bagi menambahkan pengalaman. DISIPLIN DAN BUKU PERJANJIAN ANAK KAPAL Bekerja di atas kapal, umpama berada dalam satu komuniti yang amat rapat dan sentiasa bergantung antara satu sama lain. Bagi setiap anak kapal, semuanya mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing untuk disempurnakan tanpa mengira besar atau kecil sekali pun kepentingan tugas tersebut. Setiap tugas yang disempurnakan akan turut membantu menyempurnakan tugas seorang pelaut yang lain samada secara langsung atau tidak. Oleh yang demikian, seseorang pelaut perlulah sentiasa peka dengan tugas rakan-rakan pelaut yang lain dan sentiasa memupuk semangat hormat-menghormati diantara mereka. Di atas kapal, semua pelaut akan mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh pegawai atasan untuk kelancaran operasi kapal mahu pun bagi kesejahteraan hidup semua pelaut. Di dalam buku Perjanjian Anak Kapal yang telah di tandatangani oleh setiap pelaut sebelum menaiki kapal, pelaut telah di peruntukkan hak-hak mereka selama bekerja di kapal dan terdapat peruntukan khusus yang perlu difahami oleh pelaut berkaitan dengan disiplin serta denda tertentu yang akan dikenakan terhadap kesalahan disiplin jika dilakukan. Nakhoda, dengan nasihat dari Chief Officer dan Chief Engineer bertanggungjawab dalam mengawal disiplin semua anak-anak kapal. Sebarang kesalahan oleh anak kapal akan dihadapkan kepada

Nakhoda yang akan menentukan kadar hukuman yang akan dikenakan seperti yang termaktub didalam buku Perjanjian Anak Kapal. Selain dari itu, kesalahan anak kapal juga akan dimasukkan ke dalam Buku Log Rasmi kapal dan dilaporkan terus kepada pihak syarikat. Selain dari peruntukan disiplin, buku Perjanjian Anak Kapal juga menyatakan dengan jelas kadar rangsum harian dan jumlah hari cuti bergaji (leave pay) bagi pelaut di dalam sebulan. TUGAS DI ANJUNGAN Di dalam rutin Awasan (Watchkeeper), akan terdapat seorang pegawai dan pembantu kepada pegawai yang bertugas di anjungan (Bridge). Pembantu pegawai ini terdiri dari A.B dan mereka akan dinilai kebolehan terlebih dahulu sebelum dilantik. Bergantung kepada keadaan tertentu didalam pelayaran, tugas sebagai pembantu kepada pegawai (Assistant Watchkeeper) adalah cukup penting bagi keselamatan pelayaran samada ketika melakukan look-out (meninjau) atau pun sebagai jurumudi ( Quarter-Master). Bagi memenuhi keperluan kod ISPS dan ISM, seseorang pembantu pegawai awasan juga turut bertugas membuat rondaan secara berkala di dek dan accomodation pada waktu malam. Tugas look-out (meninjau), ertinya menggunakan mata dan telinga bagi mengesan apa jua bahaya di laut serta melaporkan dengan tepat kepada pegawai. Walaupun pelbagai teknologi perkapalan terkini seperti Radar serta AIS telah meluas digunakan bagi membantu pelayaran, namun tugas hakiki dalam look-out sekali-kali tidak dapat diambil alih dalam apa jua keadaan pelayaran sekalipun. Seseorang A.B perlulah memahami dengan jelas tugasannya dalam membantu pegawai awasan dan keberkesanannya dalam melaksanakan tugas tersebut mungkin dapat menyelamatkan kapal dari terlibat dalam sebarang kecelakaan di laut. Bagi setiap kapal yang belayar pada waktu malam adalah wajib untuk mempunyai sekurangkurangnya seorang A.B bagi tujuan look-out. Tugas sebagai jurumudi pula adalah mengemudi steering kapal seperti yang diarahkan oleh pegawai atau Nakhoda. Seseorang A.B yang mengambil tugas jurumudi adalah dilarang untuk terbabit dalam tugasan look-out bagi mengelakkan kehilangan tumpuan.

Anda mungkin juga menyukai