Anda di halaman 1dari 4

SCCA1013-1(b)- 194638

NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB

SOALAN: 1 (b)

BINCANGKAN EMPAT (4) KEPENTINGAN KOMUNIKASI KEPADA SESEBUAH PERNIAGAAN

Pengenalan

Komunikasi

dapat

ditakrifkan

sebagai

proses

berinteraksi

antara

penyampai maklumat kepada penerima maklumat yang bertujuan untuk bertukar maklumat. Proses komunikasi bukan hanya menyebarkan maklumat dan

berkongsi makna malah ianya lebih dari itu, iaitu melihat kepada tingkah laku penerima selepas menerima maklumat. Kejayaan sesebuah perniagaan adalah berkait rapat dengan keberkesanan sesebuah proses komunikasi.

Komunikasi dan Perniagaan

Zaman kini, terdapat pelbagai jenis perniagaan yang telah dijalankan di negara kita, salah satunya adalah peniagaan atas talian yang sedang meningkat naik ketika ini. Dalam sesebuah perniagaan, komunikasi yang berkesan adalah sesuatu yang sangat diperlukan bagi menjayakan perniagaan yang dijalankan. Kebanyakan amalan seharian di dalam organisasi atau perniagaan melibatkan proses pertukaran dan koordinasi maklumat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

sepanjang berlangsungnya proses perniagaan akan menjadi lebih efektif apabila komunikasi di dalam organisasi perniagaan yang berkesan dapat dipraktikkan. Komunikasi akan menjadi pemangkin kerjasaam antara warga di dalam organisasi perniagaan dan hubungan organisasi dengan pihak luar.

Kepentingan Komunikasi kepada Perniagaan

Menurut Goldhaber (1993), peranan asas komunikasi di dalam organisasi atau perniagaan dapat dibahagikan kepada empat fungsi utama.

m/s 1

SCCA1013-1(b)- 194638
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB

Komunikasi penting di dalam perniagaan adalah sebagai elemen pengarahan. Arahan daripada pihak atasan dalam sesebuah perniagaan

sentiasa berlaku dimana, seseorang ketua perlu memberikan arahan kepada pekerja bawahannya supaya kerja dan tugas yang akan diberikan dapat dilaksanakan dengan baik. Arahan yang dilakukan melalui komunikasi secara dua hala akan dapat menjamin keberkesanan arahan yang diarahkan. Peniaga akan mendapat pulangan keuntungan yang lebih sekiranya pekerjanya dapat memahami dan mentafsirkan arahan yang diberikan dengan berkesan. Selain itu, arahan yang diberikan adalah berbentuk pengeluaran memo, surat, emel atau melalui lisan. Komunikasi yang digunakan haruslah sesuai dengan situasi supaya pengarahan yang dilaksanakan tidak menimbulkan rasa kurang senang pekerja bawahannya bagi menjamin keberkesanan arahan tersebut.

Kepentingan komunikasi juga dapat dilihat dalam proses koordinasi dapat dicapai. Matlamat utama perniagaan adalah bagi mendapatkan keuntungan Justeru, proses untuk mencapai keuntungan perlu

yang maksimum.

dikoordinasikan meliputi komponen struktur organisasi, aplikasi teknologi, pembangunan sistem dan prosedur, pembangunan sumber manusia dan budaya organisasi itu sendiri. Oleh yang demikian, sistem komunikasi yang berkesan amat penting bagi menjayakan kelima-lima aspek koordinasi ini bagi menjamin keuntungan kepada perniagaan tersebut.

Komunikasi di dalam perniagaan juga dapat membina hubungan yang erat sesama insan baik di dalam organisasi mahupun di luar. Jaringan mesra yang wujud diantara pekerja dan ketua serta pelanggan akan dapat meningkatkan produktiviti serta kemahiran pekerja dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Komunikasi seharian dapat membina perasaan mesra dan cintakan organisasi yang terbina. Proses komunikasi yang efektif juga dapat menyampaikan maklumat serta maklumbalas pelanggan dengan jelas, tepat dan terperinci bagi membolehkan pembaikan dalam dilakukan pada masa akan datang.

m/s 2

SCCA1013-1(b)- 194638
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB

Kepentingan komunikasi di dalam perniagaan juga penting supaya seseorang pekerja bole dipercayai dan diterima di dalam organisasi. Melalui komunikasi yang telus dan jujur diantara ahli organisasi, maka mereka akan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka sebagai ahli organisasi. Ahli juga dapat menyelesaikan masalah yang wujud melalui proses komunikasi yang berkesan. Maka dengan itu, konflik, rasa tidak puas hati dan perbalahan di dalam organisasi perniagaan dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Apabila wujud rasa dipercayai dan dihargai, maka pekerja akan lebih memberikan komitmen terhadap tugas sekaligus memberikan pulangan yang tinggi kepada perniagaan tersebut.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa, komunikasi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa komunikasi, manusia tidak dapat berinteraksi sesama mereka sekaligus tidak dapat memainkan peranan masingmasing didalam organisasi pernigaan yang diceburi. Komunikasi yang berkesan dapat meningkatkan produktiviti serta keuntungan perniagaan sekaligus dapat mencapai matlamatnya. Komunikasi positif perlu dipupuk dan ditambahbaik dari semasa ke semasa agar organisasi dapat berkembang maju seiring dengan peredaran zaman.

m/s 3

SCCA1013-1(b)- 194638
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB

RUJUKAN UTAMA Modul SCCA1013 Pengantar Komunikasi. Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia: Sintok

RUJUKAN

1. Abdul Rahman Abdul Aziz. (2000). Kemahiran sosial asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

2. Adler, R.B., & Rodman, G. (1991). Understanding human communication. New York: The Dryden Press, Saunders College Publishing

3. Adler, R.B., & Elmhorst, J.M. (2002). Communication at work: Principles and practices for business and the professions. McGrawHill. New York:

4. Argenti. (1998). Corporate communication (2nd ed.). Boston: Irwin McGraw- Hill 5. Jamias, J. F. (1985). Komunikasi pembangunan Satu kumpulan esei. (Terj.) Samsuddin. A. Rahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

m/s 4

Anda mungkin juga menyukai