Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana Menjadi Pengguna Bijak

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI


MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA.

............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi


memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi
dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran Pengguna Perkasa. Jika
pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak
menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang
sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran
dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam
tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan.
Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan
akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang
akan menanggung rugi.
............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh
bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi
kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan
memberi kesedaran kepada mereka tentang kuasa pengguna. Kesedaran dan
keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya apabila
kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar
bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa
berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna
prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang
kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati
syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan?
Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar
berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh
kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan
membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat
perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlu
menjadi perhatian para pengguna hari ini.
............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah
yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan
global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barangbarang pasta apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa

seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar Pasta terpaksa akur kepada
sentimen kuasa pengguna Itali, dan menurunkan semula kadar harga barangan
berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan sememangnya
berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan
meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil Ethanol yang dihasilkan
daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung dan ini
menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu tenusu
yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan
mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaran Mexico.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia
yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik
sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagai
pengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan "kuasa
pembeli" mereka.
............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi pendudukpenduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India,
maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan
bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor
lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan
serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada
peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan
yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti
jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol
adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga barangan
pasaran.
............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan,
pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan
membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini
akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara.
Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha
untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul
pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga
barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau
pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan
pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus
digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna.
............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk

menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian
terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara
langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan
serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan
membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan
kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang
undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penubuhan Mahkamah
Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkan sektor
pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagai
Negeri Jelapang Padi Kedua Negara.
............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di
pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah
dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran.
Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif
kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat
dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah
dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita
sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita,
langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita
sebagai Pengguna Bestari.

Anda mungkin juga menyukai