Anda di halaman 1dari 10

Halimatus Saadiah..

Nama ni cukup besar dalam sejarah hidup Nabi Muhammad(SAW). Dialah ibu susuan
Nabi. Wanita dari Bani Saad yang tinggal di daerah pinggiran Kota Mekah ini dengan
penuh redha mengambil bayi yang bernama Muhammad untuk disusukan. Di saat
semua ibu susuan lain mendapat bayi-bayi hartawan..Muhammad tidak mendapat
tempat di hati ibu-ibu lain. Namun, dia redha dengan rezeki yang diperolehi walaupun
dia tahu upah menyusukan Muhammad si anak yatim itu tidak lumayan. Daripada
pulang dengan tangan kosong, sekurang-kurangnya dia mendapat upah untuk
menampung hidup keluarganya. Lalu Muhammad itu diambilnya dan dengan kuasa
Allah segalanya berubah.

Unta betina tua yang ditungganginya tiba-tiba mengeluarkan susu yang banyak..Ini
membolehkan Halimah menambah tenaganya untuk menyusukan Muhammad..Dan
yang menakjubkan ialah Muhammad menyusu dengan enak dan tertidur kekenyangan
selepas disusuinya sedangkan susunya sudah kurang..

Bukan itu sahaja, banyak lagi keberkatan yang dibawa oleh Muhammad kepada
keluarga Halimah dan seluruh penduduk kampungnya..Tanah yang tandus akibat
kemarau menjadi subur..Dan binatang ternakan membiak dengan banyak..Limpahan
rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada Halimah..

Serba sedikit kisah tentang wanita pilihan ini..Ratu dihati Nabi Muhammad dan insan
pilihan Allah Taala untuk menyusukan kekasih-Nya. Beliau pembuka episod awal sirah
Nabi. Diangkat darjatnya kerana kemuliaan hatinya..Memang tidak rugi berkorban untuk
agama kan...








Halimatus Saadiah

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan - intro

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman




Ketika kelahiran Nabi saw, menjadi kebiasaan kepada para ibu dari bangsa Arab Badwi
yang tinggal jauh di pendalaman, datang ke kota Mekah untuk mencari bayi-bayi yang
baru dilahirkan dususukan dan dipelihara. Ini kerana para ister-isteri pembesar Mekah
selalunya akan mengupah ibu susuan dari desa untuk menyusu anak-anak mereka dan
juga memelihara mereka setelah mereka melahirkan anak.


Mereka berduyun-duyun datang ke Mekah untuk mencari anak-anak yang baru
dilahirkan. Terutamanya anak-anak pembesar Mekah. kerana upahnya yang lumayan.
Malang kepada Aminah kerana dia telah kematian suami, iaitu Abdullah, berita itu telah
tersebar hingga ke seluruh tempat. Maka wanita desa yang datang untuk menawarkan
perhidmatan tidak singgah lansung ke rumah Aminah, kerana mereka tahu tidak akan
ada upah diberi jika mereka susukan anaknya.


Dan ketika harapan untuk Aminah hampir pudar, datanglah seorang wanita dari
pendalaman iaitu dari perkampungan Bani Saad ke rumah Aminah. Wanita itu ialah
Halimah binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal dengan nama Halimatus
Sa'adiah. Dia juga merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah).
Ketika semua wanita desa berebut-rebut mencari anak-anak pembesar Quraisy yang
kaya. Halimatus Sa'adiah hanya melihat kerana dia seorang yang sangat lemah lembut
dan penyabar. Ketika dia merayau-rayau di sekitar kota Mekah, akhirnya sampai lah dia
di depan rumah Abdul Muttalib.


Pertama kali dia melihat anak kecil yang sangat comel dan sihat itu dengan tidak
berpikir panjang terus dia menyatakan Hasratnya kepada Aminah dan Aminah pun
bersetuju untuk memberi Nabi kepada Halimatus Sa'adiah untuk disusukan dan
dipelihara. Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke kampungnya iaitu di
perkampungan Badwi Bani Saad bin Bakar yang terletak di antara kota Mekah dan Taif.


Sebelum Halimatus Sa'adiah mengambil Nabi saw, Ibunya iaitu Aminah sempat
menyusukan Baginda selama lebih kurang seminggu, selepas itu Nabi disusukan pula
oleh hamba Abu Lahab, Thuwaibah al-Aslamiyyah.


Thuwaibah juga menjadi ibu susu kepada bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul
Muttalib, dan juga Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi (sepupu Baginda) Anak
kepada Birrah binti Abdul Muttalib.


Dalam perjalanan ke perkampungan Bani Saad dari Mekah, pelbagai perkara yang
menakjubkan berlaku kepada keluarga Halimatus Sa'adiah.


Halimatus Sa'adiah bercerita;


"Tahun itu tahun kemarau. Tidak ada satu pun yang tinggal kepada kami, Saya
berangkat bersama suami dan seorang anak, berangkat menyertai ibu-ibu lain. dengan
menunggang keldai yang keputihan selain dari itu kami juga membawa seekor unta tua
yang tidak lagi mengeluarkan susu walaupun setitik. Kami tidak dapat tidur kerana
keadaan itu membuatkan anak saya sering menangis kelaparan keran tiasa susu. Air
susu saya tidak lagi dapat mengenyangkannya, susu unta juga tidak ada."


"pada malam itu saya berangkat dengan menunggangi keldai saya yang cepat lelah
kerana kurus dan lemah. Akhirnya sampai lah kami ke Mekah untuk mencari anak yang
akan disusukan. Sebenarnya Rasulullah saw di tawarkan kepada setiap ibu-ibu yang
lain, tetapi semua menolaknya, kerana anak itu anak yatim."


"Saya pun berkatalah dalam diri saya. Demi Allah! saya mesti mengambil anak yatim
tersebut, biarlah saya ambil dia."


perkara itu pun dipersetujui oleh suami Halimatus Sa'adiah.


"Tiada apa yang mendorong saya untuk mengambilnya kerana tidak ada anak lain
untuk disusukan. saya pun mengambil cucu Abdul Muttalib itu dan meletakkan di
pangkuan saya, Dia terus menyusu minum sampai sepuas-puasnya. Saudara sesusu
Nabi (anak Halimatus Sa'adiah) pun turut menikmati susu saya hingga kenyang
kemudian keduanya terus tidur. padahal sebelum itu saya kekeringan susu."


"Suami saya pergi ke tempat unta kami, dilihatnya unta kurus itupun sudah penuh
dengan susu. Lalu diperahnya dan dibawa pulang. Kami pun dapat tidur malam itu
dengan nyenyak. Suami saya berkata pada saya."


"Percayalah Halimah. Demi Allah! Bahawa engkau sudah mengambil anak yang berkat
sekali."


"Demikianlah kamipun menuju ke tempat kediaman kami bersama dengan Muhammad.
Demi Allah! perjalanan kami amat cepat sekali. Tidak ada himar teman-teman saya
yang dapat mengikuti perjalanan kami. Sehingga mereka berkata."


"Wahai Halimah! Kasihanilah sedikit kepada kami. Bukankah ini himar engkau yang
kelmarin yang engkau bawa ke Mekah?"


"ya. "


"Demi Allah! Tentu ada sesuatu yang terjadi."


"Demikianlah kami sampai di perkampungan Bani Saad. Saya tidak tahu apakah ada
lagi tempat yang lebih kemarau dari tempat kami itu. Sungguh pun demikian waktu kami
sampai, saya lihat semua kambing-kambing kami semuanya sudah kenyang dan
susunya pula penuh. Lalu kami perah dan minum. Sedangkan teman-teman yang lain
setitik pun tidak ada susu pada kambing-kambing mereka."


ini menimbulkan kehairanan pada jiran-jiran Halimatus Sa'adiah, hingga mereka pun
berkata.


"Wahai Halimah! Sungguh beruntung kamu kerana memelihara anak Aminah itu.
Sesungguhnya anak itu membawa keberkatan kepada mu."


Ada juga jiran Halimatus Sa'adiah berkata


"Celaka kita, lepaskanlah kambing-kambing ke tempat Halimah melepaskan
Kambingnya."


Tetapi setelah kembali dari tempat ragut kambing-kambing Halimatus Sa'adiah,
Kambing-kambing mereka pulang dengan lapar juga, dan tidak ada yang mengeluarkan
susu. Begitulah terus menerus Halimatus Sa'adiah dan keluarganya mendapat kurniaan
rezki dari Tuhan hingga genaplah umur Nabi 2 tahun.


Nabi dipelihara oleh Halimatus Sa'adiah sekeluarga di Desa Bani Saad hingga usia
Baginda 2 tahun. Abu Kabsyah dan anak perempuannya Asy-Syima' juga turut menjaga
Nabi.


Setelah Genap 2 tahun, Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke pangkuan Ibu
kandungnya, Aminah.


Aminah memelihara Nabi hanya sebentara sahaja kerana Halimatus Sa'adiah meminta
keizinan dari Aminah untuk memelihara Nabi semula. Ini kerana dia terlalu sayang kan
Nabi hingga dia tidak sanggup berpisah denganNya. Selepas itu Nabi dibawa pulang
sekali lagi ke ke perkampungan Bani Saad, dibesarkan disana hingga usia baginda 4
tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan.


Maka hidup lah Nabi di desa yang aman dan tenteram itu. Pertuturan di kalangan Bani
Saad membuatkan Nabi bertutur dalam bahasa Arab yang sangat fasih. ini kerana
bahasa Arab Kabilah Bani Saad adalah satu-satunya kabilah yang paling fasih bahasa
Arabnya. Nabi pernah bersabda;


"Aku adalah orang yang paling fasih diantara kamu, dan aku orang Quraisy yang
dibesarkan di dusun keluarga Bani Saad bin Bakar."
.Lahirnya walaupun masih ada ibu tempat bermanja, tapi dari kecil lagi dipisahkan pula
dari ibunya, kerana diberi kepada ibu angkatnya, Halimatus Saadiah namanya. Tidak
sempat bermanja dengan ibunya, bahkan belum pun sempat kenal ibunya, dipisahkan
pula, aduh hibanya hati kita? Ibu angkatnyalah yang memelihara di dalam keadaan
miskin pula, empat tahun lamanya. Hati kita ikut terasa luka dibuatnya? Nabi merasa
ibu angkatnya itulah ibu kandungnya. Aduh! Baru sedang asyik-asyik bermanja, di
dalam belaian ibu angkatnya, memang ibu angkatnya terlalu sayang kepadanya,
dipisahkan pula. Sedang berkasih sayang, di antara anak dan ibu angkatnya, ibu
kandungnya mengambilnya pula. Sudah tentu sekali sama ada Halimah mahupun Nabi,
macam tercabut nyawanya, kerana terpisah dengan orang kesayangannya...
Kita selalu mendengar Rasulullah SAW menjadi anak susu kepada Halimatus Sadiah.
Jadi yang hendak diperkatakan Halimatus Sadiah. Sudah diperkatakan sebelum ini
mengenai Rasulullah SAW. Seorang yang istimewa, seorang yang luar biasa,
agung. Seorang yang kerananyalah dunia Akhirat diciptakan Tuhan. Jadi apa saja
yang berhubungan dengan Rasulullah SAW walaupun satu titik, lebih-lebih satu huruf,
lebih-lebih satu perkataan, ada maknanya, ada erti, ada benda tersirat, ada benda
yang patut kita congkel supaya terserlah.
Halimah nama orang perempuan, kalau nak diterjemahkan kepada bahasa Melayu,
Halimah Itu maknanya lemah lembut, berkasih-sayang ataupun orang baik. Sadiah,
kalau kita merujuk kepada etnik, Halimah yang etniknya Bani Saad. Kalau Sadiah tu
dirujuk kepada Halimah, Halimah yang bahagia. Apa yang nak diperkatakan ialah
Halimah yang bahagia. Sadiah tu dirujuk kepada pribadi Halimah, bukan kepada etnik.
Halimah yang lemah lembut yang bahagia.Tuhan bagi nama Halimah disebut Sadiah,
itu bukan kebetulan. Telah diperkatakan apa yang berhubungan dengan Rasulullah
SAW, titik pun ada makna, betapalah 2 perkataan Halimah dan Sadiah, tentu ada
makna yang besar. Sadiah, yang bahagia. Di zaman jahiliah, sudah jadi tradisi atau
sudah jadi budaya siapa melahirkan anak akan diserahkan kepada emak angkat.
Tradisi ni sudah berpuluh tahun. Jadi lahirlah dalam tahun tu 40 orang, 41 kalau campur
Rasulullah SAW. Ini isyarat bahwa 40 orang tu bakal menjadi sahabat Rasulullah SAW.
Etnik Halimah ni satu masa pergi ke Mekkah nak cari anak susu. Waktu pergi tu ada 41
orang bayi.
Kerana keluarga Rasulullah SAW miskin, maka dibungkus Rasulullah SAW tu dengan
kain buruk saja, sedangkan anak-anak orang lain yang 40 dibungkus dengan kain-kain
dengan sutera yang baik. Bila rombongan Bani Saad ni datang, anak-anak bayi tu
semuanya diletak di Kaabah dan terlihat lahiriah. Yang mana nampak cantik itu diambil
dulu. Rasulullah SAW, oleh emaknya yang miskin dibungkus dengan kain ala kadar.
Tak ada yang minat pergi dan ambil ke tempat Rasulullah SAW. Hingga 40 orang tu
dah diambil orang semua. Tinggal seorang saja iaitu Rasulullah SAW. Halimah dan
suaminya tertinggal kerana untanya dah tua. Mereka pergi bersama-sama, tapi
sampainya tak sama, sebab unta halimah sudah tua, terhegeh-hegeh.Halimah fikir tak
dapatlah budak, kalau dapatpun tentulah dapat anak-anak miskin. Bila dia tengok dah
tinggal seorang, diapun pergi. Bila dia tengok bayi itu, keluar cahaya. Diapun rasa
bahagia. Budak ni bungkusnya saja buruk tapi mukanya bercahaya. Maka dia cakap
pada suaminya, Abang tengok budak ni bercahaya, untung kita jadikan anak. Itu
bahagia yang pertama.
Itulah yang dimaksudkan Halimah yang bahagia. Sudah jadi tradisi orang yang
mendapat anak susuan, dia pergi menuju Hajar Aswad dulu sebelum balik. Di dekat
Hajar Aswad, tiba tiba batu Hajar Aswad keluar dari sarangnya dan pergi kepada
Rasulullah SAW dan terus mencium Rasulullah SAW. Terkejutlah Halimah. Halimah
kata, bahagianya saya. Budak ni mesti ada masa depan. Cadangnya dia nak bawa
Muhammad ke Kaabah untuk cium Hajar Aswad, tapi ternyata Hajar Aswad yang cium
Rasulullah SAW. Maka dia kata budak ni ada masa depan, mesti jadi orang istimewa
tapi tak tahu apa. Itulah bahagia yang ke-2.
Lepas tu, dia pulanglah dengan suaminya, yang lain sudah jauh meninggalkan mereka.
Ketika mereka naik unta, terkejut mereka, unta tu jadi gagah. Unta tua tu dapat pintas
semua rombongan tadi, terkejut lagilah Halimah dan suaminya. Ini mesti ada kaitan
