Anda di halaman 1dari 8

PENERAPAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bagi mencapai hasrat menghasilkan guru yang berkualiti, berdedikasi dan dinamik, kemantapan

penerapan terhadap unsur falsafah adalah amat perlu. Ini kerana falsafah akan bertindak sebagai pegangan atau fahaman seseorang guru. Sebelum guru terbabit mempunyai fahaman yang salah atau menyeleweng mengenai sistem pendidikan, adalah lebih baik penerapan terhadap falsafah yang sebenar dilakukan. Penerapan falsafah pendidikan yang mantap amat penting. Menurut Tajul Ariffin (1993), falsafah pendidikan dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti atau pemprosesan idea yang terancang dan sistematik yang mana falsafah digunakan sebagai alat untuk menyusun, menyelaras, dan menjalankan ubah suai dalam operasi pendidikan. Mok (2008) pula menyatakan bahawa falsafah pendidikan adalah bertujuan memberi haluan dan panduan kepada personel pendidikan di dalam merencanakan atau menjalankan proses transformasi sistem pendidikan berdasarkan idea, konsep dan matlamat pendidikan sesuatu negara. Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai terasnya yang tersendiri iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK ini merupakan rujukan utama atau pun petunjuk bagi sesuatu aktiviti berkaitan pendidikan. Pernyataan FPK adalah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) FPK berhasrat melahirkan warganegara Malaysia yang menuju ke arah kesempurnaan dan pada masa yang sama memiliki dan menghayati beberapa ciri tertentu. Ciri ciri tersebut adalah seperti yang dinyatakan oleh Mok (2008) iaitu: i. kepercayaan dan kepatuhan terhadap Tuhan ii. berilmu pengetahuan iii. mempunyai akhlak mulia iv. mempunyai tanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan negara v. mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan vi. memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. FPK sebenarnya mengambil pendekatan falsafah pendidikan Islam di dalam proses perlaksanaannya. Penekanan secara holistik dan bersepadu dalam integrasi di antara jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan adalah menepati dan berteraskan falsafah pendidikan Islam (Tajul Ariffin, 1993). Proses untuk menghasilkan guru yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek akan lebih terarah dan bermakna apabila kepercayaan kepada Tuhan menjadi teras utama. Ini kerana setiap perkara atau aktiviti yang dirancang adalah berlandaskan kepada hubungan utama manusia dengan Pencipta dan juga hubungan manusia dengan manusia. Dalam konteks program pendidikan guru, apabila kepercayaan kepada Tuhan dijadikan teras dan falsafah mutlak, maka guru yang dihasilkan kelak sudah tentu akan Ismail Sabri Norihan,, Rohana Hamzah,. & Amirmudin Udin / Journal of Edupres mempunyai ciri ciri yang dikehendaki. Guru juga seharusnya sedar akan tanggungjawab seorang manusia di muka bumi ini. Dua peranan manusia adalah hamba kepada Pencipta dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini (Rohana, 2010). Selain itu, manusia secara fitrahnya telah memperakui akan kewujudan Tuhan Yang Esa dan juga telah wujud beberapa potensi dalaman tersendiri. Menurut Hasan (1986), potensi dalaman tersebut adalah

360

manusia adalah baik sejak azali atau asal kejadian lagi, manusia mempunyai roh yang bergabung dengan tubuh badan yang menghasilkan jasad khalifah, manusia mempunyai kebebasan dalam memilih dan manusia mempunyai akal yang membolehkan manusia membuat pilihan yang betul. Apabila guru telah sedar akan beberapa peranan yang perlu dimainkan dan potensi dalaman yang telah sememangnya ada dalam diri mereka, sudah pasti guru akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Seterusnya, integrasi di antara ilmu wahyu dan ilmu akal juga perlu diwujudkan bagi membentuk guru yang berilmu pengetahuan bukan sahaja ilmu duniawi malah ilmu ukhrawi. Apabila ilmu yang diajar adalah berteraskan kepada hubungan dengan Pencipta, maka akan lahir guru yang bersikap merendah diri dan tidak sombong dengan ilmu yang ada (Tajul Ariffin, 1993). Dengan itu, guru yang dilahirkan akan berusaha untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu yang dipelajari kepada pelajar dengan berlapang dada dan dengan hati yang tulus ikhlas. Sekaligus dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan juga memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka. Apabila kepercayaan kepada Tuhan dimantapkan dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan sikap penuh kesederhanaan, maka akan wujud pula pemurnian di dalam nilai seseorang guru. Menurut Tajul Ariffin (1993), penghayatan bersungguh sungguh terhadap nilai murni akan menjadikan seseorang individu mampu mencapai kesejahteraan diri dan berusaha untuk memberi sumbangan bermakna di dalam mewujudkan kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Jelas di sini bahawa guru yang telah sarat dengan ilmu di dada, akan menyalurkan pula ilmu kepada para pelajarnya berserta dengan nilai nilai murni yang dapat dimanfaatkan. Guru yang cemerlang hanya diperolehi apabila guru tersebut mempunyai nilai positif terhadap kerjaya dan menunaikan tanggungjawab kerjaya dengan penuh komitmen sehingga dapat membentuk tanggapan tugas sebagai ibadah (Warnoh dan

Norasmah, 2003). Menerusi kemantapan integrasi antara tiga perkara iaitu kepercayaan guru kepada Tuhan, guru yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang bersepadu dan guru yang mempunyai nilai yang baik dan terpuji, sudah pasti guru dapat mendepani pelbagai cabaran dalam arus modenisasi pendidikan teknik dan vokasional. Integrasi di antara ketiga tiga perkara ini sekaligus akan membantu guru PTV memperkembangkan bakat dan potensi pelajar ke arah mendekatkan mereka kepada Pencipta. Selain itu, pelajar dapat menghayati nilai nilai yang baik dan menolak nilai nilai negatif yang ada di persekitaran mereka

INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA i. Peringkat Sebelum Kemerdekaan Pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula sebelum abad ke 15. a) Rumah-Rumah Imam atau Guru Kanak-kanak berumur 6 tahun di kelas al-Quran. Guru daripada Arab, Parsi, India dan lain-lain. Bermula selepas solat Subuh, Zuhur atau Maghrib. Murid diajar membaca alQuran. b) Institusi Pondok al-Funduq bermaksud rumah tumpangan, hotel atau asrama. Merupakan institusi terawal yang di pelopori oleh ulama yang berpendidikan dari Patani. Belajar secara halaqah dan masa pengajian bergantung kepada kemajuan pelajar. Pondok berkembang di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Contoh pondok: di Kelantan (Pondok Tok Pulau Chondong, 1820, Pondok Kertam 1937 1972, Pondok Tok Bachok 1900, Pondok Ketereh dan lain-lain). Di Terengganu (Pondok Losong, Pondok Hj. Muhammad Endut. Pondok Hj. Hussain, Pondok Hj. Abdul Latif dan lainlain). Di Kedah (Pondok Kubang Kota, Pondok Gajah Mati, Pondok Sheikh Hj. Abdullah dan lain-lain). c) Madrasah

Awal abad ke 20 hasil gerakan Islam dari Timur Tengah. Lebih bersistematik berbanding sistem pondok, Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, sukatan silibus (rendah ibtidaie, menengah Thanawi dan pengkhususan). Kurikulum termasuk Ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah seperti Bahasa Arab, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan lain-lain. Contoh madrasah: Madrasah al-Misriyah (Bukit Mertajam), Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyah, Madrasah al-Manshur. ii. Sekolah-Sekolah Agama a) Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan, contohnya, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Menengah Agama Simpang Lima dan lain-lain. b) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Dikelolakan oleh Kerajaan Negeri melalui majlis atau jabatan agama negeri contohnya, Sekolah Menengah Agama Seri Desa Tg. Karang, Sekolah Menengah Agama Sultan Salahuddin Bt. 38 Sabak Bernam, Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Klang dan lain-lain. c) Sekolah Agama Rakyat (SAR) Didirikan oleh rakyat dan ditadbir melalui lembaga pentadbiran. Menerima sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat, Negeri, Majlis Agama Islam atau Baitul Mal. Contohnya ialah Markaz Tahfiz al-Quran wa alQiraat Li al Banat Klang. Kewujudan sekolah-sekolah agama mendorong kepada penawaran kursus dan pendidikan Islam melalui Akademi Pengajian Islam (UM), UKM (1970) Fakulti Pengajian Islam, serta UIA (1983). 1.2.1.8 ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA Terdapat pelbagai isu-isu berkaitan pendidikan Islam dari semasa ke semasa seperti gangsterisma, ponteng sekolah, budaya pukul dan buli, keruntuhan moral, budaya lepak dan lain-lain. Perbincangan isu-isu ini lebih menjurus kepada aspek-aspek berikut:

i. Faktor-faktor Penyebab -Faktor Dalaman -Faktor Luaran ii. Kesan-Kesan -Individu -Keluarga - Masyarakat iii. Langkah-langkah menangani - Peranan guru / sekolah - Peranan ibu bapa -Peranan rakan sebaya - Dan lain-lain 1.2.1.9 Kesimpulan Dalam menjayakan aspirasi negara, pendidikan Islam merupakan satu wadah yang sangat penting ke arah pembentukan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

las sekali, kita telah mencedok sebahagian besar daripada ideology ahli falsafah Islam yang membentuk falsafah tersebut. Di sini, jelas sudah terbukti yang falsafah pendidikan Islam telah memberi impak serta terselit dengan nyata implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi :Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai

keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali. Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata falsafah pendidikan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Selain itu juga, kita lihat dari sudut barat pula. Bagaimana perkembangan pendidikan di Malaysia melihat falsafah pendidikan barat sebagai satu ikutan atau role model. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu, tradisional dan Moden. Ia menekankan aspekaspek perenialisme dan essensialisme. Perennial bermaksud tidak berubah. Atau lebih jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah. Ia berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan bagu falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih 3M serta kemahiran mental, dan menaakul. Essensialisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik, guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mentall, 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan. Begitulah, besar sekali implikasi falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada menjelaskan bahawa, sebelum ia dijajah oleh pihak Inggeris, system pendidikan di situ sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Namun begitu, setelah didatangi oleh pihak penjajah, system pendidikan tersebut secara perlahan lahan telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Walaubagaimanapun, sekarang kita telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk mencedok idea idea dari pendidikan Islam, Timur dan Barat.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, terdapat 6 banding beza yangterdapat pada Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat. Perbezaanyang pertama ialah dari segi konsep pendidikan. Falsafah Pendidikan Islammenyatakan bahawa pendidikan mempunyai konsep

dan pengertian yang lebih syumuldimana ia mengambil kira aspek kerohanian. Falsafah Pendidikan Barat pulamengatakan bahawa pendidikan itu hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmanidan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara yangbaik. Jelas sekali dapat dilihat perbezaan konsep daripada kedua-dua falsafahini.Falsafah Pendidikan Islam lebih menekankan aspek kerohanian manakala FalsafahPendidikan Barat pula lebih menekankan aspek jasmani atau luaran seseorang individuitu sahaja.Perbezaan yang kedua yang dapat dilihat ialah dari segi matlamat falsafah itusendiri. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam lebih kepada membentuk jati diri muridtersebut seperti mendidik agar berakhlak mulia, sentiasa melakukan kebaikan, menjagaadab dan sebagainya. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula melalui aliranProgresivisme bermatlamat untuk menghasilkan individu yang bersedia menghadapiperubahan.Perbezaan yang ketiga ialah dari segi bidang. Falsafah Pendidikan Islammempunyai bidang pendidikan yang merangkumi akidah, ibadah, keterampilan dan jugakepemimpinan. Falsafah Pendidikan Barat pula tidak mempunyai bidang yangmenyeluruh yakni tertumpu hanya pada kurikulum, kaedah mengajar, peranan guru danjuga peranan murid.Perbezaan yang keempat pula ialah dari aspek jenis kurikulum. FalsafahPendidikan Islam mempunyai kurikulum yang menyeluruh iaitu pendidikan iman,pendidikan akhlak, pendidikan jasmani, pendidikan mental, pendidikan jiwa, pendidikansosial dan juga pendidikan seks. Falsafah Pendidikan Barat pula melalui aliranRekonstruktivisme hanya menekankan pada bidang sains sosial. Perbezaan yang kelima ialah kategori ilmu. Falsafah Pendidikan Islammempunyai dua kategori ilmu iaitu Ilmu Wahyu dan juga Ilmu Akhirat. ManakalaFalsafah Pendidikan Barat pula tidak mempunyai kategori ilmu.Perbezaan yang keenam iaitu yang terakhir ialah perbezaan dari aspek jenisfalsafah. Falsafah Pendidikan Islam boleh dilihat dari dua sudut iaitu Falsafah Teori danjuga Falsafah Amalan. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula dapat dibahagikankepada dua jenis iaitu tradisional dan moden.Walaupun terdapat enam perbezaan di antara kedua-dua falsafah ini, namunterdapat juga satu persamaan yang telah dikenalpasti iaitu kaedah pengajarannya yangmengikut peringkat umur.Kesimpulannya, kedua-dua falsafah ini mempunyai kebaikandan kelemahan yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai