Anda di halaman 1dari 3

JENIS-JENIS KUASA

a) Kuasa Sah
Kuasa Sah atau kuasa legitimasi wujud kerana kedudukan rasmi
seseorang dalam sesebuah organisasi. Kadangkala kuasa sah ini juga
bergantung kepada hubungan yang dijalinkan antara subordinat dengan
seseorang pemimpim. Walaubagaimanapun, kuasa ini mungkin dibatasi oleh
sesetengah perjanjian yang formal. Contohnya, apabila seseorang subordinat
enggan melakukan sesuatu kerja yang lebih dari diklasifikasikan. Oleh itu,
pendekatan seperti Buat

juga, sebab saya adalah bos, ini tidak patut

dilakukan kerana ini akan mengurangkan daya kepimpinan seseorang


pemimpin. Umumnya, seseorang memiliki kuasa sah jika berupaya:
a) Membuat orang lain mempunyai komitmen untuk melakukan sesuatu.
b) Membuatkan orang lain merasakan bahawa mereka patut memenuhi
keperluan kerja.
c) Membolehkan setiap pekerja merasakan memiliki tanggungjawab yang
perlu dipenuhi.
d) Membuatkan orang lain tahu bahawa mereka mempunyai tugas yang
perlu diselesaikan.
b) Kuasa Keperluan
Kuasa kepakaran wujud pada seseorang yang mempunyai kepakaran
dalam sesuatu bidang yang tertentu. Kuasa ini biasanya dipelopori oleh
mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam hal-hal seperti
teknikal, pengurusan, pencarian sumber dan sebagainya. Sebagai contoh,
seorang pakar komputer yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai cabang
dalam teknologi maklumat seperti multimedia, pembangunan sistem dan
pembangunan aplikasi adalah lebih berkuasa berbanding seseorang yang
hanya mendominasi hanya aspek multimedia dalam bidang itu. Seseorang
dikatakan memiliki kuasa ini jika berupaya:
a)
b)
c)
d)
c)

Memberi cadangan teknikal yang baik.


Berkongsi pengalaman atau latihan lalu.
Memberikan nasihat berkaitan dengan kerja yang baik.
Menyediakan pengetahuan teknikal yang diperlukan.
Kuasa Rujukan

JENIS-JENIS KUASA
Pemimpin yang mempunyai kuasa rujukan merupakan pemimpin yang
mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian orang lain. Orang ramai sanggup
mengikut arahannya disebabkan rasa hormat dan ingin mencontohinya.
Kuasa rujukan ini dimiliki adalah disebabkan pemimpin ini mempunyai ciri-ciri
peribadi dan sikap-sikap yang amat positif yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai integriti, kredibiliti dan karisma. Kuasa ini juga diperolehi
sekiranya seseorang itu memiliki pengetahuan yang mendalam terhadap
sesuatu perkara. Menurut French & Raven, untuk meningkatkan kuasa
rujukan terdapat beberapa langkah yang perlu diambil iaitu selalu bersikap
positif dan berbaik sangka kepada orang lain, mempertahankan kepentingan
orang lain dan memberi sokongan pada mereka apabila diperlukan, tunjukkan
sikap

sanggup

berkorban

untuk

kepentingan

orang

lain

dan

tidak

memperalatkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Umumnya pengurus


atau pemimpin yang memiliki kuasa ini berupaya:
a)
b)
c)
d)

Menyebabkan pekerja rasa dihargai dan diterima.


Membuatkan pekerja berasa mereka juga penting.
Membuat pekerja menyukainya.
Memyebabkan pekerja berasakan mereka bernilai kepada organisasi.

d) Kuasa Ganjaran
Kuasa ganjaran datang dari kebolehan seseorang untuk mengurniakan
ganjaran. Ia juga merupakan salah satu sumber kuasa yang berasaskan
organisasi kerana syarikat secara amnya memberi kuasa kepada pemimpin
untuk menaikkan gaji, mempengaruhi agar seseorang diberi kenaikkan
pangkat dan memberikan manfaat khusus seperti bonus, elaun tertentu dan
hari percutian. Pemimpin juga boleh menggunakan ganjaran sosial seperti
memberi

pujian

serta

pengiktirafan

kepada

subordinat-subordinatnya.

Ganjaran material dan ganjaran sosial dapat meningkatkan produktiviti dan


prestasi dalam empat keadaan seperti berikut:
a) Apabila

ganjaran

yang

diberi

sangat

dihargai

oleh

orang

yang

menerimanya.
b) Apabila ganjaran diberi selepas orang bawahannya memenuhi syaratsyarat yang menjadi kriteria bagi menerima ganjaran itu.

JENIS-JENIS KUASA
c) Kriteria untuk ganjaran itu mestilah terang, jelas dan difahami oleh orang
yang bakal menerima ganjaran itu.
d) Apabila peraturan dan kriteria bagi menerima ganjaran itu sentiasa
digunakan ke atas semua orang dan dalam semua keadaan.
e) Kuasa Paksaan
Kuasa ini berpunca daripada kawalan seseorang pemimpin melalui
hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada subordinat. Selalunya,
pemimpin merupakan orang yang menurunkan pangkat, menurunkan gaji,
menangguhkan bayaran ataupun mengugut subordinat kerana pencapaian
mereka yang kurang memuaskan. Pada zaman sekarang, kuasa paksaan
lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undangundang menghadkan kebolehan seseorang pemimpin menggunakan kuasa
paksaan, ia masih sering digunakan dalam kebanyakkan organisasi. Namun
demikian, menggunakan hukuman untuk mendapatkan kepatuhan daripada
subordinat

akan

mendatangkan

kesan

negatif.

Subordinat

mungkin

berdendam terhadap si penghukum. Lama-kelamaan, jurang akan menjadi


semakin besar di antara pemimpin dan subordinat. Fenomena ini sudah tentu
mengurangkan dedikasi seseorang subordinat terhadap organisasinya.
Umumnya pengurus atau pentadbir memiliki kuasa ini jika:
a) Membuatkan sesuatu kerja menjadi lebih sukar kepada subordinatnya.
b) Memberikan kerja yang tidak disukai oleh pekerjanya.
c) Membuat keadaan kerja menjadi tidak ceria atau memberangsangkan.
d) Mempengaruhi dalam kenaikkan pangkat.

Anda mungkin juga menyukai