Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN BERFORMAT WAWANCARA

WAWANCARA
Lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu
tahu sesuatu perkara.
Karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.
Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.
Lihat contoh :
Hassan diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar, Encik Ahmad sebelum beliau
bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan
hasil temu ramah tersebut.

FORMAT KARANGAN WAWANCARA
Nama watak ditulis selari di sebelah kiri
Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
Contoh :
Hassan : Salam sejahtera, Cikgu.
Cikgu Ahmad : Salam sejahtera
Hassan : Apa khabar Cikgu?
Cikgu Ahmad :.
Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu
berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, atau pun Makcik.
Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah.
Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah.
Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam wawancara itu,
kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak.
Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya
kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.



KARANGAN BERFORMAT WAWANCARA

CONTOH WAWANCARA :
Sebagai seorang editor majalah sekolah. Anda diminta untuk mewawancara salah seorang pelajar
cermelang PMR sekolah anda untuk dimuatkan dalam majalah sekolah tersebut. Tuliskan sebuah
wawancara lengkap.

NAJWA : Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Alisa. Terima kasih kerana meluangkan
masa saudari untuk di wawancara. Sempena kejayaan saudari memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam ujian baru-baru ini. Terlebih dahulu saya ingin mengetahui
apakah rahsia kejayaan saudari
ALISA : Pertama sekali terima kasih kepada saudari kerana sudi mewawancara saya.
Sebenarnya tiada rahsia yang penting melainkan usaha yang gigih dalam mencapai cita-
cita yang mendorong saya berjaya dalam peperiksaan kali ini. Saya menanamkan sifat
tidak putus asa dalam mengejar ilmu pengetahuan.
NAJWA : selain itu, mungkin ada cara yang boleh saudari kongsi bersama supaya menjadi
panduan kepada pelajar lain. Rahsia kejayaan saudari ini?
ALISA : Ok. kita kena menetapkan niat kenapa kita belajar dan sentiasa perbaharui niat kita
supaya kita tidak lupa apakah tujuan kita belajar. Keduanya,kita harus ingat bahawa
belajar itu juga merupakan ibadah.. Antara tips-tips belajar yang boleh saya kongsikan
bersama, pertama susun strategi bagaimana cara untuk kita kuasai mata pelajaran
tersebut. Disamping itu, kita haruslah menumpukan perhatian sepenuhnya semasa
guru mengajar di hadapan. Sekiranya ada kemusykilan jangan malu bertanya kerana
orang yang malu bertanya akan sesat jalan.
NAJWA : Bagaimana pula saudari membahagikan masa belajar dengan membuat aktiviti sukan?
Adakah saudari seorang yang aktif dalam bidang sukan?
ALISA : Untuk menjadi seorang yang berjaya pada saya, kejayaan buka diukur dengan
berjayanya kita dalam kurikulum sahaja. Bidang kurikulum ini juga perlu seimbang
dengan bidang ko-kurikulum. Saya juga seorang yang aktif dalam bidang ko-kurikulum.
Saya mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.
NAJWA : Akhir sekali apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan lain diluar sana?
ALISA : Nasihat saya kepada rakan-rakan, sama-sama lah kita menuntut ilmu dan jangan mudah
menyerah kerana dengan ilmu pengatahuan sahaja mampu merubah kehidupan kita.
NAJWA: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudari. Kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan
dengan kami.
ALISA : sama-sama


LATIHAN :
Anda wartawan sebuah akhbar tempatan. Anda diberikan keizinan oleh pihak hospital untuk
mewawancara bekas pelumba motosikal haram yang telah lumpuh seluruh badan akibat kemalangan
jalan raya. Tulis wawancara anda itu selengkapnya. Panjang karangan mestilah lebih daripada 350 patah
perkataan.

Anda mungkin juga menyukai