Anda di halaman 1dari 23

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU
JXEA1104

ARTIFAK – DINAMIKA TARIAN


ZAPIN
DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

MOHD HIJASRI BIN HASSIM (JEA080044)


FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI (JEA080015)
NURAINI BINTI AHMAD (JEA080099)
ROSLINDA BINTI SAWAD (JEA080119)
PENGENALAN
ZAPIN
• Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat
Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman.
Tarian zapin telah menular luas dalam kalangan
penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di
Tanah Semanjung Melayu, kepulauan Borneo, dan
gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat
aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia,
Brunei, Singapura, dan Indonesia. Keadaan ini
telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk
dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional
sifatnya. Tarian Zapin biasanya mempunyai
pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan,
antaranya adalah Tarian Zapin Arab, Tarian Zapin
Johor, Tarian Zapin Lenga dan Tarian Zapin Lengu.
FALSAFAH
TENTANG
ZAPIN
DARI SEGI GERAK
TARI
-PENARI LELAKI
- PENARI WANITA
• Terdapat beberapai falsafah yang dapat dikupas
melalui Tarian Zapin ini terutama dari aspek gerak
dalam tarinya. Salah satu aspek yang dapat diukur
dalam tari ini ialah pergerakan anggota tubuh
badan yang dipadankan dari kehalusan daya
ekspresi orang-orang Melayu. Sepertimana dalam
budaya bangsa yang lain di dunia ini, tarian melayu
khusunya tarian ini tertakluk kepada cita rasa
estetika bangsanya. Sesuai dengan sifat lemah
lembut dalam perlakuan dan kehalusan dalam
perlakuan dan kehalusan dalam pertuturan, seni
tari pergaulan Melayu juga tidak lari dari pengaruh
yang telah mengcanaikan budaya bangsanya.
PENARI LELAKI
• Dinamika tari tetap unggul dengan keayuaan gemalai langkah kaki
dan tangan yang tetap berupaya memisahkan gerak di antara penari
lelaki dan wanita. Seorang penari lelaki mempunyai tatagerak yang
berbeza dengan seorang penari wanita. Keanggunan wanita yang
dipaparkan dalam gerak gemalainya dalam tari pergaulan Melayu
akan lebih menyerlah apabila ianya didampingi pula dengan langkah
lembut tetapi megah seorang penari lelaki. Penari lelaki
digambarkan menjadi pelindung kepada penari wanita. Semasa
melakukan tari berpasangan, penari lelaki kelihatan seolah-olah
mengepung penari wanita dari gangguan atau usikan orang lain.
Keadaan ini dapat dikaitkan dengan situasi pada masa kini di mana
seseorang lelaki seharusnya menjadi pelindung kepada kaum wanita.
Hal ini demikian kerana kita dapat lihat pelbagai permasalahan
yang berlaku yang mengaitkan kaum wanita antaranya kes-kes
ragut, rogol, bunuh, dan sebagainya. Justeru, kaum lelaki sendiri
berperanan agar masalah ini dapat dikurangkan dan seterusnya
dapat dibasmi bengan kadar yang segera kerana kita tidak mahu
melihat lebih ramai lagi kaum wanita yang menjadi mangsa keadaan.
Perihal agama Islam sendiri ada menyatakan bahawa kaum lelaki
sebagai khalifah di muka bumi ini berperanan untuk melindungi
kaum wanita yang lazimnya di anggap sebagai kaum yang lemah.
PENARI WANITA
• Dari segi gerak langkah penari wanita, penari ini
tidak dibenarkan membuka langkah tari yang
terlalu luas. Mereka juga tidak boleh menari
dengan sifat terlalu menonjol. Sebaliknya keayuan
penari wanita terletak kepada gerak yang halus
dan sedikit pemalu. Gerak tubuh penari wanita
tidak boleh dibuat-buat hingga timbul elemen
irotis. Begitu juga dengan goyangngan pinggulnya
tangan tidak dibenarkan keterlaluan. Tangan
seorang penari wanita juga tidak boleh terlalu
tinggi hayunannya. Hinjut kakinya juga tidak boleh
terlalu keras dan kuat.
• Kesopanan dan ketatatertiban seorang wanita sangat
dititikberatkan dalam masyarakat Melayu dimana ia
digambarkan dalam gerak tubuh tari tersebut. Setiap
wanita semestinya menjaga adab dan tatasusilanya supaya
maruah diri mereka terpelihara. Maruah diri sangat penting
kerana dalam tuntutan agama sekalipun ada menekankan
aspek maruah diri kepada umatnya. Wanita yang menjaga
maruah diri akan sentiasa dihormati dan dijadikan teladan
kepada orang lain. Justeru, perlakuan seseorang itu
menggambarkan nilai maruah mereka. Seseorang yang
bermaruah sudah tentu akan menjaga batas-batas pergaulan,
adab dalam melakukan sesuatu perkara, dan tidak melakukan
perkara yang boleh menjatuhkan air muka diri sendiri dan
orang sekeliling khususnya ahli keluarga mereka. Dalam
konteks zaman sekarang, perihal kesopanan dan kesusilaan
dilihat dipandang rendah oleh golongan wanita. Mereka
seakan tidak mengahayati kepentingan menjaga maruah diri.
Lantaran itulah berlakunya penularan masalah-masalah sosial
dalam kalangan wanita. Masalah uAtamanya ialah tidak
mengambil peduli akan menjaga maruah diri.
• Selain itu, keayuan dan kemantapan penari wanita dan penari
lelaki dalam menggayakan gerak tubuh mereka
menggambarkan sikap kesederhanaan. Pergerakan tubuh
yang tidak terlalu menonjol menggambarkan masyarakat
melayu memang mementingkan kesederhanaan.
Sememangnya kesederhaan itu sangat penting dalam
kehidupan kita supaya kita tidak tersasar dari matlamat
utama hidup iaitu untuk mencari bekalan untuk hari akhirat.
Dalam konteks yang lebih kecil, kesederahaaan dalam kita
menjaga perlakuan diri itu amat penting suapaya kita
dihormati oleh orang lain. Individu yang tidak mementingkan
kesederhanaan dalam hidup sentiasa dipandang serong dalam
masyarakat kerana sikap takbur dan riaknya. Sikap takbur
dan riak ini sudah tentu menjadi amalan yang ditegah dalam
agama. Sesungguhnya Allah S.W.T sangat murka kepada
hambanya yang bersikap sedemikian. Sememangnya inidividu
yang bersikap sedemikian amat digemari oleh makhluk Allah
yang bernama syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis memang
sengaja menyesatkan manusia supaya lupa kepada Allah
S.W.T. Justeru itu, kita sebagai hambaNya yang diberikan
akal yang sempurna seharusnya berfikir dengan sebaiknya
tentang nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T
PENARI LELAKI
• Berbanding juga dengan penari wanita, penari lelaki
dikehendaki melangkah dengan mantap dan anggun dalam
rentak tari zapin ini. Kemantapan gerak tubuh penari lelaki
menggambarkan kegagahan seorang lelaki. Lelaki seharusnya
sentiasa gagah dan bersedia dalam menghadapi apa jua
rintangan atau cabaran yang mendatang. Kegagahan dari
segi fizikal bermaksud seseorang lelaki itu mampu
menentang musuh untuk melindungi haknya. Ia juga
menggambarkan kepimpinan lelaki sama ada dalam organisasi
atau dalam keluarga. Dalam konteks organisasi, seseorang
lelaki yang lazimnya menjadi ketua seharusnya bijak
mengawal organisasi suapaya dapat terus utuh walaupun
rintangan melanda. Begitu juga dalam konteks keluarga,
lelaki yang berperanan sebagai ketua keluarga seharusnnya
berperanan dalam memastikan keharmonian rumah tangga
akan terus iterpelihara. Kegagahan dari aspek mental pula
bermaksud kebijaksanaan, ketangkasan, dan kematangan
seseorang lelaki dalam berfikir atau mengutarakan
penadapat atau hujah-hujah yang bernas dan tuntas.
Sebagai seorang lelaki yang berada pada zaman moden ini,
pemikiran kita seharusnya selaras dengan arus pemodenan
tetapi masih mengikut batas-batas dan norma kehidupan
supaya kita tidak hanyut ditelan zaman
FALSAFAH
TENTANG
LAMBAIAN,
LENGGANG,
DAN
LENGGOK
• Salah satu aspek gerak yang dibendung oleh tatasusila
perlakuan yang indah menurut estetika budaya melayu dalam
menarikan tarian ini ialah pergerakan anggota tangan.
Lambaian, lenggang serta lenggok tangan yang dihayun dari
bahu hingga ke pergelangan tangan sewaktu menarikan tari
sambil berjalan adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan
paras tertentu. Bagi seseorang penari wanita, lenggangngan
tangannya tidak boleh melebihi paras bahu hingga
menampakkan ketiak. Malah lebih tidak manis jika tangan
penari wanita itu diangkat melebihi paras bahu sehingga
kelihatan seolah-olah tangannya sedang merawang-rawang di
ruang atas paras tubuh. Begitu juga dengan penari lelaki
yang tidak dibenarkan menggerakkan anggota tangan seperti
penari wanita.
• Antara pemikran yang dapat ditampilkan dalam aspek
tersebut ialah disiplin. Disiplin yang ditampilkan dalam tarian
ini menggambarkan bahawa masyarakat melayu memang
mementingkan disiplin. Disiplin seseorang dapat diukur
melalui sifat luaran individu tersebut. Individu yang
sentiasa berketerampilan kemas dan baik dapat disimpulkan
bahawa individu tersebut mempunyai tahap disiplin yang
baik. Disiplin juga dapat diukur melalui perwatakan
seseorang. Seseorang yang sentiasa menepati apa-apa janji
sama ada dalam perjumpaan atau menyiapkan tugasan dalam
masa yang ditetapkan dianggap seorang yang berdisiplin.
Disiplin sangat penting dalam kehidupan kita supaya kita
dapat menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya. Agama
kita juga sangat menekankan soal disiplin. Antaranya dalam
soal beribadat iaitu dalam menjaga adab dan waktu solat
atau di bulan puasa. Namun, masayarakat sekarang khusunya
golongan bunga bangsa seakan tidak mengerti soal disiplin
walhal ia telah diterapkan dalam matapeljaran di sekolah.
Golongan ini seakan memandang enteng kerana mereka
menganggap ia sesuatu yang remeh dan tidak membawa apa-
apa pengertian atau manfaat. Atas pemikran itulah
berlakunya masalah-masalah sosial yang kini sukar untuk
dibendung lagi.
FALSAFAH
TENTANG
LIUK
TARI
• . Liuk merupakan pergerakan tubuh badan penari sambil berpusing ke
kiri atau ke kanan yang sekaligus melibatkan gerakan-gerakan menunduk
dan mengahyunkan badan. Perkataan menunduk itu sudah jelas
menggambarkan masyarakat melayu mementingkan nilai-nilai moral dalam
kehidupan iaitu salah satu aspeknya ialah menghormati antara satu sama
lain. Hal ini sudah jelas diterangkan dalam Al-Quran dimana ia
terkandung dalam Surah Lukhman ayat ke-31 yang bermaksud :

‘Janganlah kamu memalingkan muka daripada manusia kerana sombong,


dan janganlah berjalan di bumi ini dalam keadaan sombong,
sesunggunhnya Allah S.W.T tidak menyukai setiap manusia yang
sombong dan bangga diri’

• Sikap hormat-menghormati sudah diterapkan dalam masyarakat melayu


sejak dahulu lagi. Maka tidak hairanlah lahirnya bidalan ‘mengikut resmi
padi, semakin berisi semakin tunduk’. Seharusnya nilai-nilai murni yang
diamalkan oleh masyarakat dahulu sepatutnya diteruskan sehingga kini.
Hal ini demikian kerana, masayarakat sekarang khususnya golongan
remaja dilihat kurang mengamalkan amalan murni ini. Walaupun tidak
semua golongan ini yang bersikap negatif, namun atas segelintir golongan
yang tidak bertanggungjawab menyebabkan mereka sentiasa dikaitkan
dengan sesuatu masalah. Bak kata pepatah ’kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga’. Pepatah ini menggambarkan segelintir sikap remaja
yang seharusnya dibendung supaya keharmonian hidup dapat dicapai dan
ia seterusnya membantu mengurangakan masalah sosial. Sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain ini seharusnya dididik sejak kecil
lagi. Ibu bapa seharusnya berperanan sebagai motivator dalam
mengasuh anak-anak mereka supaya bersikap positif.
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, gaya tubuh, lenggang, dan
lengguk sangat memaparkan tentang betapa
prestijnya adat dan tatasusila yang dipegang
oleh masyarakat Melayu sejak zaman-
berzaman dan harus dipupuk sehingga kini.
Hal ini demikan kerana transformasi kehidupan
masyarakat dahulu dan kini khususnya golongan
remaja menyebabkan berlakunya masalah-
masalah yang tidak dingini. Dinamika antara
gerak tubuh, lenggang dan lengguk seterusnya
menggambarkan bahawa masyarakat Melayu
sangat mementingkan nilai-nilai murni seperti
kesederhanaan, dan hormat-menghormati
dalam kehidupan agar kesejahteraan hidup
akan terus terpelihara
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai