Anda di halaman 1dari 42

7.

1 Konsep pengajaran
cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Sesuatu yang diagnostik dan preskriptif
Mengaplikasikan strategi serta aktiviti yang sesuai untuk pelajar
Ringkasnya :

Melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat.

Menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja

Berkongsi pengetahuan

Membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang

Menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya

Menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional

Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai.

Mereka bentuk suau kesedaran dan pengahragaan potensi diri ( Evans &
Brueckner, 1992)

rumusannya:

Pengajaran adalah satu cara memberi pengetahuan dan kemahiran


kepada pelajar.

Pengajaran adalah memimpin, mengarah, memudahcara, mengasuh


dan merancang pembelajaran pelajar.

7.2 MODEL-MODEL PENGAJARAN

Model-model
pengajaran

Ekspositori

Pemerosesan
maklumat

Inkuiri

Projek

Rajah 1: Model-model Pengajaran

7.2.1

MODEL PENGAJARAN EKSPOSITORI

Pendekatan pengajaran Ausubel : guru mempersembahkan bahan


dalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen.
guru menyampaikan maklumat atau isi kandungan secara langsung
Mencadangkan penggunaan pengurusan grafik ( penyusun awal )
pada awal pengajaran
guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,
hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik
Penyusun awal : suatu pernyataan awalan tentang suatu hubungan
atau suatu konsep peringkat tinggi yang luas untuk merangkumi
semua maklumat yang berikutnya.

Penyusun awal

Komparatif
~ merangsang skema sedia

Ekspositori
ada

~ menyediakan maklumat

baru

Rajah 2: Jenis Penyusun awal

7.2.2

MODEL PENGAJARAN PEMEROSESAN MAKLUMAT

bergantung kepada komputer sebagai model


merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk
mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data,
menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan
membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya.

Forgotten

Forgotten
Episodie
Memory

Input
Stimulus

Semantic
Memory
Interference

Smell
Touch

Short Term
Memory
Sensory
Register

Hear
Taste
See

Rehearsal

Procedural
Memory

Attention

Retriaval

Long Term
Memory

Output

Rajah 1 : Model Pemerosesan Maklumat

7.2.3

MODEL PENGAJARAN INKUIRI


semua rangsangan dari alam sekitar diterima oleh receptor.
Contoh : apabila anda menyentuh tangan anda, receptor deria akan
mengesan sensasi tersebut.
Sensasi itu disimpan secara sementara dalam ingatan deria.

Jadual 1: Kapasiti dan tempoh mengikut jenis ingatan

Kapasiti

Ingatan deria

Ingatan

Besar

pendek
5-9 unit
baru

jangka Ingatan

jangka

panjang
maklumat Tidak terhad

Tempoh

1-2 saat

20 saat

kekal

penemuan terpandu
kekuatannya ialah : kedua-dua kandungan dan proses penyiasatan
diajar pada masa yang sama
menurut John Dewey, langkah-langkah inkuiri yang digunakan ialah :

kenal pasti dan menjelaskan masalah

membentuk hipotesis

mengumpul data

analisis dan interpretasi data untk menguji hipotesis

membuat rumusan

Mengenalpasti
masalah

analisis

penyiasatan

Proses inkuiri

komunikasi

Rajah 4: Proses inkuiri

mempertimbangkan

7.2.4 MODEL PROJEK


merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan
murid-murid mempelajari kemahiran dan pengetahuan melalui satu proses
inkuiri yang berstruktur
guru perlu menyediakan soalan projek serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dengan baik
melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi
membolehkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi
satu kelebihan model projek ialah ada elemen kesepaduan di mana
murid-murid dapat mengapplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran
yang berlainan
guru perlu memberi bimbingan dan arahan dengan terang tentang caracara mengendalikan sesuatu projek

7.3 Pendekatan dan strategi pengajaran

Pendekatan dan strategi


pengajaran

Strategi berpusatkan
guru

Strategi berpusatkan
pelajar

Rajah 5: Pendekatan dan Strategi Pengajaran

7.3.1

STRATEGI BERPUSATKAN GURU


merupakan stategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama
diamalkan dalam bilik darjah
guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran
komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah sehala
guru berada dalam tengah-tengah aktiviti bilik darjah
juga dikenali sebagai pengajaran langsung
guru mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan
contoh : latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar
juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit
terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan
sistematik
digunakan untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran
tertentu
contoh ; pengajaran fakta sains atau kajian sosial, perbendaharaan
kata, pengiraan matematik
peranan

guru

adalah

mengemukakan

bahan

pengajaran,

membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua


pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Ciri-ciri pendekatan strategi berpusatkan guru

Guru bercakap lebih daripada pelajar


semasa pengajaran.

Pengajaran ditujukan kepada seluruh


kelas
Buu teks merupakan panduan untuk apa
yang diajar dalam kelas
Setiap episod dalam pengajaran
ditentukan oleh guru
Meja dan kerusi diatur dalam barisan;
menghadap papan kapur
Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam
bilik darjah

Rajah 6: Ciri pendekatan strategi berpusatkan guru

7.3.2 STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR


pelajar mengambil alih tanggungjawab untuk apa yang diajar dan
bagaimana ia dapat dipelajari
dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri
bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar
dilakukan untuk menwujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana
pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.
strategi ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan
secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru
matlamatnya ialah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran

kreatif dan kritis


pengajaran dalam bilik darjah kurang eksplisit
namun, guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab
kepada pelajar
guru bertindak autoritatif guru memilih untuk mengagihkan sedikit
kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada
dirinya.
Contoh Strategi berpusatkan pelajar
i) Penerokaan