dengan budak ini. Dia cakap, bahagianya kita bang dapat budak yang luar biasa. Ini
bahagia yang ke-3.
Akhirnya rombongan tadi dapat dipintas, rombongan tu terkejut. Ada yang tanya, dapat
unta baru ke? Mereka kata, Halimah tunggu, tapi unta tu terus saja.Bila sampai di
rumah, dia terkejut, semenjak Rasulullah SAW ada di rumah, Halimah tak payah
pasang lampu, muka Rasulullah SAW bercahaya sepanjang masa. Terkejut suami isteri
itu hingga berkata, bertuahnya kita bang dapat budak ni, dia mesti ada masa depan,
sesuai dengan namanya bahagia. Inilah bahagia yang ke-4.
Selama 4 tahun Rasulullah SAW dibelanya. Halimah tu orang miskin, macam Siti
Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah, rezekinya
mewah. Mereka hairan dan bahagia. Dah 5 kebahagian.
Semenjak dengan Halimah, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan, dibagi dia
makan tak dibagi dia tak minta. Tak macam budak lain bila lapar minta makanan.
Halimah dan suaminya hairan, mengapa budak Ini diberi makan dimakan tak diberi dia
tak minta. Bertuah kita bang, bahagialah kita. Kemudian bila diberi makan tak pernah
minta tambah. Anak kita tak, begaduh adik-beradik pasal nak tambah lauk. Rasulullah
SAW tidak, berapa banyak dibagi, itu sajalah yang dia makan. Dia tak minta. Suami
isteri hairan, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan. Kalau diberi makan, dia tak
pernah minta tambah. Halimah kata pada suaminya, bertuah kita bang dapat budak
ini. Ini bahagia yang ke-6.
Selain tu, waktu ambil Rasulullah SAW sebagai anak susu, susu Halimah bertambah-
tambah banyak, Halimah hairan. Selama ni susunya bukan tak ada tapi tak begitu
banyak. Tapi semenjak muncul Rasulullah SAW susu mencurah-curah. Peliknya lagi
bila dah susu sebelah, nak susu sebelah lagi Nabi Muhammad tutup mulut kuat-kuat.
Halimah faham Rasulullah SAW ajar dia yang sebelah ni untuk abangnya Damrah.
Sejak kecil lagi Tuhan dah masukkan keadilan pada Rasulullah SAW. Dia tak mau
ganggu bagian abangnya punya. Ini bahagia yang ke-7.
Kemudian Rasulullah SAW ni tak pernah menangis, budak macam manapun menangis.
Tapi Rasulullah SAW tak. Halimah dan suaminya hairan, budak ni mesti ada masa
depan. Ini bahagia yang ke-8.
Suatu masa, Rasulullah SAW bermain-main dengan abang angkatnya nama Damrah.
Dia bermain di padang pasir. Tiba-tiba dia telentang macam pengsan. Tapi abangnya
tengok dia tak pengsan, terbaring saja. Damrah panggil emaknya, emak mari-mari
tengok, adik ini kenapa? Jadi Halimah cepat-cepat datang, sampai kepada Rasulullah
SAW diapun peluk.Selepas Rasulullah SAW puas-puas dipeluk, dia tanya, mengapa
nak, engkau sakit ke? Rasulullah SAW cakap, ada 3 orang tangkap aku, dibelah dada
aku tapi tak sakit, dibasuh-basuh kemudian dijahitnya tak sakit, itu saja. Hairan Halimah.
Tak percaya anaknya yang cakap. Nak percaya, iya ke? Halimah cakap pada suaminya,
bertuah kita bang, anak kita ni mengalami ini, ini mesti ada masa depan. Dah 9
bahagia.
Kemudian selepas 4 tahun, Rasulullah SAW dibawa oleh Halimah untuk diserah
kembali kepada emaknya. Bila diserah balik dia tak tahu apa yang berlaku pada
Rasulullah SAW, sebab nak dapat maklumat di zaman tu susah. Tiba-tiba ketika umur
Rasulullah SAW 40 tahun terdengarlah berita oleh Halimah, rupanya anak susunya
menjadi rasul. Maka dia kata pada suaminya, tak sangka bang, anak susu kita, anak
angkat kita jadi rasul. Bahagianya Halimah, suaminya pun rasa bahagia. Ini bahagia
yang ke 10.
Tapi nak jumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di
tangan Rasulullah SAW. Cuma satu hari waktu dia dah tua, satu kali dapat jumpa
Rasulullah SAW. Waktu dah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun
setelah menjadi rasul. Selepas tu Halimah mati. Itulah sekali jumpa Rasulullah SAW. Ini
bahagia yang ke-11.
Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak
kebahagian yang Halimah dapat selepas dia membela Rasulullah SAW. Ini
menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia
ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah.
Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita congkel dari Rasulullah SAW
walaupun satu huruf. Nama Halimah Sadiah tu sesuai dengan pengalaman hidupnya.
Sebab tu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Moga-
moga budak tu bila dia besar sesuai dengan namanya. Jangan bagi nama yang tak baik
atau nama orang kafir atau nama Yahudi, takut-takut Tuhan teruskan macam tu

Anda mungkin juga menyukai