Anda di halaman 1dari 53

Penyeliaan Pengajaran & Pembelajaran

PENYELIAAN KLINIKAL
1.
2.
3.
4.

Adalah suatu intervensi yang disengajakan ke dalam proses pengajaran.


Adalah berorientasikan matlamat.
Menyambungkan suatu hubungan kerja profesional di antara guru dan penyelia.
Memerlukan suatu tahap saling percaya yang tinggi, seperti yang tergambar dalam
pemahaman, sokongan dan komitmen kepada pertumbuhan.
5. Adalah sistematik, walaupun ia memerlukan suatu metodologi yang fleksibel dan berterusan
berubah.
6. Mengandaikan penyelia tahu tentang analisis pengajaran dan pembelajaran dan
juga tentang interaksi manusia yang produktif.
ANDAIAN-ANDAIAN DI SEBALIK PROSES
PENYELIAAN KLINIKAL
1. Mengajar adalah suatu set aktiviti komplek yang memerlukan analisis yang teliti.
2. Guru-guru adalah profesional yang bertanggungjawab dan cekap yang
memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan dalam cara yang mesra.
3. Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk membantu guru-guru mengubahsuai pola
pengajaran sedia ada.
SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL
1.
2.
3.
4.

Pra-persidangan dengan guru


Pemerhatian bilik darjah
Menganalisa dan mentafsir pemerhatian dan menentukan pendekatan persidangan
Pasca-persidangan dengan guru.

BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN


Pemerhatian Generik
Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan
komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan
mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang
boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya.
Penceritaan Terbuka Berkecuali.
Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan
penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan
yang signifikan.
Kritikan Pendidikan
Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir
untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku.
Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas.
Pola Soalan-Respon
Pemerhati menggunakan carta tempat duduk untuk merekod sifat pelajar dan guru merespon
kepda soalan-soalan yang dijana guru.

Prosedur dalam Penyeliaan


Sebelum penyeliaan penyelia dan guru bincangkan rangka kerja dan bersependapat tentang
bidang-bidang utama yang akan dinilai
Semasa pelajaran perhatikan kekuatan dan kelemahan, dan catatkan cadangan-cadangan
Selepas pelajaran yang diperhatikan
penyelia membuat temujanji dengan guru untuk perbincangan susulan

Guru membuat sedikit nota penilaian bebas

Perbincangan bermula dengan bertukar-tukar nota penilaian.


Kategori-kategori untuk Pemerhatian Bilik Darjah (Brown, J.D. 1995)

Kadar kecepatan pelajaran

Semangat, hubungan mata, bahasa tubuh, suara, pergerakan, kelajuan, kawalan proses
pembelajaran, teknik-teknik berbeza, dan latihan-latihan yang digunakan

Penyampaian Guru

Pelajaran sebelumnya, organisasi, objektif, contoh-contoh, aktiviti berpusatkan pelajar,


peluang untuk belajar, ringkasan perkara-perkara utama dll

Pengurusan kelas

Arahan, selok-belok daftar, gangguan, susunan tempat duduk, suasana selesa, dll

Bahan bantu mengajar

Menggunakan pandang-dengar, berguna, sedia, penggunaan berkesan, bahan sebaran


jelas, bahan maujud digunakan, ICT, CALL, dll

Hasilan pelajar

Termotivasi, terlibat secara aktif dalam pelajaran/bahagian pelajaran berpusatkan


pelajar, pembetulan, pentaksiran, dll,

Rangka kerja

Matlamat
Bahan-bahan Mengajar
Bentuk suatu Unit
Pembelajaran sebelumnya dan hubungannya
Penyampaian
Latihan
Aplikasi
Komunikasi antara guru dan pelajar
Set
Penutupan
Demonstrasi/Arahan/Penjelasan
Penyoalan
Penyeliaan kerja kelas
Pengurusan Pengajaran
Pengurusan bilik darjah
Penggunaan kadar kecepatan
Penggunaan bahan bantu mengajar

Penyeliaan Pemerhatian dan Ulasan Data


Pemerhatian:

Bilik darjah

Pelajaran (pemerhatian formal dan tidak formal)

Penggunaan strategi pengajaran

Penggunaan strategi pentaksiran

Penjajaran kurikulum
Penggunaan strategi pengurusan
Paparan
Persekitaran

Membuat Pemerhatian Sistematik

Jenis-jenis dan interaksi bilik darjah


Iklim Pembelajaran :
Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar
Pengurusan Bilik Darjah:
Teratur _____ Tidak teratur
Kejelasan Pelajaran:
Jelas
___ Tidak jelas
Kepelbagaian Pengajaran:
Berbagai ___
Statik
Penyesuaian Tugas Guru:
Berfokus ___ Tidak berfokus
Tarikan Minat Pelajar dalam Kemahiran Belajar:
Pelajar Terbabit ___ ___ Pelajar Tidak Terbabit
Kejayaan Pelajar dalam Kemahiran Akademik Asas:
Tinggi ___ Rendah
Proses Pemikiran Tinggi dan Hasil Prestasi:
Banyak ___
Sedikit

Interaksi

Guru dan pelajar

Guru dan kakitangan

Guru dan ibubapa


Tindakan dan Aktiviti

Penyampaian di sesi penerangan ibubapa

Persidangan / perjumpaan ibubapa guru

Perjumpaan perancangan bekerjasama

Penglibatan dan sumbangan kepada perjumpaan staf


Lain-lain

Amalan-amalan bilik darjah

Inisiatif

Tanggungjawab yang disandang

Sumbangan kepada persekitaran sekolah

Sumbangan kepada masyarakat

Sumbangan kepada profesion

Pembangunan profesional
Kajian Semula Data

Pelan / buku pelan (jangka panjang, unit, harian; ringkasan kursus)


Pelan untuk komunikasi pertumbuhan pelajar
Pelan disiplin bilik darjah
Rekod pentaksiran (rekod bilik darjah, data laporan kemajuan, dan data pentaksiran
formal)
Laporan kemajuan

Keputusan ujian piawai


Bahan disediakan guru
Kerja pelajar
Portfolio pelajar
Risalah
Bahan sebaran ibubapa, surat-surat
Komunikasi dengan masyarakat
Minit mesyuarat bahagian / jabatan

GLOSARI ISTILAH

Pemerhatian Tidak Formal - boleh berlaku pada bila-bila masa. Maklumbalas selepas
pemerhatian sebegini diberi secara lisan. Guru boleh meminta maklumbalas diberi dalam bentuk
tulisan.

Pemerhatian Formal - berlaku pada waktu yang telah diaturkan sebelumnya dan
melibatkan proses tiga langkah, disusuli oleh laporan bertulis. Langkah pertama adalah prapersidangan, di mana matlamat dan objektif pelajaran atau siri pelajaran dikongsi dan niat
diperjelaskan. Ini diikuti oleh pemerhatian dalam kelas dan pengumpulan data. Langkah ketiga,
pasca-persidangan, mengikuti pemerhatian suatu pelajaran atau suatu siri pelajaran dalam tempoh
masa, sekurang-kurangnya, tiga (3) hari mengajar. Data dan pemerhatian dikongsi dengan guru;
pelajarannya adalah debriefed; pujian dibuat dan resolusi untuk tindakan dimulakan. Laporan
yang menyenaraikan suatu ringkasan pemerhatian, kesimpulan, dan syor untuk tindakan adalah
dibuat.

Laporan Sumatif adalah satu sintesis semua pemerhatian dan syor yang dibuat dalam
pemerhatian tidak formal dan formal. Laporan sumatif adalah berdasarkan minimum dua
pemerhatian formal.

Persidangan Kajian Semula Berkala adalah suatu perjumpaan yang berlaku dari semasa
ke semasa antara pengetua dan guru mengusahakan suatu pelan pertumbuhan berarahkan
pentadbir untuk membincangkan maklumbalas berikutan pemerhatian tidak formal atau satu siri
pemerhatian tidak formal. Suatu ringkasan maklumbalas tersebut yang bertulis dan
perbincangannya akan diberikan kepada guru tersebut.

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 3


PEMBANGUNAN STAF

Guru yang baik dan pengajaran yang baik adalah nadi dan tenaga penggerak sebuah
sekolah berkesan.

Pengajaran Berkualiti Tinggi

Mengiktiraf kecemerlangan dalam pengajaran


Mempromosikan pertumbuhan profesional berterusan di kalangan guru-guru
Meneruskan fokus lebar sekolah atau lembaga ke atas pencapaian meningkat pelajar
Enhance meningkatkan pengajaran melalui suatu proses yang mempromosikan dialog dan
refleksi kendiri berterusan


Memaklumkan perancangan semasa pembangunan profesional seluas individu, sekolah
dan lembaga

Memaklumkan keputusan pekerjaan.


Prestasi Guru

Perancangan dan persediaan


Memasukkan semua pelajar dalam pembelajaran
Mencipta persekitaran pembelajaran berkesan
Amalan profesional

Penyeliaan untuk Pertumbuhan

Suatu proses yang berpusat kepada pembangunan dan pelaksanaan suatu Pelan
Pertumbuhan Profesional Tahunan yang mencerminkan keseimbangan antara matlamat
profesional guru individu, inisiatif bilik darjah/sekolah/sistem dan Penunjuk Pengajaran
Berkualiti Lembaga. Penyeliaan untuk Pertumbuhan adalah suatu proses formatif yang
merangkumi:

peluang untuk refleksi kendiri,

dialog antara guru dan penilai,

pemerhatian bilik darjah formal dan tidak formal, dan pembangunan profesional
(seluas individu, sekolah dan sistem).
Penilaian

adalah suatu proses yang berlaku dalam lingkungan kitaran penilaian guru berterusan.
Tujuan proses ini adalah untuk mengiktiraf kualiti kerja guru dan untuk membuat penghakiman
ringkasan tentang prestasi guru pada suatu tempoh masa.
Kajian Semula Prestasi

Suatu Penilaian Sumatif yang dimulakan oleh pengetua sekolah pada bila-bila masa dalam
kes-kes di mana hal-hal signifikan telah dikenalpasti berkenaan prestasi guru.
PEMBANGUNAN STAF

1. Menetapkan Matlamat dan Objektif

2. Pertumbuhan Dalam Perkhidmatan dan Pertumbuhan Profesional

3. Pemerhatian Bilik Darjah (Penyeliaan Klinikal)

4. Penilaian Sumatif Tahunan (mengupah/memecat)


Performance and/or Professional Growth

Formative and summative judgments about teachers performance and/or professional


growth will be based on consideration of a variety of information which may include, but is not
limited to:

Teacher maintained portfolios

Self-evaluation documents

Evidence of professional development activities

Samples of short or long-term classroom plans, curriculum, assessments etc.

Reflective journals

Participation in school-wide activities (e.g. Planning for Improvement, Home-school

connections)

Evidence of activities related to leadership development

Peer Coaching

Evidence of activities related to Department of Education and regional initiatives


Other data as determined by the teacher based on his/her goals for professional growth
Mentoring Experiences

Penyeliaan pengajaran-Pembelajaran
Pengenalan
Boardman, et. al. (1953: 3) menyatakan bahawa " to oversee, to superintend, or to guide
and to stimulate the activities of others with a view to their improvement" . Harris (1975)
menyatakan penyeliaan dalam pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke
atas kakitangan dengan tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di
sesebuah sekolah. Alfonso et. al.(1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu
tingkahlaku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang
mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran muridmurid dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat tertentu.
Penyeliaan merupakan satu proses memerhati, membimbing dan memberi maklumbalas
kepada aktiviti profesional oleh penyelia ke atas stafnya (Wan Mohd Zahid Wan Mohd.
Noordin, 1987). Ini di antara caranya yang dapat dilaksanakan untuk mempastikan
keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Jelas sekali penyeliaan bermakna
memberi tumpuan utama kepada kesan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak
pengurusan sesebuah organisasi ke atas stafnya merupakan satu perkhidmatan tidak
langsung untuk pelanggannya.
Ibrahim Mamat(1993) menyatakan pula penyeliaan pendidikan bermakna memberi
pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan
dalam tugas mereka. Rabiah Sidin(1994) menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai
membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Al
Ramaiah(1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras
dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan
semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar(2000) menyatakan bahawa
penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimansi
pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang profesional
pengurusan.
Keseluruhannya, staf profesional diamanahkan untuk melaksanakan tugas, aktiviti dan
tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan. Jika staf profesional tidak diselia
dan ianya melakukan kesilapan tanpa menyedarinya. Kebiasaan akan terbentuk.
Kebiasaan ini akan menjadi sebati dan dianggap betul dan baik (Asnah : 1995) . Lama
kelamaannya staf berkenaan akan berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun
perubahan diperlukan. Oleh sebab itu, melakukan proses penyeliaan, staf dapat
dibimbing, dibantu supaya lebih imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan
kendiri sekali gus ke arah peningkatan mutu pencapaiannya.
Latar Belakang Penulisan
Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh pengetua dalam melaksanakan penyeliaan

pengajaran ini. Menurut Ibrahim(1993), terdapat 2 cara penyeliaan yang selalu diamalkan
oleh pengetua iaitu (i) Cara Autokratik di mana penyeliaan dilakukan untuk mengatahui
sama ada arahan atau peraturan yang telah diberi dipatuhi atau tidak. Guru yang banyak
kesalahan mendapat laporan buruk, manakala guru yang mengikut arahan mendapat
laporan baik. Suasana antara guru di bawah pemimpin autokratik adalah tertekan dan
tegang. Kegembiraan bekerja tidak ada sama sekali. (ii) Cara Demokrasi di mana
pengawasan dijalankan mengikut program kerja tertentu. Pengetua memberi kepercayaan
kepada semua guru sehingga masing-masing merasai diri mereka dihargai dan kebolehan
mereka diakui. Dia menjalankan penyeliaan dengan ikut bekerja secara aktif, kadangkadang dihadapan untuk menjadi teladan, kadang-kadang di tengah untuk
membangkitkan semangat dan kadang-kadang di belakang untuk memberi kebebasan
bekerja kepada guru-guru. Walaupun begitu terdapat halangan-halangan bagi pengetua
yang menggunakan cara demokratik terutama apabila terdapat guru-guru yang
mementingkan diri sendiri, yang mengira waktu, yang berupa tunggul mati, yang merasa
dirinya sahaja yang betul. Apa yang dapat mengatasi halangan-halangan tersebut ialah
seorang pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang sempurna, terutama
kebijaksanaan dan kewibawaan yang luar biasa.
Beliau menambah, halangan-halangan berikut terdapat di sekolah dalam usaha pengetua
memastikan penyeliaan yang sempurna. Ibrahim Mamat melihat beberapa pihak yang
mempengaruhinya iaitu pengetua, guru-guru, pelajar, dan Kelengkapan dan kemudahan
di sekolah.
Kajian oleh Pinckney dalam Boardman et.al.(1953) telah mencadangkan penggunaan
masa pengetua dalam aspek penyeliaan perlu ditingkatkan daripada 25 % kepada 30% .
Bagaimana pengetua-pengetua di Malaysia dalam hal yang sama. Banyak masa yang
digunakan oleh pengetua dijuruskan kepada pentadbiran bukannya pengajaran. Boardman
et. al.(1953) juga mengariskan bahawa terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha
pengetua menjalankan penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas seperti faktor
pengetua itu sendiri, faktor sikap guru dan murid. Sementara itu, Ismail Abu Talib (1986)
menyatakan halangan-halangan tersebut terdiri daripada 3 faktor utama iaiatu kekangan
masa dan beban tugas, perhubungan pengetua dengan staf yang diselia dan kurangnya
kemahiran dan keyakinan pengetua dalam menjalankan penyeliaan pengajaranpembelajaran.
Sargiovanni(1995) dan Wan Mohd Zahid(1987) telah mengupas tentang penyeliaan ini
dari aspek Teori X dan Teori Y (Douglas McGregor) dan Teori 2 Faktor ( Teori Motivator
dan Hygiene) adalah penentu kepada penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
mereka, andaian Teori X yang bersifat lembut merupakan pendekatan penyeliaan
perhubungan manusia manakala andaian Teori Y merupakan pendekatan penyeliaan
sumber manusia. Lazimnya pengetua keliru di antara pendekatan yang digunakan sama
ada human relations dengan humen resources dan kekeliruan ini menyebabkan
penyeliaan yang dilakukan kurang berkesan. Penyelia lazimnya menyetujui andaian Teori
Y tetapi dalam memperkatakan dalam amalan mereka sebenarnya menggunakan Teori X
(humen reletions)
Dalam membicarakan Teori Motivator-Hygiene oleh Frederick Hergberg, Sargiovanni
dan Wan Mohd. Zahid telah menyetakan bahawa faktor Motivator adalah faktor yang
menjadi ransangan dalaman iaitu faktor-faktor yang boleh membuatkan guru-guru