7.3.2.1

ii) ikuiri penemuan iii)Beberapa bentuk perbincangan

Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar

Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar

Mahir dalam mata pelajaran yang diajar

Mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-konsep penting

Memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar

Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari

Rajah 7: Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar

7.3.3 STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN


terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran
memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan
guru berkongsi sumber dan bahan
murid-murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat
situasi sebenar
interaksi yang berlaku dalam bilik darjah adalah banyak hala
strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam
memanipulasikan pelbagai jenis bahan
guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan,
bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat
akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya.
Contoh-contoh penggunaan media

panduan pelajaran

panduan buku teks

buku kerja

video

pakej pita

pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer

CD-ROM, multimedia dan lain-lain

7.3.3.1

PERANAN GURU PEMBELAJARAN BERPUSATKAN


BAHAN

1.

membimbing pelajar di mana untuk mendapat maklumat

2.

membantu mereka mencari/ membentuk soalan yang sesuai


untuk dikemukakan.

3.

mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam perpustakaan

4.

memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan

5.

membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan

7.4

PENDEKATAN PENGAJARAN
PENDEKATAN INDUKTIF
guru

menyediakan

banyak

contoh

yang

mempunyai

konsep

danperaturan yang sama


persoala
n
guru mencungkil atribut kritikal dan atribut bukan kritikal

pelajar faham konsep yang ada persamaan mengkategori contoh-contoh


dan bukan contoh-contoh
pelajar menyatakan perkaitan yang ditemui
Rajah 8: Pendekatan Induksif

Contoh :

1.

Guru menunjukkan contoh bentuk segi empat , misalnya meja

2. Pelajar mengenal pasti ciri-ciri yang menunjukkan objek sebagai segi


empat sama.
3. Guru kemudian mencungkil atribut bukan kritikal sebua segi empat
sama.

7.4.2

Pendekatan pengajaran deduktif

mula dengan memberi peraturan konsep atau


pernyataan

mencungkil atribut kritikal dan bukan kritikal

memberi contoh dan bukan contoh

Rajah 9: Pendekatan deduktif


7.4.3

Pendekatan Pengajaran Elektif

Berasal daripada istilah bahasa Inggeris elective bermaksud pemilihan.


kombinasi mana-mana satu kaedah pengajaran, seperti kombinasi
pendekatan induktif dan deduktif
Ia sesuai untuk mrngajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem.
Strategi ini boleh digunakan untuk pemusatan bahan. (sebagai satu aktiviti
pengayaan)
Guru boleh menggunakan kreatif sendiri dan tidak terikat kepada manamana pendekatan yang khusus.
Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid.
Kebanyakan mata pelajaran sains dan matematik.
Ciri-ciri pendekatan elektif ialah seperti berikut:

(a) Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan.
(b) Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada tugas
mengasas rumusan atau memberikan contoh.
(c) Guru memberikan input terlebih dahulu. Ini memudahkan murid-murid
membuat rumusan.

7.4.4

Pendekatan Tematik

Berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata


pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin.
Tujuan
Unit-unit tematik selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar.
Langkah-langkah merancang unit-unit tematik:
(1) Pilih satu tema: Tema hendaklah luas untuk memuatkan maklumat
daripada
banyak bidang mata pelajaran.
(2) Membina jaringan perancangan :

Membuat sumbangsaran untuk

membina carta-peta semantik yang meneroka pelbagai contoh.


(3) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan
yang banyak.
(4) Rancangan aktiviti : Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan tema. Gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan
peningkatan prestasi pelajar.
7.4.5

Pembelajaran Masteri

Bahan pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu


daripada yang mudah kepada yang kompleks.
Disampaikan

kepada

murid-murid

secara

sistematik

dengan

menggunakan alat bantuan mengajar yang sesuai.


Murid akan dinilai. Jika tidak dapat menguasai, mereka disuruh
mengulangi pelajaran tersebut.

Kebaikan pembelajaran masteri adalah seperti berikut.

(a) murid mempunyai kemahiran asas sebelum bergerak ke unit yang lain.
(b) Guru perlu nyatakan objektif pengajaran dengan sangat tepat sebelum
dapat melaksanakan pengajarannya.
(c) Untuk setiap unit pembelajaran, guru mesti menjalankan ujian formatif dan
penilaian.
(d) Keputusan ujian penilaian digunakan untuk membaiki semua kelemmahan
murid-murid dalam setiap unit pembelajaran.
7.4.6

Kaedah Pengajaran Bersepadu


satu cara untuk menguruskan program pengajaran agar mata
pelajaran dan kemahiran yang terasing dalam kokurikulum dapat
dikait antara satu sama lain.
Menjadikan pusat kesepaduan kurikulum bertujuan untuk mewujudkan
kesepaduan dalam pengalaman persekolahan pelajar.
Ada perkaitan yang kuat dengan kaedah inkuiri, berbentuk kendiri,
mempunyai pesekitaran yang kurang berstruktur dan berorientasikan
penyelesaian masalah.
Tujuan kaedah pengajaran bersepadu

Mengajar pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang


berdikari.

Membantu pelajar untuk memahami dan menghargai sejauhmana


pembelajaran sekolah saling berkaitan dan tidak diasingkan
kepada mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

Menekankan proses pembelajaran bertentangan dengan isi


kandungan dan kemahiran spesifik.

Menggunakan nilai-nilai sosial dalam pembelajaran di mana


pelajar digalakkan bekerjasama dengan orang lain.

Peranan guru

Menentu dan menyediakan persekitaran di mana pelajar dapat


menjalankan aktiviti pelajaran mengikut minat, keperluan, kebolehan,
personaliti dan motivasi mereka.

Guru perlu merancang dan membimbing penerokaan pelajar tanpa


menyekat inisiatif.

7.4.7

Perlu menyediakan pelbagai pilihan bahan pembelajaran dengan teliti.

Perlu sama-sama menjadi pelajar.


Pendekatan infusi

pendekatan pendidikan yang menggunakan isu sebenar sebagai


konteks bagi pengajaran kemahiran akademik dan pengetahuan.
Infusi dan kesepaduan digunakan untuk program pendidikan
mengatasi konflik.
Infusi ialah pengajaran dan pemodelan bagi mengatas konflik
sepanjang budaya persekolahan seseorang. Ia merupakan satu
matlamat jangka panjang yang melibatkan gambaran menyeluruh.
Matlamat infusi ialah membantu sekolah menjalankan secara
komprehensif, sistematik dan terancang.
Kesepaduan digunakan untuk menjelaskan satu cara startegik
menyepadukan mata pelajaran (isi kandungan) dan tema-tema.
Ia membantu pelajar membuat perkaitan antara disiplin.

5 jenis kesepaduan

Kandungan/ Mata pelajaran Asas pengetahuan yang nyata/ unit


kemahiran.
Disiplin selari menentukan mata pelajaran antara unit-unit.
Disiplin yang pelbagai mereka bentuk 2-3 disiplin yang membawa
kepada pemusatan.
Antara Disiplin pusat pengurusan menggunakan semua disiplin.

Kesepaduan Isu-isu berpusatkan pelajar.

7.5 KAEDAH DAN TEKNIK


7.5.1 KAEDAH KOPERATIF
Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan
berbincang secara koperatif.
Murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti
pembelajaran.
Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti berikut:
(a) Guru sampaikan pelajaran baru.
(b) Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif.
(c) Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam setiap kumpulan.
Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan untuk membincangkan
secara koperatif.
Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:
(a) Murid-murid melibatkan diri secara aktif.
(b) Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama ahli
kumpulan.
(c) Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk.
(d) Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.
Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah
seperti berikut:
(a) Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran.
(b) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran.

(c) Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang


sesuai.
(d) Murid mengikuti bimbingan guru.
(e) Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan.
7.6

KAEDAH KOLABORASI
Kamus Dewan (1998), koboratif bermaksud kerjasama erat di antara
dua ihak atau lebih.
Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah
mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang
akademik atau pun ko kurikulum.
Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatakan dengan meminta
pelajar penyelesaian sesuatu masalah dengan satu sama lain dan
kemudiannya berbincang. Nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk
dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurang ke tahap minima.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang
hampir sama di mana kedua-dua ini menekankan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan., menukar corak hubungan antara
guru dan pelajar, dan kombinasi bilik darjah kolaboratif.

(a) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan pelajar


Metafora untuk bilik darjah koboratif ialah perkongsian maklumat
tentang

isi

kandungan,

kemahiran

dan

pengajaran

dan

menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar.


Guru koboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan
yang didapati melalui pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan
budaya yang dibawa oleh pelajar ke dalam situasi pembelajaran.
(b) Perkongsian kuasa antara guru dan pelajar
Meminta pelajar menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja
yang diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang

memenuhi minat dan matlamat pelajar yang berbeza.


Guru mengalakkan pelajar menggunakan pengetahuan sendiri,
memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran
mereka, dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi.
Guru membantu pelajar mendengar pelbagai pendapat, menyokong
pengetahuan dengan bukti, melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan
kritikal dan terlibat dalam dialog.
(c) Guru sebagai Perantara
Perantaraan

yanng

berjaya

dapat

membantu

pelajar

untuk

menghubungkan maklumat baru dengan pengalaman mereka dan


pembelajaran di bidang lain dapat membantu pelajar mencari jalan
penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar
bagaimana untuk belajar.
(d) Pengumpulan pelajar secara heterogen
Perspektif, pengalaman dan latar belakang pelajar penting untuk
memperkayakan

pembelajaran

dalam

bilik

darjah

memerlukan

pemahaman pelbagai perspektif.


Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan aktiviti kurikulum berfikir dan
diberi

peluang

untuk

memberi

sumbangan

dan

menghargai

sumbangan orang lain.

7.7

KAEDAH KELAS DAN KESELURUHAN KELAS


Merupakan pengajaran langsung yang paling efektif bagi
pengajaran kemahiran asas.

(i)

Menstruktur Dan Menentukan Kadar Pengajaran


Mestilah jelas supaya pelajar dapat memahami isi kandungan
pelajaran dengan mudah dan dapat pula mengaitkan dengan
apa yang mereka tahu.

Guru perlu membuat ulangkaji pelajaran lepas sebelum


memulakan pelajaran.
Semasa mengajar, guru perlu memberi penekanan kepada isiisi penting supaya tidak hilang punca; guru perlu menunjukkan
dengan jelas peralihan antara bahagian-bahagian pelajaran.
Guru perlu membuat ringkasan.
(ii)

Menyampaikan Maklumat Kepada Kelas


Guru-guru

perlu

menyampaikan

maklumat

secara

jelas

dan

bersemangat dengan:
(a) memberi fokus pada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan
penggunaan frasa yang kabur.
(b) Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsepkonsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi
membantu pelajar mengekalkan dan memahami topik yang diajar.
(c) Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajarpelajar yang mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Bahan
pengajaran

hendaklah

disampaikan

dalam

langkah-langkah

kecil

mengikut tahap pelajar dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar


ke langkah yang seterusnya.
(d) Penjelasan mesti jelas.
(iii)

Pemodelan
Menunjukkan sesuatu kemahiran atau prosedur.
Terang dengan cara lisan, sesuai dengan pelajar yang suka stail
pembelajaran visual.
Tunjukkkan tingkahlaku tersebut dan melakukannya.

(iv)

Pemetaan konseptual
Kerangka yang boleh diberikan kepada pelajar sebelum topik

pengajaran disampaikan.
Guru sediakan gambarajah ringkasan dengan mengaitkan bahagianbahagian topik yang berbeza dengan struktur yang sedia ada.

7.8

PENGAJARAN KUMPULAN
Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran
pembelajaran

telah

membawa

kepada

perkembangan

teknik

pengajaran kumpulan.
Menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran membantu
pelajar menanggap apa yang penting, untuk mempelajari sesuatu
prinsip dan mengaplikasikannya secara berkesan pada masa akan
datang dalam pelbagai situasi.
Pelajar

akan

mengalami

variasi

situasi

yang

luas

semasa

pembelajaran sebenar.
Dapat mengaitkan hubungan yang terdapat antara prinsip baru dan
konsep yang telah dipelajari untuk menjadikan satu hubungan yang
bermakna.
Tiga alternatif asas pengumpulan pelajar-pelajar ialah:
(a) Pengumpulan mengikut kebolehan
Percayai pelajar yang ada kebolehan intelek yang sama,yang
maksimum. jika ditempat di tempat sama akan bersaing.
Kesannya, kumpulan yang sama dapat mencapai potensi.
(b) Pengumpulan mengikut minat
merupakan suatu proses pemilihan kendiri.
Biasanya berorientasikan projek.
(c) Pengumpulan mengikut kadar pencapaian

Pelajar mempunyai kebolehan yang sama tetap kadar kebolehan


pembelajaran yang berbeza.
(d) Mengurus pengajaran kumpulan
Dijalankan dalam kelas.
Guru bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Ada ketua, meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus
seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan
kerja diselesaikan mengikut rancangan.
Guru meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang
dilakukan.
7.8.1

PENGAJARAN INDIVIDU

Pembelajaran mengikut kadar individu dan berasaskan pada premis di


mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang
mengambil masa yang lebih.
Diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.
Belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih matlamat
yang spesifik dan tugasan sendiri..
Kebaikan :- Dapat tingkatkan tangggungjawab, memenuhi kehendakkehendak tertentu, membolehkan penjadualan yang fleksibel dan
memastikan kualiti yang berterusan.
Kelemahan :- Mahal, mengambil lebih masa dan mengurangkan
aktiviti kumpulan.
7.8.2

PEMUDAHCARA

libat

kewujudan

persekitaran

dan

aktiviti

yang

baik

untuk

menghubungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada,


menyediakan

peluang-peluang

untuk

kerja

kolaboratif

dan

penyelesaian masalah dan menawarkan kepada pelajar pelbagai

tugasan yang autentik.


Tumpuan kepada persekitaran fizikal.
Wujud iklim yang positif, guru perlu mewujudkan perasaan saling
mempercayai yang dapat menyokong dan menggalakkan perasaan
dihormati dan terbuka dalam perkongsian idea, pendapat, sikap dan
tingkah laku.
Guru boleh membentuk sumber-sumber dalam bilik darjah untuk
menyediakan pelbagai genre dan perspektif, untuk mengguna dan
membina daripada artifaks, budaya dari rumah dan masyarakat
pelajar dan untuk menguruskan pelbagai aktiviti pembelajaran.
Prinsip-prinsip
Pemudahacaraan anda adalah berdasarkan pengalaman pelajar
sendiri.
Mengambil kira keperluan pembelajaran dilaksanakan.
Semasa

memudahacara,

guru

situasi-situasi

harian

pelajar,

rekabentuk semula konteks dalam mana pembelajaran dilaksanakan.


Aktiviti

pembelajaran

perlulah

dipilih

berdasarkan

pengalaman

sebenar pelajar.
Gunakan bahasa dan istilah yang bermakna kepada pelajar.
Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran pelajar
Mengambil kira hubungan dengan rakan sebaya dan fasilitator.

7.9

KAEDAH PERBINCANGAN

merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid dapat


berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu
Pelajar akan menjadi lebih aktif dan lebih banyak hubungan peribadi.
Guru perlu memoderasikan perbincangan dan bukan menyampaikan
maklumat.
Persediaan menjalankan sesi perbincangan:
(i) Persediaan Untuk Perbincangan

peranan awal dan kajian semula isi kandungan


(ii) Putuskan banyak mana masa diperlukan.
(iii) Tetapkan matlamat yang jelas untuk perbincangan
(iv) Timbulkan Permasalahan Untuk Perbincangan Tajuk
(v) Pilih aktiviti Yang Dapat Mengatasi Masalah
(vi) Pilih satu kaedah pengumpulan

Mengikut saiz

Mengikut pemilihan

Mengikut tempoh

(vii)

Pilih kaedah penyoalan

(viii)

7.10

Memudahcarakan Perbincangan

wujudkan iklim selamat

wujudkan jangkaan penglibatan

tetapkan jangkaan-jangkaan yang jelas

berikan permasalahan untuk diselesaikan

memantau perbincangan

masalah-masalah dengan perbincangan

TUNJUK CARA ATAU DEMONSTRASI

merupakan satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan


melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu.
Melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat
dan idea.
Membolehkan

pelajar

melihat

perkara

sebenar

dan

melihat

bagaimana ia berfungsi
Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau
prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik,
menyediakan model untuk kemahiran mengajar dan mengubah kadar

pembelajaran pelajar.
guru hendaklah menentukan topik, objektif dan mentediakan aklatan
atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran.
kebaikan ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada
murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.

7.11

PENYELESAIAN

MASALAH

(THEORY

OF

CONSTRAINT(TOC)
satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif dan langkahlangkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
membina pemikiran murid supaya bersedia menghadapi masalah
membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila
menghadapi masalah dan memupuk interaksi sosial yang positif.
secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk
menyelesaikan masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai.
Tujuan

generik ialah untuk menterjemahkkan gerak hati kepada

format yang boleh dibincangkan secara rasional, menyoal dengan


bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut.
Untuk penyelesaian masalah, memudahkan komunikasi, kerjasama
dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat.

Ketiga-tiga objektif itu menentukan


Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang
kenyataan semasa, dan diagnosis - menentukan teras masalah atau
konflik dan andaian andaian yang mengekalkannya.

Apa yang hendak diubah: Menyetakan visi atau penyelesaian dan


huraian strategi untuk mendapatkan apa yang diingini preskripsi,
membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian.

Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci

dan taktik yang boleh menjelaskan apa yanng perlu berlaku dan
menyelarsakan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategimerancang, pembinaan sukan.

7.12

SIMULASI

situasi

pembelajaran

menggunakan

yang

kemahiran,

membolehkan
belajar

pelajar

mengenai

berlatih

prinsip

atau

melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal.


Tujuan mencapai objektif pembelajaran tertentu.
Kelebihan satu teknik mengajar dalam bilik darjah.
Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat.
Penggunaan alat simulasi dalam melatih juruterbang, dan model gigi
yang digunakan semasa melatih doktor pergigian.
Boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih
berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi
sebenar.
Boleh mencuba semula sekiranya percubaan pertama mereka gagal.

7.12.1

PRINSIP-PRINSIP

MELAKSANAKAN

SIMULASI

DALAM BILIK DARJAH


1.

Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan


terangkan dengan jelas.

2.

Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan


pilih pelajar yang sesuai untuk berlakon.

3.

Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

4.

Pastikan pelajar memberi perhaian semasa simulasi.

5.

Adakah perbincangan dan rumusan selepas simulasi.

7.12.2 SESI BERCERITA

meningkatkan minat dan

membina

apresiasi

serta menikmati

kesusasteraan.
Dapat memperkayakan pengajian bahasa, membekalkan pelbagai
pengalaman,

mengembangkan

kemahiran

mendengar

dan

memotivasikan pelajar untuk membaca.


Langkah-langkah
(a)Persediaan sebelum sesi bercerita:
(i) Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam
satu bulatan bersama orang yang bercerita.
(ii) Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil
kira perkara-perkara berikut:
Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian
muka dan tangannya.
Bercakap dengan kuat dan jelas berserta itonasi yang sesuai.
Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk
bertanyakan atau membuat ulasa hanya selepas selesai bercerita.
Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum uru mula
bercerita.
(iii)

Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu
Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita.
Diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa
menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman
awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.

(b) Semasa sesi bercerita


(i)

Pelajar

diberi

peluang

membuat

catatan

untuk

perbincangan

kemudiannya.
(ii)

Pastikan pelajar menumpukan perhatian.

(iii)

Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontrak mata

dengan pelajar seolah-olah bercerita secara langsung dengan


mereka.
(c) Selepas sesi bercerita
(i)

Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita.

(ii)

Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.

7.12.3 SOSIO-DRAMA
satu bentuk main-peranan atau penambahbaikan secara dramatik.
Beritahu peranan watak
Boleh tambah sendiri
Setelah habis tanya
(i)

Apa perasaan anda sebagai pelakon

7.12.4 PROJEK
Kajian mendalam tentang aspek kehidupan sebenar yang sesuai
dengan perhatian dan kebolehan kanak-kanak.
Kajian ini dalam kelas atau kumpulan kecil.
Kelebihan :(i)

memperkayakan

aktiviti

kanak-kanak

seperti

permainan

dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna.


(ii)

memberi peluang kanak-kanak yang lebih tua menjalankan


kajian

sendiri

dalam

sains

dan

kajian

sosial

serta

membentangkan dapatan mereka dalam pelbagai cara.


(iii)

Berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas


matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.

7.12.5 LAWATAN PENDIDIKAN ATAU LAWATAN LUAR

kaedah memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di satu lokasi


sahaja.

Bertujuan membuat pemerhatian secara terus.

Boleh merangkumi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran


seperti demonstrasi, perbincanga kumpulan, temuduga, kajian kes
atau penghakiman.

Ciri-ciri kebaikan lawatan luar


Ia dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat pendidikan
yang jelas.
Ia boleh disesuaikan dengan kemudahan dan peluang yang ada.
Ia berkesan dalam mempengaruhi penggunaan pelbagai amalan
pendidikan.
Ia memerlukan perancangan yang rapi pengangkutan, sumber
dan peralatan.
Ia memberi peluang menjelas, menilai dan mengesahkan
maklumat yang sedia.
Ia boleh meningkatkan dinamika kumpulan.
Ia merupakan motivasi alternatif bagi pengajaran dalam bilik
darjah.
Ia memberikan pengalaman sebenar yang sukar ditiru dalam bilik
darjah.
Ia menggalakkan peserta-peserta mencuba idea-idea baru.
Kelemahan
o kesukaran merancang disebabkan minat yang berbeza dan
boleh menyebabkan peserta hilang minat jika perancangan
tidak sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
o Ia sukar untuk merancang
o Banyak halangan boleh berlaku. Kita mudah hilang
kawalan.
o Rancangan terbaik mungkin terhalang oleh kos yang tinggi
o Cuaca boleh menjadi faktor penghalang
o Isu-isu keselamatan mengambil banyak masa dan tenaga

o Satu atau dua peserta yang enggan bekerjasama turut


menjadi faktor penghalang.

7.13

INKUIRI-PENEMUAN
Inkuiri- kaedah penemuan, membenarkan pelajar

melibatkan diri dalam proses penemuan.


Membolehkan

pelajar

mendapat

jawapan

atau

membuat kesimpulan daripada soalan-soalan atau permasalahanpermasalahan

yang

dikemukan

melalui

pengumpulan

data

dan

pengujian hipotesis.

Berbentuk induktif.

Guru membimbing pelajar apabila pelajar menemui


makna-makna

baru,

mengamalkan

kemahiran-kemahiran

dan

mengalami pengalaman yang mencorak pembelajaran mereka.

7.14

MODUL
Satu

pendekatan

yang

terbukti

berkesan

dalam

proses

pembelajaran pelajar.
Pelajar perlu membaca serta memahami konsep.
Guru perlu memudahcara pembelajaran melalui perundingan.
Modul pembelajaran kendiri adalah cara terbaik seorang guru
membimbing pelajarnya meningkatkan kefahaman baru dan
verifikasi konsep-konsep.
Kandungan modul yang diperlukan:
(iv)

Pendahuluan

(v)

Ujian pra

(vi)

Objektif

(vii)

Sumber Pembelajaran

(viii) Aktiviti Pembelajaran atau Panduan Belajar

7.14.1
(i)

(ix)

Aktiviti-aktiviti Pengayaan

(x)

Latihan Penilaian Kendiri

(xi)

Ujian Pos

Kebaikan mengguna pendekatan modul


masa yang tidak digunakan untuk pengajaran boleh digunakan untuk
melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.

(ii)

Guru berperanan sebagai pemudahcara an pembimbing, bukan


sebagai penyampai maklumat dan akhirnya modul yang baik akan
menjamin kelancaran urutan aktiviti dan penemuan faktor dan
maklumat yang berjaya apabila selesai dibuat.

(iii)

Pelajar dapat menjadualkan masa sendiri.

Kelemahan modul
(i)

interaksi pelajar dengan guru adalah terhad.

(ii)

Pelajar mungkin pilih kaedah yang pasif.

(iii)

Perkembangan kemahiran manipulatif mungkin diabaikan.

(iv)

Pelajar lembam mungkin membentuk perasaan tidak cekap dan


rendah diri.

7.14.2

PERANCANGAN PENGAJARAN

MERANCANG UNTUK MENGAJAR


Clark and Lampert (1986), - perancangan melibatkan peruntukan
penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar
boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang produktif.
-

sebelum merancang, guru perlu mengikuti prinsip merancang berikut:

Menentukan apa yang


hendak diajar

Merancang
bagaimana hendak
mengajar

Mencari cara
memudah cara
pembelajaran

Pengurusan
pembelajaran
Rajah 10: Prinsip merancang

7.14.3

PRINSIP-PRINSIP UNTUK MENENTUKAN APA YANG

HENDAK DIAJAR
1) Dapatkan pengetahuan yang mantap tentang syarat-syarat dan isi
kandungan kurikulum.
2) Rancang pengajaran berdasarkan pengetahuan dan kefahaman
pelajar maklumat yang tepat mengenai pengetahuan pelajar
tentang topik dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada pelajar.
3) Menekankan sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada
bagi menghubungkan dengan topik baru.
4) Sediakan objektif pengajaran yang khusus bagi setiap pelajaran.
5) Mengharapkan satu standard yang tinggi bagi melaksanakan
sesuatu tugas.

7.14.4 RANCANG BAGAIMANA UNTUK MENGAJAR


garis panduan untuk membolehkan pelajar mencapai objektif
pengajaran:
o menyediakan ringkasan dan idea-idea penting dan konsepkonsep penting dimasukkan dalam pengajaran.

o Memilih

strategi

pengajaran

yang

bersesuaian

dengan

keperluan pelajar dan syarat kurikulum


o Merancang

segala

pengajaran

sebagai

satu

siri

aktiviti

berurutan secara terancang untuk mengekalkan minat dan


perhatian.
o Merancang pengalaman pembelajaran yang menarik dan
mencabar bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara
aktif.
o Merancang pengajaran yang membolehkan mereka melakukan
pemindahan pembelajaran dalam situasi yang lain.
o Merancang tugasan yang digredkan mengikut kebolehan
pelajar.
o Merancang jadual pemilihan yang membolehkan pemantauan
yang berterusan terhadap perkembangan mereka.
o Bersedia untuk sesuaikan perancangan yang tidak akan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

7.14.5

MENCARI CARA UNTUK MEMUDAHCARA


PEMBELAJARAN

garis panduan untuk memudahcara pembelajaran:


o merancang penggunaan alat bantu mengajar dan contoh untuk
menerangkan dan mengajar mengikut isi kandungan.
o Mereka bentuk prosedur untuk teknik dan strategi pengajaran
yang membantu dalam kefahaman.
o Merancang kaedah dan strategi pengajaran alternatif untuk
membantu individu yang berbeza
o Merancang pelbagai motivasi ekstrinsik yang mengambilkira
minat, nilai, sikap dan matlamat pelajar.

7.14.6

PENGURUSAN PENGAJARAN

Guru perlu menyedia dan menguruskan bilik darjah serta sumber


pengajaran yang dirancang dengan baik dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
Guru perlu bijak dalam pengurusan masa dalam bilik darjah dan
melibatkan pelajar dalam pelajaran
Persediaan awal perlu dijalankan untuk menentukan aktiviti
berjalan lancar

7.14.7

RUMUSAN

perancangan adalah penentu utama apa yang hendak diajar di


sekolah
perancangan yang baik boleh mengakibatkan pengurusan masa
yang berkesan dan penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai.
Prinsip asas merancang adalah menentukan apa yang diajar,
merancang bagaimana hendak mengajar, mencari cara untuk
memudahcara pembelajaran dan mengurus pengajaran.

