Anda di halaman 1dari 22

KRM 3013 ASAS NOMBOR

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2 S

KRM3013 ASAS NOMBOR TUGASAN 1 AKTIVITI PENGAJARAN YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN BAHAN KONKRIT, MEDIA ATAU TEKNOLOGI
KUMPULAN UPSI 09

DISEDIAKAN OLEH NAMA SURIATI ZURAIDA BT. MUHAMAD SHARIF NO. ID D 20102043051 NO. TELEFON 012-4347715

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH: 08 APRIL 2012

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 1

KRM 3013 ASAS NOMBOR

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

HALAMAN

1.

AKTIVITI 1 1.1 1.2 1.3 1.4 LANGKAH PENGAJARAN ALAT BANTU MENGAJAR LEMBARAN KERJA JANGKAAN REFLEKSI 3 8 10 11

2.

AKTIVITI 2 2.1 2.2 2.3 2.4 LANGKAH PENGAJARAN ALAT BANTU MENGAJAR LEMBARAN KERJA JANGKAAN REFLEKSI 13 17 19 20 22

3.

RUJUKAN

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 2

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Aktiviti 1 Tahun : Masa : 2 Arif 60 minit

Tajuk :

Darab : Murid dibimbing untuk : Menulis ayat matematik bagi operasi darab

Standard Kandungan

Hasil Pembelajaran :

Murid berupaya untuk : 1. Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan bahan konkrit dan menjawab 8 daripada 10 soalan dengan betul secara lisan. 2. Menulis ayat matematik tambah dan berulang : a) b) c) d) dua-dua lima-lima sepuluh-sepuluh empat-empat

dan menjawab 6 daripada 8 soalan dengan betul secara bertulis.

Pengetahuan sedia ada murid

Murid tahu dan boleh menambah dua nombor. 1. 2. 3. 4. 5. Pen marker Gelung Guli Bekas Kad imbasan

Alat bantu mengajar (Bahan Konkrit):

Kaedah

1. 2. 3. 4.

Konstruktivisme Kontekstual Koperatif Inkuiri

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 3

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Aktiviti

Set Induksi (5 minit) 1. Guru memegang 6 batang pen marker. Kemudian guru memegang 3 batang pen marker di tangan kanan, 3 batang pen marker di tangan kiri. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru Murid Guru Murid : : : : Ada berapa batang pen marker di tangan kanan cikgu? Ada 3 batang Ada berapa batang pen marker di tangan kiri cikgu? Ada 3 batang

Guru menyatakan ada 2 kumpulan tiga-tiga batang pen marker.

2.

Guru memanggil 3 orang murid. Guru memberi setiap orang murid 2 batang pen marker. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru : Ada berapa orang? Murid : Ada3 orang. Guru : Setiap orang ada berapa pen marker? Murid : Ada 2 pen marker. Guru menegaskan, ada 3 kumpulan dua-dua.

Langkah 2 (20 minit) Aktiviti di luar kelas 1. Guru membawa murid ke tempat perhimpunan. Guru meletakkan 4 gelung. Guru meminta 2 orang murid berdiri di dalam gelung. Guru bertanya kepada murid. Guru Murid Guru Murid : : : : Ada berapa gelung? Ada 4 gelung. Ada berapa orang dalam setiap gelung? Ada 2 orang.

Guru membimbing murid menyatakan dalam bentuk kumpulan. Murid menyatakan ada 4 kumpulan dua-dua. 2. Guru meminta murid membina 4 kumpulan tiga-tiga.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 4

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Murid-murid akan menyediakan 4 gelung dan berdiri 3 orang dalam dalam setiap gelung. 3. Guru meminta murid membina 5 kumpulan empat-empat. Murid-murid akan menyediakan 5 gelung dan berdiri empat orang dalam setiap gelung.

4.

Guru meminta murid membina 5 kumpulan lima-lima. Murid-murid akan menyediakan 5 gelung dan berdiri lima orang dalam setiap gelung. Aktiviti boleh diulang sehingga murid mahir membina kumpulan yang diarahkan oleh

guru. Langkah 3 (20 minit) Aktiviti kumpulan 1. Aktiviti diulang dengan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Guru menyediakan guli dan bekas bagi setiap kumpulan.Guru meminta murid menyediakan kumpulan mengikut ayat yang ditulis pada kad ayat imbasan. 5 kumpulan dua-dua Murid menyediakan 5 bekas dan meletakkan 2 biji guli ke dalam setiap bekas. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid : : : : : : : : : : Ada berapa kumpulan? Ada 5 kumpulan. Ada berapa biji guli dalam setiap kumpulan? Ada 2 biji guli. Ada berapa guli semuanya? Ada 10 biji guli. Bagaimana kamu mengira 10 biji guli? 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10 Ada berapa kali nombor 2? Ada 5 kali.

Guru menyatakan konsep darab ialah penambahan berulang nombor yang sama. Guru menulis ayat matematik penambahan berulang di papan tulis.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 5

KRM 3013 ASAS NOMBOR

2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10 Guru menulis ayat matematik darab bagi penambahan berulang di atas. 2 x 5 = 10

2.

Aktiviti yang sama diulang dengan kad ayat imbasan yang lain. 4 kumpulan lima-lima

Ayat matematik penambahan berulang. 5 + 5 + 5 + 5 = 20

Ayat matematik darab, 3 3. x 5 = 20

Aktiviti diulang dengan kad imbasan ayat yang lain sehingga murid dapat melakukan dan menulis ayat matematik penambahan berulang dan menulis ayat matematik darab.

Langkah 4 (10 minit) Penilaian 1. Guru mengedarkan kepada murid lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep darab. Penutup (5 minit) 1. Guru membuat rumusan langkah-langkah konsep darab dan bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep darab.

2.

Guru melekatkan kad imbasan di papan tulis. 4 kumpulan tiga-tiga

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 6

KRM 3013 ASAS NOMBOR

3.

Guru bersoal jawab dengan murid. Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid : : : : : : : : : : Berapa kumpulan yang kita perlu sediakan? 4 kumpulan. Berapa biji guli yang perlu kita letakkan dalam setiap bekas? 3 biji guli. Ada berapa biji guli kesemuanya? 12 biji guli. Apakah ayat matematik penambahannya? 3 + 3 + 3 + 3 = 12 Apakah ayat matematik darabnya? 4 x 3 = 12

Guru menegaskan sekali lagi, darab ialah penambahan berulang bilangan yang sama banyak.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 7

KRM 3013 ASAS NOMBOR

GAMBAR ALAT BANTU MENGAJAR (BAHAN KONKRIT)

PEN MARKER

GELUNG

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 8

KRM 3013 ASAS NOMBOR

GULI

BEKAS

KAD IMBASAN
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 9

KRM 3013 ASAS NOMBOR

LEMBARAN KERJA MATEMATIK NAMA : ___________________________________ TAHUN : 2 ARIF

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 10

KRM 3013 ASAS NOMBOR

JANGKAAN REFLEKSI Saya menjangkakan terdapat beberapa perkara yang akan berlaku terhadap penggunaan bahan dan respon murid terhadap penggunaan bahan tersebut. Sekiranya saya membuat jangkaan refleksi, perkara-perkara ini dapat saya atasi supaya penggunaan bahan ini lebih bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

Langkah Pengajaran Set Induksi yang dipilih bersesuaian untuk membawa murid kesediaan untuk menumpukan perhatian. Walaupun bahan yang digunakan hanyalah pen marker, tetapi ia mampu menarik minat murid kerana hanya guru yang menggunakan pen marker di dalam kelas. Murid Tahun 2 mempunyai perasaan ingin memiliki barang-barang yang digunakan oleh orang dewasa. Seterusnya, guru telah melibatkan murid dalam pengajaran dan penggunaan bahan konkrit iaitu pen marker tersebut. Guru telah menggunakan bahan konkrit semaksimum mungkin di dalam langkah permulaan ini. Guru mungkin menghadapi sedikit gangguan semasa guru memilih murid secara rawak untuk berada di depan kelas. Murid Tahun 2 selalunya teruja untuk melibatkan diri dalam aktiviti dalam kelas. Keadaan ini bagus kerana ia merangsang murid untuk mengetahui atau menunggu langkah pengajaran guru yang seterusnya. Langkah seterusnya, guru telah merangsang murid dengan membawa murid keluar kelas. Pengajaran Matematik di luar kelas adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia mengubah keadaan yang biasa kepada luar biasa. Perasaan ingin tahu murid akan lebih merangsang murid untuk menumpukan perhatian dan mendengar arahan guru yang seterusnya. Guru telah melibatkan semua murid dalam aktiviti ini. Guru mungkin menghadapi suasana yang bising sedikit kerana murid akan berebutrebut untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru perlu bijak supaya semua murid dapat melibatkan diri dan tidak ada murid yang berasa tidak puas hati kerana tidak terpilih. Pemilihan bahan bantu mengajar iaitu gelung untuk menunjukkan kumpulan sangat sesuai kerana murid dapat melihat lingkungan kumpulan tersebut. Pada permulaan mungkin ia tidak berjalan dengan lancar kerana murid tidak mendengar arahan guru dengan baik kerana masih belum memahami apa yang ingin guru sampaikan. Guru perlu memberi arahan dengan ringkas dan jelas. Peranan guru dalam membantu murid mencapai objektif telah dirangsang melalui teknik penyoalan. Soalansoalan yang guru kemukakan telah membimbing murid ke arah mencapai objektif di langkah tersebut.
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 11

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Langkah seterusnya guru telah menggunakan bahan konkrit iaitu guli sebagai pembilang dan bekas lutsinar sebagai kumpulan. Guru mungkin menghadapi masalah apabila melibatkan guli kerana ia merupakan bahan yang disukai oleh murid-murid. Murid akan bermain dengan guli tersebut sehingga mereka tidak menumpukan perhatian kepada arahan guru. Guli juga mudah bergolek menyebabkan ia sukar dikawal. Guru boleh menggantikan guli dengan penyedut minuman atau bahan lain yang difikirkan sesuai. Bekas lutsinar yang digunakan oleh guru memudahkan murid untuk melihat bilangan pembilang di dalam bekas tersebut. Kad imbasan yang digunakan oleh guru mempercepatkan langkah pengajaran ini. Teknik penyoalan yang digunakan oleh guru untuk membawa murid kepada konsep darab iaitu penambahan berulang sangat berkesan. Guru telah membantu murid menemui konsep darab secara berperingkat-peringkat. Guru perlu mengulangi langkah ini sehingga semua murid memahami dengan jelas konsep darab tersebut. Di sinilah penegasan guru sangat penting. Penegasan yang berulang kali akan mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap konsep darab ini. Guru telah memilih lembaran kerja yang membantu murid mengukuhkan lagi kefahaman konsep darab yang ingin guru sampaikan melalui gambarajah dan seterusnya kepada penambahan berulang yang membawa murid kepada ayat matematik darab. Guru boleh menyediakan lembaran kerja pengayaan dan pemulihan untuk murid yang berbeza kebolehan. Langkah penutup adalah sangat penting dalam pengajaran guru. Guru telah memilih membuat rumusan dalam langkah penutup ini. Guru telah menegaskan konsep darab melalui rumusan berperingkat mengikut langkah pengajaran yang telah dilalui oleh murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh juga menyoal murid dalam langkah ini. Guru boleh juga menukarkan contoh dengan menggunakan penambahan bilangan yang tidak sama banyak untuk mengesan murid benar-benar menguasai konsep darab. Masa yang digunakan oleh guru adalah selama 60 minit pengajaran. Guru perlu menggunakan masa dengan bijak kerana langkah pengajaran guru ada melibatkan pergerakan murid keluar dan masuk ke kelas. Guru perlu memastikan murid berdisiplin semasa keluar dan masuk kelas untuk menjimatkan masa guru. Aktiviti yang berulang juga mungkin mempengaruhi masa yang cikgu jangkakan. Guru boleh menjimatkan masa dengan membawa murid ke kawasan yang berdekatan dengan kelas. Pergerakan murid membentuk kumpulan juga boleh dijimatkan dengan membentuk kumpulan mengikut tempat duduk yang berdekatan.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 12

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Aktiviti 2 Tahun : Masa : 4 Arif 60 minit

Tajuk : Kemahiran

Pecahan : Murid dibimbing untuk : Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya tidak lebih daripada 10.

Hasil pembelajaran :

Murid berupaya untuk : Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya tidak lebih daripada 10 menggunakan a) Bahan konkrit b) Gambarajah c) Operasi darab dan menjawab dengan betul 14 daripada 18 soalan secara bertulis.

Pengetahuan sedia ada

1.

Murid tahu menamakan pecahan wajar dan menulis pecahan wajar.

2.

Murid tahu membandingkan nilai pecahan wajar.

Alat bantu mengajar :

1. 2. 3.

Jalur kertas Carta pecahan Kad imbasan

Kaedah

1. 2. 3. 4.

