Anda di halaman 1dari 38

BAB 2

ZAMAN PENJAJAHAN
PENGENALAN
 Kolonialisme - dasar /amalan sesebuah negara meluaskan
pengguasaannya ke atas sesebuah negara lain.
 Imperialisme - dasar/tindakan sesebuah negara menjajah
atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara2
lain.
 Nasionalisme – pergerakan utk mencapai kebebasan
ekonomi dan politik drpd kekuasaan asing.
 Latar Belakang Penjajahan
Negara telah dijajah oleh beberapa buah kuasa barat dan
timur iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Negara dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511
hingga 1957.
a) Portugis (1511-1641)
b) Belanda (1641-1824)
c) Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957)
d) Jepun (1941-1945)

 Sebab apa mereka datang :


 Ekonomi (rempah-ratus, bijih timah dan emas)
 Agama (sebarkan agama kristian).

Kesimpulan, Tanah Melayu mempunyai pengalaman


penjajahan oleh empat kuasa tersebut. British membawa
pengaruh yang besar dalam sosiobudaya, ekonomi dan
politik di TM.
Kedatangan kuasa barat
Portugis
 Menguasai Melaka pada tahun 1511sehingga 1641(130 tahun)
 Tidaklah menakluk dan menjajahi keseluruhan empayar Melaka.
Hanya dapat menakluk dan menduduki Bandar dan pelabuhan
Melaka.
 tidak berupaya menakluki dan menduduki negeri-negeri lain
kerana jumlah askarnya yang tidak mencukupi.
 Juga tidak berminat berbuat demikian kerana ia telah memenuhi
salah satu tujuan utamanya datang ke timur iaitu untuk
menakluk dan menduduki Melaka yang merupakan pusat
perdagangan yang sangat penting pada ketika itu.
 Portugis masih lagi menghadapi serangan dan tentangan dari
Sultan Mahmud.
 Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis, Aceh dan
Johor utk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.
 Matlamat
 Ekonomi
 Mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di
kawasan timur.
 mengembangkan agama Kristian
 Kesan penjajahan
 membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu – Riau
 memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka
 agama kristian cuba di sebarkan
 Kesan peninggalan – seni bina, Portuguese music and
community
 Kelahiran masyarakat serani antara orang portugis dengan
penduduk tempatan
 Pengenalan tulisan rumi
 Perkataan bhs portugis- jendela, almari, garpu
Belanda
 Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara
Belanda dan Kerajaan Johor.
 Abad ke 17, Belanda menumpukan perhatian kepada pelabuhan di
Jawa. Menyedari tentang kehendak dan kelebihan persatuan,
mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (United East
India Company) pada tahun 1602
 1619 – Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Jakarta
(Batavia).
 Bagi membolot perniagaan di Gugusan Melayu, mereka perlu
menguasai Melaka yang menjadi tempat strategik.
 Penjajahan Belanda dengan tujuan :
 untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu,
 di samping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-
negeri Melayu
 Percubaan Belanda untuk menguasai Melaka pada tahun 1606,
1608 dan antara tahun 1623 -1627, tapi telah gagal, walaupun
mereka mendapat bantuan daripada kerajaan Johor
 Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di Perak
dan Selangor.
 Belanda bersaing dengan British untuk menguasai
perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya
mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
(perjanjian London) pada tahun 1824.
 Pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang
Melaka, dan hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam
bulan berperang.
 Januari 1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai
Melaka.
 Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di
Kepulauan Melayu.
 Betawi – pusat perdagangan
 Melaka – pengkalan untuk mengawal negeri-negeri TM yang
kaya dengan timah.
 Sebab itu, tidak bersungguh untuk kuasai negeri lain.
 Cara meluaskan perdagangan
 Membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat sebelah iaitu
menguntungkan Belanda sahaja.
 1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan
yang mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara
melalui Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran Belanda.
 Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis.
Inggeris
 Pada awal abad ke-17, muncul pedagang British di
Kepulauan Melayu
 British mula campurtangan di TM bermula 11 ogos 1786

apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.


 16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki

singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan


Temenggung Abd Rahman.
 Perjanjian Ing-Belanda 1824 membuka jalan British

menguasai Tanah Melayu


 Inggeris berjaya menguasai Pulau pinang, Melaka dan

Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun


1826.
 Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula

campurtangan di NNMelayu secara langsung.


Faktor-faktor Campurtangan Inggeris
Faktor ekonomi
 Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19
di Eropah
 British mempunyai industri timah yang sederhana, tak
mampu utk bekalkan akibat pertambahan permintaan
 Melihat Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang
utama utk penuhi permintaan. Selangor dan Perak
negeri pengeluar utama
Faktor keadaan anarki
 Masalah perang saudara antara pembesar
 Selangor(1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja
Mahdi.
 Perak
 Pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin
 Kegiatan pelanunan
Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing
 Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia,
Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing untuk meluaskan
jajahan takluk masing-masing.
 Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi
dgn NNM
Perjanjian Inggeris – Belanda
 Timbulkan kemarahan di pihak Belanda – lebih-lebih lagi apabila
Singapura menjadi pelabuhan yang maju.
 Dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara British
dengan Belanda pada 17 Mac 1824.
 Belanda mengakui kehadiran British di Singapura dan menarik balik
tuntutannya ke atas Belanda.
 Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi, kedua-dua
pihak bersetuju membahagikan wilayah;
 Selat Melaka telah dibahagi dua
 Selatan dan Barat berada di bawah Belanda
 Utara dan Timur berada di bawah British
 Singapura diakui wilayah British
 Melaka ditukar suka sama suka dengan Bangkahulu (di pulau
Sumatera)
Kesan penting kepada Perjanjian Ing-Belanda:
 Kepulauan Melayu terbahagi kpd dua pengaruh Ingeris dan Belanda
 Perpecahan empayar Johor –Riau.
 Persaingan antara British dan Belanda bertambah sengit
Campurtangan di Perak
 Perak – negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh
politik British. British mengambil kesempatan drpd :
a) perebutan takhta kerajaan Perak
- pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja
Abdullah.
b) pergaduhan kongsi gelap Cina
- kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (Perang Larut)
 Penyelesaian – Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874
 Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. (J.W.W Birch)
Campurtangan di Selangor
 Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun
diperairan Selangor.
 Jun 1871, kapal saudagar cina dirompak oleh pengikut Raja
Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu
Raja Mahadi.
 British ambilalih Selangor dan J.G. Davidson sbg residen pertama.
Campurtangan di Sg.Ujong dan Negeri Sembilan
 Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar – kuasa
kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.
 Semua daerah di N9 jatuh ke tangan British dan akhirnya terima
residen pada tahun 1889- Martin Lister.

Campurtangan di Pahang
 Pertikaian sandara antara Bendahar Wan Ahmad dgn Wan Mansur
(1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan
masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang
J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.
Sistem Residen
 Bermula di Perak kemudian di Sengor, Negeri Sembilan Dan
Pahang.
 Melalui Sistem Residen, British boleh berkuasa terhadap NNM
dalam semu aspek – politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial.
 Matlamat Sistem Residen :
1. keamanan melalui undang-undang
2. sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
3. ekonomi – eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah
Kesan-kesan sistem Residen
 Pembangunan ekonomi Negeri
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh British
 Perubahan Politik
- Sultan berkuasa pada agama Islam dan adat-istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran – Residen berkuasa
 Perkembangan Sosial
- infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan
sebagainya.

Negeri-negeri Selat (NNS)


 Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
 Diketuai oleh gabenor – Robert Fullerton (pertama)
 1 april 1867 – Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
 1895, melalui Perjanjian Persekutuan – British tubuhkan NNMB.

empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang. 1 Julai


1896 berkuatkuasa secara rasmi.
 Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank
Swettenham.
 Faktor penubuhan NNMB

a) Masalah kewangan di Pahang


b) Kelemahan sistem residen
c) Mengurangkan belanja untuk pentadbiran
Kesan penubuhan NNMB
 British tubuhkan bbrp jabatan – jabatan kerja raya. Kemerosotan
kuasa raja dan pembesar
 Kuasa beralih kpd Residen Jeneral
 Sistem pentadbiran tersusun – Majlis Mesyuarat Persekutuan
 Timbul rasa tidak puashati di kalangan raja.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)


 Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok.
 Empat negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor pada
tahun 1914 terima Penasihat British.
Residen Residen Jeneral

J.W.W Birch Frank Swettenham

J.P. Rodger
Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-1941)
 Pengagihan kuasa pusat (dasar dentralisasi) diperkenalkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
 Faktor-faktor Disentralisai diperkenalkan oleh British :

a) Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa


pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan.
b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS)
c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
d) Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya
Tinggi (pentadbiran)
 Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di
Tanah Melayu
Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan Inggeris
Sistem Tahun Pengenalan Negeri-negeri Terbabit
Sistem Residen 1874-1889 Perak, Selangor,
Pahang, N.Sembilan
Negeri-negeri Selat 1826 Pulau Pinang,
(NNS) Singapura dan Melaka
Negeri-negeri Melayu 1896 Perak, Selangor,
Bersekutu(NNMB) N.Sembilan, Pahang
Negeri-negeri Melayu 1909-1919 Perlis, Kedah,
Tidak Bersekutu(NNMTB) Kelantan, Terengganu
dan Johor
Disentralisasi 1920-an Semua negeri di
Tanah Melayu
Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Penjajahan British
Penentangan Di Naning (1831-1832)
 Naning merupakan sebahagian drpd Melaka. Gabenor Fullerton
menyatakan Naning perlu bayar 1/10 drpd hasil ekonomi kpd
British.
 Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning).
Perang Naning tercetus pd bulan Julai 1831.
 Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka. Feb 1834
Dol Said menyerah diri.
Penentangan Di Selangor
 Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja
Mahadi dgn Raja Abdullah.
 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan
bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri
sokongan menentang Raja Mahadi. Walau pun hanya Perang
saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan
penduduk tempatan
Penentangan di Perak
 Sebab penentangan British di Perak :
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan
pembesar Melayu.
b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kpd
kerajaan British 1875.
c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch:
- hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kpd hamba
- campurtangan dlm adat resam org Melayu
d) Sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa Melayu
 Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum
tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak.
 Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah
Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
Penentangan di Pahang
 Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sbg
Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan
pemungut cukai dan majistret.
 British memperkenalkan sistem lesen dan permit- pungut hasil
hutan,cukai tanah dan sistem kerah.
 Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu
bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau
melancarkan Pemberontakan pada Disember 1891 dan serang
balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.
 Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato
Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan
dan akhirnya ke Siam.
Penentangan di Kelantan
 Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kpd British
dan James Scott Mason – penasihat British Julai 1909.
 Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas
(Tok Janggut).
 Punca penentangan :

a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram


b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
- Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan
kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh
Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat
pada 24 Mei 1915.
Penentangan Di Terengganu
 Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj Abd Rahman Hj
Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sbg
Pemberontakan Tani pada 1928.
 Faktor pemberontakan Tani :

a) Pungutan cukai – tanah, hasil tanah dan cukai kepala.


b) perkenalkan sistem pendidikan Barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk buuka tanah, bercucuk tanam
dan pungut hasil hutan.
 Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan
pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat
ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.
Penentangan Di Sarawak
 Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti
Brooke.
 Beberapa pemberontakan:
Rentap
- 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang
menjadi amalan tradisi org peribumi Sarawak. Melalui Rentap
mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh
pegawai Brooke - Alan Lee.
- 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit
Sadok.
Banting
- ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat
tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan
amalan tradisi tempatan
- 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
Sharif Masahor
- Penentangan berpunca drpd tindakan James Brooke
memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kwsn Sg.
Rejang.
- Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik
oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul
Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat
dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke
Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.
Asun
- Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920 orang Dayak
menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit
diketuai oleh Penghulu Asun.
- 1932, asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.
Penentangan di Sabah
 Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British.
 Dua pemberontakan tercetus iaitu :

a) pemberontrakan Mat Saleh


- Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai,
pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap
pembesar tempatan.
- siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan
Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada
1900.
b) Kebangkitan Rundum
- diketuai oleh Antanum pada 1915.
- faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan
hutan dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan.
- Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan
Antanum ditawan dan dihukum bunuh.
Gambar Tokoh Pejuang
Mat Kilau Mat Saleh

Dato Maharaja Lela Dato Bahaman


Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat Awal

Daerah/ Negeri Tokoh Pejuang


Naning Dol Said

Perak Dato Maharaja Lela, Dato Sagor

Pahang Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah

Kelantan Tok Janggut

Terengganu Abd Rahman Limbong

Sarawak Sharif Masahor, Rentap, Banting, Asun,


Datuk Patinggi Abdul Ghapur
Sabah Mat Saleh, Antanum
Jepun
Pengenalan
 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Seluruh
Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun pada 15 Feb
1942.
 Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu :

a) Pihak British kurang bersedia


b) Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India
c) Serangan melalui jalan laut.
- tidak menggunakan jalan udara. Dua buah kapal British
tenggelam Prince of Wales dan Repulse.
d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap
e) Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin
Tentera British Menyerah Kalah Kepada Jepun

Dua kapal British Repulse dan Prince of Wales


Pentadbiran Jepun
 Bercirikan ketenteraan. Antara ciri pentadbiran ketenteraan Jepun:

a) Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru diketuai oleh seorang


Presiden Jepun atau Gunseikan
b) Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun
c) Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri drpd
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan negara Thai –
Ogos 1943.
e) Tubuh pasukan perisik tentera – Tekkikan, Kempeitai dan Toko.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun
Kesan Sosial
 Penindasan terhadap org Cina
 Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk
membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan negara
Thai dan Burma
 Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan
makanan tidak berzat
 Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Org Cina
diberi layanan buruk dan berbaik-bauk dengan org Melayu. Timbul
perasaan permusuhan antara kaum.
 Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun-
Nippon-go dan lagu Kamigayo.
Kesan Ekonomi
 Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran British
telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.
 Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras.

Makanan beras diganti dengan ubi kayu.


 Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi
tidak bernilai.
 Masalah inflasi berlaku
Kesan Politik
 Beri kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna
propaganda ‘Asia untuk orang Asia’
 Org Melayu mendapat peluang pentadbiran
 Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar
oleh tentera Jepun
 Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis Malaya
(PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa
(KRIS)
 Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah Melayu.
Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun
 Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 setelah
kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman Hiroshima
dan Nagasaki.
 PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T Melayu dan
mencetuskan huru-hara.
 British isytihar darurat dan tubuhkan ranc. Briggs dan Templer untuk
memulihkan semula keadaan darurat.
 Pesuruhjaya Tinggi T Melayu isytiharkan darurat pada 17 Jun 1948
dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.
 Sir Gerald Templer –perkenalkan sistem pembahagian wilayah
kawasan putih dan kawasan hitam, sistem kad pengenalan,
kampung baru untuk menyekat pengaruh komunis melalui
rancangan Briggs.
 Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Anda mungkin juga menyukai