Anda di halaman 1dari 3

TOPIK 2: KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Mengapakah prinsip penglibatan aktif penting dalam pembelajaran murid? Pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran akan dapat mengingat kembali maklumat pelajar bukan sahaja bertingkah laku secara aktif, tetapi pelajar harus aktif secara kognitif. Pelajar juga dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan, memberikan pengertian baru terhadap sesuatu topik dan

berkebolehan unuk menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru. Penglibatan aktif ini akan membangunkan emosi, kemahiran sosial, fizikal serta kognitif pelajaran.

2. Bagaimana peringkat generalisasi dalam proses pembelajaran Gagne diaplikasikan dalam kelas? Guru boleh mengaplikasikan peringkat generalisasi dalam kelas dengan proses pindahan. Pemindahan pembelajaran berlaku dalam kalangan murid dapat mengaplikasikan apa-apa yang diajar dalam situasi baru di dalam dan di luar sekolah. Sebagai contoh: Bagi mata pelajaran Matematik, guru memberikan soalan yang mempunyai atau menyerupai situasi sebenar dalam kehidupan. Murid boleh aplikasikan formula dan pengetahuan yang diajar dalam menyelesaikan soalan itu. Dengan ini, pengetahuan yang baru dapat juga dikuasai. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani pula, Kemahiran membaling diajar dan diaplikasikan di atas padang.

3. Bagaimanakah kita dapat mengaplikasikan prinsip ke-2 Model Gagne, iaitu perkaitan dan corak dalam pengajaran dan pembelajaran? Seseorang muird bukan sahaja bertaggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh tetapi juga bertanggungjawab untuk menolong ibubapa sebagai seorang ahli keluarga.

4. Bagaimanakah prinsip pembelajaran (pembelajaran informal) dapat merangsang minda murid? Pembelajaran informal berlaku dimana-mana dan bila-bila masa sahaja tanpa mengikut jadual yang ditetapkan. Oleh sebab itu, mereka berpeluang untuk mengalami dan mempelajari pelbagai ilmu

pengetahuan tanpa had. Secara tidak langsung,minda mereka telah dirangsang oleh alam persekitaran mereka.

5. Terangkan secara ringkas aktiviti pengalaman secara langsung serta faedahnya dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran. Aktiviti pengalaman secara langsung seperti membuat eksperimen di dalam kelas dapat memberi ilmu pengetahuan secara langsung kepada murid-murid dan mendalamkan pengingatan mereka melalui proses penglibatan dan pembuatan ataupun pendengaran. Dengan cara ini, murid-murid akan berminat untuk menerusi pembelajaran dengan menjalankan eksperimen tersebut. Secara tidak langsung, guru turut dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.

6. Huraikan cara untuk mengatasi masalah murid yang kurang aktif dalam kelas. Cara untuk mengatasi murid yang kurang aktif ialah mengaplikasikan salah satu prinsip pembelajaran Model Ewell (1977), iaitu dengan cara mengaplikasikan prinsip

Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997) maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.

Dengan itu, seseorang murid dapat mendapatkan motivasi dan dorongan melalui guru tersebut. Mereka akan mula merasakan pembelajaran merupakan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Mereka akan melibatkan diri secara aktif dan guru boleh memberi galakkan untuk meningkatkan motivasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai