Anda di halaman 1dari 3

HEMALATHA: PUNCA

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah. 1. Masalah Keluarga Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku sempurna. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. 3. Pengaruh Media Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca .Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. 4. Pengaruh Genetik atau Baka Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada ( Bandura, 1986 )

perlanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.

MATLAMAT KAUNSELING
Terdapat lima matlamat utama kaunselingdan ia ialah : Mudahkan perubahan individu Bantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Tingkatkan keupayaan klien mulakan dan teruskan perhubungan Ramai klien menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain. Ini kerana kurang mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan orang lain Bantu keberkesanan klien mengurus diri. Ekspektasi ibu dan bapa terhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak dijangka. Pola tingkah laku yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan masalah padanya di sekolah Dalam keadaan yang demikian , kaunselor akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam situasi baru dan tuntutan baru.

Menggalakan proses membuat keputusan. Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling ialah mengurangkan atau mengatasi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang.

Anda mungkin juga menyukai