Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa
puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin.
Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan.
Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada
dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep
kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identity keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan
Siti Nordinar, 1989). Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya setelah

tamat

persekolahan. Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri


dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu
pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan
pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan
faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan (Fadale, 1974). Membuat pemilihan
antara pilihan-pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang berkembang bertahun-tahun
lamanya. Tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat
banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada
masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang
pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah kepada pemilihan
kerjaya. Pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah sering menghadapi masalah
dalam pemilihan kerjaya. Masalah-masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan tidak dapat
membuat keputusan, kurang maklumat tentang diri dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya
yang dipilih, kurang minat untuk merancang, dan tidak mampu menyelesaikan masalah.
Masalah-masalah ini berkait rapat dengan kurangnya kematangan kerjaya (Rohany,2003).
Masalah kurang kematangan kerjaya ini akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar apabila
berada di institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran dan dalam bidang pekerjaan.

Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan setelah dia menamatkan pelajaran atau
latihannya. Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan, dan
tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu
memilih dan membuat keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang
cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya
yang dipilih dan melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi, 1996)
Personaliti pelajar mempunyai pengaruh kepada pemilihan kerjaya pelajar. Seseorang itu
tertarik kepada sesuatu pekerjaan disebabkan personaliti dan beberapa faktor lain yang
terkandung dalam latar.
Menurut Zunker (2006,p.9) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi
pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Omar
Awang(2008,p.1)menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan di dalam
kehidupan seseorang. Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan
diri seseorang individu.Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja
sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Terdapat
pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh individu dan organisasi mengikut
bidang masing-masing.Berikut diterangkan perkara tersebut. Pendidikan kerjaya merupakan
program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokus kepada kerjaya.Perkara ini
bermula dari peringkat awal,mungkin pada peringkat rendah dan berlanjutan hinnga ke
peringkat dewasa.pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang
dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran,tetapi pendidikan pendidikan
kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama
ada dari segi peribadi,psikologi,social mahupun ekonomi. Dari sudut lain pula pendidikan
kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang memberi
penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar

mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan. Pendidikan kerjaya merangkumi semua
usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi,melatih,memberi kaunseling,
dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan.Ia juga memberi
penekanan kepada nilai instrumental semua jenis , pendidikan dalam menolong individu
melibatkan diri, menyumbang dan memenuhi tuntutan sebagai warganegara. Pendidikan ini
mempunyai misi agar setiap individu memiliki aras optima kemahiran kerja dalam konteks
social,individu, dan sistem kerja. Dalam konteks ini amatlah berkait rapat dengan kewajiban
menunutut ilmu bagi memperolehi kerjaya yang cemerlang.Melangkah kealam pekerjaan
bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan ilmu yang cukup untuk meronai
kehidupan di alam pekerjaan ini.Oleh itu pendidikan mula ditekankan di peringkat sekolah lagi
bagi membekalkan murid dengan pengetahuan tentang kerjaya. Pendidikan kerjaya ialah
program pengajaran yang menyeluruh dan tersusun yang membolehkan pelajar memperoleh
ilmu pengetahuan,kemahiran dan atribut-atribut lain bagi membina rancangan peribadi yang
bersesuain dengan dan kebolehan mereka.Pendidikan kerjaya sebahagian daripada proses
pendidikan yang member focus kepada kejayaan penyesuaian diri individu dalam dunia
pekerjaan.Perancangan kerjaya yang terbaik dapat menyediakan individu yang terbaik dalam
duni pekerjaan.Kertas ini akan membincangkankan aspek kerjaya secara lebih teperinci seperti
definisi kerjaya dan pendidikan kerjaya,kepentingan,komponen utama,contoh pelaksanaan dan
cadangan untuk meningkatkan kualiti proram kerjaya dengan lebih effektif. Komponen
pendidkan kerjaya ini perlu dikenalpasti kerana ia akan menentukan kandungan pendidikan
kerjya itu sendiri.Kandungan pendidikan kerjaya dibentuk daripada lima komponen asas yang
penting yang membantu individu berkembang di sepanjang kehidupannya.
KOMPONEN PERTAMA;
MENGENAL POTENSI DIRI.

Kaunselor akan menerangkan kepada pelajar tentang asas utama dalam pendidikan kerjaya
iaitu mengenal potensi diri.Antara aspek-aspek yang penting dalam menilai kebolehupayaan
diri,kaunselor akan membantu pelajar untuk menjalankan ujian minat kerjaya,ujian ,ujian
personality,dan ujian nilai pekerjaan.Pelajar akan diminta kaunselor untuk menerangkan tentang
cita-cita dan kehendak kerjaya yang mereka ingini di masa hadapan.Kaunselor akan memantau
pencapaian akademik pelajar dan akan menilai sama ada kerjaya yang dicitakan bersesuian
atau tidak dengan pencapaian akademik.
KOMPONEN KEDUA;
PENETAPAN MATLAMAT.
Dalam komponen kedua ini,kaunselor akan meminta pelajar supaya membina matlamat dalam
diri sendiri.Proses pembinaan matlamat ini terbahagi kepada dua iaitu proses mendapat kan
maklumat kerjaya,dalam proses ini kaunselor akan membantu pelajar untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan kerjaya yang bersesuain dengan kemampuan akademik
mereka melalui pengedaran risalah-risalah yang berkaitan dengan kerjaya supaya mereka
mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kerjaya yang dicitakan selepas tamat alam
persekolahan.Proses kedua ialah membuat keputusan kerjaya,iaitu kaunselor akam meminta
pelajar untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan kemampuan diri dan melihat tahap
pencapaian akademik sama ada sesuai atau tidak dipadankan dengan kerjaya yang diingini.
KOMPONEN KETIGA;
MOTIVASI DIRI.
Dalam komponen ketiga,terdapat dua langkah motivasi diri.Pertama,kaunselor akan meminta
pelajar untuk memuhasabah diri untuk member motivasi dalam diri sendiri supaya kerjaya yang
ingin dicapai dapat dihasilkan dengan baik.Dalam hal ini kaunselor akan menerangkan maksud

motivasi diri,jenis motivasi,formula kejayaan,tabiat berjaya,dan cerita-cerita motivasi yang


sangat mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya individu.Kedua sekiranya pelajar merupakan
seorang pelajar yang cemerlang di sekolah,kaunselor akan meminta mereka berkongsi
kejayaan mereka dengan pelajar lain supaya mereka lebih bermotivasi untuk terus berjaya
mencapai cita-cita yang mereka inginkan dalam hidup.
KOMPONEN KEEMPAT;
TEKNIK ASAS
Dalam komponen keempat,kaunselor akan membantu pelajar untuk berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting seperti SPM atau STPM yang menjadi
salah satu syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke university.Antara teknik-teknik asas
pembelajaran yang berkesan dipengaruhi oleh teknik membuat nota,teknik mengingat,teknik
menghadapi peperiksaan,pengurusan masa dan teknik mengurus tekanan psikologi.
KOMPONEN KELIMA;
TEKNIK LANJUTAN
Bahagian akhir komponen pendidikan kerjaya yang akan diterangkan oleh kaunselor ialah
teknik lanjutan yang terdiri daripada teknik menghadiri temuduga yang melibatkan proses
sebelum,semasa dan selepas temuduga serta teknik menulis resume yang mengandungi jenis
dan cara menulis resume yang baik untuk rujukan pelajar.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KERJAYA.
Pendidikan kerjaya bertujuan untuk member makna kepada semua pendidikan dengan
menghubungkaitkan kandungan pelajaran dengan dunia pekerjaan. Melalui pendidikan
kerjaya,semua pelajar mestilah meninggalkan sistem persekolahan dengan atribut yang

menarik kepada bakal majikan atau kebolehan-kebolehan yang boleh digunakan untuk berkerja
sendiri. Sekolah tidak sepatutnya di pertanggungjawab menyediakan pekerjaan,tetapi sekolah
mestilah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap produk pelajar

keluaran mereka

memiliki kemahiran yang sesuai ddengan sesuatu pekerjaan . Walaubagaimana pun pendidikan
kerjayaialah satu konsep yang bukan sahaja di tujukan kepada remaja malahan juga kepada
orang dewasa yang berminat untuk mempertingkat kemahiran,mengemas kini pengetahuan dan
jika perlu atau bersesuaian mendapatkan latihan semula untuk pekerjaan yang baru.
Pendidikan kerjaya tidak boleh di anggap sebagai pendidikan akedemik atau vokasional kerana
perkara ini memerlukan kedua duanya untuk menyediakan sikap,pengetahuan, dan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk kejayaan sesuatu kerjaya. Pendidikan awal kanakkanak,pendidikan menengah dan pendidikan tinggi adalah tempat dimana remaja dan orang
dewasa boleh memperolehi ilmu yang bersesuaian dengan dunia kerja. Pendidikan kerjaya juga
dapat mengembangkan semangat pelajar untuk terus berusaha mendapat keputusan yang baik
dalam pembelajaran. Hal ini kerana kerjaya yang cemerlang memerlukan kualiti pelajar yang
baik supaya dapat mengimbangi diantara keperluan kerjaya dengan kemahiran pelajar.
Pendidikan kerjaya sepatutnya menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar sejak memasuki
alam persekolahan dan seharusnya mengaitkan pembacaan,penulisan dan pengiraan dalam
pelbagai cara kehidupan dewasa dan mendapatkan sumber pendapatan.selari dengan
perkembangan pelajar melalui pembelajaran di sekolah, kemahiran-kemahiran, pengetahuan
dan sikap yang perlu untuk Berjaya dalam sesuatu kerjaya mestilah ditekan dan diterap dalam
semua matapelajaran di sekolah,bukan semata-mata melalui kelas berasingan yang khusus
untuk mereka yang ingin memulakan kerja. Pendidikan kerjaya tidak seharusnya dilihat secara
sempit, iaitu mengaitkan dengan pekerjaan semata-mata, tetapi seharusnya mampu
mengintegrasikan segala ilmu yang dirperolehi melalui proses pembelajaran kea rah suasana
rumah, komuniti, sekolah dan tempat kerja agar lebih mencabar dan produktif. Pendidikan
kerjaya juga seharusnya mampu menggalakkan individu untuk membuat pemilihan kerjaya

sementara member makna dan motivasi kepada pembelajaran dan pengalaman.pendidikan ini
juga seharusnya mampu menggalakkan mereka supaya menangguhkan pemilihan kerjaya yang
kekal sehinggalah segala fakta tentang diri dan pekerjaan diperoleh. Pendidikan kerjaya
seharusnya mampu meningkatkan kepentingan sekolah dengan member focus kepada
tanggapan

pelajar terhadap kerja dan dirinya sebagai pekerja.pendidikan kerjaya mestilah

mengiktiraf kewujudan kepelbagaian kaedah pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar


dengan lebih baik melalui pengalaman sendiri dan yang lain pula melalui pendekatan yang lebih
teoritikal.berasaskan ini,pendidikan kerjaya seharusnya tidak dihadkan kepada pembelajaran
dalam bilik darjah semata mata.pendidikan kerjaya adalah berkaitan dengan keseluruhan
persekitaran dan pengalaman pembelajaran sejak dari kanak-kanak sehinggalah tahun-tahun
produktif seseorang individu. Pada zaman kanak-kanak,pendidikan kerjaya seharusnya
memberikan kesedaran tentang keadaan dunia pekerjaan di samping kepentingan pekerjaan itu
sendiri

dalam

sesebuah

masyarakat.apabila

kanak-kanak

bergerak

melalui

zaman

persekolahan,ia seharusnya memiliki pengetahuan yang lebih mendalam tentang dunia


pekerjaan dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk menjawat jawatan tersebut
apoabila meninggalkan dunia persekolahan.Mereka sepatutnya berkebolehan untuk kembali ke
sekolah pada bila-bila masa sepanjang kehidupannya bagi mempertingkatkan keupayaan
supaya sesuai dengan keperluan kerja yang sentiasa berubah atau untuk memperkeya
keperibadiannya.

PELAKSANAAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH.


Terdapat pelbagai program pendidikan kerjaya yang telah dijalankan di sekolah. Pertama,
sekolah menengah menjalankan program pameran kerjaya. Pameran kerjaya di sekolah telah
diuruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Perancangan untuk program pameran kerjaya ini

melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu pelajar sijil pelajaran malaysia
dan sijil tinggi pelajaran malaysia yang lebih mengkhususkan pelajar tingkatan 5 dan 6.
Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang kerjaya dan peluang untuk
melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan.Terdapat banyak badan awam dan swasta
dalam kementerian pengajian tinngi terlibat. Pameran dari pusat pengajian tinggi ini bertujuan
untuk menerangkan kepada pelajar syarat untuk memasuki universiti dan pusat pengajian tinngi
yang lain. Dengan adanya program sedemikian ia dapat menyuntik semangat pelajar untuk
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yang mendatang. Selain itu pelajar yang
lebih berminat kepada bidang kemahiran telah diberi taklimat oleh badan pendidikan kemahiran
seperti Giatmara Pongsu Seribu, institut latihan perindustrian, Kolej komuniti dan lain. Program
kemahiran ini memberi semangat bahawa pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran
juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Program ini juga mendedahkan tentang
jurusan jurusan yang ada di setiap pusat pengajian tinggi tersebut serta peluang yang bakal
menanti mereka selepas mengikuti proram tersebut. Program ini telah memberi kesan yang
positif terhadap pencapaian akademik sekolah kerana, selepas pelajar mengikuti program
kerjaya ini, mereka lebih bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk
memasuki pusat pengajian tinggi yang mereka kehendaki.
Kedua, Unit Bimbingan Dan Kaunseling juga menjalankan ceramah dan bengkel kerjaya
khas untuk semua pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 6. Pengisian bengkel kerjaya ini telah
menjemput kaunselor dari Sekolah Menengah yang lain untuk menyampaikan motivasi.
Bengkel dimulakaan dengan penerangan terhadap aspek kerjaya dan slot. Kaunselor memberi
gambaran awal tentang bidang kerjaya pilihan yang akan ditempuhi pelajar selepas tamat alam
persekolahan. Selepas itu, kaunselor membahagikan kumpulan dan membuat latihan dalam
kumpulan bagi slot mengenal personaliti dan kerjaya yang sesuai. Kaunselor juga memberi
ceramah untuk memperbaiki kelemahan diri dengan ceramah. Pelajar diberi pemahaman yang

jelas berkenaan cara-cara menetapkan matlamat hidup dan memuhasabah diri untuk menjadi
lebih baik. Ceramah ini telah memberi suntikan semangat kepada pelajar yang terlibat untuk
belajar dan menjadi personaliti tertentu selepas tamat persekolahan.
Ketiga, Pertandingan Melukis Peringkat Sekolah yang bertemakan CITA-CITAKU.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kategori menengah rendah dan kategori menengah atas. Lukisan dinilai oleh guru pendidikan
seni visual sekolah dan pemenang ditentukan melalui lukisan terbaik. Hadiah kepada
pemenang disampaikan oleh pengetua sekolah pada perhimpunan mingguan sekolah tersebut.
Pertandingan ini bertujuan untuk menyemaikan dalam diri pelajar tentang cita-cita pelajar perlu
ditanam sejak awal lagi bertepatan dengan matlamat unit bimbingan dan kerjaya iaitu berusaha
berusaha membantu pelajar untuk mencapai cita-cita murni mereka. Pertandingan ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dari pelajar.
Keempat, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, menjalankan Program Pemantapan Kerjaya
yang dikenali sebagai program Masih Ada Yang Sayang. Program ini memfokuskan pelajar
yang bermasalah di sekolah berpandukan buku rekod pemantauan sekolah. Program ini
bertujuan untuk membentuk tingkahlaku pelajar bermasalah ini kepada yang lebih baik. Guru
kaunselor menerangkan tentang peluang pekerjaan yang berkaitan unit awam seperti kerjaya
sebagai pegawai polis,pegawai tentera, pegawai bomba dan lain lain unit keselamatan sera
bagaimana untuk menyertai pasukan tersebut dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.
Program ini amat berkesan, setelah mendapat respon positif daripada pelajar yang banyak ingin
memilih berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara. Program ini diadakan di dewan
sekolah tersebut yang disertai oleh badan disiplin dan badan kaunseling sekolah.

CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH.

Terdapat beberapa cadangan yang agak sesuai untuk menambahkan keberkesanan yang lebih
menyeluruh terhadap program kerjaya di sekolah antaranya ialah; Pertama, Program
Pendidikan Kerjaya perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah lagi dan tidak hanya
tertumpu kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Hal ini bertujuan untuk memberi maklumat
tentang kerjaya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini akan lebih memudahkan
pembentukan terhadap pelajar di peringkat menengah kerana mereka sudah mempunyai asas
di peringkat rendah.
Kedua, pengajaran subjek kerjaya sebagai subjek teras dalam kokurikulum. Pelajar
diwajibkan mengikuti kelas kerjaya pada setiap kali program kokurikulum. Ianya perlu dijalankan
di setiap kali program kokurikulum dijalankan pada jangka masa tertentu. Subjek ini boleh
dikelolakan oleh Unit Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah yang dipandu oleh kaunselor
sekolah dalam satu sesi kerjaya ringkas sebelum memulakan aktiviti kokurikulum. Selain itu
juga penubuhan kelab kerjaya juga diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan program
kerjaya di sekolah. Kelab ini perlu sentiasa peka terhadap sumber-sumber kerjaya yang
sediada dan yang terkini untuk disampaikan kepada semua pelajar. Kelab ini boleh di anggap
sebagai media kepada pelajar untuk mengetahui tentang hal-hal kerjaya.
Ketiga, Menubuhkan makmal kerjaya di setiap sekolah. Makmal kerjaya ini perlu
disediakan dengan kelengakapan yang lengkap untuk membantu pelajar dalam bidang kerjaya
seperti dipenuhi maklumat-maklumat kerjaya, terdapat borang penilaian personaliti yang dapat
membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai, dan terdapat seorang penjaga makmal yang
mahir tentang ilmu kerjaya untuk membantu pelajar yang menggunakan makmal tersebut.

PENUTUP
Pendidikan kerjaya adalah sangat penting kerana bermatlamat untuk merangsang dan
menggalakkan individu dalam mencari maklumat, memproses maklumat dan mengintegrasikan
maklumat. Pendidikan kerjaya juga mampu mempertingkatkan keupayaan individu dalam
membuat keputusan, memberi alternatif untuk membuat tindakan melalui program yang
terancang bagi melengkapkan individu dengan kemahiran-kemahiran yang berguna untuk
memulakan sesuatu kerjaya. Pendidikan kerjaya juga berperanan memberi maklumat yang
berterusan, membuat keputusan dan tindakan melalui latihan semula dan peningkatan
kemahiran.Umumnya,pandidikan kerjaya sama penting dengan bimbingan kerjaya dan
kaunseling kerjaya. Dengan memiliki pendidikan dalam bidang kerjaya, ia akan dapat
memudahkan pelajar lebih bersedia untuk menerokai bidang kerjaya. Pendidikan kerjaya amat
penting untuk diterapkan dalam diri setiap pelajar agar mereka dapat memaksimakan potensi
diri di tahap yang optima berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki. Oleh itu, pendidikan
dari hari ke hari akan meningkat keperluannya dalam diri setiap individu, jesteru itu seharunya
kita bersama-sama sentiasa memperkembangkan pendidikan kerjaya ke arah pembangunan
yang positif.

Anda mungkin juga menyukai