Anda di halaman 1dari 17

PENGAPLIKASIAN HUKUMAN

JENAYAH SYARIAH KHALWAT DI


MAHKAMAH SYARIAH: SUATU
PENILAIAN

Nurulhuda bt. Zayadi


(2150028)

Definisi Khalwat

Kamus Dewan:
khalwat sebagai perbuatan pengasingan diri
berdua-duaan di tempat yang terpencil atau
tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang
bukan mahram dan bukan pula suami isteri
sehingga dapat dianggap sebagai suatu perbuatan
yang sumbang.
Istilah syarak:
(Said al-Syartibi); berseorangan atau sebagai
menenangkan fikiran daripada pelbagai hal dengan
hanya mengingati Allah SWT semata-mata.

(Hanafi, Maliki, Shafie dan Hambali); istilah


ini dirujuk kepada hubungan suami isteri yang
tinggal
berdua-duaan
sama
ada
berlaku
persetubuhan atau sebaliknya.

Kategori
Khalwat

Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam


Undang-Undang Masa Kini Di
Mahkamah Syariah

Undang-undang jenayah islam membahagikan


sesuatu jenayah itu berlaku apabila wujudnya 3
elemen penting dalam jenayah iaitu:
Unsur-unsur mental
fizikal (perbuatan
(niat jahat),
jahat),

1. Unsur-unsur syarie

Pengharaman khalwat di dalam al-Quran, Surah Al-Isra Ayat 32 :











dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)

Pengharaman khalwat di dalam hadis :


Janganlah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak halal bagi


kamu kerana sesungguhnya orang yang ketiga adalah syaitan

2. Unsur-unsur fizikal (perbuatan jahat)

Secara umumnya, bagi mensabitkan kesalahankesalahan


khalwat
yang
dilakukan,
pihak
penguatkuasaan atau pendakwaan perlu memenuhi
kriteria berikut bagi mensabitkan kesalahan khalwat
yang dilakukan oleh pelaku seperti :

1)Berdua-duaan atau bersekedudukan yang boleh


mendatangkan syak
2)Bersekedudukan dengan seorang atau lebih lelaki atau
perempuan, sama ada islam ataupun tidak.
3)
Bukan suami/ isteri atau mahramnya.

Seksyen 29
(Selangor):

Enakmen

Jenayah

Syariah

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama seorang perempuan


atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau
mahramnya; atau
(b)Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang
atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau
mahramnya,
Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau
bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka
sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah menjadi
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

Sekiranya pasangan tersebut berdua-duaan tetapi


dalam tidak mampu menimbulkan syak yang mereka
akan melakukan persetubuhan atau perbuatan
maksiat, maka perbuatan berkenaan tidak memenuhi
syarat yang dikehendaki di dalam elemen kesalahan
jenayah syariah khalwat yang diperuntukkan.
Pendakwa Syarie lawan Mohamad Sabu dan
Seorang Lagi, bila mana perbuatan kedua-dua
tertuduh berkurung berdua-duaan dalam tempoh
yang sekejap (tidak sampai lima minit) telah gagal
menimbulkan syak bahawa mereka melakukan atau
akan melakukan perbuatan yang maksiat.

Keadaan
tempat
dan
masa
juga
boleh
menimbulkan syak seperti di tempat gelap dan
sunyi dalam keadaan ketiadaan mahram atau
pihak ketiga. Ini dijelaskan di dalam kes Abdul
Wahab
lawan
Timbalan
Pendakwa
Mahkamah Syariah Selangor, yang mana
tertuduh di dapati bersalah dengan tuduhan
khalwat bersabitan apabila ditangkap berduaduaan di dalam kereta yang diletakkan di tepi
jalan pada jam 3.45 pagi.

3. Unsur Mental (Niat Jahat)

Asas kepada tanggungjawab jenayah wujud sekiranya dipenuhi elemen-elemen


berikut :
a. melakukan perbuatan yang diharamkan
b. secara pilihan sendiri
c. secara sedar mengenai kesan dan akibatnya

Pendakwa Syarie lawan Nordin Hashi (Ahilemah Joned 1986, 101) YDT
dituduh berkhalwat dengan seorang yang bukan islam di dalam sebuah
kereta. Pendakwa menerangkan bahawa YDT ialah guru pengajar memandu
kereta dan wanita tersebut adalah bekas muridnya yang ingin belajar
memandu semula selepas membeli kereta baru. Mahkamah memutuskan
bahawa YDT memang tiada niat jahat untuk melakukan jenayah tersebut
kerana terbukti bahawa beliau mengajar wanita tersebut. Lbih-lebih lagi suami
wanita tersebut turut berada berhampiran dengan mereka. Tambahan pula,
terdapat guru lain mengajar murid mereka memandu di tepi padang Bandar
Hilir Melaka.

Pendakwaan Kesalahan Khalwat


1.

Berdasarkan peruntukan di dalam Seksyen 29 Enakmen


Jenayah Syariah (Selangor): Mengikut takrifan tersebut perlu
wujud unsur -unsur tertentu bagi mensabitkan seseorang itu
dengan kesalahan khalwat. Unsur-unsur yang perlu dibuktikan
adalah seperti berikut:

Berdua-duaan antara lelaki atau perempuan

Seorang lelaki atau perempuan bersama dengan lebih daripada


seorang perempuan atau lelaki

Suasana tempat atau keadaan sekeliling

Perbuatan yang tidak bermoral.

2.

Pra perbicaraan; Pihak Pegawai Penguatkuasa


membuat soal siasat ke atas orang yang kena tangkap

perlu

3. Perbicaraan
Proses -proses perbicaraan mestilah dijalankan mengikut
prosedur sebagai yang dijelaskan oleh seksyen 96, Akta
Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
Setelah pihak pendakwa dan orang yang kena tuduh telah
mengemukakan hujah masing -masing, terpulang kepada
budi bicara mahkamah untuk mesabitkan orang kena
tuduh itu dengan kesalahan tersebut atau sebaliknya.
Sekiranya orang yang kena tuduh tidak berpuas hati di
atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak
mahkamah, maka ia boleh mengemukakan rayuan kepada
mahkamah.

Pelaksanaan Hukuman Menurut


Peruntukan Undang Undang

Adakah hukuman yang


dikenakan ke atas pesalah jenayah
syariah khalwat itu terlalu ringan,
lalu menjadikan ianya
seolah-olah tidak berkesan dalam
mendidik pesalah?

Pendakwa Syarie v Mohd Nabil bin


Ramli [2015] 3 SHLR 34:
Tertuduh di tahan di sebuah rumah yang
merupakan tempat tinggal kedua-dua
pasangan dan setiap pasangan lelaki dan
perempuan berkongsi satu bilik tanpa
hubungan mahram dan juga bukan suami
isteri yang sah dari segi hukum syarak.
Tertuduh dijatuhkan hukuman denda
RM2,800 atau tiga bulan penjara.

Pendakwa Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt


Salleh [2015] 2 SHLR 44;
Kesalahan OKT ini adalah kesalahan kali kedua yang mana OKT
pernah disabitkan bersalah dan telah dihukum dengan kesalahan
khalwat.
Pendakwa Syarie v Mohd Zulkifli bin Adam & Anor [2012] 2
SHLR 113;
Sebelum ini kedua-duanya telah dijatuhkan hukuman denda
sebanyak RM500 dan RM800 oleh hakim Mahkamah Rendah
Syariah Daerah Dungun. Mahkamah berpendapat kedua-dua OKT
tidak serik dan seolah-olah mencabar kewibawaan mahkamah.
Mereka melihat kadar hukuman yang ada di Mahkamah Syariah
adalah terlalu rendah dan tidak memberi apa-apa kesan kepada
mereka. Mereka menganggap setiap kali melakukan kesalahan
boleh dibayar dengan denda.

Rumusan

Walaupun terdapat peruntukan undang-undang


mengenai jenayah khalwat, namun ia seolaholah tidak berkesan untuk membendung jenayah
khalwat ini, baik terhadap golongan yang belum
atau pun yang sudah pun berkahwin.
Pendidikan agama haruslah diterapkan dalam
diri setiap orang.
Hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan
khalwat perlu ditambah atau diperberatkan lagi,
agar orang ramai takut untuk melakukan
kesalahan itu.

Anda mungkin juga menyukai