Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS DAN ULASAN THE MIRACLE WORKER

The miracle worker mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Hellen Keller. Hellen Keller bukanlah kanak-kanak normal kerana dia mengalami masalah kecacatan penglihatan, pendengaran semenjak mengalami penyakit semasa kecil. Masalah utama Hellen Keller bukanlah kerana kecacatannya tetapi adalah kerana kenakalan dia untuk belajar. Ibu Hellen Keller akhirnya meminta bantuan seorang pengasuh yang bernama Ny. Sullivan untuk mendidik Hellen. Sullivan terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mendidik Hellen kerana kedegilan dan kesukaran ibu bapa Hellen untuk memberikan peluang kepada dia mendidik anak mereka dengan sepenuhnya. Akhirnya, berkat kegigihan Hellen dalam belajar serta kesabaran Ny Sullivan dalam mendidiknya membuatkan Hellen berminat untuk belajar bermula dengan mengetahui tentang setiap benda yang ada di atas bumi ini mempunyai nama. Ny Sullivan telah menjadi pengasuh kepada Hellen sepanjang hidup beliau dan Hellen telah menjadi seorang yang berjaya di mana dia telah menjadi pengacara terkenal yang spesifik dalam bidang persamaan sosial. Dia juga aktif menyeru kepada dunia untuk peduli kepada orang bisu, dan tuli. Atas perjuangannya itu, Hellen dianugerahi Honorary University Degrees Womens Hall of Fame, The Presidential Medal of Freedom, The Lions Humanitarian Award. Antara permasalahan yang boleh dilihat di dalam cerita ini adalah masalah keluarga Hellen dalam mendidik Hellen. Ini adalah kerana setiap kali Hellen bersikap nakal dan buas keluarganya memberikan dia gula-gula dan ini mungkin menyebabkan Hellen merasakan tindakannya betul. Perkara ini dilakukan secara berulang kali dan akhirnya sikap buas dan kenakalan Hellen terbentuk dan semakin menjadi-jadi kerna kebiasaan Hellen menerima ganjaran apabila berlaku buas. Ini menjadi suatu kesalahan dalam mengaplikasikan teori behavioris kerana dia memberikan ganjaran yang terbalik ke atas perlakuan Hellen. Sepatutnya Hellen diberi ganjaran apabila dia berlakuan baik, dan Hellen juga perlu diberi dendaan di atas

kesalahannya kerana untuk menekankan dan memberitahu dia perkara apa yang boleh dan perkara apa yang tidak boleh dibuat. Ny Sullivan telah menggunakan pendekatan kognitif dalam mendidik Hellen di mana beliau cuba untuk mengaitkan pembelajaran Hellen dengan pengalaman yang sebenar. Pada pertama kali mengasuh Hellen, beliau memberikan boneka dan mengajar Hellen untuk mengetahui huruf atau nama dengan menggunakan stimulus jari pada tangan Hellen. Apa yang dapat dilihat di sini adalah beliau cuba menghubungkan objek dengan perkataan kepada Hellen untuk memberitahu Hellen bahawa setiap perkara di atas muka bumi ini mempunyai nama. Perkara yang paling penting di dalam cerita ini adalah nilai yang cuba diketengahkan. Antaranya adalah guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran bergantung pada tahap gaya dan masalah pembelajaran murid. Tetapi perkara yang paling penting adalah kesabaran guru dalam mendidik anak murid di mana di dalam cerita ini menunjukkan bahawa Hellen sememangnya sangat sukar dididik tetapi akhirnya Ny Sullivan berjaya menarik perhatian Hellen untuk belajar walaupun mengambil masa yang lama. Bak kata pepatah cina bahawa pelajar tidak pernah gagal tetapi guru yang gagal dalam mendidik mereka. Renung-rnungkanlah. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai