Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang mencoretkan
sepatah dua kata sempena Majlis Anugerah Junjung Bestari 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
19 pada kali ini. Mudah-mudahan kedua-dua program yang dijalankan ini, mampu mencetus idea
dan pemikiran yang bernas ke arah memberi dorongan yang lebih besar dan kejayaan yang lebih
gemilang kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Sememangnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung
ini telah berjaya dan berjasa dalam memastikan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan-
peperiksaan awam, malah saban tahun muncul pelajar-pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan
sekolah dan ibu bapa.
Sekalung tahniah kepada pihak sekolah.

Sesungguhnya pendidikan amat penting untuk membina tamadun pada masa hadapan. Pihak sekolah
memainkan peranan penting untuk menjayakan hasrat murni negara ini. Namun begitu, dewasa ini
peranan yang terpaksa dipikul oleh pihak sekolah amat mencabar. Warga pendidik dan kita sebagai
waris terpaksa berdepan dengan pelbagai gelagat dan kerenah pelajar remaja. Isu-isu negatif yang
melibatkan remaja mestilah dipandang serius dan langkah-langkah penyelesaian wajar ditangani
secara bijaksana dan berhikmah.

Sekolah bukan sahaja sebagai penjana kecemerlangan ilmu pengetahuan, tetapi perkara yang tidak
kurang pentingnya adalah sebagai tempat menyemai dan memupuk sikap dan disiplin yang terpuji
serta mulia. Ibu bapa melalui PIBG hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk
mencapai tujuan tersebut. Tugas ibu bapa dalam pendidikan adalah sama beratnya dengan tugas
guru. Oleh itu, itu ibu bapa haruslah memupuk nilai - nilai positif dalam diri pelajar agar dapat
melahirkan pemimpin yang mempunyai ciri - ciri kepimpinan yang ideal pada masa hadapan. Ibu
bapa juga semestinya mengambil tindakan yang proaktif dalam merangsangkan kecemerlangan
akademik, berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak sekolah ke arah mencapai hasrat yang
murni ini.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan
menganjurkan Majlis Agunerah Junjung Bestari 2010. Tahniah juga kepada para pelajar dan waris
yang telah berjaya mencapai kecemerlangan. Saya juga mengucapkan selamat bermesyuarat dan
saya menyeru semua waris agar menjadikan wadah PIBG SMK. Junjung sebagai medan terbaik untuk
bersama-sama para guru ke arah penjanaan kecemerlangan akademik, ketrampilan personaliti dan
sahsiah serta pembentukan kerohanian berpaksikan nilai-nilai agama yang mampu mewujudkan
insan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Akhir kata, semoga usaha kita diberkati Allah dan semua program yang telah dan akan dirancang
dapat diteruskan, insya-Allah.

Sekian. Terima kasih.

“JUNJONG SENTIASA DI ATAS ”


“ MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT ”

( En. Habib Merikan Bawasah )


Yang Dipertua PIBG
Sesi 2009 / 2010.
Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung.

Anda mungkin juga menyukai