7.15

PERANCANGAN

UNTUK

PENYAMPAIAN

PENGAJARAN ANALISIS KURIKULUM


guru harus menganalisis kurikulum untuk mata pelajaran ayng
diajar
kurikulum dirancang oleh Pusta Perkembangan Kurikulum (PPK)
tugasan guru ialah untuk menyalurkan isi kandungan yang terdapat
di dalam kurikulum dalam masa yang diperuntukkan.
Contoh: sukatan pelajaran Bahasa Malaysia telah menyenaraikan
kemahiran yang hendak dicapai oleh pelajar untuk tahap satu dan
tahap kedua di peringkat sekolah rendah.
Objektif dan kemahiran hendaklah dicapai :
1.

Objektif menyediakan suatu konteks kepada guru untuk


mengetahui apa yang perlu didedahkan kepada pelajar.

2.

membantu

guru

mengetahui

aras

pencapaian

yang

sepatutnya diharapkan daripada pelajar menunjukkan apa yang


semua pelajar akan belajar dalam negara ini.
guru dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan guru untuk
setiap mata pelajaran.

7.15.1 RANCANGAN KERJA


membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran
mengandungi perancangan tahunan, mingguan, perancangan unit
dan persediaan mengajar.
Perancangan yang menentukan apa yang akan diajar untuk satu
semester/tahun dan dalam cara mana ia akan diajar.

Aspek merancang
rancangan kerja

Masa yang diperuntukkan


bagi satu waktu dalam
seminggu/semester

Urutan isi kandungan


yang hendak diajar

Isi kandungan yang perlu diselesaikan,


kepentingannya dan jangka masa yang
diperlukan.

Integrasi kesemua
kemahiran

Aktiviti seperti pengayaan, pengukuhan


dan pemulihan yang diperlukan perlu
dimasukkan.

Rajah 11: Langkah-langkah semasa merancang rancangan kerja

Tentukan jumlah minggu mengajar untuk setiap


semester dan darablan dengan jumlah minit yang
diperntukkan untuk setiap minggu

terjemahkan sukatan pelajaran dan rujuk kepada


buku panduan yang terdapat bersama buku
sukatan pelajaran

Dalam urutan isi kandungan yang hendak diajar,


kriteria yang perlu diambil kira adalah tahap
berkaitan dengan kesukaran belajar, jenis
kemahiran yang perlu diaajar, perkaiatan antara
unti-unit pembelajaran.

Rajah 12:

Prosedur merancang rancangan kerja sepanjang tahun

1. Penggunaan sukatan pelajaran, buku teks, buku lembaran kerja dan


garis panduan yang etrdapat di atas untuk dibahagikan kepada jumlah
tema atau tajuk yang hendak diajar.
2. Penggunaan inventori kemahiran, isi kandungan untuk setiap topik.
3. Buat

keputusan

terhadap

urutan

yang

bersesuaian

untuk

mengemukakan tema tersebut.

7.15.2

PERANCANGAN UNIT
satu set pengajaran yang dihubungkan dengan seberapa
prinsip yang tersusun.
Topik umum dan topik yang sesuai untuk pelajar dikenal pasti.
Unit merupakan selonggok isi kandungan dan kemahiran yang
berkaitan dibangunkan bersama dalam cara yang logik.
Berhubung kait dengan pelbagai matlamat, isi kandungan dan
aktiviti yang difikirkan oleh guru.
Berfungsi

sebagai peta yang

menghubungkan

beberapa

pengajaran dan memberi idea kepada guru, pelajar, dan orang


lain tentang pelaksaan pengajaran.

7.15.3

PERSEDIAAN MENGAJAR

struktur unit-unit pembelajaran yang sistematik untuk memudahkan


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
ditulis untuk membantu guru menstruktur pembelajaran kepada
mereka dan pelajar.
Membantu dalam kelancaran dan penyampaian pengetahuan.
Merupakan proses pemikiran
Boleh diselesaikan dalam 4 bahagian , iaitu:
a) Tentukan kurikulum tentang apa yang pelajar akan belajar
b) Tentukan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum bermulanya
pelajaran yang boleh menuju kepada kurikulum baru hari
tersebut.
c) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk membantu
pelajar untuk belajar kurikulum baru itu.
d) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai hasil
pembelajaran pelajar.

7.15.4 FORMAT PENULISAN


format yang mudah untuk diikuti dan berstruktur dengan baik.
Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah semasa
dalam bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru
Berikut

merupakan

contoh

kerangka

format

untuk

menulis

persediaan mengajar:
mengandungi maklumat umum tentang kelas, mata pelajaran,
kelas, tarikh, masa, bilangan pelajar dalam kelas, topik dan
kemahiran-kemahiran yang hendak diajar, berdasarkan sukatan
pelajaran
Mata pelajaran

Kelas

Tarikh

Bil Pelajar dalam kelas

Tajuk

Kemahiran

Pengetahuan sedia ada

Hasil pembelajaran

Nilai

Sumber pengajaran/ pembelajaran


Langkah/tahap/Masa

Isi kandungan

(minit)
Set induksi
Langkah

:
Aktiviti

pengajaran Catatan

dan pembelajaran
Strategi

Nilai

penyampaian
Langkah 1

Proses

Lengkah 2

masa depan

Lengkah 3

kajian -

kajian
alam sekitar
kajian

masa depan
Penilaian

sumber

pengajaran/
Penutup

pembelajaran
kemahiran

berfikir
Catatan Refleksi:

7.15.5 PENGETAHUAN SEDIA ADA


semua kebolehan relevan, pengalaman atau pengetahuan di mana
pelajar mesti tahu atau boleh melakukan supaya berjaya dalam
pelajaran

dapat

membantu

guru

menentukan

tahap

kesukaran

hasil

pembelajaran, strategi pengajaran dan bahan sumber yang


digunakan.

