Anda di halaman 1dari 8

SOSIAL

Dasar pembaharuan yang dijalankan oleh Mustafa Kamal Atatuk juga dapat dilihat
dalam aspek sosial yang mana semuanya adalah bertujuan untuk menghapuskan agama Islam
itu sendiri. Antara yang dapat dilihat adalah dari segi kebebasan hak wanita. Pada zaman
pemerintahannya, beliau telah menggalakkan wanita-wanita Islam untuk mendedahkan aurat
iaitu dengan membuang tudung mereka.1 Selain itu, golongan wanita ini lebih digalakkan
untuk memakai pakaian ala-ala barat seperti gaun dan pelbagai jenis pakaian barat yang lain.2
Semuanya ini dilakukan dengan alasan untuk mentamadunkan diri mereka seperti orang
Eropah.
Selain itu juga, golongan wanita ini digalakkan untuk melibatkan diri dalam
masyarakat dan bergaul bebas dengan semua orang dalam sesuatu majlis sosial. Pada masa
yang sama juga, Ataturk turut membenarkan golongan wanita ini tadi menari dihadapan
khalayak ramai dalam sesebuah majlis yang berlangsung.3 Untuk mengikis pegangan Islam
sedikit demi sedikit dalam kalangan wanita-wanita Islam ini juga, Atatuk turut membenarkan
wanita- wanita Islam ini untuk menyertai peraduan ratu cantik yang mana dalam Islam
mereka diharamkan untuk berbuat demikian.4 Pertandingan-pertandingan ini pula telah
dijalankan di bandar-bandar besar dan menjadi tontonan umum sehinggakan pada tahun 1932,
seorang gadis Turki telah dipilih sebagai Ratu Cantik Eropah.
Di samping itu, Mustaffa Kamal Atatuk merasakan bahawa ajaran Islam telah
menyekat golongan wanita ini untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang. Oleh yang
demikian, beliau telah menggalakkan para wanita untuk menceburkan diri dalam pelbagai
bidang pekerjaan dan mendapatkan hak-hak mereka setaraf dengan kaum lelaki dimana kaum
1

Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 178.
2
Ibid. hlm 176.
3
Ibid. hlm 180.
4
Ibid. hlm 178.

wanita berpeluang bekerja dalam bidang ekonomi dan intelektual.5 Buktinya, golongan wanita
ini telah diberikan hak untuk mengundi6 dalam pilihan raya Parlimen pada tahun 1934 dan
seterusnya pada tahun 1935, seramai 17 orang wanita dilantik menjadi wakil rakyat. 7 Selain
itu, Undang- Undang Topi turut diperkenalkan oleh Atatuk.8 Melalui Undang- Undang Topi
ini bermaksud pemakaian topi diwajibkan bagi rakyat Turki dan ini bermakna segala
pemakaian tarbus, serban dan penutup kepala yang lain telah diharamkan.9 Oleh yang
demikian, disini nampak dilihat dengan jelas niat jahat Atatuk iaitu untuk membunuh agama
Islam yang selama ini menjadi agung rakyat Turki.
Selain itu juga, pembaharuan atatuk juga dapat dilihat dalam faktor perkahwinan dan
kekeluargaan. Hal ini dimana Atatuk telah membenarkan perkahwinan berdaftar seperti
perkahwinan di barat. Atatuk juga membenarkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan
Islam yang mana perkara ini telah dilakukan melalui undang-undang.10 Oleh yang demikian,
apabila wujud undang-undang sebegitu, beliau juga turut mengishtiharkan undang-undang
yang membenarkan seseorang individu dewasa boleh menukar agamanya jikan dia
menginginkannya.11 Maka, disini jelas menunjukkan niat buruk Ataturk yang ingin
memurtadkan ramai orang Islam melalui kelonggaran dalam hal ehwal perkahwinan.

Siti Maryam ( ). Sejarah Peradaban Islam: Dari Masa Klasik Hingga Modern. Fakultas Adab & LESFI. hlm 191.
Sinasi Gunduz, Cafer S. Yaran (2005). Change and Essence: Dialectical Relations Between Change and
Continuity in the Turkish Intellectual Tradition. Washington: The Council For Research In Values and Philosophy.
hlm 49.
7
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.
8
Ibid. hlm 176.
9
Dilip Hiro (2005). Pertarungan Marxisme-Islam. Jakarta: Inisiasi Press. hlm 73.
10
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 180.
11
Sejarah Peradaban Islam hlm 92.
6

Selain itu, pembaharuan dalam perkahwinan turut dapat dilihat dengan undang-undang
yang menyatakan bahawa akad nikah yang diwajibkan dalam Agama Islam hanya dibenarkan
kepada sesiapa yang ingin melakukannya sahaja. Maka, ini telah menunjukkan pertentangan
yang ketara dengan undang-undang Islam. Selain itu, bagi faktor kekeluargaan pula,
pembaharuan yang dilakukan Ataturk ialah dengan mewajibkan pemilihan penggunaan nama
keluarga.12 Tujuan beliau melakukan begini adalah untuk menghapuskan pertalian
kekeluargaan Turki dengan Arab dengan terhapusnya gelaran kehormat seperi shaikh, hanum
dan sebagainya. Contohnya, beliau sendiri telah menggunakan gelaran Ataturk yang
membawa maksud Bapa Turki yang menggantikan gelaran Al-Ghazi iaitu pejuang Islam
yang digunakan sebelum ini.13
Selain itu, Mustaffa Kamal Artaturk juga turut membuat pembaharuan dalam sistem
taqwim Turki. Pembaharuan tersebut adalah dari segi penggunaan Kalendar. Hal ini dimana
pada tahun 1926, penggunaan Kalendar Islam telah ditukarkan kepada Kalendar Kristian atau
Gregorian.14 Ini bermakna, penggunaan Kalendar Hijrah yang telah bermula dengan peristiwa
hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah telah terhapus sama sekali di Turki dan di
gantikan dengan Kalendar Gregorian yang muncul dengan kelahiran Jesus Crist. Selain
perubahan penggunaan kalendar, perubahan hari pelepasan awam juga turut dilakukan.15
Perubahan hari pelepasan bagi Republik Turki tersebut adalah daripada hari Jumaat kepada
hari Ahad iaitu sejajar dengan barat.16 Perubahan ini sebenarnya telah menghapuskan unsur
agama Islam yang telah lama dilaksanakan sejak wujudnya kerajaan Turki Uthmaniyah lagi.

12

Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.
13
Siti Maryam Sejarah Peradaban Islam hlm 192
14
Dilip Hiro (2005). Pertarungan Marxisme-Islam. Jakarta: Inisiasi Press. hlm 73.
15
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.
16
Sejarah Peradaban Islam hlm192

Seterusnya, pembaharuan sosial juga turut dilakukan dalam aspek kesenian dan
kesusateraan. Hal ini dapat dilihat melalui pengharaman muzik tradisional Turki yang
mempunyai pengaruh unsur Arab. Hal ini dimana Ataturk telah mengharamkan alunan muzik
Arab dan beliau telah menggantikannya dengan muzik waltz.17 Beliau berbuat demikian
dengan alasan muzik Arab dianggap tidak bertamadun dan hanya dimainkan oleh orang yang
mundur sahaja. Oleh itu, beliau telah menyarankan agar muzik jenis waltz ini sentiasa
dimainkan di stesen- stesen radio di Turki.
Selain itu, segala seni lukis dan ukiran gaya barat dipopularkan dan melupakan seni
Islam iaitu seni Khat.18 Pada masa ini, seni khat hanya digunakan oleh golongan tua sahaja
dan secara tidak langsung hal ini telah mengubah kesenian Islam Turki yang pernah menjadi
lambang keagungan masyarakat Arab sejak kerajaan Turki Uthmaniyah lagi. Selain itu juga,
dari segi kesusasteraan pula, penulisan karya seperti puisi dan pementasan drama yang
dijalankan turut berubah kepada lebih berunsur barat.19
Bidang pendidikan juga turut mengalami perubahan yang ketara semasa pemerintahan
Mustaffa Kamal Ataturk ini. Contohnya, Ataturk telah memperbaharui sistem pendidikan
dengan meniru pendidikan gaya barat.20 Beliau berbuat demikian untuk memodenkan rakyat
Turki yang mana dengan mengatakan rakyat yang berilmu sahaja yang boleh mencapai
kejayaan dalam hidup. Oleh yang demikian, beliau telah melakukan pembaharuan dengan
membuka pendidikan kepada pelajar-pelajar perempuan. Seterusnya, pembaharuan tersebut
telah mewujudkan sekolah campuran. Hal ini kerana sebelum pemerintahan Ataturk,
pendidikan antara perempuan dengan lelaki adalah berbeza, namun perubahan ini telah

17

Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.
18
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.
19
Ibid. hlm 181.
20
Ibid. hlm 180.

berlaku selepas Kamal Ataturk telah melaksanakan pembaharuannya. Pembaharuan tersebut


juga dapat dilihat melalui sistem pembelajaran yang digunakan iaitu melalui sistem coeducation.21 Sistem yang diperkenalkan itu telah membawa perubahan dimana membuatkan
para pelajar lelaki dan perempuan belajar bersama dan telah mendorong mereka untuk terlibat
dalam pergaulan bebas. Maka, secara tidak langsung, perubahan ini sedikit sebanyak telah
meresapkan budaya barat kedalam diri rakyat Turki sekaligus menghapuskan nilai-nilai
keagamaaan dalam diri mereka.
Selain itu juga, pada 1924 Kamal Ataturk telah merangka Akta Perpaduan Pendidikan
yang bertujuan untuk menutup sekolah-sekolah keagamaan, Jabatan Hal Ehwal Agama,
madrasah-madrasah22 dan sebagainya. Hal ini adalah bertujuan untuk menghapuskan ajaran
agama Islam yang dianggap menjadi musuh utama kepada barat. Selain itu, beliau juga telah
mewajibkan bahawa pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan tersebut
diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Arahan Awam yang sekular.23 Menurutnya,
semua institusi pendidikan haruslah disatukan dibawah pengurusan kementerian tersebut.
Selain itu juga, pada tahun 1930 semasa pemerintahan Artartuk, beliau telah menghapuskan
sekolah-sekolah agama di kota diikuti dengan sekolah-sekolah desa pada tahun 1933.
Perubahan lain yang turut dilakukannya dalam pendidikan juga dapat dilihat apabila
pembelajaran sekolah Bahasa Arab dihapuskan pada tahun 1928. Disamping itu, tulisan Arab
juga turut digantikan ke dalam bahasa Latin. Oleh yang demikian, hal ini bermaksud
pendidikan di sekolah-sekolah Turki mula mengikut sistem pendidikan berorientasikan barat.

21

Ibid.
Sinasi Gunduz, Cafer S. Yaran (2005). Change and Essence: Dialectical Relations Between Change and
Continuity in the Turkish Intellectual Tradition. Washington: The Council For Research In Values and Philosophy.
hlm 49
23
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 175.
22

Selain daripada itu juga, Ataturk turut memperluaskan pendidikan ke arah sains dan
teknologi. Melalui penggunaan pengaruh sains dan teknologi menyebabkan orang Turki
terutamanya golongan muda mula membelakangi agama dan percaya bahawa teknologi
adalah penyelesaian kepada semua masalah dan tidak percaya lagi terhadap kuasa tuhan.
Maka, hal ini secara tidak langsung dapat mengikis pegangan agama Islam dalam diri mereka
yang mana lebih mempercayai kuasa makhluk daripada penciptanya. Selain itu juga,
perubahan lain yang agak memeranjatkan yang dilakukan oleh Ataturk juga ialah dengan
menukarkan status masjid Aya Sofia kepada sebuah muzium.24. Melalui pembaharuan
tersebut segala kesan sejarah dan alat kebudayaan telah dipamerkan disitu. Terdapat juga
sumber lain yang mengatakan terdapatnya masjid yang ditukarkan menjadi gereja. Justeru,
tindakannya menujukkan satu penghinaan kepada Islam dengan merubah tempat suci kepada
tempat yang boleh dilawati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira kaum mahupun agama.
Ataturk juga turut melakukan pembaharuan dalam sistem bahasa dan tulisan. Ini
adalah salah satu lagi cara yang digunakan beliau untuk mengikis agama Islam dalam diri
rakyat Turki. Selain itu, Ataturk juga melakukan pembaharuan ini dengan alasan untuk
memajukan Turki. Oleh yang demikian, antara tindakan yang dilakukan oleh beliau ialah
dengan mengubah bahasa rasmi kerajaan Turki iaitu daripada bahasa Arab kepada bahasa
Turki.25 Penggunaan bahasa Turki tersebut adalah secara menyeluruh. Hal ini dilakukan atas
alasan ianya adalah untuk mentamadunkan bahasa Turki setanding dengan Bahasa Eropah
yang lain. Pembaharuan yang dilakukan ini juga adalah sebagai cara memenuhi tuntutan
nasionalisme Turki yang menganggap segala-gala yang berunsur Turki adalah baik.

24

Fadhlullah Jamil ( 1999). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.
25
Ibid. hlm 177.

Selari dengan itu juga, Ataturk telah mewajibkan penggunaan tulisan rumi dan
mengharamkan penggunaan tulisan Jawi dalam sesuatu penulisan.26 Hal ini telah
menimbulkan penentangan daripada pihak-pihak tertentu. Hal ini apabila pengharaman hurufhuruf Al-Quran diharamkan telah membuatkan generasi muda Turki dan keturunan yang akan
datang tidak dapat lagi membaca Al-Quran mempelajari hadith-hadith dan kitab-kitab agama.
Selain itu juga, terdapatnya pembaharuan yang memerintahkan agar terjemahan Al-Quran
sahaja dibaca iaitu pun dalam bahasa Turki dan bukannya Arab.27 Namun, pembaharuan ini
gagal dan terpaksa mengambil semula bahasa Arab iaitu Jawi kedalam negara Turki tersebut.
Hal ini kerana terdapatnya sebahagian besar rakyat Turki yang tinggal di kawasan pedalaman
tetap mempelajari Al-Quran dan ilmu Islam dengan menggunakan huruf Arab. Tambahan
pula, Ataturk telah menyedari kesukaran melaksanakan pembaharuan tersebut kerana bahasa
Turki menjadi lemah dan tidak bermakna tanpa istilah-istilah Arab.
Selain itu juga, Ataturk turut menghapuskan unsur keislaman dengan menggantikan
ucapan Assalammualaikum iaitu salam sejahtera ke atas kamu kepada Marhaban Bikum iaitu
selamat datang disamping menghapuskan segala perayaaan Aidilfitri, Aidil Adha dan
melarang umat Islam mengerjakan haji. Ataturk juga telah membuat perubahan yang sangat
memilukan rakyat Turki yang beragama Islam. Hal ini dimana beliau telah melakukan
pembaharuan dengan mengubah laungan azan yang menandakan masuknya waktu solat itu
kedalam laungan bahasa Turki.28 Pada tahun 1932 itu, kalimah Allahu Akbar telah menjadi
Allah Buyuk.29 Selain itu juga, dalam pembaharuan ini juga, satu undang- undang telah

26

Sinasi Gunduz, Cafer S. Yaran (2005). Change and Essence: Dialectical Relations Between Change and
Continuity in the Turkish Intellectual Tradition. Washington: The Council For Research In Values and Philosophy.
hlm 49.
27
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 177.
28
Sinasi Gunduz, Cafer S. Yaran (2005). Change and Essence: Dialectical Relations Between Change and
Continuity in the Turkish Intellectual Tradition. Washington: The Council For Research In Values and Philosophy.
hlm 50
29
Fadhlullah Jamil ( 2008). Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd. hlm 179.

dikuatkuasakan dengan mengatakan bahawa azan dalam bahasa Arab adalah dilarang dan
salah disisi undang-undang kerajaan Turki. Oleh yang demikian, semua imam yang tidak
mengikut peraturan baru tentang laungan azan tersebut akan di kenakan hukuman penjara. 30
Oleh yang demikian, melalui pembaharuan yang dilakukannya dapat dilihat kesungguhan
Mustaffa Kamal Ataturk untuk menghapuskan agama Islam.Selain itu juga, kita dapat lihat
segala unsur pembaratan yang turut dilakukan oleh Mustaffa Kamal Atartuk juga adalah
untuk menjatuhkan agama Islam.

30

Sinasi Gunduz, Cafer S. Yaran (2005). Change and Essence: Dialectical Relations Between Change and
Continuity in the Turkish Intellectual Tradition. Washington: The Council For Research In Values and Philosophy.
hlm 50.

Anda mungkin juga menyukai