Anda di halaman 1dari 8

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 10

LINGUISTIK KONTEKSTUAL
10.1 Sosiolinguistik
10.2 Antropologi Linguistik
10.3 Linguistik Antropologikal

Sinopsis
Menurut J.Lyons, 1968, linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi
dapat merencanakan perkembangan sastera. Maka, linguistik kontekstual ialah bidang yang
melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

Hasil Pembelajaran:
(i)

Selepas perbincangan, pelajar dapat menyatakan konsep linguistik kontekstual.

(ii)

Pelajar juga mampu membandingkan ketiga-tiga subbidang dalam ilmu linguistik


kontekstual dengan memberikan contoh-contoh yang betul.

Linguistik kontekstual terbahagi kepada tiga subbidang sebagaimana Rajah 1, iaitu:


1. Sosiolinguistik
2. Antropologi Linguistik
3. Linguistik Antropologikal

10.1 Sosiolinguistik
1. Bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat
2. Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh
stratifikasi sosial dalam masyarakat.
3. Merupakan kajian yang sangat luas, seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,
penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan dari perpaduan
sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan bahasa dan
lain-lain.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

4. Pada prinsipnya ia mengkaji mengenai aspek linguistik yang melihat aspek bahasa,
struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan
dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat.
5. Bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dan masyarakat.
6.

Fungsi linguistik memperkatakan perkara-perkara seperti perbandingan bahasa resmi


dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi.

7. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung


dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan
dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk
gaya yang dibezakan oleh taraf pemakainya.

Antropologi

Sosiolinguistik

Linguistik

KONTEKSTUAL

UAL
Linguistik Antropologikal

Rajah 1: Subbidang Linguistik Kontekstual

10.2 Antropologi Linguistik


1. Mengkaji tentang hubungan antara bahasa dan budaya, untuk mengamati bagaimana
bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

2. Adakala disebut sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada
perhubungan antara bahas dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan
penyelidikan primitif, pertalian bahas dengan kumpulan-kumpulan.
3. Kaedah participant observation digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam
konteks sosial budaya.
4. Participant observation merujuk kepada seseorang yang di hantar kepada sesuatu
etnik, menetap dan bergaul hingga kadang- kadang membawa kepada perkahwinan
dalam jangka masa yang lama.

10.3 Linguistik Antropologikal


1. Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek suasana kehidupan dan
sistem nilai yang dipegang oleh penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.
Perkaitan ini juga merujuk pemahaman fenomena komunikasi masyarakat primitif.
2. Bidang linguistik antropologikal dibuktikan dengan perkembangan ilmu filologi dan
nahuan terutama bagi bahasa Indo-Eropah pada abad ke-19.
3.

Bidang ini juga cuba menghuraikan struktur bahasa tertua di Amerika, Asia Tenggara
dan Pasifik dengan menggunakan kaedah analisis linguistik yang lebih berkesan
terutama strukturalisme.

4.

Kini, bidang ini semakin kurang popular kerana perubahan sistem sosial masyarakat
daripada primitif kepada moden yang menghasilkan bidang sosiolinguistik pula.
5. Bidang sosiolinguistik lebih sesuai bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam
perkembangan masyarakat yang moden.

Aktiviti:
Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik
kontekstual bagi perkembangan ilmu linguistik moden.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 11

Linguistik Gunaan
11.1 Sintesis Ujaran
11.2 Linguistik Tiruan

Sinopsis
Tajuk 11 akan memaparkan bidang linguistik gunaan yang mengutamakan pengaplikasian ilmu
linguistik dalam bidang pendidikan, iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran:
(i)

Pelajar dapat membandingkan aspek sintesis ujaran dengan aspek linguistik tiruan
dalam bahasa Melayu.

11. Linguistik Gunaan


Linguistik gunaan juga dinamakan linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang
liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem
sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa
kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Keadaan ini telah menghasilkan kaedahkaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang
dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa
asli pelajarnya.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks.
Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan
dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik
dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan.

11.1 Sintesis Ujaran


Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi
ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan
sebagainya.Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod,
sedangkan pemahaman pesananan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol
daripada suara ujaran.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas
jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus.
Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui
bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya
tidak tepat seratus peratus.

11.2 Linguistik Tiruan


Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan merupakan bahasa yang
digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling
berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah
dipelajarinya. Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam
pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk
banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di
bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.
Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan
gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidangbidang

yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran

bahasa.

Aktiviti
Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik gunaan
bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tajuk 12

Linguistik Diakronik
12.1 Perubahan Bahasa
12.2 Saussure

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

12.3 Noam Chomsky

Sinopsis
Bidang linguistik yang akan dihuraikan dalam tajuk ini ialah linguistik diakronik. Bidang ini
merangkumi konsep perubahan bahasa dan diskusi tentang tokoh seperti Saussure serta
Noam Chomsky.

Hasil Pembelajaran:
(i)

Pelajar

dapat

membincangkan

konsep

linguistik

diakronik

secara

mendalam

berdasarkan penulisan tokoh-tokoh bahasa de Saussure dan Chomsky.

Kerangka Tajuk: Linguistik Diakronik


12.1 Perubahan Bahasa
12.2 Ferdinand de Saussure
12.2 Noam Chomsky

12.1 Perubahan Bahasa


Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan

bahan-bahan sejarah merupakan bidang

linguistik diakronis yang mengkaji perubahan bahasa yang dilalui oleh masa. Perubahan
bahasa dan perkembangan bahasa yang dilalui bahasa dalam masa yang lampau adalah
sebahagian daripada linguistik diakronis.

12.2 Ferdinand de Saussure


Beliau ialah orang yang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau
sebagai bapa ilmu linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan
pendekatan baharu dalam bidang pengkajian

bahasa secara moden. Beliau seorang ahli

linguis yang terkemuka yang telah meletakkan dasar-dasar yang kuat pada ilmu linguistik
moden dan merupakan ahli bahasa yang pertama yang menekankan bahawa bahasa
bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang pukang susunannya tetapi adalah seabaliknya unitunit itu tersususn menurut stuktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. De

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Saussure menerangkan laku ucapan (speech-act) adalah sebagai satu rantai hubungan antara
setidak-tidaknya dua orang penutur.Laku ucapan ini terdiri daripada bahagian luar (fizikal)
yang dibatasi oleh mulut dan telinga dan bahagian dalam iaitu bahagian jiwa yang terdapat
dalam otak yang juga dinamai pusat perhubungan. Jika A bertutur maka B akan mendengar
dan jika B bertutur A mendengar.
De saussure telah memisahkan bahasa (langue) daripada ucapan manusia (langage).
Menurut beliau, ucapan manusia adalah gabungan daripada langue dan parole (bertutur).
Bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan
daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya ini (erti dan bayangan bunyi) adalah
bersifat psikologi. Beliau menekankan gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian
ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa.

12.3 Noam Chomsky


Chompsky menegaskan bahawa kematangan saraf, kematangan berfikir dan bertindak adalah
penting dalam proses mempelajari bahasa. Menurut beliau , setiap manusia yang dilahirkan
ke dunia sudah dibekalkan dengan satu kapasiti untuk membolehkan dia berbahasa apabila
sampai masanya. Potensi berbahasa ini sebenarnya adalah sifat akal atau mental
characteristics bukan biological characteristics. Menurut beliau lagi,

peringkat permulaan

belajar tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja
tetapi juga melibatkan proses kognitif.
Chomsky juga menegaskan bahawa bahasa adalah kreatif. Penghasilan sesuatu
bahasa itu tidak terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalamanpengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Beliau juga menerangkan
bahawa bahasa yang dipelajari itu adalah melalui pembentukan satu set rumus-rumus yang
digunakan untuk menerbitkan kalimat-kalimat baharu itu.
Menurut Chomsky lagi, setiap penutur dan pendengar mempunyai kemampuan dan
prestasi. Kemampuan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu
menghasilkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain kemampuan itu adalah
pengetahuan penutur mengenai bahasanya.Chomsky menegaskan lagi bahawa tatabahasa
generatif dalam otak penutur diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri, kerana penutur
telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Kemampuan
seumpama inilah yang menghasilkan prestasi, dan prestasi ini pula menghasilkan elemen-

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar- dari telinga ke otak dan mengulangi
pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.

Aktiviti:
Terdapat banyak tokoh terkenal dalam bidang linguistik semenjak zaman awal perkembangan
linguistik dari zaman Yunani hinggalah ke zaman moden.Bincangkan tiga tokoh linguistik
pada abad ke-19 serta sumbangannya kepada perkembangan linguistik moden.

Rujukan:
Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan
Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim dan Norlidza shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai