Anda di halaman 1dari 5

TINGKAH LAKU BERMASALAH DAN CARA-CARA MENGATASINYA Pengenalan Tingkah laku bermasalah merupakan femomena biasa yang dihadapi

oleh kebanyakan sekolah terutamanya di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Cuma yang berbeza ialah tahap keseriusannya sahaja. Ada sekolah yang menghadapi masalah yang serius dan ada yang sebaliknya. Oleh kerana saya ditugaskan untuk mengajar di kelas tingkatan satu saya juga menghadapi masalah yang sama terutamanya di kelas 1 Al Farabi iaitu kelas yang menempatkan semua pelajar lelaki. Tingkahlaku Bermasalah Jenis Disruptif Tingkahlaku bermasalah yang saya kenal pasti di dalam kelas 1 Al Farabi ialah tingkahlaku bermasalah jenis disruptif yang melibatkan seramai lima orang pelajar kelas ini. Kebiasaannya pelajar-pelajar ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang tingkahlaku bermasalah disruptif ini merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan mengganggu murid lain. Mereka sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti membuat bising dan mengganggu murid lain. Saya percaya murid-murid ini berkemungkinan mengalami tekanan yang menyebabkan mereka sering memberontak ketika di sekolah. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Mengatasi Masalah Disruptif Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Saya sedar dan menerima hakikat bahawa antara punca utama yang menyebabkan tingkahlaku disruptif ini ialah cara penyampaian saya semasa pembelajaran yang kurang menarik. Ada kemungkinan juga set induksi saya agak lemah ketika memulakan kelas yang menyebabkan murid berasa terlalu sukar memahami keseluruahan aktiviti di dalam kelas. Ini

menyebabkan murid-murid tidak begitu bersedia untuk belajar terutamnya di kalangan mereka yang bermasalah disruptif tadi. Bagi membolehkan saya mengurangkan fenomena pelajar bermasalah disruptif ini saya perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran saya termasuklah bersedia menggunakan set induksi yang lebih menarik serta menggunakan alat bantu mengajar yang boleh menarik perhatian pelajar. Antara kaedah yang saya boleh gunakan ialah : Kaedah Belajar Sambil Bermain Saya boleh menggunakan kaedah pengajaran sambil bermain bagi matapelajaran matematik. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Secara tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini berminat untuk belajar bersama-sama tanpa mengganggu murid yang lain. Kaedah Main Peranan Saya juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam kelas 1 Al Farabi ini. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa mempunyai skrip. Saya akan mengarahkan murid-murid yang mempunyai tingkahlaku disruptif ini menjadi pelakon. Saya percaya mereka tentu seronok beraksi di hadapan pelajar-pelajar lain. Lakonan sekitar lima hingga enam minit adalah memadai. Di akhir lakonan saya akan berbincang dengan murid-murid mengenai prestasi pelakonpelakon dan cara menyelesaikan masalah. Kaedah dan Teknik Pengajaran Tematik Saya juga boleh menggunakan kaedah dan teknk pengajaran Tematik. Strategi pengajaran tematik ini mempunya perkaitan rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khususnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang mempunyai tingkahlaku disruptif tadi akan saya pecah-pecahkan kepada kumpulan yang berasingan yang mempunyai pelbagai kebolehan di dalamnya. Seterusnya saya akan memberi tema yang sama kepada setiap kumpulan. Di akhir perbincangan setiap

kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan. Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan dimana teknik ini menumpukan kepada kemahiran saya sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing dan menggalakkan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguna. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya perlu menggunakan teknik penyoalan di mana soalan ditanyakan kepada murid-murid secara berselang seli di antara murid yang mempunyai tingkahlaku disruptif dengan murid yang lain supaya mereka akan sentiasa berwaspada dan akan mengurangkan peluang mereka untuk mengganggu pelajar yang lain. Tunjuk Cara (Demonstrasi) Saya juga perlu menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Ada beberapa tajuk di dalam Matematik tingkatan satu yang say kira sesuai menggunakan kaedah ini. Adalah dharapkan kaedah ini mampu menarik minat pelajar-pelajar yang mempunyai tingkahlaku disruptif kerana kebiasaannya pelajar-pelajar ini memang gemarkan sesuatu yang baharu bagi mereka. Selepas demonstari ini saya perlu menyediakan ruang untuk murid memberikan pendapat. Teknik Memodifikasikan Tingkah Laku Bermasalah Selain mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran saya, saya juga akan menggunakan teknik-teknik modifikasi tingkahlaku. Modifikasi tingkahlaku ialah satu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Saya boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkahlaku murid-murid. Antara teknik yang sesuai saya boleh gunakan untuk pelaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid ialah memberi peneguhan secara positif mahupun negative dan menggunakan teknik pencegahan.

Peneguhan Positif Ini ialah satu proses di mana saya akan cuba mengawal tingkah laku pelajar dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-murid saya. Ini berdasarkan pendapat skinner, bahawa apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif. Terdapat banyak lagi aktiviti yang saya boleh lakukan untuk memberi peneguhan positif kepada murid-murid saya, antaranya ialah: (a) Saya akan memilih murid yang bermasalah ini menjadi sebagai pembantu saya pada ketika tertentu bagi menimbulkan rasa bangga. (b) Saya akan memberi ruang dan peluang antara 5 hingga 10 minit untuk murid-murid melakukan aktiviti bebas bagi mengurangkan rasa tertekan. (c) Saya juga boleh menulis nota pujian kepada ibu-bapa mengenai anak-anak mereka. (d) Murid diberikan masa untuk ke perpustakaan. Peneguhan Negatif Ada kalanya kemngkinan peneguhan positif tidak berkesan, maka saya perlu menggunakan peneguhan negative untuk mengawal tingkah laku murid-murid saya seperti denda, memarahi mereka yang membuat kesalahan atau menyuruh mereka menjalani time out. Teknik Pencegahan Saya boleh menggunakan teknik ini bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah bagi meningkatkan kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah ini. Antara cara yang saya boleh gunakan untuk menghalang tingkah laku yang bermasalah ini ialah: (a) mewujudkan iklim positif untuk meransang dan menggalakkan tingkah laku yang baik. (b) Memberi tumpuan pada hubungan dengan pelajar seperti menunjukkan sikap peramah dan kasih sayang. (c) Mengekalkan persekitaran yang terurus dan kondusif. (d) Membentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang boleh diterima dan perlakuan yang tidak dapat diterima.

Kesimpulan Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang menghadapi simptom ini pada kebiasaannya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri sama ada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan. Bibliografi 1. 2. Ee Ah Meng (1997), Psikologi Pendidikan II (Semester II), Fajar Bakti, K.L 3.

Anda mungkin juga menyukai