Anda di halaman 1dari 21

Jurnal Akademik 2005

Kecerdasan Emosi

Oleh

Yunus bin Yusof


Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Abstrak

Perubahan dalam pemikiran di kalangan ahli-ahli akademik semakin berkembang dan mempengaruhi
perkembangan dalam pendidikan. Masa lalu kebanyakan ahli-ahli di bidang pendidikan lebih cenderung
menyatakan serta bersependapat bahawa kecerdasan intelek lebih banyak mempengaruhi perkembangan
pendidikan pelajar. Setelah melalui beberapa peringkat pelaksanaan pendidikan, ahli-ahli pendidikan di seluruh
dunia mendapati bahawa perkembangan dan pertumbuhan pendidikan untuk setiap pelajar juga dipengaruhi oleh
kecerdasan emosi mereka. Di dalam artikel ilmiah ini, penulis membincangkan perkembangan kecerdasan emosi
secara ringkas dari sudut (1) Konsep Kecerdasan Emosi; (2)Teori-teori; (3) Tokoh-tokoh penyelidik; (4) Model-
model Kecerdasan Emosi; dan (5) Kajian-kajian Kecerdasan Emosi.

Pengenalan

Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk
membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Istilah ‖kecerdasan‖ mula
diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Beliau meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah
bersifat penurunan.

Mengikut Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk berfikir,
mengerti dan lain-lain), cerdik, pintar dan sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya.
Mengikut takrifan Wechsler (1975) kecerdasan itu ialah kebolehan seseorang individu memahami alam
sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong ia menghadapi cabaran
hidup. Fischer (1985) menekankan bahawa kecerdasan berkait rapat dengan keadaan sedar dan aksi
seseorang individu. Seseorang yang cerdas harus berupaya menyesuaikan segala tingkah lakunya
dalam apa-apa bentuk alam persekitaran dalam keadaan sedar.

Emosi

Emosi atau dalam bahasa latin ‘motus anima‟ adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia
itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuan-pelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah
yang dikawal oleh otak. Emosi berasal dari perkataan Greek ―emovere‖ yang membawa maksud ―untuk
keluar‖. Emosi biasanya ditonjolkan keluar untuk dipuaskan oleh setiap manusia. Secara amnya,
emosi adalah satu keadaan yang dialami oleh manusia iaitu beberapa perubahan pada proses fisiologi,
diri dan psikologi akan berlaku. Bruno (1984) mendefinisikan emosi sebagai satu keadaan bangkitan
yang mengganggu garis dasar homeostasis. Beliau melihat emosi dari perspektif ini kerana apabila

1
Jurnal Akademik 2005

seseorang mengalami emosi,hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan


pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya.

Pandangan yang diutarakan oleh Chaplin (1985) sebaliknya cuba membezakan emosi dan
perasaan. Mengikut beliau, emosi adalah satu keadaan bangkitan ―arousal‖ yang dialami oleh
organisma yang melibatkan beberapa perubahan pada viseral, kesedaran dan tingkah lakunya
manakala perasaan pula adalah pengalaman-pengalaman sedar yang diaktivasikan oleh sama
ada rangsangan luaran ataupun beberapa keadaan badan yang berbeza-beza.

Perkataan emosi dístilah sebagai keadaan subjektif seperti cinta, takut, benci dan rasa jijik. Dari aspek
psikologi emosi didefinisikan sebagai tindak balas subjektif (perasaan), yang biasanya disertai oleh
perubahan fisiologi. Emosi adalah keadaan motivasi yang ditandai oleh pertumbuhan fisiologi, tingkah
laku ekspresif dan pengalaman dan penilaian mental (Maarof dan Haslinda, 2001).

English dan English (1961) pula mentakrifkan emosi sebagai satu set tindak balas automatik, viseral
dan tingkah laku lampau serta komunikasi emosi seperti ekspresi muka, isyarat, perkataan dan lain-lain
yang dipaparkan oleh seseorang itu.

Crow dan Crow (1983) menyatakan bahawa emosi ialah statu pengalaman yang penuh perasaan, yang
melibatkan unsur-unsur dalaman secara amnya dan keadaan mental dan fisologi yang bergerak di
dalam diri individu, dan yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang nyata. Emosi juga
digambarkan sebagai proses penyesuaian dalaman yang dinamis yang ditunjukkan melalui kepuasan,
keperluan pelindungan dan kebajikan individu.

Konsep Emosi

Dalam mengkaji pelbagai bentuk dan fenomena emosi, pakar-pakar jiwa cuba menerangkan apa itu
emosi dan bagaimana emosi dialami oleh manusia. Antara pakar jiwa yang mula-mula mengkaji
tentang emosi ialah William James, Wilhelm Wundt dan Edward Titchner dan kajian mengenai emosi
berkembang dari masa ke semasa sehingga terbentuknya beberapa teori yang boleh dijadikan
sandaran asas kepada kajian emosi. Emosi dan perasaan manusia pada amnya mempunyai unsur-
unsur yang positif dan negatif. Kegembiraan, keriangan dan kesukaan adalah bentuk-bentuk emosi
yang positif, manakala kemarahan, kesedihan dan kemurungan melambangkan emosi yang negatif.
Satu cara yang ringkas untuk emosi ini diklasifikasikan adalah dengan cara mengenalinya di atas satu
skala yang berterusan seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :

Rajah 1 : Skala Hedonik untuk mengkategorikan emosi.


Sumber : Bruno,F ( 1984 halaman 197)

__________________________________________________________________________

Gelisah -5 -4 -3 -2 -1 0 +1 +2 +3 +4 +5 Tenang
___________________________________________________________________________

Skala Hedonik ini dicadangkan oleh Wundt (1918) dan tujuan skala ini adalah untuk memperihalkan
keadaan tenang-gelisah. Angka -5 adalah keadaangelisah dan angka +5 melambangkan ketenangan
yang maksimum. Pelbagai pengalaman emosi peribadi boleh dimasukkan ke dalam skala tersebut
seperti kesedihan, kegembiraan, kesunyian dan lain-lain lagi.

2
Jurnal Akademik 2005

Kecerdasan emosi

Sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di
antara emosi sendiri atau emosi orang lain, dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai
panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996). Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai
kebolehan untuk memantau emosi, menilai dan menjana emosi dalam membantu proses pemikiran dan
membuat keputusan, untuk memahami emosi tersebut dan pengetahuan emosi dan untu mengawal
emosi dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran intelektual dan emosi.(Salovey dan Mayer,
1990).

Teori-teori Emosi

Terdapat dua komponen teori mengenai emosi, iaitu teori berasaskan fisiologi yang terdiri dari Teori
Tiga Lapisan Otak, Teori James-Lange dan Teori Cannon-Bard. Komponen kedua berasaskan kognitif
seperti Teori Schachter-Singer dan Teori Arnold-Ellis.

Teori fiologi menyatakan bahawa kebanyakan emosi yang diluahkan oleh manusia adalah di bawah
kawalan satu siri neuron yang terletak di satu kawasan otak yang dinamakan sebagai sistem limbik.
Sistem Limbik terdiri dari sel-sel dalam hipotalamus, amigdala dan bahagian-bahagian kortek yang lain.

Teori kognitif melibatkan penafsiran dan proses fisiologi di mana tindak balas emosi dibentuk akibat
dari tindak balas neuron. Ia melibatkan proses ransangan yang di hantar secara isyarat ke otak
(talamus) dan menghasilkan reaksi fizikal tubuh badan dan menghasilkan pengalaman.

Teori Tiga Lapisan Otak

Paul Maclean (1950) telah menjalankan satu kajian mengenai otak. Beliau mendapati bahawa otak
manusia secara fizikalnya boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu neo-korteks (serebrum), otak
tengah (otak manusia) dan pangkal otak (reptilian). Neo-korteks berfungsi mengawal intelek dan proses
berfikir dan penaakulan. Otak tengah berfungsi mengawal emosi, seks dan kegembiraan. Pangkal otak
pula bertindak sebagai pengawal kepada tindakan refleks. Beliau kemudiannya memperdalamkan
kajian beliau dalam bidang emosi dengan melihat perkaitannya dengan perubahan tingkah laku serta
perkaitannya dengan kecerdasan.

Rajah 2: 3 Lapisan Otak

Neo-Korteks (serebrum)
‗Mengawal intelek –
kemahiran berfikir‘

Pangkal Otak
Otak tengah (Otak Mamalia) ‗Mengawal
‗Mengawal emosi, seks dan tindakan refleks‘
kegembiraan‘

Sumber : Azizi Yahya (2003)

3
Jurnal Akademik 2005

Teori James-Lange

Emosi yang dialami oleh manusia boleh disebabkan oleh sesuatu peristiwa yang berlaku (rangsangan
luaran) dan mempengaruhi perubahan fisiologi (dalaman). Teori James-Lange menyatakan bahawa
emosi disebabkan oleh pengamatan manusia terhadap beberapa perubahan pada badan. Tindak balas
dan maklum balas yang ditunjukkan oleh tubuh badan menghasilkan emosi (Maa‘rof dan Haslinda,
2001).

Ringkasan teori emosi James-Lange digambarkan dalam rajah di bawah. Dari aspek fisiologi, manusia
harus mempunyai rangsangan luaran yang disalurkan terus ke bahagian talamus, kemudian terus ke
hipotalamus dan ini menyebabkan reaksi fizikal pada emosi berkenaan. Reaksi ini di hantar ke
bahagian korteks di organ otak dan akan menghasilkan pengalaman sedar tentang emosi tersebut.
James dan Lange ( 1890) mengatakan bahawa kita merasai emosi di seluruh tubuh dan tidak hanya di
otak atau fikiran sahaja.

Emosi amat berkaitan dengan reaksi fisiologi yang di alami oleh manusia dan teori James-Lange
menekankan yang emosi itu berlaku hanya setelah beberapa tindak balas tubuh yang khusus di alami.
Sebagai contoh, James dan Lange (1904) ( dalam Jonhnson 2003) menjelaskan bagaimana wujudnya
perasaan malu. Perasaan malu merupakan hasil daripada perubahan biologi badan seperti muka
kemerah-merahan, tangan menutup muka dan melingkarkan badan. Reaksi biologi ini menyatakan
dengan jelas apakah perasaan yang kita alami sebenarnya

Secara kesimpulannya, teori ini percaya bahawa emosi wujud hasil daripada berlakunya perubahan
keadaan fisiologi yang disebabkan rangsangan dari persekitaran kita.

Rajah 3 : Teori Emosi James – Lange

Rangsangan Malar

Talamus

Hipotalamus

Reaksi Badan

Korteks

Emosi dalam bentuk pengalaman SEDAR

Sumber: Mohd Nazar Mahmood (2001)

Teori Kognitif Schachter-Singer

Stanley Schachter berpendapat bahawa kedua-dua teori fisiologi telah mengenepikan komponen
kognitif. Schachter dan Singer (1962) berkata terdapat dua komponen untuk merasai emosi iatiu,
seseorang itu mesti mengalami fisiologi dan mestilah ada interpretasi kognitif atau penerangan kognitif
tentang fisiologi. Mereka mengutarakan teori yang hampir sama dengan teori Arnold-Ellis dengan
penambahan di mana selepas proses reaksi fizikal tubah setelah ransangan dinilai mereka perlu
melaksanakan bahagian gabungan penilaian kognitif dan reaksi fizikal akan menghasilkan emosi.

4
Jurnal Akademik 2005

Teori Cannon-Bard

Cannon (1890) mengatakan bahawa emosi tidak harus berpunca daripada reaksi-reaksi tubuh. Beliau
berpendapat reaksi-reaksi tubuh terhadap pelbagai emosi adalah hampir-hampir sama dan sukar bagi
reaksi ini dibeza-bezakan pada tahap saraf. Bersandarkan idea tersebut beliau bersama Philip Bard
menyarankan teori emosi sendiri.

Kedua-dua pakar psikologi ini menekankan bahawa ransangan yang diterima oleh individu dihantar ke
bahagian talamus terlebih dahulu. Kemudian, dari talamus isyarat saraf akan terus di hantar ke dua
bahagian serentak, iaitu korteks serebral dan sistem saraf autonomik. Rangsangan yang di terima oleh
korteks serebral akan menghasilkan persepsi serta pengalaman sedar mengenai emosi tersebut
manakala sistem saraf autonomik akan menghasilkan reaksi tubuh terhadap emosi itu. Kedua-dua
pengalaman dan reaksi tubuh emosi ini adalah unik kerana kedua-duanya sekali akan menyatakan
tentang sesuatu emosi yang di alami.Ringkasan teori ini digambarkan di dalam rajah di bawah.

Rajah 4 : Teori Emosi Cannon- Bard

Rangsangan Luaran

Talamus

Korteks Hipotalamus
serebral

Sistem saraf Autonomik

Organ dalam Badan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persepsi tentang Emosi Reaksi fizikalyang berkaitan dengan
Emosi
PENGALAMAN EMOSI

Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001)

Teori kognitif Arnold-Ellis

Teori kognitif Arnold-Ellis pula menekankan kepentingan terhadap penilaian serta interpretasi sesuatu
peristiwa daripada rangsangan yang menyebabkan sesuatu emosi. Menurut Arnold dan Ellis (1890)
manusia akan menginterpretasi pelbagai situasi dan peristiwa yang berkaitan sebelum
memaparkan sesuatu emosi. Oleh itu, rangsangan luaran akan di terima oleh talamus dan terus di
hantar ke bahagian korteks untuk di analisis dan diinterpretasikan. Kemudiannya rangsangan itu
akan dihantar ke bahagian hipotalamus yang bertanggungjawab menghasilkan reaksi emosi yang
bersesuaian. Pandangan ringkas mengenai teori tersebut digambarkan dalam rajah berikut.

5
Jurnal Akademik 2005

Rajah 5: Teori Emosi Arnold Ellis

Rangsangan luaran

Talamus

Korteks serebral

Emosi diinterpretasi
di bahagian ini
Hipotalamus

Reaksi badan setelah diketahui dan


dikenalpasti

Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001)

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan
memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan
dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, menagtur suasana hati dan menjaga
supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman
orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk
menyelesaikan konflik serta untuk memimpin. ( Azhar, 2004)

Definisi Kecerdasan Emosi

Kebelakangan ini, kecerdasan emosi telah mendapat perhatian yang menggalakkan dari pelbagai
pihak. Ia kerana ia didapati penting dalam mengenalpasti dan menjangka prestasi individu di tempat
kerja (Kiersted, 1999). Pelbagai definisi telah dibuat oelh ahli psikologi terhadap terma kecerdasan
emosi.

Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik ialah Mayer dan
Salovey (1990). Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada :

Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and generate emotions so as to assist
thought, to understand emotions and emotional knowledge, and to relectively regulate emotions
so as to promote emotional and intellectual growth.

( Mayer dan Salovey,1990)

Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita
berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka,
kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi
sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan
maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan.

Neely (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi secara saintifik sebagai satu rangkaian kebolehan
yang melibatkan dua proses berlaku serentak secara tidak langsung iaitu tindakbalas otak dan
tindakbalas emosi, keupayaan dan kecekapan yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk
menghadapi cabaran persekitaran.

6
Jurnal Akademik 2005

Hein (2004) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai :

The mental ability we are born with which gives us our emotional sensitivity and our potential for
emotional learning management skills which can help us maximize our long- term health,
happiness and survival.

Konsep Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan emosi dalam kehidupan
dan pekerjaan mereka seharian. Ia juga bagi membantu individu dalam menyelesaikan permasalahan
yang dihadapi serta berfungsi secara afektif. Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan minda
berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi oleh kognisi, perasaan dan
emosi pada diri mereka.

Perubahan tingkah laku berlaku setelah emosi diransang di mana akal akan bertindak secara logik dan
hasil yang diharapkan bergantung pada situasi. Sekiranya tingkah laku serta keputusan yang dibuat
melibatkan elemen akal dan perasaan maka hasilnya boleh dijangka dan ianya lebih baik.

Menurut Mayer dan Salovey. (1993), kecerdasan emosi membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif
dan memudahkan proses penyelesaian masalah. Mereka telah membahagikan kepntaran emosi
seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi
Emosi (Emotional Perception). Ia melibatkan kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik
muka, muzik, cerita atau sebagainya.

Cabang kedua merujuk kepada Memudahkan Perhatian Terhadap Emosi (Emotional Facilitating of
Thought). Ia melibatkan kebolehan mengaitkan emosi dengan sensasi mental lain seperti rasa dan
warna, dan menggunakan emosi dalam menaakul dan menyelesaikan masalah. Cabang ketiga pula
merujuk kepada Memahami Emosi (Understanding Emotion), di mana ia melibatkan kebolehan
menyelesaikan masalah emosi seperti mengetahui emosi mana yang serupa atau bertentangan, dan
mengenal pasti apakah perkaitan yang wujud antara emosi terbabit. Cabang keempat merujuk kepada
Pengurusan Emosi (Emotional Management). Ia melibatkan pemahaman terhadap implikasi perbuatan
sosial dalam emosi dan pengawalan emosi dalam diri orang lain.

Elemen Kecerdasan Emosi

Enam domain EQ yang dikategorikan oleh Mayer dan Solovey

Istilah emotional intelligence mula-mula sekali digunakan oleh ahli psikologi iaitu Salovey dan Mayer
(1990). Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting
supaya seseorang dapat mencapai kejayaaan. Enam domain EQ yang diperkenalkan oleh mereka
adalah seperti yang dibincangkan di bawah :

Kesedaran kendiri

Kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat
memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran hubungan antara buah
fikiran, perasaan dan tindakan. Individu sedar berkenaan pemikiran jenis apa yang merangsang
perasaaannya. Tambahan lagi kesedaran adalah perasaan yang akan terbit akibat daripada satu-satu
tindakan itu. Paling penting, kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana emosi itu
dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Kesedaran kendiri melibatkan
kepercayaan dan keyakinan pada diri.

7
Jurnal Akademik 2005

Mengendalikan emosi

Kita perlu menyedari apa sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi itu.
Kepercayaan dan keyakinan mempunyai kesan yang kuat kepada kebolehan kita bertindak dan
bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi
oleh pemikiran negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya adalah satu elemen yang amat berguna
dalam menjana kejayaan. Kita perlu mencari jalan meredakan perasaan yang meluap-luap kerana
marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak
apabila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak berkenaan akibat baik dan buruknya satu perkataan yang
dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang
positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

Empati

Kebolehan menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak memerlukan keprihatinan kita pada
perasaan orang lain dan melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain. Timbang-rasa yang
membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita emotional adalah penting.
Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang
bersifat personal adalah penting.

Berhubung

Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyai kesan positif kepada semua yang
terlibat. Sedar apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan
pengharapan ada kait-mengait sama juga halnya dengan pesimis dan perasaan ataupun pendapat
tanpa melahirkan perasaan atau kebenciaan adalah kekunci kejayaan.

Kerjasama

Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak menjadi ketua ataupun pemimpin dan ila pula menjadi
pengikut adalah penting dalam kerjasama. Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak pada paksaan
ataupun kuasa tetapi lahir daripada kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat
berkerjasasama antara satu dengan yang lain secara baik bagi mencapai satu tujuan bersama.
Menyedari kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu
aktiviti adalah lebih berkesan bagi menghasilkan kebaikan daipada memberi arahan ataupun
mengkritik. Pada ketika yang sama, kita perlu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab
danb menyedari kesan atau akibat daripada keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang
tidak berbelah bahagi.

Menyelesaikan konflik

Apabila hendak menyelesaikan masalah, kita perlu memahami mekanisme yang hendak
digunakan.Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui ataupun terkunci dalam rangkaian
emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara
lebih rasional. Penyelesaian konflik apat dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi.

Lima Domain EQ oleh Goleman (1996)

Goleman (1996) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekaligus


membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini yang bermula dengan implikasinya ke
atas mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua
interaksi manusia. Beliau pula mengemukan idea bahawa kecerdasan emosi boleh dikenalpasti melalui
lima domain berikut :

8
Jurnal Akademik 2005

Mengenali emosi sendiri

Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi berupaya menyedari emosinya ketika emosi itu
menguasai dirinya. Melalui kesedaran kendiri seseorang itu mengetahui dan memahami emosinya.
Kesedaran kendiri tidak bermakna seseorang itu terbawa-bawa dengan emosinya ataupun berlebih-
lebih dengan emosi. Sebaliknya kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang itu dapat
menyedari emosi yang sedang mempengaruhi mindanya akibat tekanan yang dihadapi seterusnya
menguasainya. Dengan adanya kesedaran kendiri ini maka seseorang itu dapat menguasai emosi dan
fikiran tentang emosi itu. Ramai orang sedar bahawa emosi sedang menguasainya tetapi sukar untuk
mengawalnya atau keluar daripada penguasaan emosi itu. Justeru itu, seseorang yang mempunyai
kecerdasan emosi bukan sahaja sedar tetapi juga dapat menguasai emosi.
.
Mengurus emosi sendiri

Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri. Kemampuan
kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. Emosi datang tanpa
diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh muncul tanpa direncana. Namun apa yang boleh
dilakukan ialah dengan menentukan emosi yang menguasai kita itu hanya sementara sahaja. Kita
boleh menentukan berapa lama emosi itu akan menguasai diri kita. Emosi marah akan menjadi aktif
dan bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila
ego kita dicabar, keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun
dinafikan. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera maka ia akan membawa mudarat.
Maka beberapa kemahiran boleh dipraktikkan, seperti memikir kembali rangsangan emosi tadi,
mencabar fikiran yang mencetuskan emosi marah itu dan mengalih tumpuan masalah. Seseorang yang
mampu mengurus emosinya boleh dikira mempunyai sebahagian kecerdasan emosi.

Memotivasikan emosi negatif

Menjadikan emosi sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir, merancang dan
menyelesaikan masalah adalah salah satu ciri kecerdasan emosi. Emosi boleh dijadikan alat untuk
meningkatkan prestasi minda kognitif dengan cara tertentu. Di antara caranya ialah dengan menyemai
harapan dalam diri seseorang itu. Apabila seseorang itu mempunyai atau menaruh harapan maka
segala kebimbangan, keputusan dan kesedihan yang dialami dapat diredakan kerana segala
rintangan atau masalah boleh diatasi. Segala pekerjaan yang diiringi dengan harapan akan dibantu
oleh perasaan gembira dan bersemangat untuk melakukannya. Keadaan minda emosi begini akan
menyebabkan seseorang itu tidak dapat merasai bahawa beban yang dihadapi itu satu masalah yang
berat, sebaliknya ia dilihat sebagai sesuatu yang mudah diatasi.

Selain harapan, keyakinan juga akan menghasilkan satu sikap yang positif yang dapat bertindak
sebagai penghalang kepada seseorang itu daripada terjebak di dalam jaringan tekanan apabila
menghadapi masalah. Keupayaan untuk memasuki satu keadaan psikologi yang disebut flow
merupakan keadaan mental pada peringkat tinggi, iaitu keadaan apabila kecerdasan emosi berada di
dalam keadaan yang terbaik. Di dalam keadaan ini emosi dapat digunakan untuk memudahkan
pekerjaan dan pembelajaran. Di dalam keadaan flow, seseorang itu dapat menghayati sepenuhnya
pekerjaan yang diusahakan, memberi tumpuan yang penuh dan menyedari apa yang dilakukan. Untuk
mencapai keadaan ini seseorang itu harus melakukan sesuatu yang disukai atau diminati. Pada
peringkat ini, emosi dikerahkan menjadi tenaga yang positif dan produktif. Emosi menjadi satu unsur
motivasi untuk menghadapi segala gejala seperti kekecewaan, kebimbangan dan ketakutan melalui
kemahiran-kemahiran tertentu.

Mengenali emosi orang lain

Sebelum kita mengenali emosi orang lain maka terlebih dahulu kita mesti mengenali emosi sendiri.
Lebih tinggi keupayaan kita menyelami emosi sendiri maka lebih mudah kita menjelajah dan memasuki
emosi orang lain atau empati. Kalau seseorang itu tidak mampu untuk memahami emosi sendiri

9
Jurnal Akademik 2005

bagaimana pula hendaka memahami emosi orang lain. Orang yang menghadapi masalah untuk
memahami emosi sendiri dikatakan mengalami alexithymics. Mereka ini bukan sahaja tidak memahami
emosi sendiri tetapi juga tidak tahu apa yang mereka rasai dan seterusnya menjadi keliru dengan
emosi sendiri. Keadaan ini bertambah celaru apabila orang lain mencurahkan emosi mereka.
Sehubungan itu, alexithymics menjadi penghakis kepada pembinaan kecerdasan emosi. Memahami
emosi orang lain perlu kepada kemahiran yang khusus. Manusia sering tidak memperlihatkan emosi
secara langsung. Sebaliknya mereka memperlihatkan melalui tindakan bukan verbal seperti nada
suara, gerak tangan, ekspresi muka, gerak badan dan sebagainya. Sesungguhnya emosi
menggunakan wahana bukan verbal untuk disampaikan. Justeru itu, kemahiran untuk membaca makna
daripada unsur-unsur bukan verbal ini sangat penting untuk memahami emosi orang lain.

Seseorang yang ingin membaca emosi orang lain itu haruslah berempati. Empati berbeza daripada
simpati. Simpati hanya setakat memahami masalah atau perlakuan seseorang. Empati lebih daripada
itu. Empati bukan sahaja memahami masalah orang tetapi merasai apa yang dirasai oleh orang itu.
Tanpa empati seseorang itu akan membina jarak emosi dan keadaan ini akanmenyebabkan seseorang
itu gagal membina persahabatan yang bermakna. Memperlihatkan empati tidak bermakna seseorang
itu menyerahkan nilai-nilainya ataupun mengenakan nilai-nilainya kepada orang lain. Sebaliknya
seseorang itu dikehendaki mendengar, memahami dan merasainya. Selepas berempati barulah kita
dapat membantu dengan cara yang lebih rasional dan positif.

Mengendalikan perhubungan

Mengenali emosi orang lain dapat dilakukan apabila seseorang itu memiliki keupayaan pengurusan
kendiri dan berempati. Dua keupayaan ini membentuk kuasa interpersonal. Keupayaan interpersonal
ini mengizinkan seseorang itu mencorak dan membentuk pertemuan yang berlaku menjadi sesuatu
yang positif, memberi ilham kepada orang lain, menghasilkan perhubungan yang akrab, mempengaruhi
orang lain dan membantu orang lain mendapatkan kebahagian ataupun ketenangan. Setiap kali kita
bertemu dengan seseorang kita sebenarnya menghantar isyarat melalui mimik muka, bahasa badan
serta nada suara dan isyarat-isyarat ini memberi kesan kepada orang yang kita temui. Misalnya
senyuman yang diberi pada setiap kali pertemuan akan menyebabkan seseorang mudah didekati oleh
orang lain. Senyuman adalah isyarat yang membawa mesej, di antaranya orang yang tersenyum itu
sedia untuk didekati, senang dengan orang yang ditemui dan sedia menghulurkan tali persahabatan.
Maka dengan adanya kecerdasan emosi, isyarat-isyarat yang dihasilkan itu mampu membentuk
perhubungan yang positif.

Teori-teori Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi sebagai satu sub ilmu dalam disiplin psikologi masih baru. Namun emosi atau
perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia sudah dikaji Sejak beratus-ratus tahun
yang lalu. Emosi manusia bukan sahaja menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan
klinikal malah ia turut dilihat dalam pelbagai perspektif sains sosial dan kemanusiaan seperti sosiologi,
geografi, pendidikan, linguistik, sejarah dan sebagainya
.
Ramai sarjana berpendapat istilah emosi sukar hendak diterjemahkan kerana ia milik peribadi
seseorang. Terdapat tiga aspek emosi iaitu cognitive-experiential bermaksud emosi yang dapat
dijelaskan dengan perkataan; behaviour-expressive atau non verbal expresión seperti mimik muka,
bahasa tubuh, postur dan physiological-biochemical iaitu aktiviti otak, suhu badan , kadar denyutan
jantung. Hanya aspek behaviour expressive dapat dilihat dengan jelas manakala yang lain biasanya
sukar dilihat

Teori kecerdasan emosi membincangkan tentang aspek-aspek yang mempengaruhi kecerdasan emosi
seseorang, jenis-jenis sifat individu yang mempengaruhi kepintaran emosi dan kesan dari sifat tersebut.
Beberapa teori berkaitan kecerdasan dan kecerdasan emosi telah dikenalpasti iaitu Teori Kecerdasan
Pelbagai Gardner, Teori X dan Teori Y serta Teori 2 faktor Herzberg.

10
Jurnal Akademik 2005

Teori Kecerdasan Pelbagai

Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan
masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya seperti menggubah lagu,
mencipta puisi atau koreografer tarian. Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan
seseorang boleh dikenalpasti melalui ujian seperti ujian IQ. Beliau juga berpendapat bukan terdapat
hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara, iaitu individu
menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk.

Gardner (1983) telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Kecerdasan
Pelbagai Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik-matematik, bahasa-
linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensial.

Kewujudan sembilan jenis kecerdasan ini telah mempengaruhi persepsi pakar-pakar psikologi Barat
yang lain terhadap konsep kecerdasan yang selama ini dipegang dan dipertahankan. Implikasi
daripada pandangan Gardner (1983) ini ialah kehadiran dua pandangan yang berbeza tentang
kecerdasan. Pertama, mereka yang melihat kecerdasan sebagai satu, iaitu setiap individu itu dilahirkan
dengan kecerdasan tertentu. Kedua, mereka yang menerima kecerdasan sebagai sesuatu yang
mempunyai beberapa komponen. Bagi Gardner (1983) kewujudan beberapa kecerdasan itu tidak boleh
dinafikan dan selain kecerdasan kognitif terdapat lagi satu kecerdasan yang berhubungan dengan
kemahiran sosial iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal.

Rajah 6 : Jenis-jenis kecerdasan Gardner

Logik - matematik
Muzikal
Naturalisme

Bahasa - linguistik Eksistensial

Kinestetik-badan
Intrapesonal

Visual-ruang-spatial
Interpersonal

Sumber : Gardner (1983)

Mengikut Gardner (1984) kecerdasan intrapersonal melibatkan kemahiran meneliti, memahami,


melabel dan menilai perasaan-perasaaan sendiri serta menggunakannya untuk memahami dan
memandu perlakuan sendiri.

The core capasity at work here is access to one‟s own feeling life- one‟s range of effects or
emotions: the capacity instantly to effect discriminations among these feelings and eventually, to
label them, to enmesh them in symbolic codes, to draw upon them as a means of understanding
and guiding one‟s behaviour.
(Gardner,1984)

11
Jurnal Akademik 2005

Kecerdasan interpersonal pula melibatkan hubungan seseorang itu dengan orang lain di dalam konteks
meneliti, memahami dan memberi makna kepada mood, pembawaan/perangai, rangsangan dan tujuan
yang ditunjukkan oleh orang lain dan seterusnya menjalinkan hubungan.

…. the ability to notice and make distinctions among other individuals and, in
particular among their moods, temperaments, motivations and intentions.

(Gardner 1984,241)

Kedua-dua kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner (1984) jelas memperlihatkan pertalian dengan
pengertian kecerdasan emosi seperti yang dikemukakan oleh Salovey (1997), Goleman (1996) dan
Patricia (1997). Namun mereka lebih terperici perbincangannya tentang kemampuan atau pengaruh
emosi di dalam pembinaan kepintaran manusia berbanding Gardner.Pendekatan Gardner adalah
pendekatan yang dikenali sebagai ―a cognitive-sceince model of mind‖ iaitu ia memberi perhatian yang
lebih kepada pendekatan daripada sudut di mana kognisi melihat emosi dan bukannya peranan emosi
di dalam pembentukan kecerdasan emosi.

Teori X dan Teori Y

Teori ini membahagikan pekerja lepada dua sifat iaitu Teori X dan Teori Y. Che An (1990) mengatakan
bahawa pekerja yang tergolong dalam kategori Teori X merupakan pekerja yang tidak suka diarah
untuk membuat sesuatu kerja. Pekerja ini akan membuat kerja hanya apabila mereka dipaksa
melakukannya.Pekerja dari golongan ini akan melakukan tugasnya sebaik mungkin hanya apabila
terdapat seliaan atau kawalan daripada penyelia.

Che An (1990) menjelaskan bahawaTeori Y merujuk kepada pekerja yang cenderung dan mempunyai
minat untuk melakukan sesuatu tugas. Pekerja dalam golongan ini akan berusaha sedaya upaya dalam
menyelesaikan sebarang masalah dan melaksanakan tugas yang diperintahkan. Mereka juga mampu
membuat kerja tanpa sebarang seliaan daripada pengurusan atau penyelia. Pekerja juga mempunyai
motivasi yang tinngi untuk maju dan berjaya dalam kerjaya mereka.

Untuk memastikan organisasi mencapai matlamat yang diingini, pihak pengurusan perlu mengetahui
pekerja terdiri dari golongan mana. Ini akan memudahkan organisasi untuk membantu pekerja yang
tergolong dalam Teori X untuk sedar akan tanggungjawabnya terhadap organisasi dan lebih aktif
memberikan sumbangan lepada organisasi. Lepada pekerja Teori Y pula, pengurusan perlu
memberikan ganjaran dan pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka dapat mengekalkan prestasi
dan sikap mereka.

Pengukuran Kecerdasan Emosi

Bar-On Emotional Quotient Inventory

Bar-On EQ-i telah dibangunkan oleh Bar-On , seorang ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan emosi
selama lebih 19 tahun. Kaedah pengukuran ini telah digunakan untuk menilai ribuan individu selama
lebih satu dekad kerana realibiti dan kesahihan keputusan yang diperolehi.

Bar-On mencipta kaedah pengukuran ini bertujuan untuk menjelaskan pendapat beliau mengenai ”an
array of non cognite skills‖ yang berguna dalam menentukan kejayaan dalam aspek tertentu dalam
kehidupan. Selain itu tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi yang membolehkan
seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. Kaedah ini biasa digunakan bagi
proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya. US Air Force melaporkan bahawa
mereka telah dapat menjimatkan 3 milion dolar setiap tahun setelah menggunakan kaedah pengukuran
ini dalam menentukan kejayaan pengambilan rekrut baru.

12
Jurnal Akademik 2005

Kaedah pengukuran ini merupakan kaedah self report, di mana markah yang diperolehi adalah
berdasarkan jawapan yang dijawab oleh pekerja. Ia merangkumi sebanyak 133 soalan yang meliputi 5
skala asas dan 5 sub-skala seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

Rajah 7 : Skala Bar-On Emotional Quotient Inventory

SKALA SUB SKALA

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL Pertimbangan diri


kesedaran emosi diri
penonjolan diri
berdikari
kesempurnaan kendiri

KEMAHIRAN INTERPERSONAL Empati


Tanggungjawab sosial
Hubungan interpersonal

SKALA PENYESUAIAN DIRI Pengujian Realiti


Fleksibiliti
Penyelesaian Masalah

PENGURUSAN TEKANAN Toleransi tekanan


Kawalan Impuls

SKALA SITUASI FIKIRAN Optimisme


(MOOD) UMUM Kegembiraan

Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001)

Mayer-Salovey-Caruso Emotional Intelligence Test (MSCEIT)

Kaedah ini telah direka bentuk oleh Mayer, Salovey dan Caruso. Sebelum ini, ia lebih dikenali dengan
nama Multifactor Emotional Intelligence Scale (MEIS). Kaedah ini dibentuk berdasarkan kepada teori
yang telah dibuat oleh Mayer dan Salovey. Pemarkahan adalah berdasarkan skor akhir yang diperolehi
oleh setiap pekerja hasil daripada jawapan yang diberi. Daripada skor yang didapati, tahap kecerdasan
emosi pekerja akan dibahagi mengikut tahap yang tertentu. Kaedah ini didapati lebih kepada menguji
kebolehan individu iaitu kebolehan mengecam, mengenalpasti dan menggunakan emosi. Ia biasanya
digunakan untuk memahami kebolehan atau kelemahan diri dan untuk mengetahui emosi orang lain.
Kaedah pengukuran ini meliatkan beberapa persoalan yang meliputi empat cabang kepintaran emosi
seperti dalam lakaran rajah berikut.

13
Jurnal Akademik 2005

Rajah 8 : Empat Cabang Kecerdasan Emosi dalam MSCEIT

Persepsi emosi

Memudahkan perhatian
terhadap emosi

MSCEIT
Memahami emosi

Pengurusan emosi

Sumber : Salovey. P dan Mayer. J.J (1990)

Emotional Competence Inventory (ECI)

Goleman (1985) telah berkerjasama dengan Boyatzis untuk membentuk kaedah pengukuran ini. Ia
juga dikenali sebagai Pengukuran Maklumbalas 360* ( 360* Feedback Measure). Ini kerana ia bukan
sekadar self report tetapi juga melibatkan maklumbalas daripada 15 orang yang mengenali responden
seperti ketua atau penyelia, rakan sekerja dan individu yang melapor atau sering berinteraksi dengan
responden. Tujuan utama memperolehi maklumbalas adalah untuk mengelakkan bias dan
penipuan responden. Kaedah ini menilai kompetensi yang merangkumi aspek Kesedaran diri,
Pengurusan Diri, Kesedaran Sosial dan Kemahiran Sosial. Kaedah ini biasanya digunakan
sebagai instrumen dalam pembangunan kerjaya dan organisasi.

Work Profile Questionnaire-Emotional Intelligence (WPQei)

Soal selidik ini dicipta oleh Emmeling (2003) dan merangkumi 84 soalan. Ia bertujuan untuk mengukur
kualiti peribadi individu dan kompetensi yang diperlukan untuk membangun dan menguruskan emosi
dengan lebih baik di tempat kerja. Ia meliputi 7 komponen iaitu Inovasi, Kesedaran diri, Intuisi, Emosi,
Motivasi, Empati dan Kemahiran Sosial.

Konsep Kecerdasan Emosi

Konsep Kecerdasan Emosi menurut pandangan Islam

Imam Ghazali dalam karya agungnya Ihya ‗Ulumuddin telah membezakan di antara roh dengan jasad
seperti yang telah dilakukan oleh rakan-rakannya yang terdahulu. Roh adalah nyawa yang
menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi
manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Justeru itu, Imam Ghazali membezakan
roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan unsur-unsur berikut :
( Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali bin Muhammad Al-Ghazali, 1980, Jld. 4, hlm.7)

14
Jurnal Akademik 2005

Al-Qalb (Hati)

Hati secara lahiriah dikatakan sebagai seketul daging yang berfungsi untuk pengedaran darah.
Pengertian kedua merujuk kepada rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional. Hati
individu ini dikatakan hati ―qalbun‖. Hati yang berkualiti tinggi, iaitu hati ―lubbun‖ melahirkan cetusan hati
yang rasional dan ikhlas membimbing akal.

Al-Nafs (Nafsu)

Nafs adalah tabii keinginan. Nafs wujud dalam tujuh tahap, iaitu nafs ammarah, nafs lawwamah, nafs
malhamah, nafs mutmainnah, nafs radiah, nafs mardiah dan yang tertinggi nafs kamilah. Keinginan
yang tidak terkawal dipanggil nafs ammarah yang bertindak mengikut hawa nafsu tanpa berfikir.
Sementara manusia yang lemah lembut dan tersusun tingkah lakunya dipanggil nafs mardiah. Nafs
kamilah adalah yang tertinggi yang dimiliki oleh para ambiya dan nabi-nabi.Kualiti nafs ini mencorakkan
personaliti individu itu menjadi manusia yang rasional dan aman.

Al-Aql (Akal)

Ia sangat penting dan dengannya membezakan antara manusia dengan binatang. Dengannya manusia
membentuk konsep, generalisasi, dan berdaya rasional. Kualiti akal manusia berbeza dan manusia
dikatakan mempunyai tiga jenis akal. Akal pertama adalah akal biasa di mana manusia berfungsi
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Akal kedua dipanggil akal taakul yang mana manusia
menggunakannya untuk mentafsir, menganalisis serta melihat sebab-musabat. Akal ketiga dikenali
sebagai akal tadabbur yang merujuk kepada pemikiran manusia berlandaskan rasional serta
keimanannya kepada tuhan.

Model-model Kecerdasan Emosi

Four Branch Model

Dalam era globalisasi kini, sekolah turut mengalami perubahan daripada segi budaya, struktur tugas
dan kemahiran baru yang diperlukan bagi melakukan kerja yang semakin kompleks. Justeru bagi
mewujudkan budaya kerja yang lengkap dan baik, keseimbangan antara kemampuan sekolah
menyediakan struktur tugas yang teratur, proses kerja yang jelas serta kepimpinan yang mantap
diperlukan. Guru perlu memiliki kecerdasan mental, fizikal dan emosi yang seimbang.

Apabila membicarakan soal berkaitan kepimpinan guru hari ini, jelas menunjukkan prestasi yang baik
diperlukan bagi menjamin keberkesanan proses kerja dan struktur tugas yang diatur dan dirancang.
Kualiti yang mesti dimiliki oleh guru seharusnya dikaji dan diteliti. Kesediaan guru untuk memimpin
adalah faktor yang perlu diteliti bagi memastikan keberkesanan kepimpinan pendidikan. Keseimbangan
emosi dan spiritual adalah domain penting bagi mewujudkan pemimpin yang bersedia memimpin.

Kebanyakan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi memberikan pelbagai pendapat bagi memahami
faktor kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi sinonim dengan penjelasan berkenaan satu set
kemampuan dan kebolehan kognitif yang membolehkan manusia mengecap ilmu dan belajar cara
menyelesaikan masalah (Mayer dan Salovey,1997)

Mayer dan Salovey (1997) membangunkan satu model EQ yang dikenali sebagai Four Branch Model
bagi menjelaskan konsep EQ. Dalam model ini, EQ dipecahkan kepada empat peringkat proses yang
merangkumi pembentukan emosi sehingga bagaimana mengurus emosi. Individu mula memikirkan
bentuk emosinya seperti sedih, gembira atau takut pada satu-satu masa. Selain itu diperingkat ini juga,
individu turut memikirkan perkara yang berkemungkinan timbul dalam emosi orang lain. Selalunya,
peringkat ini berlaku apabila berlaku perkara yang merangsang emosi untuk menanggapinya.

15
Jurnal Akademik 2005

Peringkat yang kedua pula adalah individu yang menggunakan emosi sebagai alasan dan sebab ke
atas pemikirannya berkenaan sesuatu. Individu itu mula memfokuskan pemikirannya kepada
situasidirinya sama ada perhatian, tumpuan ataupun motivasinya. Kemudian individu mula mengaitkan
kesesuaian emosinya dengan situasi yang dialaminya. Individu cenderung menjadikan emosi sebagai
alasan tumpuannya kepada sesuatu, tahap motivasinya serta emosinya pada sesuatu masa.

Peringkat ketiga adalah memahami emosi, individu mula memikirkan mengapa dirinya dan orang lain
beremosi sedemikian. Pada peringkat ini tahap empati memainkan peranan penting. Individu cuba
bersimulasi dengan meletakkan diri dalam diri orang lain bagi memahami emosi mereka.Pada
peringkat ini, individu berkemampuan memahami emosi yang kompleks dan rantaian emosi serta
bagaimana emosi berubah di setiap peringkat.

Dalam peringkat terakhir, ianya merujuk kepada kemampuan individu mengurus emosi mereka. Pada
peringkat ini kemampuan mengawal diri dan mengurus diri perlu dipertimbangkan. Ia penting bagi
memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat sesuai dengan emosi serta logik bagi mendapatkan
hasil.

Emosi memainkan peranan penting bagi memberi motivasi, mengelola, mengarah dan mengaktifkan
tingkah laku samada tingkah laku sosial ataupun di tempat kerja. Keadaan emosi positif dan negatif
dapat mempengaruhi tingkah laku individu samada membawa kejayaan ataupun penghalang kejayaan
dalam proses kognitif dan proses membuat keputusan.

Rajah 9 : Four Branch Model

Mengenal pasti emosi Menggunakan emosi untuk memudahkan


Kebolehan mengetahui dan proses berfikir
mengiktiraf bagaimana dan Kemahiran untuk membina emosi, kemudian
persekitaran perasaan menjadikan ia alasan untuk sesuatu pemikiran

Mengurus emosi
Kemampuan menguruskan emosi Memahami emosi, kemampuan memahami
diri serta orang lain emosi yang kompleks dan rantaian emosi
serta bagaimana emosi berubah pada setiap
peringkat
Sumber : Mayer dan Salovey (1997)

Model Trait

EQ adalah elemen penting dalam memperkasa kepimpinan guru dalam setiap aspek atau bidang
tugas. Seorang guru yang mempunyai keupayaan memahami dan menguruskan emosinya dan anak-
anak didiknya sudah pasti akan mencapai kejayaan dalam bidang keguruannya. Memandangkan aspek
kepimpinan guru mempunyai kaitan rapat dengan mengurus manusia, EQ seseorang guru perlulah
konsisten sebagai prasyarat kejayaannya dalam mengurus manusia lain dan seterusnya berkesan
dalam pencapaian matlamat.

Pendekatan kepimpinan berasaskan trait oleh Stephen (2000) memberikan gambaran pemimpin yang
efektif di mana ia dikategorikan kepada tiga trait iaitu personaliti, kemampuan dan sifat fizikal.
Pendekatan ini boleh diadaptasikan ke dalam diri setiap guru yang umumnya akan memimpin
organisasi pendidikan.

16
Jurnal Akademik 2005

Rajah 9 : Pendekatan Kepimpinan Berasaskan Trait

Ciri-ciri fizikal

KEMAMPUAN

Kecerdasan Pemikiran T
B
Emosi dan i
e
Intelek n
r
g
a PERSONALITI
g
t Trait Sosial
i
Dan Trait
Individu

Pengetahuan Kemahiran

penampilan

Sumber : Stephen 2000

Trait personaliti mempunyai hubungan yang kuat dengan kepimpinan yang efektif. Perkaitan ini dapat
dilihat dalam dua keadaan iaitu trait sosial yang berkaitan dengan interaksi pemimpin dengan individu
lain dan trait peribadi yang berkaitan dengan tingkahlaku pemimpin sebagai seorang individu. Dalam
pendekatan ini, trait sosial menunjukkan hubungan yang lebih konsisten dengan keberkesanan
kepimpinan berbanding trait peribadi. Trait sosial yang positif adalah mesra, memahami, bijaksana,
sikap bekerjasama, empati dan kesedaran sosial. Ia dilihat berhubung secara positif dengan
keberkesanan kepimpinan. Manakala corak trait sosial yang negatif seperti permusuhan atau
persengketaan, pasif dan memencilkan diri mempengaruhi tahap keberkesanan kepimpinan yang
rendah.

Trait peribadi adalah trait penyesuaian emosi, keyakinan diri, ketertiban, bertanggungjawab, inisiatif,
berdikari, keinginan mencapai sesuatu dan keinginan memenuhi kesempurnaan kendiri.Bagi trait
peribadi ini kadangkala tidak konsisten dalam sesetengah situasi. Ia seringkali dipengaruhi oleh emosi
pemimpin.

Trait kemampuan pemimpin bagi mencapai keberkesanan dalam kepimpinannya sering dikaitkan
dengan kecerdasan emosi, pemikiran atau akal, pengetahuan dan kemahiran. Menurut Stodgill (1974)
dalam kajian-kajiannya berkenaan kepimpinan di peringkat kanak-kanak sekolah, pelajar universiti,
para pentadbir, penyelia kilang dan pegawai tentera, beliau merumuskan bahawa keberkesanan
kepimpinan dipengaruhi oleh kecerdasan yang dimiliki oleh individu itu.

Trait fizikal juga adalah elemen penting sebagai pemimpin. Trait ini lebih kepada penampilan diri
daripada segi aspek fizikal yang dapat mempengaruhi individu lain dalam kepimpinannya.

17
Jurnal Akademik 2005

Kajian-kajian terkini mendapati terdapat enam trait personaliti yang membezakan pemimpin dengan
bukan pemimpin iaitu kejujuran dan integriti, tahap kuasa tinggi, cita-cita dan keinginan untuk
memimpin, kecerdasan, keyakinan diri dan pengetahuan berkenaan tugas yang berkaitan (Kilpatrick
dan Locke, 1991; Stogdill, 1974)

Kajian- kajian berkenaan dimensi kecerdasan emosi dijalankan dengan mengukur konsep-konsep yang
berkaitan dengan kecerdasan emosi seperti kebolehan bersosial, kecemerlangan perhubungan
interpersonal, kematangan psikologi dan kesedaran emosi diperkenalkan oleh para pengkaji. Kajian-
kajian ini mendapati penekanan unsur-unsur yang ada kena mengena dengan kecerdasan emosi
menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial mereka berbanding dengan
pelajar yang tidak didedahkan dengan konsep kecerdasan emosi. ( Azhar, 2004).

Boyatzis dan Oosten (2002) dalam kajian mereka berhubung dengan peranan EQ dalam kepimpinan
mendapati pemimpin yang berkesan menggunakan banyak kecekapan emosi dalam melaksanakan
tugas kepimpinan berbanding kemahiran yang lain. Boyatzis (2002) menjalankan kajian berhubung
dengan kecekapan utama dalam melatih, untuk mengatasi perlakuan yang tidak berfungsi
(Dysfunctional Behavior). Hasilnya didapati terdapat dua kecekapan yang perlu ada pada seseorang
kaunselor jika hendak menjadi kaunselor yang berkesan, iaitu sensitif tehadap dirinya sendiri dan
sensitif terhadap orang lain. Kemahiran sensitif ini adalah kesedaran emosi diri dan empati (social
awareness).

Gardner (1984) mengkritik tentang pemahaman sempit manusia tentang pengertian konsep
kecerdasan. Beliau tidak menganggap bahawa cara menilai kepintaran dapat melemahkan kekuatan
ujian IQ, namun apa yang beliau musykilkan ialah persepsi manusia terhadap makna kecerdasan di
mana rata-rata ahli psikologi mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan mental. Gardner tidak
bersetuju dengan definisi kecerdasan yang diutarakan oleh kebanyakan ahli psikologi dan bagi
beliau pengertian kecerdasan tersebut amat sempit dan merugikan.

Bagi Gardner (1984,18) :

… intelligence test rarely assess skill in assimilating new information in solving new problems.
This bias towards “crystallized” rather than “fluid” knowledge that can have astounding
consequences. An individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming a
radically different person , unable to display any initiative or to solve new problem-and yet
may continue to exhibit an IQ close to genius level.

Gardner (1984) melihat bahawa hasil ujian IQ itu tidak selalunya memperlihatkan ramalan yang benar
dan boleh dipakai. Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan
seseorang. Bagi beliau, kecerdasan bukan hanya IQ malah lebih daripada itu. Beliau mengemukakan
konsep pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan bahasa, kecerdasan muzik, kecerdasan logic-matematik,
kecerdasan ruang, kecerdasan kinestatik, kecerdasan naturalis , kecerdasan eksistensial serta
kecerdasan personal yang merangkumi kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.
Kewujudan sembilan jenis kecerdasan ini telah mempengaruhi persepsi pakar-pakar psikologi barat
yang lain terhadap konsep kecerdasan yang selama ini dipegang dan dipertahankan. Bagi
Gardner(1984) kewujudan beberapa kecerdasan itu tidak boleh dinafikan dan selain kecerdasan
kognitif terdapat lagi satu kecerdasan yang berhubungan dengan kemahiran sosial iaitu kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan intrapersonal

Kajian-kajian yang dilakukan terhadap minda manusia mendapati bahawa topografi minda manusia
mempunyai dua komponen, iaitu minda rasional dan minda emosi (LeDoux 1996). Minda rasional
adalah satu mod pemahaman yang lazimnya disedari. Ia menonjol dalam hal-hal seperti kesedaran,
berfikir, merenung dan mengingat. Bersama-sama dengan minda rasional ialah minda emosi. Pada
dasarnya terdapat keseimbangan di antara kedua-dua jenis minda ini.

18
Jurnal Akademik 2005

Emosi memberi maklumat untuk minda rasional beroperasi dan minda rasional pula
memperhaluskannya dan kadangkala menvatakan hasil emosi itu. Keseimbangan dua minda ini
memandu manusia melayari kehidupan mereka. Ketidakseimbangan yang berlaku akan menyebabkan
satu minda itu menguasai minda yang lain. Mengikut kajian evolusi otak manusia, didapati bahawa
berjuta-juta tahun dahulu dipercayai pusat emosi bermula daripada pangkal otak dan berkembang
menjadi kawasan emosi yang disebut sebagai kawasan limbik.

Le Doux (1996) mengatakan kawasan limbik dipercayai mempunyai talamus, hipotalamus,


amigdala dan hipokampus. Kawasan limbik juga dikenali sebagai otak mini yang secara automatik
mengawal persekitaran dalaman otak seperti emosi. Kemudian dari kawasan limbik ini berkembang
kepada otak fikir yang dikenali sebagai korteks atau cerebral korteks.

Oleh kerana korteks berkembang daripada kawasan limbik maka hubungan di antara emosi
dengan fikiran sangat erat , malah emosi mempunyai kuasa untuk mempengaruhi fikiran rasional
Sistem limbik telah memperkukuhkan lagi kajian Goleman (1996) dimana beliau mengatakan minda
emosi telah wujud lama sebelum minda rasional, maka peranan emosi tidak boleh diabaikan dan
hakikatnya hubungan emosi dengan fikiran rasional ini memberi kesan terhadap kehidupan
manusia.Goleman(1996) meneruskan kajian beliau dan mempeloporkan idea serta konsep kecerdasan
emosi dengan meluas dalam dunia psikologi.

Rajah 10 : Sistem Limbik

Serebelum

Sistem Limbik

Otot, nadi, dan tekanan darah

Kortex Visual

Sumber : LeDoux, 1996,166.

Semenjak zaman Greek purba lagi, manusia cenderung untuk memisahkan di antara kognisi
dengan emosi serta di antara fikiran dengan perasaan. Kecenderungan ini dilakukan kerana manusia
menerima kognisi dan fikiran sebagai satu kegiatan mental yang rasional dan logik berbanding
dengan emosi dan perasaan yang diterima sebagai sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik.Hakikat
ini banyak dikaji oleh LeDoux apabila beliau memperkatakan tentang sains kognitif (LeDoux 1996).
Plato misalnya telah menyatakan bahawa kehadiran emosi atau diistilahkan sebagai ―passion‖ telah
menyebabkan manusia kadangkala tidak dapat menggunakan akal fikiran.

Tidak ramai yang menerima dan mendalami emosi sebagai satu kecerdasan. Selama ini emosi
dianggap sebagai unsur psikologi manusia yang tidak ada kaitan langsung dengan kecerdasan.
Sebaliknya, kecerdasan hanya dihubungkan dengan IQ, iaitu kemampuan mental kognitif. Goleman
menyangkal dakwaan tersebut dalam kajian beliau :

19
Jurnal Akademik 2005

―A view of human nature that ignores the power of emotions is sadly shortsighted. The
very name Homo sapiens, the thinking species, is misleading in light of the new appreciation
and vision of the place of emotions in our lives that science now offers. As we all know from
experience, when it comes to shaping our decisions and our actions, feeling counts every bit as
much-and often more than thought. We have gone too far in emphasizing the value and
importance of the purely rational-of what IQ measures-in human life. Intelligence can come to
nothing when the emotion holds way. ( Goleman, 1996)

Bagi Goleman, dalam keadaan yang dikuasai oleh emosi kecerdasan kognitif atau intelek tidak
berfungsi. Kecerdasan intelek tidak menyediakan manusia untuk menghadapi tekanan emosi atau
stress. IQ yang tinggi tidak dapat menjamin kejayaan apabila seseorang itu mudah dikuasai oleh
emosi. IQ sahaja belum menjanjikan kebahagian sebaliknya orang yang IQnya sederhana dan
mampu pula mengurus emosinya dengan baik lebih berjaya daripada orang yang mempunyai IQ
yang tinggi tetapi gagal membendung desakan emosinya. Pandangan ini amat wajar diberi perhatian
dalam membentuk insan guru yang kamil.

Rumusan

Diskusi tentang kecerdasan emosi merupakan satu isu yang amat penting dan perlu diberi perhatian.
Daripada hasil penulisan yang dirujuk, terdapat pelbagai pendekatan dan pendapat ahli psikologi
terhadap kepintaran emosi dan kelebihan yang diperolehi sekiranya institusi pendidikan menggarapkan
kecerdasan emosi sebagai satu elemen penting dalam proses pembelajaran.

Bibliografi

Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Bangi : UKM.

Arnold, A. L. and Andrew M.C. (1995). Abnormal psychology. New York: Longman.

Boyatzis, R.E. 2002. Core Competencies In Coaching Others To Overcome Dysfunctional Behavior. Case
Western Reserve University. Dalam Vanessa Druskat. Gerald Mount dan Fabio Sala (Eds.)
Emotional Intelligence and Work Perfomance, USA.

Coleman, M. C. (1986). Behavior disorders: Theory and practice. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Covey, S.R. 1989. The 7 Habits Of Highly Effective People. London: Simon and Schuster.

Erickson, M. T. (1987). . Behavior disorders of children and adolescents. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Goleman, D. 1996. Emotional Intelligence. : Why It Can Matter More Than IQ. USA: Bantam Books.

Hair, J.F., Anderson,R.E., Tatham,R.L. Black, W.C. (1995). Multivariate data analysis. New Jersey, Prentice Hall,
Englewood Cliffs.

Hoghughi, M. (1992). Assessing child and adolescent disorders. NewYork: Sage Publication

Hopkins, K.D., Hopkins,B.R., Glass,G.V.(1996). Basics statistics for behavioral sciences. New York: Allyn Bacon.

Kiess, H. O. (1996). Statistics concepts for behavioral sciences. New York: Allyn Bacon.

Idrul Hisham Ismail, „Tahap Penguasaan Kecerdasan Emosi Para Pensyarah Maktab Perguruan
Sultan Mizan dan Pengaplikasiannya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran‟ dalam Seminar
Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2003 (Peny). 2003. Pembangunan Profesionalisme
Perguruan Ke arah Pendidikan Berkualiti, Kuching: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan
Sultan Mizan.

20
Jurnal Akademik 2005

Mayer, J.D. Salovey. P. 1997. What Is Emotional Intelligence? Dalam P. Salovey dan D. Sluyter (Eds),
Emotional Develepment and Emotional Intellingece: Implication For Educators, New York: Basic,
hlm. 3 – 31

Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Shah Alam: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir. 2001. Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0.
Kuala lumpur: Venton Publishing.

Roberecht, L.C. (1995). ―Grounded theory: involving methods‖, Qualitative Health Research, 5, 2, 169 -177

Sincich,T. (1985). Statistic by example. San Francisco: Dellen Publising Company

Sohaimi Abdul Aziz. 1998, EQ Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak :Melalui Kesusasteraan
Kanak-kanak. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Sulaiman, Y. (1998). Statistik dalam penyelidikan pendidikan. Skudai: Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

Varma, V.P. (1990). The management of children with emotional and behavioural Difficulties. New York:
Routledge, Chapman and Hall

Vernoy, M., Vernoy,J. (1997). Behavioral statictics in action. New York: Brooks/ Cole Publising Company.

Weisinger, H. 1998. Emotional Intelligence At Work. San Francisco: Jossey-Bass Publishers

(Rujukan Internet)

http://www.eqcoach.net/emotional intelligence.htm., (Jun 2003).

file://A:\Emotional%20Intelligence%20in%20%Schools.htm

file://A:\Introduction%20toEmotional%20Intellingence.htm

file://A:\Emotional%20Literacy%20Education%20and%20 Self-Knowledge%20http—www_

file://A:\Emotional%20Literacy%20Articles%20and%20http—www_eq_org-Articles-files\banner.h...

21

Anda mungkin juga menyukai