bekerja lebih daripada peraturan bekerja, namun ketiadaan faktor Motivator tidak akan
menyebabkan berlakunya perasaan tidak puas hati dan tidak pula menggugatkan
peraturan bekerja . Faktor Hygiene merupakan faktor luaran di mana keadaan-keadaan
bekerja yang diperlukan oleh guru-guru sebagai sebahagian daripada peraturan-peraturan
bekerja. Ketiadaan faktor ini akan menyebabkan guru berasa tidak puas hati dan ini akan
menjejaskan performence mereka. Penyelia-penyelia yang menggunakan kepuasan kerja
untuk memotivasikan guru adalah mempraktikan pendekatan hubungan manusia.
Pendekatan ini jarang-jarang berkesan. Sebenarnya pendekatan hubungan manusia
menekankan kepada faktor Hygiene.
Sementara itu, menurut satu kajian yang dijalankan di Selangor dalam Abdul Rahman
(1987) berpendapat penyeliaan kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Menurut laporan
akhbar pada tahun tersebut, guru-guru melalui persatuan perguruan akan mengadakan
piket berhubung cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan pengetua
melakukan penyeliaan ke atas semua guru. Bantahan secara terang-tenang dalam akhbar
menunjukkan bahawa ramai guru tidak suka mereka diselia kerana mereka beranggapan
tindakan itu tidak profesional dan menidakkan kebolehan mereka. Berbalik kepada kajian
di Selangor, keseluruhannya didapati aspek penyeliaan ini tidak diberi perhatian yang
serius oleh kebanyakan pengetua dan guru besar. Bilangan sekolah dan guru yang ramai
memperlihatkan kadar kekerapan penyeliaan yang sedikit sahaja. Apakah masalah
sebenarnya kepada pengetua dan guru besar ?
Berdasarkan kajian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada Nazaruddin Hj
Mohd. Jali, Kamariah Haji Abu Bakar, Sharifah Mohd Nor dan Lee Chong Nim yang
bertajuk "Penyeliaan Pendidikan : Kepimpinan Instruksi Guru Besar dan Pengetua"
dalam Jurnal Pendidikan, 1993 telah menfokuskan kajian mereka terhadap kepimpinan
profesional. Guru besar dan pengetua perlu memupuk pengajaran dan pembelajaran
dengan merialisasikan peranannya sebagai pemimpin instruksi (Instructional Leader)
Penyelidikan mengenai keberkesanan sekolah telah mengenalpasti kepimpinan instruksi
sebagai faktor yang kritikal untuk sekolah yang efektif (Wellisch, 1978). Benjamin
(1980) telah merumuskan bahawa guru besar dan pengetua yang efektif didapati
menunjukkan ciri-ciri mengambil inisiatif untuk menentukan matlamat dan prioriti
sekolah, memainkan peranan sebagai pemimpin instruksi dan bukan pemimpin
pentadbiran sahaja, percaya bahawa guru basar dan guru harus bertanggungjawab
bersama ke atas pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas, mudah dilihat dan
senang dirunding oleh anggota sekolah, dan mengutamakan kemajuan akademik pelajar
sekolahnya.
Sebagai pemimpin instruksi, pengetua perlu mengetahi perkembangan kurikulum,
keberkesanan pengajaran, penyeliaan klinikal, perkembangan staf dan penilaian guru
(Anserson,1987). Kepimpinan instruksi dapat dikesan daripada tingkahlaku pengurus
instruksi yang dilakukan oleh seseorang guru besar atau pengetua. Menurut Hallinger dan
Murphy(1985), kepimpinan instruksi merujuk kepada 3 dimensi dalam aktiviti-aktiviti
kepimpinan pengetua untuk mentakrifkan matlamat sekolah, menguruskan programprogram pengajaran dan memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran yang baik di
sekolah.
Sekolah merupakan organisasi kompleks yang memperlihatkan sistem autoriti formal dan
birokrasi profesional. Oleh itu, pengetua hendaklah menentukan aspek-aspek yang perlu

dijadikan fokus bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat-matlamat


tersebut hendaklah disampaikan untuk pengetahuan seluruh anggota warga sekolah agar
mereka mempunyai tekad untuk menuju kepada pencapaian matlamat-matlamat yang
telah ditetapkan.
Sebagai pemimpin instruksi, pengetua melibatkan dalam penyeliaan dan penilaian
pengajaran, penyelaras kurikulum dan pengawasan kemajuan pelajar. Dalam negara kita,
pengetua disarankan menggunakan 60% daripada masa mereka untuk penyeliaan
pengajaran. Di Amarika Syarikat, pengetua meletakkan penyeliaan istruksi sebagai
dimensi tugas yang utama.
Iklim pengajaran pembelajaran boleh dikelompokkan kepada iklim terbuka dan iklim
tertutup. Pengetua harus berusaha mewujudkan iklim terbuka di sekolah bagi
membolehkan pencapaian objektif sekolah yang tinggi. Likert(1961) menyatakan iklim
merupakan proses pengurusan di dalam seebuah organisasi. Oleh itu, iklim sesebuah
sekolah adalah bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan. Hallinger dan Murphy
(1985) menyatakan iklim sekolah sebagai norma dan sikap guru serta pelajar yang
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk tujuan itu, pengetua perlu
memastikan supaya masa yang digunakan untuk guru mengajar tidak diganggu.
Al Ramaiah(1997) menegaskan bahawa keperluan untuk kecemerlangan dan kecekapan
itu tidak dapat dipenuhi tanpa komitmen yang kukuh terhadap nilai perkembangan staf.
Oleh itu, pekerja perlu mengakui keperluan untuk memperkembangkan potensi diri
mereka sebelum sesuatu program perkembangan staf dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
Dalam kajian ini dapat diperhatikan kekerapan pengetua melaksanakan fungsi-fungsi
kepimpinan instruksi menurut persepsi guru-guru mereka dan tahap kepuasan guru
terhadap kepimpinan instruksi pengetua mereka. Kajian ini melibatkan sampel sebanyak
401 orang guru dari 8 buah sekolah menengah dan 30 buah sekolah rendah di sebuah
dearah dalam negeri Selangor. Kajian menggunakan soalselidik yang diubahsuai dari
"Principal Instructional Management Rating Scale" oleh Hallinger dan Murphy (1987).
Secara keseluruhan, 25% daripada guru-guru sekolah menengah mempersepsikan
pengetua mereka selaku melakukan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi. Dapatan kajian
daripada ketiga-tiga dimensi tersebut didapati fungsi pencerapan dan penilaian
pengajaran sebagai fungsi yang dilakukan dengan kekerapan yang paling tidak
memuaskan. Guru-guru menyatakan mereka diberitahu oleh pengetua tentang kebaikan
atau kelemahan pengajaran selepas pencerapan pengajaran adalah kurang daripada 15%
sementara kurang 10% daripada guru-guru yang mempersepsikan kebaikan atau
kelemahan pengajaran mereka direkodkan pada borang pencerapan.Dapatan untuk tahap
kepuasan guru terhadap kepimpinan istruksi pengetua pula memperlihatkan situasi guruguru sekolah rendah dan menengah didapati mempersepsikan pencerapan pengajaran
tidak wajar dilakukan walaupun 80% daripada mereka memahami tujuan-tujuan
pencerapan pengajaran dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, pengetua haruslah menimbulkan dayareka-dayareka dan dayaciptadayacipta guru mereka dalam pelaksanaan kurikulum melalui kepimpinan instruksi yang
berkesan. Dapatan ini dengan jelas menunjukkan bahawa hanya 25% daripada guru-guru

sekolah menengah mempersepsikan pengetua mereka sebagai selalu melakukan fungsi


kepimpinan instruksi secara keseluruhan. Oleh itu, potensi pengetua sebagai pemimpin
instruksi masih perlu diperkembangkan lagi. Sebab-sebab kegagalan pengetua dalam
menjalankan beberapa fungsi kepimpinan instruksi perlulah diselidiki secara mendalam
oleh pihak-pihak atasan terutama Jabatan Pendidikan Dearah dan Jabatan Pendidikan
Negeri.
Tidak ketinggalan juga, menurut kajian ini aspek pencerapan pengajaran kurang
dilakukan oleh pengetua. Guru-guru dalam kajian ini didapati belum lagi menerima
pencerapan pengajaran daripada pengetua mereka. Pencerapan seperti yang dilakukan
sekarang tidak membantu kepada pencapaian kepuasan kendiri. Justeu itu, perlu
dimanfaatkan komunikasi yang berkesan di antara guru dengan pengetua. Menurut
Broadwell(1975) " sebagai supervisor, kita paling sering menyampaikan pesan-pesan
yang seharusnya menghasilkan sesuatu tindakan, merubah sesuatu atau pertalian dengan
tindakan yang telah dilaksanakan biarpun hanya untuk menyatakan bahawa hal itu betul
atau salah ". Dengan itu, komunikasi yang berkesan akan dapat memyampaikan
matlamat-matlamat dan memujuk guru-guru untuk mengubah sikap dan tingkahlaku
mereka berhubung dengan pencerapan pengajaran. Tujuan pencerapan pengajaran
hendaklah diterangkan supaya ia tidak menimbulkan keresahan dan merisaukan yang
boleh menegangkan suasana pengajaran dan menerima pencerapan sebagai aktiviti
profesional tanpa perasaan ancaman dan konflik.
Menyedari kegagalan pengetua-pengetua dalam menjalankan tanggungjawab sewajarnya
berhubung dengan kepimpinan pengajaran, eloklah kita meninjau dengan lebih mendalam
apakah bentuk-bentuk kekangan atau halangan-halangan yang menjurus kepada
kegagalan tersebut terutama berhubung dengan kegagalan dalam penyeliaan pengajaran
pembelajaran. Seterusnya kita akan melihat saranan untuk menangani masalah tersebut
secara sepintas lalu.
Model Halangan-Halangan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Sekolah
Hussein Mahmood(1997) telah mengariskan 8 andaian dalam model teori yang
dikemukakan iaitu
(i) Tingkah laku pengetua mempunyai pengaruh secara langsung terhadap pelajar.
(ii) Tingkah laku pengetua mempunyai pengaruh atau kesan secara tidak langsung ke atas
pelajar iaitu melalui pembolehubah pengantaraan sama ada pembolehubah dalam sekolah
atau pembolehubah luar sekolah.
(iii) Tingkah laku pengetua memberi kesan ke atas pembelajaran pelajar dan seterusnya
ke atas hasilan pelajar.
(iv) Kesan tingkah laku pengetua mempengaruhi pembelajaran dan hasilan pelajar sama
ada secara langsung atau tidak langsung dan secara serentak juga akan mempengaruhi
pembolehubah dalam sekolah dan pembolehubah luar sekolah.
(v) Hasilan pelajar merupakan kesan daripada pembelajaran mereka dan sebaliknya.

(vi) Pembolehubah dalam sekolah juga merupakan kesan pembolehubah luar sekolah dan
sebaliknya.
(vii) Pembolehubah dalam sekolah termasuk guru, iklim sekolah, organisasi dan amalan
pengajaran saling mempengaruhi dan
(viii) Kedua-dua faktor dalaman dan luaran sekolah mempengaruhi falsafah sekolah,
misi, matlamat dan dasar, begitu juga sebaliknya.
Halangan-Halangan Dalam Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Halangan-halangan dalam penyelian pengajaran pembelajaran melibatkan empat faktor
iaitu pengetua (masa, kurang kemahiran dan pengetahuan, tekanan dan ciri-ciri peribadi
pengetua), guru (sikap dan motivasi guru), pelajar dan kelengkapan serta kemudahan.
Pengetua
Menurut Boardmen, et. al.(1953) menyatakan pengetua mempunyai masa yang terhad
berhubung dengan penyeliaan. Mengikut kajian yang telah dilakukan, pengetua
sepatutnya menggunakan 25 hingga 30% masa untuk tujuan penyeliaan. Kajian yang
dilakukan oleh Natural Education Association untuk 1304 buah sekolah , hanya 11%
buah sekolah yang menjurus kepada peningkatan profesional staf. Ini termasuklah hal-hal
tentang penyeliaan pengajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa aspek penyeliaan
pengajaran amat kurang diberi perhatian oleh pengetua walaupun mereka menyedari
tentang kepentingan penyeliaan tersebut.
Sejak tamat Perang Dunia Kedua, beban tugas pengetua telah bertambah. Penyeliaan
kakitangan atau guru memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang rapi
( Mohd. Salleh Lebar, 2000). Oleh kerana beban tugas pengetua sebagai pemimpin
pengajaran dan pentadbiran serentak menyebabkan masa yang digunakan untuk
penyeliaan pengajaran menjadi terhad. Berikut adalah bidang tugas pengetua (Lampiran
1) yang terdapat di dalam buku Panduan Tugas Staf Sekolah yang disusun oleh Persatuan
Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Cawangan Selangor
(1995).
Howell(1980) melaporkan bahawa pihak atasan dalam hierarki pentadbiran pendidikan
berpegang kuat pada kepercayaan bahawa para pengetua harus menjadi pemimpin
pengajaran tetapi keadaan di Malaysia dewasa ini adalah berbeza sama sekali. Pengetuapengetua lebih cenderong untuk menggunakan lebih banyak waktunya dalam bidang
pentadbiran. Hanya sedikit masa sahaja digunakan oleh pengetua untuk tugas yang
berunsur pengajaran (Willis;1980 : Martin dan Willawer; 1981 : Mangien dan Arnn; 1985
dalam Hussain, 1997).
Kajian yang dilakukan oleh Sergiovanni(1977) juga mendapati aspek penyeliaan
pengajaran merupakan aktiviti yang paling rendah dalam susunan kajian tersebut.
Keadaan ini memperlihatkan bahawa aspek penyeliaan pengajaran paling kurang
dilakukan oleh pengetua. Faktor ini juga disokong oleh dapatan kajian oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia(1987)
telah menyatakan bahawa pengetua-pengetua telah banyak menghabiskan masa dalam

kerja-kerja pentadbiran terutama hal-hal berkaitan surat-menyurat dan perkhidmatan,


kutipan data untuk pelbagai pihak.
Beban tugas pengetua yang banyak dapat dilihat dengan jelas dalam Buku Panduan
Pentadbiran Sekolah(1982) yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur (Lampiran 2) dan teguran Jawatankuasa Aziz(1971) yang
berbunyi :
The standard of administration in schools is generally below the level expected. Some
head teachers have little or no training in administration and have to rely on their own
judgement, guided perhaps by the clerks who, in many cases, are themselves not well
qualified or equipped to carry out the multifarious administrative functions.
Ternyata masa yang terhad telah menyebabkan penyeliaan pengajaran tidak dapat
dijalankan sepenuhnya. Diperhatikan juga pengetua-pengetua terpaksa menjalankan tugas
hingga larut malam sekiranya ingin menjalankan penyeliaan pengajaran terhadap guruguru kerana masa yang panjang diperlukan oleh pengetua untuk melaksanakan
penyeliaan terutama untuk melaksanakan penyeliaan klinikal (Anderson ; 1993, Mohd.
Salleh, 2000). Goldstein(1982) menegaskan bahawa pengetua tidak seharusnya
melenggah-lenggahkan laporan berhubung dengan penyeliaan pengajaran di dalam kelas.
Tanggapan guru terhadap pengetua mungkin akan terjejas sekiranya laporan penyeliaan
tidak disiapkan secepat mungkin. Laporan ini seharusnya disiapkan dalam tempoh 24 jam
selepas penyeliaan dilakukan.
Kajian lain oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia(1992) dalam Hussain(1997) memaparkan beban tugas para
pengetua sekolah menengah rendah. Didapati pengetua sekolah menengah rendah di
bandar bekerja sebanyak 65.33 jam seminggu berbanding dengan 44.61 jam seminggu
bagi pengetua sekolah menengah rendah di luar bandar dan 41.97 jam seminggu bagi
pengetua sekolah menengah rendah yang kecil (pelajar kurang 149 orang) di luar bandar.
Bayangkan beban tugas pengetua jika sekolah mempunyai 2000 orang pelajar dengan
100 orang guru. Bagaimanakah penyeliaan boleh dilakukan. Pengetua lebih banyak
menumpukan perhatian terhadap pentadbiran sekolah dan banyak berhubung dengan
orang (Hussain, 1997).
Walau bagaimanapun, aspek pengajaran tidak boleh diabaikan. Pengetua harus bijak
menguruskan masanya. Ini bersesuaian dengan surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1987
berbunyi :
Tugas dan fungsi pengetua sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir
hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya,
tanggungjawab utama seorang pengetua ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti
pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di
sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik dari pihak pengetua sekolah itu.
Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam keas yang
sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab
pengetua. Oleh itu dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pngajaranpembelajaran di sekolah, pengetua hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan

pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan yang amat penting.


Aspek penyeliaan ini ditegaskan sekali lagi dalam para 3 surat yang sama yang berbunyi :
"surat pekeliling ini adalah untuk memperingatkan kembali mengenai peri mustahaknya
tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan
tanggungjawab pengetua. Ia tidak sekali-kali menafikan pentingnya tugas-tugas dan
tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seseorang pengetua dalam lain-lain aspek
pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengetua perlu diingatkan mengenai peri
pentingnya melaksanakan tugas-tugas secara seimbang agar pelaksanaan suatu tugas
tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian sewajarnya.
Howell(1981) menemui 80% daripada pengetua sekolah rendah dan 30% daripada
pengetua sekolah menengah yang menumpukan masa mereka terhadap penyeliaan
pengajaran. Masa selebihnya dihabiskan untuk kerja-kerja bukan pengurusan. Manakala
kajian Croft(1968) dalam Hussain (1997) menemui bahawa kira-kira 50% daripada guruguru melaporkan pengetua mereka melihat mereka mengajar, itupun sekali. 60.7%
daripada guru sampel ini menyatakan yang pengetua mereka tidak pernah atau amat
jarang sekali memberi ulasan atau cadangan pengajaran kepada mereka. Oleh itu, Croft
membuat kesimpulan bahawa pengetua tidak ada masa untuk menyelia guru. Daripada
kajian ini, ada bukti yang menunjukkan bahawa beban kerja pengetua yang berlebihan.
Kebijaksanaan menyusun keutamaan kerja atau tugas merupakan ciri pengetua yang
berkesan. Howell(1981) pula menyuarakan agar pengetua dapat mencari jalan tentang
bagaimana penggunaan dan pengurusan masa mereka dapat diperbaiki.
Untuk mengatasi masalah beban kerja yang berlebihan sehinggakan pengetua tiada
banyak masa untuk melakukan penyeliaan pengajaran-pembelajaran, disarankan
pemberian kuasa (empowerment) kepada penolong kanan atau penyelia petang. Amalan
memberi kuasa sangat penting dalam sistem pentadbiran pendidikan sekarang. Keadaan
ini kerana ia meringankan beban dan tanggungjawab seseorang pengetua. Mengikut Wan
Mohd. Zahid Wam Mohd. Noordin(1993), penurunan kuasa bermakna pengurangan
kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan jabatan
Pendidikan Daerah. Dalam masalah ini bermakna pengetua boleh menurunkan kuasa
kepada guru-guru yang dipercayai agar matlamat yang dikehendaki oleh sekolah dan
Jabatan Pendidikan Negeri mudah dicapai. Perkara ini turut disokong oleh kenyataan
sergiovanni(1995) :
" The empowerment rule that they follow is everyone is free to do the things that make
sense to them providing the decision they make about what to do embody the values that
are shared ".
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1987 juga menegaskan perkara yang sama. Antara lain
kenyataan tersebut berbunyi :
"Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong kanan dan penyelia
petang. Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan pengetua /
guru besar "

Dengan cara penurunan kuasa kepada penolong kanan, penyelia petang dan ketua bidang,
ia boleh menambahkan pengayaan ilmu-ilmu pentadbiran kepada penyelia-penyelia yang
dilantik. Oleh kerana tugas pengetua semakin banyak dan tidak sanggup memikulnya
dalam masa yang amat terhad maka penurunan kuasa adalah cara terbaik bagi
memastikan proses penyeliaan dapat dijalankan.
Dalam perbincangan lepas telah dinyatakan pengetua sebagai pemimpin pengajaran di
samping menjalankan tugas sebagai pengurus dan pentadbiran. Namun daripada
perbincangan lepas ternyata pengetua lebih banyak menjalankn tugas sebagai pengurus
dan pentadbir daripada menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Mengikut
Ginsberg (1988) tidak bersetuju bahawa para pengetua patut menjalankan tugas sebagai
pemimpin pengajaran. Namun menurut beliau , pemimpin pengajaran hanya boleh
dilakonkan atau dilakukan oleh pengetua yang berkelibar tinggi dan cekap dalam aktiviti
pengajaran dan pengurusan sekolah.
Kenyataan Ginsberg telah memperlihatkan kepada kita tentang ketidakupayaan
sesetengah pengetua sebagai pemimpin pengajaran memandangkan pengetua tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan semasa menjalankan penyeliaan. Kenyataan ini
turut disokong oleh Boardmen et.al.(1953: 14) yang berbunyi :
There are still many high school principals who have a very limited understanding of the
meaning and scope of supervision and of the techniques and procedures available for
their use "
Kebiasaannya pengetua hanya melakukan penyeliaan dengan cara masuk ke dalam kelas,
memerhati pengajaran guru dan jarang memberi komen tentang pengajaran tersebut. Ini
menjadikan penyeliaan pengajaran di dalam kelas tidak mencapai matlamatnya. Hal ini
terjadi kerana pengetua tidak memahami proses atau prosudur yang sebenarnya.
Penyeliaan pengajaran pembelajaran yang dilakukan lebih banyak bagi memenuhi
keperluan pihak atasan. Oleh itu, pengetua lebih cenderong untuk mengumpul data-data
atau markah-markah penyeliaan bagi maksud menyampaikan maklumat tersebut kepad
apihak atasan. Dengan itu tujuan sebenar penyeliaan pengajaran pembelajaran tidak
tercapai.
Menurut Ginsberg, beliau menyatakan bahawa halangan para pengetua dalam
menjalankan tugas penyeliaan berpunca daripada pengalaman dan latihan mereka
sebelum dan selepas menjadi pengetua. Walaupn latihan dan perkhidmatan di terima oleh
para pengetua namun latihan tersebut lebih cenderong bagi pengurus sekolah dan
bukannya sebagai pemimpin pengajaran. Oleh itu, mereka tidak bersedia menerima untuk
melakonkan peranan sebagai pemimpin pengajaran seperti kata Ginsberg dalam
kesimpulannya :
" with no specific course offered institusi the training programme, the area if
instructional leadership, and eith many of skills the implies concept never taught institusi
the training program, the training of instructional leaders is institusi a sorry state"
Kenyataan ini turut disokong oleh Tunku Ismail Tunku Mohd. Jiwa (1989) yang
menyatakan " apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional,
ia akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau

panduan tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan ". Perkara
yang sama turut dinyatakan oleh Al Ramaiah(1999), Hussain Mohmood(1997), Asnah
Abd. Hamid(1995), Ibrahim Mamat(1993), Nazaruddin et. al.(1993) dan Boardmen et. al.
(1953). Hakikatnya pengalaman mengajar dan kekananan dalam perkhidmatan sahaja
tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang guru itu sebagai pengetua. Maka langkahlangkah yang wajar perlulah dilakukan untuk mengembalikan fungsi pengetua ke
landasan yang betul iaitu sebagai pemimpin pengajaran.
Seorang Prof. W. G. Walker seorang pentadbir dari Australia memberi komen tentang
perkara tersebut (Tunku Ismail, 1986) yang berbunyi :
If a man is to be a teacher we train him to be a teacher; if an engineer, we train him to be
an engineer; if a naval offiver, we train him to be a naval officer. But if a man is to be a
good principal? Of course, we do not, unless we wish to delude ourselves by referring to
several years of class teaching which may or may not provide some vicarious experiences
in administration as "training".
Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum diberi status pentadbir ataupun profesional.
Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961 masih menganggap pengetua sebagai guru
sekolah dan jawatan itu tidak dimasukkan ke dalam senarai pegawai pentadbiran. Dalam
Laporan Aziz(1971) pula, jawatan pengetua sekolah tidak dimasukkan ke dalam kategori
profesional. Dalam keadaan sekarang nampaknya pentadbiran sekolah di negara ini
belum diiktiraf sebagai satu bidang pengkhususan profesional seperti di Amerika
Syarikat, Australia ataupun di Great Britain. Oleh yang demikian, Kementerian
Pendidikan pun tidak memberikan perhatian serius kepada aspek ini dan jaranglah
seseorang pengetua diberi latihan sistematik sebelum dilantik sebagai pentadbir sekolah.
Pada tahun 1969, Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah menyediakan satu laporan
yang bertajuk Training for Development in West Malaysia dan laporan berkenaan telah
menyarankan kepentingan latihan profesional bagi pengetua sekolah. Kesimpulan
bahagian yang relevan ialah yang berikut:
The report recognises school administration as an important aspect of training in the
Education Service and therefore all principals should be given this training. It says that
principals of large schools with enrolments of over 1,000 students should undergo long
intensive training overseas while those of smaller schools should attend a shorter and
more elementary course in school administration.
Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah(1971) juga telah menyentuh
perkara yang sama dalam laporannya:
The Committee recognises that the school principal or head teacher is largely responsible
for setting the tone and the standard of educational achievement in the school. We find
that there has been no systematic process by which a teacher is prepared or trained for
this very important role. The practice has been to leave, as it were, to chance as to how a
person would shape up as a head of a school. The problem is also complicated by the
constraint of service practice where seniority, either by scheme of service or years of
service, has often been used as the criterion for promotion. The technical difficulties of
using aptitude and leadership qualities as criteria for promotion have not been resolved.

We are of the opinion that it is false to assume that an experienced teacher or even a good
teacher would naturally make a good head.
Tunku Ismail(1986) telah mencadangkan bentuk-bentuk kursus dan kegiatan profesional
latihan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai tujuan ini, semua pengetua patutlah
diberi peluang menghadiri kursus serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
profesional yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah.
Kemahiran dan kecekapan pentadbiran sekolah bukanlah sifat semulajadi pengetua
sekolah dan oleh itu perlu diperolehi. Salah satu cara yang berkesan dan cepat untuk
pengetua itu memperoleh pengetahuan dan kemahiran pentadbiran yang begitu penting
baginya ia menghadiri kursus. Oleh yang demikian, rancangan latihan pengetua sekolah
bolehlah diadakan secara berperingkat-peringkat dan kursus-kursus yang dianggap sesuai
ialah yang merangkumi kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan, dan
kegiatan-kegiatan perkembangan profesional yang berterusan.
Guru-guru siswazah boleh dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk menghadiri kursus
sijil, diploma atau sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan di universiti-universiti di
dalam atau di luar negeri. Jikalau guru siswazah ingin mengikuti kursus pada peringkat
sarjana, tempat yang dapat menawarkan kursus pentadbiran pendidikan yang sesuai ialah
universiti-universiti di Amerika Syarikat. Guru itu akan mendapat pengetahuan dan
kemahiran yang banyak jikalau ia mengambil program ijazah sarjana menerusi kerja
kursus.
Bilangan guru siswazah yang dapat dihantar oleh Kementerian Pendidikan mungkin
terhad dan juga selepas pengijazahan guru-guru tersebut akan ditempatkan di bahagian
lain di Kementerian Pendidikan dan akhirnya tidak dapat menjadi pengetua sekolah.
Bakal-bakal pengetua sekolah boleh juga dihantar ke universiti-universiti tempatan untuk
mengikuti kursus diploma dalam bidang pentadbiran pendidikan. Kursus seperti itu patut
ada internship programme di model schools supaya bakal-bakal pengetua itu dapat
memperolehi pengalaman amali serta nasihat daripada pengetua-pengetua di sekolah
berkenaan.
Pada masa ini, kursus seperti itu belum diperkenalkan di universiti-universiti tempatan.
Sebagai satu langkah alternatif Kementerian Pendidikan patut memikirkan, mungkin
sudah tiba masanya keperluan membina sebuah post-graduate college of education untuk
merancang dan mengendalikan semua kursus profesional dalam bidang pendidikan. Jika
ini menjadi visi Menteri Pendidikan negara ini sudah tentu banyak masalah tentang
pendidikan dapat diatasi. Keadaan ini mungkin tidak berlaku jikalau ada pool bakal-bakal
pengetua yang telah menghadiri kursus pra-perkhidmatan untuk dipilih dan ditempatkan
di sekolah yang tidak ada pengetua.
Kursus dalam perkhidmatan adalah sesuai untuk meningkatkan lagi kecekapan dan
kemahiran pengetua sekolah yang sedang berkhidmat dan yang belum mendapat latihan
sistematik dalam pentadbiran sekolah. Kursus seperti ini memberikan peluang bagi
pengetua-pengetua berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran dan juga untuk mengatasi isu
dan masalah sekolah yang dialami oleh rakan-rakan sejawat. Dari aspek perbelanjaan,
kursus ini kosnya tidaklah tinggi, dan untuk mengikutnya pengetua-pengetua tidak perlu
mengambil cuti yang panjang.

Kursus pendek untuk profesional pada masa kini sudah menjadi trend di Amerika
Syarikat, Australia dan Great Britain, dan kajian-kajian kes yang dibincangkan dalam
kursus itu ada relevannya dengan tugas harian peserta kursus. Kebanyakan kursus dalam
perkhidmatan bagi pengetua sekolah adalah preskriptif kerana disediakan oleh pegawaipegawai di Kementerian Pendidikan yang sebilangannya tidak pernah menjadi pengetua
sekolah. Oleh yang demikian, pengetua sekolah patut dijemput untuk merancangkan
kursus dalam perkhidmatan bersama-sama dengan pegawai lain.
Kementerian Pendidikan sekarang sedar akan betapa pentingnya kursus jangka pendek
bagi pengetua sekolah, dan menerusi Institut Aminuddin Baki di Sri Layang, Genting
Highlands kursus-kursus asas bagi pengetua telah dikendalikan dari masa ke masa. Pada
tahun 1980-1988 seramai 3,347 orang pentadbir sekolah sudah menghadiri kursus seperti
itu. Kursus asas yang disediakan oleh Institut Aminuddin Baki adalah bagi pengetua yang
sedang berkhidmat tidak melebihi dua tahun dari tarikh pelantikan. Sebagai contoh,
kursus itu mengandungi lima bidang iaitu
(i) Pengurusan Tadbiran Pejabat dan Kewangan.
(ii) Pengurusan Personel dan Sumber.
(iii) Pembangunan Diri Insan.
(iv) Penggunaan Bahasa Malaysia Baku Dalam Pengurusan.
(v) Pengurusan Kurikulum dan Ko-kurikulum.
Kursus itu telah direkabentuk untuk membolehkan lantikan baru memperoleh
pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang asas supaya mereka dapat mengurus
perkara-perkara yang penting untuk mereka apabila mula bertugas sebagai pengetua
sekolah.
Semua pengetua sekolah mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat kita terutama
sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian,
pengetua sekolah haruslah mengemaskinikan pengetahuan dan ilmu tentang profesion
sendiri. Satu jalan yang baik ialah penglibatan diri sendiri dalam kegiatan-kegiatan
profesional. Tetapi kegiatan-kegiatan profesional bagi pengetua sekolah di Malaysia
sangat kurang. Oleh yang demikian, bolehlah dicadangkan satu pusat kegiatan
profesional bagi pengetua-pengetua ditubuhkan di mana-mana universiti tempatan. Pusat
seperti itu dapat membantu pengetua sekolah dalam perkara-perkara yang berikut
(i) Menaja bengkel dan seminar yang dikelolakan oleh pengetua dan pensyarah universiti
tentang masalah dan isu pendidikan dan juga kepimpinan.
(ii) Memberikan perkhidmatan perundingan tentang masalah sekolah dan individu.
(iii) Menyediakan tempat perjumpaan pengetua sekolah.
(iv) Menyediakan tempat pameran buku, majalah, hasil penyelidikan dan kajian yang

berkaitan dengan profesion pengetua sekolah dan


(v) Menyediakan pusat membantu pengetua menulis buku atau kajian kes.
Untuk menjadi seseorang pengetua yang cekap dan berkesan dalam pentadbiran sekolah,
seseorang tidak boleh menganggap latihannya sudah lengkap selepas ia menghadiri
kursus ataupun selepas mendapat ijazah. Kegiatan perkembangan profesionalnya harus
diteruskan seperti penglibatan diri dalam kegiatan-kegiatan yang berikut
(i) Menghadiri kursus atau seminar yang dikendalikan oleh universiti.
(ii) Menghadiri bengkel atau klinik yang memberi tumpuan kepada masalah dan isu
pentadbiran.
(iii) Membuat lawatan sambil belajar.
(iv) Membaca penerbitan profesional untuk mengemaskinikan pengetahuan sendiri.
(v) Menghadiri mesyuarat profesional pada peringkat negeri dan di luar negeri supaya
dapat bertukar-tukar fikiran dengan rakan sejawat dan juga mengekalkan konteks di
antara satu sama lain dan
(vi) Membuat kunjungan ke sekolah lain untuk mendapat idea baru atau melihat sendiri
rancangan-rancangan yang inovatif.
Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama universiri tempatan telah
merangka satu program persediaan kepada bakal-bakal pengetua mulai tahun 2000.
Program ini dikenali sebagai Program Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH)
merupakan kesenambungan daripada rintihan-rintihan pemimpin-pemimpin pendidikan
sejak 30 tahun dahulu yang mahukan pengetua-pengetua diberi latihan sebelum dilantik
ke jawatan pengetua. Diharapkan program ini dapat memantapkan sistem pendidikan
negara kerana bakal-bakal pengetua telah didedahkan dengan pelbagai keadah, teori dan
amalannya. Peningkatan mutu pendidikan bakal pengetua kepada sekurang-kurangnya
memiliki ijazah sarjana juga memungkinkan mutu perkhidmatan pengetua pada masa
akan datang lebih menyakinkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994)
Walaupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan bentuk latihan bagi
meningkatkan kemahiran pengetua namun para pengetua juga akan menghadapi pelbagai
bentuk tekanan daripada pihak luar sekolah. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan sedikit
sebanyak bentuk penyeliaan pengajaran-pembelajaran yang akan dilakukan.
Menurut Sarason (1971) mendapati pengetua menerima tekanan kerja yang banyak
daripada ketua-ketua dalam hierarki sistem persekolahan dalam bentuk arahan dan
peraturan. Banyak surat-surat yang di terima perlukan tindakan segera. Pengetuapengetua dewasa ini menghadapi masalah disiplin di kawasan sekolah. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi beban baru kepada pengetua untuk
menengani masalah ini. Dengan itu, pengetua telah terperangkap dalam keadaan serba
salah antara tuntutan pihak atasan dengan kehendak-kehendak sekolah itu sendiri.

Selain daripada itu, pengetua juga menghadapi tekanan-tekanan daripada masyarakat


setempat, ibu bapa atau kumpulan-kumpulan yang berkepentingan (Leithwood dan
Montgomery, 1994). Pengetua terpaksa mengimbangi segala bentuk tekanan tersebut
dengan visi sekolah. Contohnya, pengetua-pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat
persatuan, jemputan perasmian, jamuan, ceramah dan sebagainya oleh badan-badan di
dalam kawasan atau daerah di waktu pejabat. Semua ini sedikit sebanyak menjejaskan
penyeliaan yang dirancang hendak dilakukan. Majlis-majlis kelolaan Pejabat Daerah,
Majlis Kerajaan Tempatan, parti politik dan sebagainya turut melibatkan pengetua
sekolah di dalam kawasan mereka.
Seterusnya, pengetua juga tidak dapat lari daripada tekanan daripada PIBG. Hambatan
PIBG biasanya mengenakan bentuk tekanan dari aspek penyediaan kekurangan sumber
yang terdapat di sekolah. Kekurangan guru, kelas, perabot sering dikaitkan dengan PIBG.
Tuntutan PIBG menyebabkan beban tugas pengetua semakin meningkat. Peruntukan
kewangan yang terhad kepada sekolah daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri sudah
tentu membantutkan usaha pengetua menyediakan semua kemudahan kepad guru dan
pelajar. Keadaan tertangguh institusi menyebabkan proses penyeliaan akan terjejas.
Lain pula ceritanya di Sabah dan Sarawak yang majoriti sekolahnya memerlukan
pembinaan sekolah yang baru bagi menggantikan sekolah yang sudah usang. Sekolah
yang dibina sejak Perang Dunia Kedua masih digunakan walaupun sekolah tersebut
sudah tidak selamat digunakan. Keadaan sekolah ini ternayata amat sempit, uzur dan saiz
kelasnya adalah kecil menyebabkan pengetua-pengetua terbabit lebih memberi perhatian
untuk menyediakan pasarana daripada penyeliaan pengajaran-pembelajaran (Tibaw,
1995). Dengan itu, penyeliaan pengajaran-pembelajaran tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnya.
Kesimpulannya, pengetua menghadapi 3 unsur utama dalam menghalang melakukan
penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Bentuk-bentuk tekanan tersebut
seperti tekanan daripada pihak atasan (Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia), tekanan dari masyarakat setempat, badan
berkepentingan dan ibu bapa serta tekanan dalam penyediaan kekurangan sumber sama
ada sumber manusia atau peralatan. Kesemua faktor ini menjejaskan fungsi pengetua
sebagai pemimpin pengajaran terutamanya dalam aspek penyeliaan pengajaranpembelajaran di dalam kelas. Walaupun seseorang pengetua itu bijak di dalam menangani
tekanan namun beliau masih juga akan gagal melaksanakan tanggungjawab sekiranya
sifat peribadinya yang lemah bagi maksud menjadi pemimpin pengajaran di sekolah.
Boardman et.al.(1953) telah menyatakan bahawa pengetua-pengetua belum bersedia
untuk melakukan pencerapan memandangkan mereka tidak memahami pelbagai mata
pelajaran yang terdapat di sekolah. Penyeliaan yang dilakukan tidak mencapai objektif
kerana mereka mengaplikasikan penyeliaan secara umum sahaja untuk semua mata
pelajaran . Manakala menurut kajian Fullan dan Pomfret(1977) menyatakan bahawa
seringkali program itu gagal. Kegagalan itu sebenarnya disebabkan oleh pengetua tidak
bersedia untuk memainkan peranannya sebagai pemudahcara dan agen perubahan.
Dengan itu, pengetua-pengetua akan hilang kewibawaan semasa melakukan penyeliaan
pengajaran. Asnah Abd. Hamid(1993) mengariskan beberapa kriteria peribadi pengetua
yang menghalang pengetua melakukan penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap
guru-gurunya seperti

(i) Pengetua dan guru yang terlalu mengenali antara satu sama lain akan mengganggu
gugat proses penyeliaan pengajaran-pembelajaran. Persoalan timbul tentang sikap
terhadap jantina mungkin timbul.
(ii) Pengetua yang menyelia guru-guru di dalam kelas mungkin mewujudkan keresahan
di dalam diri guru yang diselia. Keadaan ini akan menyebabkan guru memaperkan
perlakuan seperti patuh kepada arahan dan hanya melakonkan sahaja apa yang dilakukan
di dalam kelas tersebut. Pernyataan ini turut disokong oleh Al Ramaiah(1999).
(iii) Jika motivasi pengetua tinggi di dalam penyeliaan akan menghasilkan keputusan
penyeliaan pengajaran-pembelajaran yang memuaskan dan begitu sebaliknya.
(iv) Gaya pengetua memainkan peranan penting terutama selepas penyeliaan dilakukan.
Contohnya, sokongan dan cara arahan, penerangan yang positif dapat membantu guru
meningkatkan pengajarannya. Jika wujud pertembungan antara pengetua dan guru ia
boleh mewujudkan ketidak sefahaman haluan.
(v) Perhubungan antara pengetua dengan guru yang diselia jika terlalu intim akan
menyebabkan penyelia itu lebih bersifat peribadi. Pengetua akan menghadapi kesukaran
untuk melakukan penyeliaan yang lebih objektif. Oleh itu, kemungkinan guru itu tidak
dapat menerima teguran secara professional.
(vi) Kerapkali wujud penyeliaan pengjaaran-pembelajarn yang berkaitan dengan had
ruang penyeliaan. Pengetua akan melakukan pencabulan hak staf yang diselia. Keadaan
ini berlaku kerana pengetua menganggap dirinya serba tahu daripada guru-guru tadi. Oleh
itu, hak guru perlulah dihormati.
(vii) Pengetua sering menggunakan penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai kayu
ukur dalam penilaian prestasi dan menapis guru-guru yang tidak mencapai tahap yang
diharapkan. Keadaan ini berkemungkinan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan
guru-guru. Pengetua harus bijak menguruskan semua ini dan
(viii) Etika kerahsiaan mestilah dipatuhi. Perkara ini penting untuk membina, memupuk
dan mengekalkan perhubungan. Penyelia yang sihat dan dinamik agar penyeliaan yang
dilakukan mendapat keputusan yang diharapkan. Ada pengetua dengan terang-terang
menyatakan mana-mana guru yang mengajar dengan cara yang lemah di dalam
mesyuarat staf.
Jelas sekali bahawa aspek peribadi pengetua perlulah diberi perhatian. Pengetua harus
bijak menangani sebarang halangan berhubung aspek peribadi agar guru-guru percaya
akan kebolehan pengetua dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin pengajaran.
Kebijaksanaan pengetua boleh menarik perhatian guru dan seterusnya mencapai
matlamat yang diharapkan. Jika sebaliknya berlaku, maka apa yang diharapkan dari
penyeliaan pengajaranpembelajaran akan menjadi lakonan dan memenuhi kehendakkehendak pihak atasan sahaja.
Faktor Guru

Boardmen et.al.(1953) telah menyata bahawa kebanyakan guru percaya bahawa soal
pengajaran di dalam kelas adalah kepakaran mereka dan pengetua tidak berupaya
memperbaiki tahap kecekapan pengajaran mereka. Mengikut kajian Nazaruddin et.al
(1993) mendapati 80% guru-guru menyatakan penyeliaan pengajaran tidak wajar
dilakukan oleh pengetua walaupun mereka memahami tujuan-tujuan penyeliaan dalam
bilik darjah. Kebanyakan guru pula lebih suka pengetua mereka berperanan sebagai
pengurus sekolah. Mereka juga lebih suka tugas dan perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dijadikan hak mereka tanpa gangguan atau campur tangan pengetua
( Kottkamp, et. al.(1986) dalam Husssain Mohmmad(1997). Metadologi dan sistem
penyeliaan juga dipersoalkan oleh guru-guru (Al Ramaiah, 1995). Kepakaran pengetua
sebagai penyelia turut diragui.
Daripada penyataan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa kesediaan guru-guru untiuk
diselia juga membawa kepada penyeliaan yang dikehendaki. Tanpa sokongan daripada
guru-guru maka matlamat sebenar penyeliaan pengajaran-pembalajaran tidak akan
tercapai. Oleh itu, pengetua yang bijak perlulah memastikan tujuan dan objektif
penyeliaan pengajaran-pembelajaran diketahui oleh semua pihak yang terlibat supaya
tidak berlaku salah tafsir, salah faham dan salah guna penyeliaan pengajaranpembelajaran (Al Ramaiah; 1995, Broadwell; 1975, Hussain Mahmood; 1997). Aspek
komunikasi harus dipertajamkan oleh pengetua agar maksud di atas tercapai.
" Masalah yang berkaitan dengan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran
dalam mengamalkan pelajaran baru. Sesetengah guru didapati kurang mempunyai
motivasi dan tidak mahu menerima dan tidak menjalankan perubahan " (Leithwood dan
Montgomery, 1982). Asnah(1993) merujuk kepada motivasi staf sama ada bersifat luaran
atau dalaman.
Ada guru-guru yang suka diselia terutama guru-guru baru kerana pada anggapan mereka
pengetua merupakan orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Tunjuk ajar daripada
pengetua sudah tentu dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka namun bagi guruguru "tunggul mati" , mereka tidak suka diselia oleh pengetua (Ibrahim Mamat ,1993) .
Bagi mereka, pengetua tidak tahu tentang kepakaran mereka dan anggap mereka sahaja
yang betul. Walhal cara pengajaran akan berubah dalam masa 5 tahun ( Al Ramaiah,
1999).
Oleh yang demikian, pengetua akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas
mereka terutama pengetua-pengetua yang baru dilantik sebagai pengetua dan belum
menghadiri kursus berhubung dengan penyeliaan ini. Guru-guru lama sudah tentu
menggunakan kesempatan ini untuk mengelak daripada diselia oleh pengetua dan
pengetua-pengetua ini juga diperhatikan kurang melakukan penyeliaan terhadap guruguru yang telah lama berkhidmat.
Faktor Pelajar
Dalam aspek penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas, pelajar-pelajar
memainkan peranan yang penting . Keberkesanan pengajaran-pembelajaran guru dapat
diukur melalui kefahaman dan keputusan peperiksaan pelajar. Namun demikian, jika
pengetua tidak berhati-hati di dalam melakukan penyeliaan di dalam kelas maka
keputusan yang diperolehi tidak mencerminkan keadaan sebenar. Pelajar yang pelbagai

tahap kecerdasan sudah tentu membawa pelbagai kesan kepada pengajaran-pembelajaran


guru. Pelajar yang kurang berusaha, ketekunan, kurang mematuhi peraturan sekolah,
kurang keinsafan dan kesedaran tentang perlunya pendidikan akan menjadikan halangan
kepada pengetua semasa melakukan menyeliaan pengajaran-pembelajaran (Ibrahim
Mamat, 1993).
Oleh itu, pengetua harus memahami situasi pelajar sebelum melakukan pencerapan.
Perbincangan dengan guru yang hendak diselia berhubung situasi pelajarnya mungkin
memberi faedah kepada pengetua bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang situasi
pelajar di dalam sesebuah kelas. Dengan cara itu, guru-guru tidak akan merasa takut atau
resah jika mereka tahu pengetua sudah memahami situasi pelajar-pelajar yang bakal
mereka hadapi. Oleh itu, objektif penyeliaan boleh dicapai.
Kelengkapan dan Kemudahan
Selain daripada faktor halangan daripada pengetua, guru dan pelajar para pengetua juga
perlu memikirkan kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dan
kawasan sekolah amnya bagi memastikan penyeliaan pengajaran-pembelajaran mencapai
objektifnya. Bilik darjah yang kekurangan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan
eletrik, kipas, alat-alat mengajar dan lain-lain akan menjejaskan pengajaran guru dan
penerimaan pelajar (Ibrahim Mamat, 1993).
Jika sesebuah sekolah atau kelas itu sempurna, maka kadar pengajaran-pembelajaran
akan bertambah baik. Sebagai contoh, kelas yang tidak mempunyai kipas angin akan
mengganggu gugat proses pengajaran-pembelajaran kerana semua pihak ( guru dan
pelajar) berada di dalam keadaan yang tidak selesa jika hari tersebut terlalu panas.
Dengan itu, pengetua harus mengkaji semua faktor sebelum membuat atau melakukan
penyeliaan terhadap guru-guru.
Kesimpulannya halangan-halangan kepada penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam
kelas yang baik seperti kekangan masa, kurang kemahiran dan latihan, tekanan dan cirriciri pengetua, faktor guru dari aspek sikap dan motivasi, faktor pelajar dan faktor
kelengkapan dan kemudahan. Husain Mahmood (1997: 221) mengariskan beberapa
cadangan untuk memperbaiki keadaan ini seperti
(i) Menjalankan kajian lanjutan tentang teori dan konsep kepimpinan pengajaran.
(ii) Mengubahsuaikan latihan dalam perkhidmatan bagi pengetua.
(iii) Mendapatkan sokongan dan dasar daripada pihak atasan dalam hierarki system
pendidikan bagi memajukan peranan kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua.
(iv) memilih dan menaikkan pangkat guru-guru atau pengetua yang komited kepada
kemajuan pengajaran. Ini bermakna pengetua yang dilantik terdiri daripada mereka yang
benar-benar terbukti kejayaannya dalam memajukan sekolah dan
(v) Pengetua menilai peranan mereka secara meninjau kembali kekuatan dan kelemahan
mereka dalam kepimpinan dan mencergaskan diri untuk menjadi pemimpin pengajaran
iaitu satu peranan yang tidak mustahil dijalankan.

Penutup
Sungguhpun kepimpinan pengajaran itu satu konsep baru tetapi intipatinya adalah tidak
baru. Perbalahan masih lagi wujud dikalangan penyelidik-penyelidik pendidikan
berhubung dengan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Ada pihak
menyatakan tidak wajar dan ada pihak yang menyetujui peranan pengetua sebagai
pemimpin pengajaran. Pengetua menghadapi berbagai halangan semasa melakukan
penyeliaan pengajaran-pembelajaran. Keadaan ini berpunca daripada pengetua, guru,
pelajar dan kemudahan serta kelengkapan. Penulisan ini juga ada mengutarakan beberapa
cadangan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.
Bibliografi :
Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah Isu
Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 10-33.
Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan. Kuala Lumpur : Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS
Buku Sdn. Bhd.
Anderson, Coralyn S. (1987). Instructional Leadership Behaviours In High School
Principals, Assistant Principal And Deparmant Chairpersons : The High School Journal.
70 (2) : 115 - 123.
Anderson, R. H. & Karolyn, J. S. (1993). Clinical Supervision : Coaching For Higher
Performance. Pennsylvania : Technomic Publishing Company,Inc.
Arthur, J. Lewis & Alice, Miel (1972). Supervision For Improved Instruction. California:
Wadsworth Publishing Campany,Inc.
Asnah Abdul Hamid,(1995)."Penyeliaan Dalam Pengurusan Organisasi Pendidikan : Satu
Pendekatan Kaunseling". Jurnal Pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jilid 4, Bil. 2.
Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision with
vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478
Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing
Company.
Boardman, W. Charles, Dougless R. Harl dan Bent K. Rudyard. (1953). Democratic
Supervision In Secondary School. Massachusetts : Houghton Mifflin Company.
Broadwell, Martin M. (1975). Supervisior dan Masalahnya. Yogyakarta : Penerbitan
Yayasan Kanisius.

Charles, A. (1987). The Leadership Style of the Elementary Principal and its Relationship
to Curriculum Change in Reading. Ed. D dissertation, The State University of New Jersey
(New Brunswick). (ERIC Dokument Reproduction Service No. ED 166686)
Duke, D.L. (1987). School Leadership and Instructional Improvement. New York :
Random House.
Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and Outcomes
in H.J. Walberg (Ed), Educational Enviroment and Effects. Berkerly, Cal. : McCutchan
Publishing Corporation.
Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change. New York : Teacher College,
Colombia University.
Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as Instructional
Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82.
Glickman, Carl D. (1989). Supervision Of Instruction; A Developmental Approach.
Massachusetts : Allyn & Bacon, Inc.
Goalstein, William (1982). Supervision Made Sample. Indiana : Phi Delta Kappa
Educational Foundation.
Goldhammer, R. et. al. (1980). Clinical Supervision : Special Methods for the
Supervision of Teachers. (2nd. ed.) New York : Random House.
Haji Abdul Rahman b. Ahmad,(1987). Penyeliaan Bilik Darjah - Kajian Kes SekolahSekolah Selangor. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai
Pendidikan Dearah kali ke 5 di Kota bahru, Kelantan.
Hallinger, P. & Murpy, J. F. (1982). The Supretendents Role in Promoting Instructional
Leadership. Adminstrator's Notebook, Vol.30 (6), p.1-4.
Hallinger, P. & Murpy, J. F. (1985). Assessing The Instructional Management Behaviour
of Principals. Educational Leadership. Nov. : p. 217-247.
Hallinger, P. & Murpy, J. F. (1987). Assessing and Developing Principal Instructional
Leadership. Educational Leadership. Septembar : p. 54-61.
Harris, Ben M. (1975). Supervisory Behavior In Education. New Jersey : PrenticeHall,Inc.
Hoy, W.K. & Forsyth. P.H. (1986). Effective Supervision. New York : McGraw Hill.
Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.
Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Ismail Abu Talib, (1986). Penyeliaan Sekolah - Satu Harapan. Kertas kerja dibentang
dalam Seminar Peningkatan Profesionalisme Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah
Melaka, Melaka.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, (1993). Buku Panduan Pengurusan Profesional
Sekolah Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Malindo Printers
Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1994). Principal Work Targets. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah. Dato' Haji Murad
bin Mohd. Noor, Pengerusi. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1977.
Likert, R. (1961). New Patterns Of Management. New York : McGraw Hill Book
Company.
Mohd Salleh Lebar, (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia.
Petaling Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et. al (1993). Penyeliaan Pendidikan : Kepimpinan Instruksi
Guru Besar & Pengetua. Jurnal Pendidikan.
Panduan Pentadbiran Sekolah. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur,
1982.
Perangkaan Pendidikan di Malaysia 1986. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Cawangan
Selangor, (1995) Panduan Tugas Staf Sekolah , Petaling Jaya, Selangor : Alpha Sigma
Sdn. Bhd.
Revised Report of the Royal Commission on the Teaching Services, West Malaysia. Tan
Sri Abdul Aziz bin Mohd. Zain, Chairman. Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan, 1971.
Ross, L. N. & Evans, N. D. (1980). Handbook For Effective Supervision Of Instruction
(Third Edition). New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Sarasson, S. (1971). The Culture of the School and The Problem of Change. Boston :
Allyn and Bacon.
Sergiovanni, T. J. (1983). Supervision : Human Perspectives. New York : McGraw Hill
Book Company.
Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship : A Reflective Perspective. Boston : Allyn &
Bacon.

Sukatan Kursus Asas Guru Besar (1) - 1/88. Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Sri Layang, Genting Highlands. 1988.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999 bertajuk Penyediaan Rekod Pengajaran Dan
Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 / 1987 bertajuk Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / Guru Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.
Tibaw, (1995). Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Bantuan Di Mukah. Sekolah
Menengah Bantuan Saint Patrick, Mukah.
Tunku Ismail b. Tunku Mohd. Jiwa, (1989). Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1989
bertajuk Profesor Dalam Bidang Pentadbiran Pendidikan . Pulau Pinang : Universiti Sains
Malaysia .
Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin, (1993). Wawasan Pendidikan Agenda
Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin,(1987). Ke Arah Pengurusan dan Penyeliaan
Bilik Darjah.Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan
Dearah kali ke 5 di Kota bahru, Kelantan.

HURAIAN KANDUNGAN

1.0

PENYELIAAN PELAJAR

1.1

Definisi Penyeliaan

Dalam konteks pendidikan, pelbagai istilah berikut digunakan untuk penyeliaan: penyeliaan
pengajaran (instructional supervision), penyeliaan pendidikan (educational supervision), dan
penyeliaan pelajar (student supervision). Walau apapun istilah yang digunakan, penyeliaan
dalam pendidikan mempunyai its central mission the facilitation of effective instruction (Bruce
& Grimsley, 1987, hlm. 1). Definisi yang diberi oleh Glickman et al. (1998), juga menekankan
bahawa

penyeliaan

dalam

konteks

pendidikan

adalah

bertujuan

mempertingkatkan

keberkesanan pengajaran. Mereka yang telah membuat tinjauan literatur tentang penyeliaan
merumuskan,

Almost all writers agree that the primary focus in educational supervision is and
should be the improvement of teaching and learning. The term instructional
supervision is widely used in the literature to embody all efforts to those ends.
(Glickman et al.,1998, hlm. 8)

Apabila diaplikasikan dalam konteks institusi pendidikan tinggi, penyeliaan pelajar bermakna
penyeliaan pembelajaran pelajar bagi kedua-dua peringkat siswazah dan pasca-siswazah
walaupun di Malaysia istilah yang kerap digunakan pada peringkat siswazah ialah Penasihat
Akademik sementara istilah Penyelia lebih kerap digunakan di peringkat pasca-siswazah.
Dalam hal ini, definisi yang diberikan oleh Glickman et al. (1998) lebih sesuai iaitu, supervision
is assistance for the improvement of instruction (hlm. 8) kerana definisi ini membolehkan
penyeliaan dilihat sebagai satu fungsi dan proses, bukan sahaja sebagai satu peranan atau
jawatan. Perkara ini bermakna kesemua pensyarah terlibat dalam proses penyeliaan iaitu
usaha mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar mereka.

1.2

Peranan Penyelia dan Kemahiran Penyeliaan

Selaras dengan definisi penyeliaan dalam konteks pendidikan di atas, peranan utama penyelia
adalah:

Memberi motivasi

Menggalak, memotivasi dan menasihat pelajar merupakan satu daripada fungsi utama pendidik
pada mana-mana tahap pun, termasuk peringkat pendidikan tinggi. Pengalaman menunjukkan
perkara ini tidaklah mudah dilakukan seperti yang jelas daripada kenyataan berikut:
Perhaps the best way to motivate students is to develop a good rapport with the class, to fire
them with your enthusiasm and persuade them of the interest and importance of your subject
not easy. It is sometimes possible to improve the motivation of students by choosing examples
relevant to hteir interests, taking advantage of any topical issues or events involving you
subject, and relating your material to the rest of their programme. Repeated reference to the
examination helps too. (Cox, 1994, hlm. 52)

Walau bagaimanapun,

terdapat

teknik-teknik

yang

boleh

pensyarah

gunakan

untuk

mempertingkatkan kemahiran mereka dalam hal ini (sila rujuk Modul 3 D bagi perbincangan
lanjut).

Memberi bimbingan

Satu lagi peranan penting penyelia adalah memberi tunjuk ajar termasuk mengarahkan pelajar
kepada sumber yang relevan, mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan
pelajar, mengesan kekuatan dan kelemahan, membetulkan kesalahan pelajar dengan sertamerta dan memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik.
Berdasarkan peranan di atas, beberapa jenis kemahiran yang diperlukan bagi penyeliaan
walaupun kemahiran tersebut umumnya (lebih-lebih lagi pada peringkat pendidikan tinggi)
diperoleh on the job, bukan semasa program persediaan profesional dan internship (Alfonso et
al., dalam Bruce & Grimsley, 1987).
Daripada klasifikasi yang dikemukakan oleh Bruce dan Grimsley (1987) dan Glickman et al.
(1998), dapat dirumuskan bahawa terdapat dua jenis utama kemahiran yang diperlukan bagi
penyeliaan pelajar, iaitu:

Kemahiran hubungan manusia (human relations skill) atau kemahiran interpersonal


iaitu keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dan memotivasi
mereka agar mereka berusaha untuk memperoleh prestasi baik.

Kemahiran teknikal dan pengurusan iaitu pengetahuan dan keupayaan khusus yang
diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas utama sebagai penyelia merangkumi

aktiviti merancang, mentaksir, membuat pemerhatian, dan menilai program


pengajaran.

Jika kemahiran yang pertama boleh dipertingkatkan melalui pembacaan tentang cara-cara
memotivasi pelajar (sila lihat Modul 3 D), peningkatan kemahiran teknikal dan pengurusan
boleh dilakukan melalui pengumpulan dan penelitian terhadap garis panduan bagi pelbagai
bentuk pembelajaran yang dilalui oleh pelajar (perkara ini dibincangkan pada bahagian 1.4 di
bawah).

Semua penyeliaan mestilah dilakukan berpandukan kod etika akademik universiti masingmasing khususnya yang berkaitan dengan hubungan antara kakitangan dengan kakitangan lain
dan pelajar, dan yang berkaitan dengan tugas pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, adalah
menjadi suatu pelanggaran etika bagi seseorang kakitangan akademik melakukan perkara
berikut: mencabul kehormatan pelajar di dalam kawasan kampus; merahsiakan kejadian
ketidakjujuran akademik yang dilakukan oleh pelajar supaya tidak diketahui oleh pihak
pengurusan universiti. Selaras dengan perkembangan semasa, kini terdapat juga etika bagi
penyeliaan yang dilakukan secara maya (virtual supervision).

1.3

Refleksi - Aktiviti Kajian Kes


1.

Teliti senarai Tugas dan Tanggungjawab Penasihat Akademik Pelajar (bagi

penyeliaan peringkat siswazah) dan Peranan Penyelia bagi Program Ijazah Tinggi
(bagi penyeliaan peringkat pasca-siswazah) daripada sebuah intitusi yang diberikan di
bawah. Bagi setiap satunya kenal pasti jenis peranan dan kemahiran yang diperlukan.
Apakah perbezaan antara penyeliaan peringkat siswazah dan pasca-siswazah?
2.

Dapatkan garis panduan sedemikian bagi fakulti anda dan bandingkan

senarai yang diberikan. Apakah perbezaan dan

dengan

persamaan yang anda boleh kenal pasti?

Tugas dan Tanggungjawab Penasihat Akademik Pelajar

1.

Penasihat Akademik akan dibekalkan dan hendaklah menyimpan fail rekod pelajar di
bawahnya. Maklumat mengenai latar belakang pelajar, program pengajiannya, kursuskursus yang telah diambil dan yang dirancang akan diambil, dan hasil setiap perbincangan
yang diadakan dengan pelajar hendaklah dimasukkan dalam fail ini.
2.
Penasihat Akademik hendaklah bertemu pelajar sekurang-kurangnya tiga kali dalam
satu semester .
3. Dalam memberi bimbingan, Penasihat Akademik tidak seharusnya memaksa pelajar
membuat pemilihan program pengajian atau kursus yang hendak diambil oleh pelajar.
Peranan Penasihat Akademik ialah sebagai pembimbing yang cuba memperjelaskan
pemahaman dan fikiran pelajar tentang program pengajiannya. Pelajar sendiri
bertanggungjawab membuat keputusan.
4. Penasihat Akademik hendaklah memberi peringatan kepada pelajar di bawahnya tentang
peraturan-peraturan peperiksaan.
5. Dalam memberi bimbingan, hubungan antara Penasihat Akademik dan pelajarnya hendaklah
mesra supaya perbincangan dapat dijalankan dengan terbuka dan objektif.
6.

Penasihat Akademik hendaklah memberi sokongan dan motivasi yang sesuai kepada
pelajar dalam pembelajarannya.

7.

Penasihat Akademik digalakkan memahami dan membantu pelajar, di mana boleh


dalam aspek peribadi dan sosial pelajarnya. Di mana terdapat masalah pelajar yang di luar
kemampuan Penasihat Akademik untuk menyelesaikannya, beliau hendaklah merujuk
pelajarnya kepada pakar lain yang lebih arif, misalnya kepada pegawai perubatan atau
kaunselor.
8.
Terserah kepada kebijaksanaan dan budi bicara Penasihat Akademik untuk menjadikan
peranannya lebih efektif.
9.
Penasihat Akademik hendaklah menetapkan dan mempamerkan dengan jelas jadual
waktu khusus penemuan dengan pelajar dalam sesuatu semester.

Peranan Penyelia Bagi Program Ijazah Tinggi

(a)
(b)
(c)
(d)

Sebelum memulakan tugas sebagai Penyelia kepada calon, beliau perlu mengetahui
peraturan universiti terkini dan peraturan berkenaan dengan calon pasca ijazah.
Penyelia perlu mempunyai kemantapan ilmu dan kerangka pendekatan teori dan
konsep yang mencukupi dan terkini dalam bidang pengajian calon berkenaan.
Penyelia perlu arif tentang jadual kerja yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu
projek penyelidikan supaya ia mematuhi peruntukan masa bagi ijazah-ijazah yang
tertentu. Ini bertujuan untuk memastikan projek penyelidikan calon berjalan lancer.
Penyelia bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar dan sokongan akademik yang
relevan dan mencukupi kepada calon dalam tempoh waktu penyeliaannya bagi

(e)

(f)

(g)
(h)
(i)

(j)
(k)
(l)
(m)

(n)
(o)
(p)
(q)

1.4

membolehkan calon tersebut menjalankan penyelidikan dan penulisan dengan


cemerlang.
Tanggungjawab ini termasuk perancangan yang teliti mengenai
penyelidikan, kajian latar belakang dan kajian perpustakaan, keperluan menghadiri
kursus untuk melengkapkan bidang kajian termasuk kaedah-kaedah saintifik.
Kesedaran mengenai kesan pemalsuan dan plagiarisme perlu dimaklumkan kepada
calon.
Penyelia perlu mewujudkan hubungan akrab dengan calon. Pertemuaan adalah
untuk memantau dan memberi nasihat akademik kepada calon tersebut. Cara ini
akan dapat memastikan bahawa calon dapat menamatkan pengajian dalam masa
yang ditetapkan untuk ijazah tersebut.
Penyelia bertanggungjawab untuk memastikan bahawa calonnya dapat berhubung
dengan pakar yang bersesuaian sekiranya bidang penyelidikan calon
memerlukannya.
Dalam kes-kes tertentu, Penyelia tambahan atau perunding
mungkin boleh dilantik.
Dalam kes yang melibatkan lebih daripada satu Penyelia/Perunding, tanggungjawab
masing-masing perlu jelas dan hubungan bekerja yang efektif antara kesemua pihak
perlu dikekalkan.
Penyelia perlu membantu calon membuat persiapan dan persediaan dalam hal
berkaitan dengan pembentangan di persidangan, seminar, mesyuarat dan bengkel.
Penyelia perlu membuat penilaian kemajuan dengan mendapatkan laporan bertulis
calon dan memantau pencapaian secara relative mengikut mutu yang ditetapkan
untuk ijazah tertentu. Calon hendaklah dimaklumkan sekiranya mutu kerjanya tidak
mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika kemajuan calon tidak memuaskan,
Penyelia perlu mengambil tindakan untuk membantu calon meningkatkan pencapaian
beliau.
Penyelia perlu menyediakan dan mengemaskini fail rekod pencapaian dan kemajuan
projek penyelidikan untuk setiap calon.
Penyelia perlu memastikan laporan tahunan setiap 6 bulan untuk setiap calon seliaan
dihantar ke Akademik/Fakulti/Institut/Pusat seperti yang dijadualkan.
Penyelia perlu menggalakkan calon seliaannya untuk menulis kertas ilmiah untuk
dibentangkan dalam persidangan dan diterbitkan. Bagi semua kertas ilmiah yang
dihantar untuk penerbitan yang ditulis bersama oleh Penyelia dan calon, maka keduaduanya perlu memberikan kebenaran hak penulisan bagi tujuan penerbitan,
penghargaan dan pengedaran.
Penyelia perlu menguruskan sebarang dana (contoh: Vot PJP, IRPA, dan lain-lain)
untuk projek penyelidikan.
Penyelia perlu memastikan peraturan keselamatan bekerja dipatuhi semasa
penyelidikan dijalankan mengikut polisi keselamatan dan kesihatan yang
diperuntukkan.
Penyelia perlu memberi komen yang membina dan kritis untuk draf tesis atau disertasi
calon dalam jangka masa yang sepatutnya dan menasihatkan format tesis atau
disertasi adalah mengikut format dan peraturan yang ditentukan oleh universiti.
Penyelia perlu membantu dan menasihati proses penamaan dan penilaian kepakaran
pemeriksa luar dan dalam. Beliau juga perlu memberitahu calon mengenai
pembetulan yang perlu dilakukan berasaskan ulasan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Pemeriksa.
Penyelia perlu membantu calon dalam membuat
pembetulan yang diperlukan dan terus menyelia dalam kes di mana tesis/disertasi
dirujuk balik untuk kajian lanjut.

Pelbagai jenis penyeliaan pelajar ijazah pertama

Oleh sebab terdapat pelbagai jenis pembelajaran yang pelajar lalui semasa mereka menjalani
pengajian peringkat ijazah pertama atau ijazah dasar, terdapat pelbagai jenis penyeliaan yang
perlu dilakukan oleh pensyarah. Secara umumnya, pembelajaran peringkat ijazah pertama
boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Pembelajaran teori
(b) Pembelajaran praktikal

(a)

Pembelajaran teori

Bagi kebanyakan program, pembelajaran teori yang lazimnya dijalankan melalui kuliah dan
tutorial merupakan komponen terbesar dalam program pengajian dan penyeliaan pelajar dalam
hal ini bermaksud pensyarah memantau keberkesanan pengajarannya melalui pengujian,
pentaksiran dan penilaian yang dijalankan (sila lihat Modul 4).

(b)

Pembelajaran praktikal

Oleh sebab aspek pembelajaran praktikal wujud dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan
disiplin masing-masing, penyeliaan setiap satunya juga dijalankan mengikut keperluan disiplin
masing-masing. Umumnya pembelajaran praktikal berlaku dalam dua situasi iaitu:

Di bilik-bilik khusus yang disediakan di fakulti/institusi seperti


makmal dan studio di mana peluang tersusun boleh diberikan kepada pelajar untuk
mengamalkan kemahiran dan teknik yang dijangkakan dimiliki oleh graduan dalam
sesuatu disiplin.

Apabila pelajar keluar daripada fakulti/institusi dan berada dalam


dunia/situasi sebenar seperti kerja lapangan (fieldwork), latihan klinikal, latihan
mengajar, dan praktikum. Termasuk dalam kategori ini adalah latihan industri atau
work placement.

Lazimnya, bagi kedua-dua situasi, terdapat pelbagai garis panduan yang telah disediakan oleh
fakulti/institusi masing-masing mengikut keperluan disiplin masing-masing. Pensyarah baru
perlulah mendapatkan dan menjalankan penyeliaan mengikut garis panduan tersebut.

Penyeliaan pembelajaran teori dan praktikal di atas telah dinamakan sebagai penyeliaan rutin
oleh Fry et al. (2003) dan mengikut mereka penyeliaan ini memerlukan self-awareness (e.g., of
ones personality style, gender, class and race) combined with an ability to engage in reflectice
practice and acute sensitivity to the needs of the student (hlm. 108).
Di samping itu, terdapat satu lagi jenis pembelajaran yang perlu diselia oleh pensyarah iaitu
projek penyelidikan. Projek penyelidikan menyediakan pengalaman penyelidikan dalam
kehidupan sebenar (real-life) kepada pelajar dan boleh dijalankan secara individu,
berkumpulan, atau secara sangkutan (attachment) kepada sepasukan penyelidikan (pelajar
bertanggungjawab bagi aspek tertentu projek sedia ada itu). Walau apapun pendekatannya,
peranan penyelia sangat penting.
Oleh sebab di Malaysia kini, projek penyelidikan sedemikian lebih kerap dijalankan oleh pelajar
dalam pengajian peringkat pasca-siswazah, penyeliaannya dibincangkan dengan lebih
terperinci pada bahagian berikut.

1.5

Penyeliaan Projek/Disertasi/Tesis Peringkat Pasca-Siswazah

Penyeliaan projek/disertasi/tesis peringkat pasca-siswazah merupakan antara tugas yang


mendapat keprihatinan utama pensyarah baru mungkin kerana penyeliaan sedemikian lebih
merupakan satu pengurusan projek yang memerlukan kemahiran pengurusan projek (project
management skills) pada kedua-dua pihak penyelia dan pelajar (Fry et al., 2003). Dalam satu
kerangka masa, pelajar perlu menghasilkan output iaitu satu disertasi atau tesis mengikut
panjang dan format yang telah ditentukan. Oleh sebab pelajar menentukan skop (parameters)
kerja mereka sendiri dan ini menyediakan potensi untuk mereka mendalami minat mereka
sendiri dalam sesuatu bidang disiplin, peranan penyelia moves away from that of teacher
providing the format within which students will be expected to perform to that of facilitator (Fry
et al., 2003, hlm. 107). Malah, mengikut Fry et al. (2003), ciri inilah yang membezakan
penyeliaan projek/disertasi/tesis dengan penyeliaan rutin. Penyeliaan projek/disertasi/tesis
merupakan a time-bound, managed activity that requires project management skills on the part
of both supervisor and supervisee (hlm. 108).
Penyeliaan projek/disertasi/tesis memerlukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
meletakkan tanggungjawab terhadap pembelajaran atas diri pelajar, lantas memerlukan
penyelia mengubah peranannya daripada pensyarah kepada fasilitator. Implikasi anjakan
peranan ini menyediakan potensi yang luas untuk pembelajaran pelajar tetapi pada masa yang

sama memberikan banyak potensi untuk konflik peranan pada pihak penyelia bahaya overatau under supervising. Oleh itu, penentuan dan persetujuan tentang hubungan yang
bersesuaian antara penyelia dan pelajar merupakan kunci kepada memaksimumkan potensi
pembelajaran bagi sesuatu projek/disertasi/tesis. Di bawah dihuraikan prinsip-prinsipnya:

Merangka penyeliaan: Sebelum memulakan projek/disertasi/tesis penyelia perlu menjawab


empat persoalan utama.

Apakah

matlamat

dan

objektif

strategi

pembelajaran

melalui

projek/disertasi/tesis? Penyelia perlu jelas mengapa kaedah pengajaran dan


pembelajaran sedemikian diplih untuk mencapai matlamat program. Lazimnya, rasional
projek/disertasi/tesis adalah untuk mengintegrasikan subjek/kandungan di samping
latihan dalam teknik dan kaedah penyelidikan.

Adakah penyelia akan menggunakan pendekatan berstruktur atau tidak

berstruktur? Banyak hujah yang telah dikemukakan bagi kedua-dua pendekatan. Pada
satu pihak, telah dipersetujui bahawa memberi struktur kepada pelajar mengurangkan
risiko kegagalan di samping menjadikan peranan penyelia lebih mudah dalam erti kata
penyelia dapat memantau kemajuan pelajar berdasarkan tahap-tahap yang telah
ditentukan dengan jelas. Kritikannya pula adalah, kaedah sedemikian tidak cukup
terbuka dan oleh itu tidak begitu mencabar pelajar. Pada pihak yang lagi satu,
dipersetujui bahawa projek yang terbuka/tidak berstruktur memberi peluang kepada
pelajar untuk mengumpulkan pelbagai data dan seterusnya menguji teori atau membuat
penjelasan. Walau bagaimanapun, pendekatan sedemikian dikritik kerana memberi
pelajar terlalu banyak pilihan dan skop, dan ini mungkin menyebabkan pelajar gagal.

Apakah peranannya sebagai penyelia? Empat ciri utama dalam kerangka

penyeliaan yang memerlukan perancangan dan perkongsian dengan pelajar adalah:


pertama, tentukan

dan persetujui matlamat; kedua, tentukan dan persetujui objektif

spesifik yang merangkumi tarikh akhir; ketiga, persetujui sasaran yang ditentukan; dan
akhir sekali, nilai semula serta pastikan pemahaman tentang kriteria penilaian. Dalam
kerangka ini, peruntukan masa bagi penyeliaan perlu jelas untuk mengelakkan sebarang
kekeliruan pada masa hadapan, misalnya dengan menentukan waktu perjumpaan.

Bagi kedua-dua projek/disertasi/tesis tidak berstruktur dan berstruktur, penyeliaan


bermaksud membantu pelajar dalam membentuk persoalan kajian, memilih kaedah, dan
akhirnya menentukan skop pengumpulan data. Oleh sebab produk akhir sepatutnya

merupakan harta intelektual pelajar, penyelia mesti sensitif kepada keupayaan pelajar
untuk menentukan perkara-perkara ini dengan sendirinya. Penyelia perlu sedar
perbezaan antara membimbing dan memberitahu (guiding and telling), dan ini banyak
bergantung kepada kebolehan dan visi pelajar di samping sensitiviti penyelia.

Penyelia

yang

memfokus

kepada

peranannya

sebagai

fasilitator

sepatutnya

menekankan respons yang merangkumi: menanyakan soalan-soalan terbuka kepada


pelajar, membuat refleksi terhadap persoalan, dan menggalakkan pelajar mencuba
strategi yang boleh menggerakkan kerja mereka ke hadapan.

Di samping itu, penyelia dan pelajar perlu tentukan dan persetujui bentuk hubungan
(working relationship) yang bersesuaian. Dalam perjumpaan pertama, kedua-duanya
perlu membincangkan jangkaan (expectatitions) dalam erti kata pembahagian
tanggungjawab. Pendekatan formal yang paling diiktiraf dalam hal ini ialah kontrak
pembelajaran (learning contract).

Bagaimana memperluas sokongan yang diberikan kepada pelajar? Satu cara

adalah dengan menggalakkan penubuhan kumpulan yang boleh memberi sokongan


sebaya seperti persatuan pasca-siswazah. Selain itu, boleh disediakan poster board
laman web yang mengandungi nota panduan seperti tentang format dan jawapan
kepada persoalan yang kerap ditanya (frequently asked questions FAQs), dan
menggalakkan pelajar mengemukakan pertanyaan. Walau bagaimanapun, penyelia
perlu memantau poster board itu untuk memastikan ketepatan maklumat. Juga, penyelia
boleh mencadangkan buku-buku yang terdapat dalam pasaran yang memberi petua
cara (how to tips) melakukan sesuatu.

Menguruskan jadual: Pelbagai dokumen boleh digunakan untuk memastikan


projek/disertasi/tesis berjalan lancar. Antaranya, penggunaan kriteria panduan dan
kontrak pembelajaran sebagai permulaan. Jadual, pelan bertindak dan senarai semak
juga berguna (lihat contoh yang diberi di bawah). Senarai semak dan pendokumentasian
adalah berguna untuk mengelakkan memory overload, juga sebagai rekod bertulis
tentang perjumpaan yang merangkumi tindakan yang dipersetujui. Rekod bertulis
sedemikian sangat berguna dalam kes-kes rayuan pelajar.

Senarai Semak sebagai Persediaan bagi Perjumpaan Penyeliaan


Projek/Disertasi/Tesis

Merancang bagi penyeliaan bagaimana anda akan:

membincangkan kekuatan dan kelemahan sedia ada

menggalakkan pelajar untuk merancang untuk bergerak kehadapan

menentukan objektif jangka pendek (termasuk rancangan kontigensi) dalam suatu


pelan tindakan

menentukan kerangka masa dan tindakan yang lebih terperinci

Apakah agenda anda?

persetujuan bagi pelan tindakan dan/atau

menilai semula kemajuan berdasarkan pelan tindakan

memberi maklum balas bagi prestasi

menyelesaikan sesuatu masalah

melihat semula kriteria penilaian

melihat semula dan mendefiniskan semula pelan tindakan dan skala masa

Apakah maklumat yang perlu anda rujuk?

laporan bertulis kemajuan oleh pelajar

bahan draf pelajar

peraturan berhubung dengan projek dan kriteria penilaian

Urusan bagi perjumpaan penyeliaan:

pastikan waktu kualiti yang bebas daripada gangguan

pastikan tempat perjumpaan kondusif bagi perbincangan terbuka

Perjumpaan penyeliaan hendaklah berstruktur dan tersusun baik:

pembukaan jelaskan tujuan dan bersetuju tentang agenda

pertengahan memudahcarakan perbincangan tentang idea, bincangkan isu-isu


spesifik, pantau kemajuan, beri maklumbalas konstruktif, menyoal dengan berkesan,
tentukan dan capai persetujuan tentang objektif bagi perjumpaan penyeliaan yang
akan dating

akhir catatkan/rekod pelan tindakan termasuk objektif jangka pendek; akhiri dalam
nada yang positif
(Sumber: Fry et al., 2003, hlm. 114-115)

Garis Panduan Penyeliaan


Glickman et al. (1998, hlm. 120-121) telah menyenaraikan perlakuan interpersonal yang sesuai
bagi sesi perjumpaan penyeliaan, iaitu apa yang mereka namakan sebagai perlakuan
bertujuan (purposeful behavior) yang didefinisikan sebagai perlakuan yang menyumbang
kepada pembuatan keputusan semasa perjumpaan. Senarai itu diperturunkan di bawah (dalam
bahasa asal untuk mengekalkan maksud dengan tepat). Teliti senarai tersebut dan
pertimbangkan kesesuaiannya bagi penyeliaan dalam bidang anda.

Listening: The supervisor sits and looks at the speaker and nods his or her head
to show understanding. Gutteral utterances (uh-huh, umm) also indicate
listening.

Clarifying: The supervisor asks questions and statements to clarify the speakers
point of view: Do you mean that?, Would you explain this further?, Im
confused about this.

Encouraging: The supervisor provides acknowledgment responses that help the


speaker continue to explain his or her positions: Yes, Im following you, Continue
on, Ah, I see what youre saying: tell me more.

Reflecting: The supervisor summarizes and paraphrases the speakers message


for verification of accuracy, I understand that you mean . . , So, the issue is . . .
, I hear you saying . . .

Presenting: The supervisor gives his or her own ideas about the issue being
discussed: This is how I see it., What can be done is . . . , Id like us to consider
. . . , I believe that . . .

Problem solving: The supervisor takes the initiative, usually after a preliminary
discussion of the issue or problem, in pressing all those involved to generate a list
of possible solutions. This is usually done through statements such as: Lets stop

and each write down what can be done, What ideas do we have to solve this
problem?, Lets think of all possible actions we can take.

Negotiating: The supervisor moves the discussion from possible to probable


solutions by discussing the consequences of each proposed action, exploring
conflict or priorities, and narrowing down choices with questions such as Where
do we agree?, How can we change that action to be acceptable to all?, Can we
find a compromise that will give each of us part of what we want?

Directing: The supervisor tells the participant(s) either what the choices are, As I
see it, these are the alternatives: You could do A. . ., B. . . , or C . . . . Which of
these make the most sense to you and which will you use? Or the supervisor tells
the participants what is to be done: Ive decided that we will do . . . , I want you
to do . . . , The policy will be . . ., This is how it is going to be, We will then
proceed as follows.

Standardizing: The supervisor sets the expected criteria and time for the decision
to be implemented. Target objectives are set. Expectations are conveyed with
words, such as: By next Monday, we want to see . . ., Report back to me on this
change by . . . , Have the first two activities carried out by . . . , I want an
improvement of 25 percent involvement by the next meeting, We have agreed
that all tasks will be done before the next observation.

Reinforcing: The supervisor strengthens the directive and the criteria to be met by
telling of possible consequences. Possible consequences can be positive, in the
form of praise: I know you can do it!, I have confidence in your ability!, I want to
show others what youve done! Consequences also can be negative: If its not
done on time, well lose the support of . . . , It must be understood that failure to
get this done on time will result in . . .

1.6

Refleksi

Dalam Best Practices in Graduate Supervision Conference yang diadakan di University


of Saskatchewan, Kanada (lihat http://www.usask.ca/tlc/ grad_best_prac_forum_r.html),
pada tahun 2002, pelajar telah diminta menyenaraikan ciri-ciri (descriptors) penyelia
berkesan sementara penyelia telah diminta menyenaraikan ciri-ciri pelajar pascasiswazah berkesan. Lihat senarai yang terhasil di bawah dan fikirkan sejauh mana anda
bersetuju dengan senarai tersebut.
Effective Supervisor

Effective Graduate Student

Balance

motivated

understanding

unselfish

independence

careful

accessible

focused

guidance

reliable

encouraging

dedicated

clear objectives

open

open and honest

organized

time,motivation, interest

conscientious

motivating

professional

expert (credible)

honest

approachable

willingness to work hard & learn

supportive

patient

available

knowledgeable

Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah


Kota Tinggi, Johor
Hamdan Bin Said & Nurlia Binti Mohamad
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak
Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah
kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di
sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan
mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi
peningkatan kualiti pengajaran, perkukuhan hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman
dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Sampel kajian melibatkan
321 orang guru dari sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi Johor. Soal selidik yang
diubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis
menggunakan perisian SPSS dan hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik diskriptif.
Kebolehpercayaan instrument menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.914 bagi bahagian B dan
0.889 bagi Bahagian C. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan
yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan

penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang
diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru,
perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya penyeliaan pengajaran ini didapati kurang
berkesan dalam memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru.
Katakunci : penyeliaan pengajaran, pembelajaran, sekolah kebangsaan.
Pengenalan
Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yang
dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebuah
institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka menggembeling seluruh tenaga
guru dan pelajar diyakini matlamat menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akan tercapai.
Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademik
akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha
untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu
pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.
Dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau keberkesanan
pengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah amat perlu dalam
memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru
menyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang
cemerlang serta dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan
sekiranya ada. Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru
meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi, dengan
penyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang sebenarnya berlaku dalam
bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalanamalan yang baik dapat dikukuhkan.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar dan
mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran atau ilmu
yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar memperkembangkan
intelek, sosial dan personal dengan baik. Setiap guru mesti merancang pengajarannya supaya
tersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran mestilah sesuai supaya dapat
disampaikan kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya guru mesti mudah difahami
dan jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut perlu menentukan bahan
bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan kepada murid
untuk belajar.
Pernyataan Masalah
Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan penyeliaan diberikan
tanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah untuk mencari salah. Jika ini
berlaku maka peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan.
Kekeliruan ini ditambah lagi berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia
kepada guru penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam
penyeliaan pengajaran. Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan sudah
tergelincir dari konsep asasnya.
Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran dan
amalan pelaksanaan penyeliaan dalam kalangan guru di sekolahsekolah kebangsaan di daerah
Kota Tinggi, Johor. Kajian ini juga turut meninjau keberkesanan penyeliaan dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan
di Kota Tinggi, Johor.

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
i) Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang
dilaksanakan di sekolah.
ii) Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah.
iii) Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahap
profesionalisme guru.
Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi panduan kepada
guru dan guru besar sekolah.
i. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru besar
dalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.
ii. Kajian diharap dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses
penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar dan pengetua.
Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapantanggapan negatif
terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Di samping itu,
memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru besar dan guru.
iii. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh guru besar untuk
melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan serta
dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan
pengajaran yang telah dijalankan.
iv. Diharap melalui kajian ini, pandangan sebenar guru terhadap penyeliaan pengajaran
diperolehi. Hasil maklum balas ini boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan
kualiti pengajaran pada masa akan datang dan seterusnya menyediakan langkahlangkah
terbaik untuk mengubah pandangan negative guru terhadap penyeliaan.

Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan diskriptif bagi menerangkan tentang amalan
penyeliaan di sekolah. Kaedah ini dibuat untuk melihat tanggapan guru-guru, amalan penyeliaan
pengajaran dan keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahap profesionalisme guru
dalam aspek kualiti pengajaran, hubungan profesionalisme, perkongsian pengetahuan dan
pengalaman dan bantuan dalam proses pengajaran. Kajian ini adalah satu tinjauan yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dikumpul menggunakan kaedah
kuantitatif. Data-data diperolehi melalui teknik soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru
sekolah yang dipilih.
Populasi dan Persampelan
Kajian ini dibuat dengan melibatkan guru-guru dari sekolah-sekolah kebangsaan dalam daerah
Kota Tinggi Johor. Terdapat 56 buah sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi dan pengkaji
memilih sekolah secara rawak mudah. Ini dilakukan dengan berpandukan kepada senarai nama
sekolah yang terdapat dalam buku panduan telefon yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan
Pelajaran Negeri Johor. Pengkaji memilih sekolah bermula dengan sekolah pertama dalam
senarai dan diselangkan tiga sekolah berikutnya secara berturutan yang mana melibatkan 15 buah
sekolah.

Data statistik guru sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kota Tinggi yang diperolehi dari
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi bagi tahun 2008 ialah seramai 1460 orang. Berdasarkan
Jadual Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel yang diperlukan untuk menjawab soal selidik
ialah seramai 302 hingga 306 orang guru. Pemilihan sampel akan ditentukan oleh guru besar
sekolah-sekolah yang terlibat dengan mengambilkira guru-guru yang telah berkhidmat lebih 2
tahun dan pernah diselia oleh guru besar. Pengkaji menyediakan sebanyak 350 set borang soal
selidik yang dihantar ke sekolah-sekolah yang terlibat melalui dan dengan kebenaran guru besar
sekolah berkenaan dengan memasukkan ke dalam peti surat sekolah yang ada di Pejabat
Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Bagi memudahkan responden mengembalikan soal selidik yang
telah dilengkapkan, sebuah sampul surat besar disediakan untuk mengisi semua borang soal
selidik. Kesemua borang soal selidik yang dipulangkan diminta dimasukkan semula ke dalam
peti surat sekolah di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi dalam tempoh dua minggu selepas
soal selidik dihantar ke setiap sekolah berkenaan.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. . Instrumen ini diubahsuai oleh
pengkaji daripada kajian yang dibuat oleh Mohd Ruzi bin Muhammad Shafie (2001) dari
Universiti Teknologi Malaysia yang bertajuk Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran di
Lima Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Instrumen ini kemudiannya dimurnikan lagi dengan
mengadakan perbincangan bersama 4 orang rakan seperjuangan yang melaksanakan kajian yang
sama di lokasi yang berbeza. Soal selidik ini bertujuan mengumpul maklumat tentang tanggapan
guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dan
keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap peningkatan profesionalisme guru dari
segi kualiti pengajaran, hubungan profesional, perkongsian pengetahuan dan pengalaman dan
bantuan dalam proses pengajaran. Soal selidik kajian ini mengandungi 44 item dan dibahagikan
kepada tiga bahagian seperti berikut:

Bahagian A : Latar Belakang Responden


Bahagian ini mengandungi 5 item berkaitan dengan latar belakang responden kajian. Bahagian
ini mengandungi jantina, bangsa, kelulusan akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan
kekerapan responden diselia. Responden perlu menandakan pilihan jawapan daripada cadangan
jawapan yang disediakan.
Bahagian B : Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan dan Amalan Penyeliaan.
Bahagian ini menyenaraikan soalan-soalan yang bertujuan untuk meninjau tanggapan guru
terhadap penyeliaan pengajaran yang telah mereka lalui dan mengenalpasti tahap amalan
penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah. Ia mengandungi 18 item yang menggunakan
Skala Likert berdasarkan lima tahap persetujuan iaitu:
1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Kurang setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju
Soalan berbentuk Skala Likert digunakan untuk mendapatkan darjah persetujuan
responden terhadap soalan yang diajukan. Skala Likert 5 mata dipilih berdasarkan kepada

kematangan dan kesesuaian dengan tahap intelek responden yang dipilihkan. Di samping itu
Skala Likert mempunyai darjah kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta memudahkan pengkaji
untuk menganalisa data yang diperolehi.
Item di dalam Bahagian B adalah dikemukakan untuk memungut sebahagian daripada
data kajian ini. Responden dikehendaki menjawab soalan kajian tentang aspek-aspek beikut:
Bahagian ini mengandungi sebanyak 18 item dari bahagian B yang meninjau tanggapan
dan amalan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh guru besar terhadap
guruguru.
Dalam kajian ini pengkaji melihat dari tiga aspek utama seperti berikut:
Jadual 1 : Taburan Item Dari Aspek Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran
Seterusnya bagi meninjau amalan guru terhadap penyeliaan pengajaran, dua aspek dikaji oleh
pengkaji seperti berikut:
Jadual 2 : Taburan Item dari Aspek Amalan Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran
Bahagian C : Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran
Bahagian ini mengandungi sebanyak 21 item yang meninjau keberkesanan penyeliaan
pengajaran yang dilakukan oleh guru besar terhadap guru-guru. Dalam kajian ini pengkaji
melihat dari empat aspek utama seperti berikut:
Jadual 3 : Taburan Item dari Aspek Kajian Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran.
Kajian Rintis
Kebolehpercayaan soal selidik ini ditentukan melalui satu kajian rintis yang dijalankan dengan
melibatkan 25 responden dari kalangan guru-guru dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah
Kota Tinggi. Sekolah ini tidak terlibat dalam kajian sebenar. Analisa data dilaksanakan dengan
menggunakan aplikasi SPSS 15.0 for Window. Nilai analisa Apha Cronbach bagi bahagian B
adalah 0.914 manakala bagi bahagian C adalah 0.889. Nilai-nilai yang diperolehi ini
menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi.
Analisis Data
Bab ini telah menjelaskan latarbelakang responden kajian dan membentangkan dapatan kajian.
Bagi persoalan kajian pertama berhubung dengan tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan
pengajaran yang dilaksanakan, aspek-aspek penyeliaan adalah perlu dan penting dan pendapat
dan kepercayaan menunjukkan secara keseluruhan didapati bahawa responden mempunyai
tanggapan yang positif. Responden membuat tanggapan yang negatif dalam aspek penyeliaan
adalah merupakan satu bentuk penilaian. Walau bagaimanapun min keseluruhan bagi ketiga-tiga
aspek ialah 3.95 menunjukkan tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran secara
keseluruhan adalah positif
Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua berhubung dengan amalan penyeliaan
pengajaran yang dijalankan di sekolah, min keseluruhan ialah 4.16. Ini menunjukkan amalan
penyeliaan pengajaran adalah tinggi. Kedua-dua aspek iaitu amalan penyeliaan adalah penting
dan amalan penyeliaan adalah satu aktiviti rutin menunjukkan min berada pada tahap yang tinggi
iaitu 4.16 dan 4.26.
Seterusnya bagi persoalan kajian ketiga, aspek-aspek meningkatkan kualiti guru,
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan aspek membantu guru dalam proses pengajaran
menunjukkan amalan penyeliaan pengajaran berkesan dalam meningkatkan profesionalisme
guru.
Walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan amalan penyeliaan pengajaran kurang
berkesan dalam memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dengan guru.

Rumusan dapatan kajian mengenai ketiga-tiga persoalan kajian dirumuskan sebagaimana


di dalam jadual 4.
Jadual 4 : Rumusan Keseluruhan Analisis
Perbincangan
Hasil kajian mendapati bahawa dalam aspek tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan
pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas secara keseluruhannya adalah positif dari aspek
keperluan dan kepentingannya.
Kajian mendapati 89.5% responden bersetuju penyeliaan dijalankan terhadap semua guru.
Ini bertentangan dengan hasil kajian yang dibuat oleh Nazaruddin (1992) dalam Subaidah (2001)
yang melaporkan bahawa, guru sekolah menengah dan rendah yang terlibat dalam kajiannya
mempunyai tanggapan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran tidak wajar dilakukan.
Dapatan ini juga menyangkal satu kajian yang dijalankan di Selangor dalam Abdul Rahman
(1987), yang menyatakan dalam laporan akhbar pada tahun tersebut, guru-guru melalui persatuan
keguruan membuat bantahan ke atas cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu
yang mengarahkan pengetua dan guru besar melakukan penyeliaan ke atas semua guru kerana
beranggapan tindakan itu tidak profesional dan menidakkan kebolehan mereka.
Hasil kajian juga mendapati 92.5% responden bersetuju bahawa penyeliaan perlu
dilakukan untuk kecemerlangan akademik murid. Ini menunjukkan bahawa guruguru
mempunyai tanggapan bahawa penyeliaan perlu dilakukan terhadap semua guru bagi
memastikan kecemerlangan akademik murid. Ini disokong dengan pendapat Alimuddin (2006)
yang menyatakan bahawa perbincangan dan pertukaran idea tentang kaedah dan teknik
pengajaran yang berkesan boleh membawa kepada peningkatan prestasi pelajar-pelajar di bilik
darjah.
Objektif kajian yang kedua dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan
penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah.
10 item dikemukakan berhubung dengan objektif ini. Ianya dilihat dari dua aspek iaitu
dari sudut kepentingannya dan tanggapan bahawa amalan penyeliaan pengajaran tersebut
hanyalah merupakan aktiviti rutin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi
persoalan ini adalah 4.13 yang mana menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengajaran adalah
tinggi.
Kajian mendapati min tertinggi yang diperolehi adalah bagi pernyataan item 11 yang
dipersetujui oleh 93.1% responden diikuti dengan 92.9% responden bersetuju dengan item 17
iaitu penyelia memberi salinan borang markah kepada guru selepas selesai sesi penyeliaan. Ini
menunjukkan bahawa ini responden membuat tangapan ini adalah merupakan amalan yang rutin
dan menunjukkan tahap yang tinggi. Ianya jelas berlaku di sekolah-sekolah kajian. Walau
bagaimanapun ini sebenarnya bukanlah aktiviti rutin sebagaimana yang dipersetujui oleh
responden kajian. Dalam melaksanakan penyeliaan terutama untuk melaksanakan penyeliaan
klinikal, Mohd Salleh (2000) menegaskan bahawa pengetua tidak seharusnya
melengahlengahkan
laporan berhubung dengan penyeliaan pengajaran di kelas. Tanggapan guru terhadap
pengetua mungkin akan terjejas sekiranya laporan penyeliaan tidak disiapkan secepat mungkin.
Laporan ini seharusnya disiapkan dalam tempoh 24 jam selepas penyeliaan dilakukan.
Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan penyeliaan
dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru. 5 item dikemukakan berhubung dengan kualiti
pengajaran guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penyeliaan pengajaran yang
dijalankan di sekolah berkesan terhadap peningkatan kualiti pengajaran guru. Ini dapat
dibuktikan berdasarkan nilai min yang tinggi diperolehi bagi kesemua item iaitu antara 3.87

hingga 4.22. Peratusan guru-guru yang tidak bersetuju dengan item yang dikemukakan adalah
kecil iaitu antara 0.3% hingga 3.4%.
90.3% responden bersetuju bahawa penyeliaan dapat meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran. Ini bersesuaian dengan pendapat Mc Kean dan Mills (1964) yang menjelaskan
bahawa tugas penyeliaan ialah untuk mengajar guru atau membimbing guru cara mengajar yang
berkaitan dengan kurikulum dan bentuknya bagi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian ini juga bersesuaian dengan pendapat Robiah (1984)
yang mengatakan bahawa penyeliaan dapat membantu guru meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ini disokong lagi dengan pendapat Ibrahim Mamat (1993) yang
menyatakan bahawa penyeliaan bermakna memberi pimpinan kepada para guru untuk
berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka.
Hanya 74% responden bersetuju bahawa dapatan penyeliaan yang baik dimaklumkan
kepada guru-guru yang lain. Ini bermakna guru-guru tidak atau kurang sanggup berkongsi hasil
atau dapatan-dapatan dan komen-komen yang membina daripada penyelia dan rakan-rakan
mereka. Dapatan ini menyangkal dapatan oleh Asnah (1995) yang menjelaskan bahawa
penyeliaan pengajaran adalah merupakan satu proses memerhatikan, membimbing dan memberi
maklumbalas kepada aktiviti profesional oleh penyelia terhadap organisasi yang diselianya untuk
memastikan keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya.
Hasil kajian mendapati bahawa amalan penyeliaan pengajaran kurang berkesan dalam
memperkukuh hubungan profesional antara penyelia dan guru. Ini dapat dibuktikan di mana min
skor keseluruhan secara puratanya adalah 3.78 hasil dari 5 item yang telah dikaji.
Kajian mendapati bahawa 71.3% responden bersetuju bahawa proses penyeliaan
membataskan hubungan guru dengan penyelia. Walau bagaimanapun 84.4% responden bersetuju
bahawa penyeliaan membolehkan guru membina hubungan dengan penyelia. Ini menunjukkan
penyeliaan adalah berkesan dalam memperkukuh hubungan profesional antara penyelia dan guru
walaupun proses penyeliaan membataskan hubungan mereka.. Dapatan ini disokong oleh
kenyataan Algeswary (1980) yang menyatakan bahawa dengan adanya hubungan yang baik
antara penyelia dan guru dalam penyeliaan pengajaran, implikasi yang sihat terhadap proses
pendidikan keseluruhannya akan terbentuk dalam usaha meningkatkan perkembangan
profesionalisme dan menggalakkan pertumbuhan diri dalam kalangan guru.
Kajian juga mendapati 86% responden yang pernah diselia bersetuju bahawa penyelia
bersikap mesra dengan guru semasa penyeliaan. Ini mungkin menyebabkan 80% responden
bersetuju perbincangan yang dijalankan dalam proses penyeliaan memberikan keselesaan kepada
guru. 80.1% responden juga bersetuju penyelia membimbing pengajaran mereka.
Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa penyeliaan berkesan dalam membantu
guru dan penyelia berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Min skor keseluruhannya daripada 5
item yang dikemukakan adalah 3.96.
Kajian ini mendapati bahawa skop penyeliaan telah dibincang bersama antara penyelia
dengan guru sebelum penyeliaan. Pernyataan ini telah dipersetujui oleh 71% responden. 90%
responden pula bersetuju bahawa penyelia bersedia menerima pandangan daripada guru semasa
sesi perbincangan dan 93.2% daripada mereka pula bersetuju bahawa penyelia memberi
cadangan penambahbaikan kepada guru. Ini menyebabkan idea, pengalaman dan pengetahuan
yang ada pada guru dapat disampaikan kepada penyelia. Min skor untuk aspek ini adalah 4.15.
Ini juga mungkin boleh menyebabkan penyeliaan menjadikan guru dapat meneroka kaedah baru
pengajaran yang mana dipersetujui oleh 87.8% daripada responden.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan amalan penyeliaan berkesan
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Min skor keseluruhan bagi aspek ini
adalah 4.01. 6 item telah dikemukakan dalam kajian ini.
Hasil kajian mendapati bahawa 81.6% responden bersetuju penyeliaan dapat membantu

guru memenuhi keperluan sesuatu topik pengajaran. 86.3% responden pula bersetuju penyelia
memberikan input terkini berkaitan pengajaran dan 77.9% bersetuju penyelia mencadangkan
kursus-kursus yang berkaitan dengan kaedah pengajaran terkini.
Dapatan ini disokong oleh Cawelti (1982) dalam Mohd Hamsam yang menyatakan
bahawa aspek yang perlu dilakukan oleh penyelia bagi membantu guru-guru dalam
mempertingkatkan proses pengajaran adalah melalui perkembangan staf dan perkembangan
kurikulum. Diharapkan bahawa penyelia terutamanya pihak pengetua dan guru besar lebih
prihatin dengan perkembangan dunia pendidikan dengan memberikan lebih banyak pengetahuan
dan pengalaman kepada guru-guru dan usaha ini harus dikekalkan.
Rujukan
Aminuddin Adam (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam
Seminar Kepimpunan Instruktional Untuk Pengetua/Guru Besar
Asnah Abdul Hamid (1995). Penyeliaan Dalam Pengurusan Organisasi Pendidikan: Satu
Pendekatan Kaunseling. Jurnal Pendidikan (Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia) 4(2)
Blase, J., and Blase, J. (1999). Principals Instructional Leadership And Teacher Development:
Teachers Perspectives. Educational Administration Quarterly, 35(3), 349-378.
Boardman, W., Charles, Dougless R. Harl dan Bent K. Rudyard. (1953). Democratic Supervision
In Secondary School. Massachusetts: Houghton Mifflin Company.
Cogan, M. J. (1973). Clinical Supervision. Boston: Houghton Mifflin.
Duke, D. L. (1993). Educational Leadership. London: Paul Chapman Fullan, M., & Hargreaves,
A. (1996). Whats Worth Fighting for in Your School. New York: Teachers College Press.
Glickman, C., Gordon, S., & Ross-Gordon, . (2003). Supervision and Instructional Leadership
(6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Glickman, C. D. (1989). Supervision of Instruction: A Developmental Approach. Georgia: Allyn
and Bacon Inc.
Goldhammer, R. (1980). Clinical Supervision: Special Methods for The Supervision of Teachers.
(2nd ed.). New York: Random House.
Hamsah Abd Latif (2002). Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Penyeliaan Pengajaran Terhadap
Guru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kluang, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan
Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ismail Abu Talib (1986). Penyeliaan Sekolah Satu Harapan. Kertas kerja dibentang dalam
Seminar Peningkatan Profesionalisme Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Melaka,
Melaka.
Lipsky, M. (1980). Street Level Bureaucracy. New York: Russel Sage Foundation. Mohd Ruzi
Muhammad Shafie (2001). Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran di Lima
Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et. al. (1992). Penyeliaan Pendidikan: Kepimpinan Instruksi Guru
Besar dan Pengetua. Jurnal Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rahimah Hj Anuar (1986). Penyeliaan Klinikal : Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran di Sekolah. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, 32, 2432
Saedah Siraj (2001). Perkembangan Kurikulum: Teori dan Amalan. Selangor: Alam Pintar
Enterprise.
Sergiovanni, T. J., and Starrat, R. J. (1998). Supervision: A Re-definition (6th ed.). New York:
McGraw Hill.
Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship: A Reflectives. Boston: Allyn and Bacon.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin, (1987). Ke Arah Pengurusan dan Penyeliaan bilik Darjah.
Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Kali ke
5 di Kota Bahru, Kelantan.

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA


Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di
dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia
bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan
segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh
digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat
memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti ,
memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan
digunakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh
dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka
1.TEKNIK BERSOAL JAWAB
Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang
paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru
memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia
adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di
dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk
mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea,
konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan
kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri
di kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan
soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya ,
soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang
diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan
menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik
akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru
yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung
kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara
spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh
pelajar.
2.TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat
gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan
melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau
keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main
peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama
yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam
situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu
kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula
dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada
pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem,
televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta
melakonkannya
3. TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI
Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah
lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan
oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang
bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan
secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan
empat langkah berikut :
1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta
Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.
2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali
sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak
untuk menyebutnya.
3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat
menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.
4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam
proses menghafaz .
Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari
itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya.
Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua,
dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya
kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat
fakta-fakta yang penting.
Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga
mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan

kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu,


pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini
amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak
digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran
yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan
membosankan
4. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH
Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan
bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi
rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah
mencadangkan beberapa langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a)
Kenal masalah Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan
mengesan masalah dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah
tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal
masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan
yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini
dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas
tanpa banyak sekatan .
5.TEKNIK BERCERITA
1. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
2. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan.
3. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan pelajar.
4. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
5. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
6. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
7. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
8. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

9. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.


10.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
11.Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
12.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lainlain BBM.
13.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang
berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan
6.TEKNIK DRAMA
1. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
2. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
3. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan
perasaannya
dengan
matapelajaran
yang
dipelajarinya.
4. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
5. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah
satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
6. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
7.TEKNIK PERBINCANGAN
1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan

mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih


pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah
penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama

dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu


perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar,
bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka

untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini


bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih
kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh

pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut

:
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan

dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian

memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk


memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat

dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.


10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu

kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu


dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah
perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada

setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis


mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
8.TEKNIK SUMBANGSARAN
1. Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)
yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli
kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
2. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat
sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang
lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti
dan latihan profesional.

3. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan


bukan pembelajaran secara analitis.
-

Tujuan Sumbangsaran

1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk

dibincangkan dalam sesi umum.


4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan

mencukupi
9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where?

How? )
10. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
11. Setiap

kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai


kebolehan.

9.TEKNIK SIMULASI
1. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir

menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi


sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
2. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
3. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan


yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar
mengalami sendiri situasi dan masalah.

4. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan

dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan


menulis.
5. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber

motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan


pembelajaran.
10.TEKNIK PERMAINAN BAHASA
1. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui teknik permainan.
2. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.
3. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
4. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
5. merangsang interaksi verbal pelajar
6. menambah kefasihan dan keyakinan
7. menyediakan konteks pembelajaran
8. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
9. bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

Anda mungkin juga menyukai