Konstruktivisme Kontekstual Inkuiri Penyoalan

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 13

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Aktiviti Set Induksi ( 10 minit) 1. Guru mengedarkan 3 jalur kertas kepada setiap murid. Guru meminta murid melipat jalur kertas pertama kepada dua bahagian yang sama besar, jalur kedua dilipat kepada 4 bahagian yang sama besar dan jalur ketiga kepada 8 bahagian yang sama besar. 2. 3. 4. 5. Guru meminta murid mewarnakan bahagian daripada jalur pertama tadi. Guru meminta murid mewarnakan jalur kedua sama besar dengan bahagian daripada jalur pertama. Guru meminta murid menulis nilai pecahan bahagian yang diwarnakan pada jalur kedua tadi. Guru meminta murid mewarnakan jalur ketiga sama besar dengan bahagian daripada jalur pertama tadi. 6. Guru meminta murid menulis nilai pecahan bahagian yang diwarnakan pada jalur ketiga tadi. Langkah 2 (10 minit) 1. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru : Apakah nilai pecahan yang diwarnakan pada jalur pertama? Apakah nilai pecahan yang diwarnakan pada jalur kedua? 2/4 Apakah nilai pecahan yang diwarnakan pada jalur ketiga? 4/8 Murid : Guru Guru : :

Murid : Murid : 2.

Guru meminta murid membandingkan bahagian yang diwarnakan pada jalur pertama, kedua dan ketiga dengan menampalnya di dalam buku latihan secara bertingkat. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru : Apakah yang boleh kamu katakan tentang bahagian yang diwarnakan pada setiap jalur tersebut? Murid : Guru : Setiap bahagian yang diwarnakan sama besar. Apakah yang boleh kamu katakan tentang nilai pengangka dan penyebut pada setiap jalur tersebut? Murid : Setiap pengangka dan penyebut pada setiap jalur adalah tidak sama. Page 14

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

KRM 3013 ASAS NOMBOR

Guru

Apakah yang boleh kamu katakan tentang pemerhatian ini? Setiap bahagian yang berwarna adalah sama besar walaupun nilai pengangka dan penyebut tidak sama.

Murid :

3.

Guru menerangkan konsep Pecahan Setara kepada murid.

Pecahan Setara ialah pecahan yang berbeza penyebut dan pengangka tetapi mempunyai bahagian yang sama besar.

Langkah 3 (10 minit) 1.. Guru menunjukkan beberapa lagi contoh menggunakan carta pecahan. Murid

menyatakan pecahan yang setara. Contoh : 1 2 1 3 1 4 = = = 2 4 2 6 2 8

1 5 2.

2 10

Guru membimbing murid menggunakan contoh di atas untuk mengaitkan operasi darab untuk mendapatkan nilai pecahan setara.

Contoh :

1 x 2 2 x 2

2 4

1 x 2 3 x 2 1 x 2 4 x 2

2 6

2 8 Page 15

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

KRM 3013 ASAS NOMBOR

1 x 2 5 x 2 3.

2 10

Guru membimbing murid meneguhkan kaedah pendaraban untuk mendapatkan nilai pecahan setara melalui contoh lain.

Contoh :

3 x 3 5 x 3 1 x 4 2 x 4 2 x 2 7 x 2

9 15

4 8

4 14

Langkah 4 (10 minit) Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja mencari nilai pecahan setara melalui gambarajah dan operasi darab. Langkah 5 (10 minit) Penutup 1. Guru mengadakan kuiz untuk mengukuhkan konsep pecahan setara melalui operasi darab. 2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kumpulan tempat duduk di dalam kelas. 3. Guru memberi soalan mengikut giliran. Guru menyediakan kad imbasan yang mengandungi pecahan wajar dan nilai pengangka atau penyebut bagi pecahan setaranya. Murid perlu melengkapkan pecahan setaranya. 4. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah pensel yang bernilai 80 sen sebatang.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 16

KRM 3013 ASAS NOMBOR

GAMBAR ALAT BANTU MENGAJAR (BAHAN KONKRIT)

JALUR KERTAS

CARTA PECAHAN

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 17

KRM 3013 ASAS NOMBOR

CARTA PECAHAN

KAD IMBASAN

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 18

KRM 3013 ASAS NOMBOR

LEMBARAN KERJA

MATEMATIK TAHUN : 4 ARIF

NAMA : ____________________________

Tuliskan pecahan setara berpandukan gambarajah pecahan.

Lengkapkan pecahan setara berikut.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 19

KRM 3013 ASAS NOMBOR

JANGKAAN REFLEKSI Dalam pengajaran topik pecahan yang melibatkan jalur kertas sebagai bahan bantu mengajar sangat berseuaian kerana ia melibatkan murid dalam pengajaran. Murid perlu membahagikan jalur kertas tersebut akan mengukuhkan lagi kefahaman murid bahawa pecahan ialah bahagian yang sama besar. Sekiranya murid tidak membahagi bahagian tersebut sama besar, guru dapat mengesannya kerana murid perlu menampalnya di dalam buku latihan mereka. Guru mengarahkan murid mewarnakan bahagian pecahan mengikut nilai yang diberi. Ini juga membantu murid menguasai kemahiran mengenal pecahan wajar. Guru mungkin menghadapi masalah di sini kerana murid lewat mewarnakan nilai pecahan yang dikehendaki. Guru boleh meminta murid melorekkan untuk mempercepatkan proses tersebut. Guru perlu menyediakan jalur kertas supaya ia sama besar dan saiznya bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan bahagian pecahan yang dikehendaki.. Jika ia terlalu kecil, ia menyukarkan murid membahagikannya kepada 8 bahagian. Jika ia terlalu besar, ia melewatkan proses mewarna. Langkah seterusnya, guru telah menggunakan jalur kertas yang sama untuk membandingkan setiap nilai pecahan. Penggunaan bahan yang dipilih telah digunakan secara optimum. Jalur kertas yang sama dalam langkah set induksi telah digunakan dalam langkah kedua untuk membandingkan nilai pecahan. Teknik penyoalan yang berkesan oleh guru dapat membantu murid membuat penemuan konsep pecahan setara. Guru boleh mengulangi aktiviti dengan penyebut yang lain untuk mengukuhkan ia. Guru telah menggunakan langkah pengajaran dari konkrit ke abstrak kerana pada langkah yang seterusnya, melalui analisa dan teknik penyoalan yang bersesuaian murid dapat melihat kaedah yang mudah untuk mencari pecahan setara bagi pecahan wajar iaitu melalui konsep darab. Sebelum murid di bawa ke langkah ini, guru perlu memastikan murid benar-benar menguasai konsep pecahan setara. Jika boleh, apabila murid melihat nilai pecahan, dimindanya telah menggambarkan gambarajah pecahannya. Penggunaan carta pecahan dilangkah ini boleh membantu murid mengukuhkan lagi konsep pecahan setara sebelum mereka menggunakan konsep darab dalam mencari pecahan setara. Guru perlu menegaskan bahawa nilai pendarab perlu sama bagi pengangka dan penyebutnya. Guru perlu Dalam langkah 3, guru telah menggunakan contoh yang lain untuk mengukuhkan konsep pecahan setara melalui pendaraban. Disini, guru perlu menegaskan selalu bahawa nilai pendarab yang dipilih mestilah sama untuk mendarab pengangka dan penyebut. Guru boleh juga memilih satu contoh untuk menunjukkan konsep yang salah iaitu nilai pengangka dan penyebut didarabkan dengan nombor yang berbeza. Sekiranya murid boleh mengesan kesalahan ini, murid sudah menguasai konsep mencari nilai pecahan setara melalui operasi darab. Guru telah memilih lembaran kerja yang menyediakan latihan dari yang mudah ke sukar. Bermula dari mencari nilai pecahan setara berpandukan gambarajah pecahan kepada latihan yang menggunakan operasi darab. Guru perlu menyediakan lembaran kerja untuk pengayaan dan pemulihan. Langkah penutup adalah langkah yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh mendorong murid kembali kepada objektif pembelajaran yang diingini oleh
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 20

KRM 3013 ASAS NOMBOR

guru. Penegasan juga boleh dilakukan di sini untuk mengingatkan murid perkara-perkara yang penting dalam pengajaran guru. Guru telah memilih aktiviti kuiz dalam langkah penutup sebagai latih tubi lisan untuk memahirkan murid menguasai mencari pecahan setara.Aktiviti ini juga merangsang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerana ia menyeronokkan. Guru perlu berhati-hati dari segi disiplin murid dan masa. Guru telah menyediakan kad imbasan untuk mempercepatkan aktiviti dan ia menjimatkan masa. Aktiviti kuiz yang menyeronokkan ini akan mengakhiri pengajaran dan pembelajaran matematik murid pada hari tersebut dengan perasaan yang menggembirakan.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 21

KRM 3013 ASAS NOMBOR

RUJUKAN

Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2.(2011). Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Haslina Jaafar. Rosli Maun. (2011).Wan Yusof Wan Ngah.Buku Teks Matematik Tahun 2.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur. Mok Soon Sang. (1992).Penyuburan dan Perkaedahan Matematik. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mok Soon Sang. (1992).Psikologi, Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kuala Lumpur. Noraini Idris.(2005).Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur. Sugara binti Abd. Latif.(2011).Buku Teks Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051)

Page 22

Anda mungkin juga menyukai