7.15.6 HASIL PEMBELAJARAN


objektif-objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa
pelajar akan dapat melakukan setelah melalui pelajaran
suatu huraian hasil pembelajaran yang diharapkan
asas untuk pelajaran yang lain.
Membekal kriteria untuk membina penilaian untuk pelajaran dan
prosedur-prosedur

pengajaran

yang

guru

rekabentuk

untuk

melaksanakan pelajaran.
Fokus dalam sesuatu persediaan mengajar
Perlu faham isi kandungan yang berkaitan dengan objektif
Elemen dalam objektif tingkah-laku
1.

Keadaan
pernyataan yang menerangkan tentang keadaan di mana
tingkah laku itu berlaku
mengkhususkan sesuatu keadaan, arahan, bahan, arah dan
lain-lain
bermula dengan penyataan pengakuan yang mudah
Contohnya : Diberi ........... , Atas permintaan pelajar ini
akan..........

2.

Kata kerja tingkah-laku


kata kerja dalam tingkah-laku ialah kata perbuatan yang
membawa maksud tingkah-laku yang boleh diperhatikan.
Contoh: walaupun kita hendak pelajar kita menghargai
sesuatu, tetapi mustahil kita mengetahui bila pelajar
menghargai sesuatu.

Langkah yang ternaik ialah membuat inferen terhadap


pelajar
Kata

kerja

bermaksud

tingkah-laku
perbuatan

ialah

yang

satu

boleh

perkataan

yang

diperhatikan

atau

pembinaan sesuatu produk yang boleh diperhatikan


3.

Kriteria

pernyataan yang menjelaskan perlakuan tingkah-laku sebaik mungkin


yang ditunjukkan oleh pelajar.
Dijelaskan dalam nombor yang mudah termasuk respon pelajar
Contoh:

Dalam senarai 100 nombor yang disusun secara meningkat


( keadaan)

Pelajar dapat mengenal pasti ( kata kerja)

Sekurang-kurangnya sembilan nombor perdana ( kriteria)

Objektif tidak menjelaskan secara khusus bilangan sembilan nombor yang


mana dan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sembilan nombor
Cara pelajar mengenal pasti tidak dinyatakan, ditentukan dalam penilaian
Pelajar boleh membulatkan, menonjolkan, melukis pada nombor tersebut
dan sebagainya.
Kesimpulannya: penulisan objektif tingkah-laku yang baik adalah intipati
sesuatu persediaan mengajar.
Objektif tingkah-laku haruslah jelas dan menerangkan hasil pembelajaran
yang dikehendaki

KEMAHIRAN BERFIKIR
menghuraikan secara ringkas kemahiran berfikir yang
digunakan dalam pengajaran
contohnya: pelajar menggunakan kemahiran berfikir melalui
satu pengurusan grafik untuk menjelaskan kebaikan dan

kelemahan

antara

pengangkutan

udara

dengan

pengangkutan darat sebagai dua jenis pengangkutan

NILAI
nyatakan nilai implisit dan eksplisit yang diharapkan dapat
dicapai oleh pelajar di akhir pengajaran
huraian ringkas terhadap pemerhatian mengenai

nilai

semasa melakukan kerja ketika pengajaran.

7.15.7 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN


menyenaraikan semua sumber bahan dan peralatan yang
akan digunakan serta cara menggunakannya

PENYAMPAIAN
mengandungi dua bahagian :
(a)

induksi
bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
untuk menggalakkan pelajar untuk memberi penumpuan
terhadap pembelajaran topik yang baru
masa adalah pendek dan jarang mengambil masa lebih
daripada 5 minit

(b)

aktiviti pengajaran pembelajaran


bahagian penting dalam persediaan mengajar
isi kandungan disusun dengan teliti kepada beberapa
langkah yang berurutan berdasarkan kepada pelbagai
prinsip pedagodi

mengandungi huraian tentang teknik pengajaran


menyediakan ringkasan kepada pelajar
menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang akan
digunakan dan menghuraikan cara untuk menentukan
sama ada pelajar mencapai objektif pengajaran

7.15.8

RUMUSAN

perancangan dan membuat keputusan tentang pengajaran adalah antara


aspek peling penting tentang pengajaran kerana ia adalah penentu utama
pengajaran dan pelaksanaan
rancangan kerja ialah rancangan yang menunjukkan pengajaran untuk
satu semester/tahun
perancangan unit adalah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan
beberapa prinsip yang tersusun, meliputi pengajaran beberapa hari dang
minggu, mengandungi keseluruhan objektif untuk unit tersebut, isi
kandungan utama untuk diselesaikan, tugasan dan penilaian
persediaan mengajar merujuk kepada unit pembelajaran yang berstruktur
secara sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan yang relevan
pengalaman atau pengetahuan yang pelajar telah tahu atau boleh
melakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pengajaran
hasil pembelajaran adalah objektif pembelajaran tingkah laku yang
menghuraikan apa yang pelajar boleh buat selepas selesai pengajaran
set

induksi

ialah

bahagian

pengenalan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dalam bilik darjah


aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan penyampaian utama
bahagian sesuatu persediaan mengajar.
Kesimpulannya, aktiviti/ bahan akan digunakan untuk mengukuh dan
melanjutkan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai