Anda di halaman 1dari 17

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan Pengenalan Peranan as-Sunnah Refleksi Individu Bibliografi Borang Kolaborasi

1 2 3 15 16 17

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya sempurnakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri ini. Tugasan yang diberikan ini berkaitan dengan tajuk Ulum Hadis yang dipelajari pada semester ini, iaitu berkaitan dengan peranan as-sunnah. Ketika pelaksanaan tugasan ini, banyak pihak telah terlibat untuk membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sekalung penghargaan dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sumbangan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pihak Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh kerana telah menyediakan banyak bahan yang sesuai dijadikan sumber rujukan untuk tajuk yang telah diberi. Sekalung penghargaan juga saya tujukan buat Encik Mohamad Razimi bin Husin selaku pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran ini kerana telah memberi bimbingan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantu dan menyumbangkan buah fikiran yang begitu bernas yang berkaitan dengan tajuk ini. Penghargaan seterusnya ditujukan kepada pihak-pihak lain yang turut membantu dalam menyiapkan tugasan ini biarpun terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga hasil tugasan ini akan menjadi sesuatu bahan yang berguna untuk diri sendiri dan orang lain pada masa akan datang.

PENGENALAN Pada tugasan bagi mata pelajaran Ulum Hadis yang dipelajari oleh pelajarpelajar PPISMP bagi kursus Pendidikan Islam semester 3, kami diminta untuk membincangkan mengenai kewibawaan dan peranan assunnah dalam masyarakat pada hari ini. Hadith merupakan sumber perundangan yang kedua selepas Al-Quran. Ia merupakan amali apa yang telah di jelaskan di dalam Al-Quran. Kadangkala ia mentafsirkan ayat, menjelaskan kekeliruan, memperincikan hukum hakam yang tidak di jelaskan di dalam mana-mana ruangan kecuali hadith. Apabila seseorang individu mendakwa bahawa hanya cukup beriman dengan Al-Quran sahaja, maka dia adalah sesat. Ini kerana beliau meninggalkan sumber perundangan Islam yang kedua iaitu hadith. Kini baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpengang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan Hadith. Melalui dua sumber utama ini, umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Berbagai hadis Nabi yang termaktub dalam kitab-kitab hadis pada masa kini. Asal mulanya ialah hasil kesaksian sahabat nabi terhadap sabda, perbuatan, taqrir, dan atau hal ehwal Nabi. Justeru, hadith diperlukan dalam memahami isi kandungan al-Quran, menjadikan hadith sebagai sumber rujukan dalam Islam yang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hadith dalam Islam sebagai sumber rujukan tidak tergugat oleh mana-mana faktor.

PERANAN AS SUNNAH

Menjadi penguat hujjah perkara yang telah di jelaskan di dalam alquran Peranan hadith atau as sunnah yang pertama adalah seperti yang disebut, iaitu hadith atau sunnah tersebut menjadi penguat hujjah bagi perkara yang telah di jelaskan di dalam al-Quran. Walaupun al-Quran itu diturunkan dalam bahasa yg mudah difahami dan mudah dibaca. Namun ia tetap memerlukan kepada as-Sunnah untuk menguatkannya. Ini seperti yang kita maklum bahawa beberapa perkara yang dijelaskan oleh Al-Quran seperti solat, zakat, puasa dan haji. Contoh:


Maksudnya: Dirikanlah solat dan tunaikan zakat 1 Ayat ini telah disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabda baginda:

Maksudnya: Islam itu di bina atas lima dasar utama iaitu shahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa ramadhan.2

1 2

Surah al-Baqarah ;83 Riwayat al-Bukhari


3

Menjelaskan dengan perinci perkara yang terdapat di dalam al-Quran Peranan kedua ini telah dibahagikan kepada beberapa perkara : a) Menjelaskan perkara yang umum Contohnya ialah Allah menyuruh hamba-Nya bersolat di dalam AlQuran tanpa di terangkan waktu solat, rukun-rukun, rakaat dan sebagainya. Firman Allah:


Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.3 Nas ini disebut dalam bentuk mujmal di mana tidak diterangkan cara, bentuk, syarat dan masanya yg khusus. Maka hadithlah yang memainkan peranan bagi menerangkan dengan lebih perinci cara perlakuan solat, rukun, hukum hakam dan sebagainya. Antaranya hadith baginda mengajar sahabatnya bersolat adalah :


Maksudnya: Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku bersolat4 Maka, semua cara mengerjakan sembahyang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui teori dan praktikal. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Apabila engkau berdiri betul, maka, takbirlah, kemudian bacalah manamana ayat yang mudah bagi kamu, kemudian rukuklah hingga tetap kemudian angkat kepala hingga berdiri betul, kemudian engkau sujud hingga tetap, kemudian engkau duduk hingga tetap. Demikianlah seterusnya engkau lakukan dalam semua ibadat sembahyang engkau.

3 4

Surah an-Nisa : ayat 103 Riwayat al-Bukhari


4

Begitulah juga bagi tajuk zakat, haji, pernikahan, muamalat, jenayah dan sebagainya yang umum di dalam al-Quran dan telah dijelaskan di dalam hadith-hadith Rasulullah.

b) Menyelesaikan permasalahan dan kekeliruan Kesamaran tentang maksud sebenar serta sukar difahami oleh pemikiran manusia. Walaupun ayat tersebut mempunyai makna zahir, tetapi makna sebenar dikehendaki ialah sebaliknya. Contohnya di dalam ayat AlQuran ada ayat seperti :


Maksudnya: dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar5 Maksud benang putih dan benang hitam di dalam ayat tersebut adalah samarsamar maknanya. Jika Melalui akal dan pemikiran manusia, ia adalah sukar difahami. Maka dengan itu, Rasulullah telah menjelaskan kesamaran itu dengan mentafsirkan bahawa benang putih itu adalah siang dan benang hitam itu pula membawa maksud malam. Contoh lain pula ialah:


Maksudnya: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.6

Maka, para sahabat mula bersusah hati dengan mengatakan manakah dari kalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman. Maka jawab Rasulullah Bukannya begitu, tidakkah kamu mendengar nasihat Luqman iaitu :

5 6

Surah al-Baqarah: ayat 187 Surah al-Anam:ayat 82


5


Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. 7 Maka fahamlah para sahabat bahawa kezaliman yang di maksudkan di dalam ayat tersebut bukan umum perkataan zalim malah membawa maksud yang dijelaskan oleh Rasulullah sebagai melakukan syirik kepada Allah subhanahu wa taala. Dua jenis di atas adalah menunjukkan bahawa hadith itu berperanan sebagai penguat dan penjelas kepada al-Quran tanpa khilaf oleh mana-mana ulama.

c) As-Sunnah mengkhusus Nas yang umum Maksud sebenar yang dikehendaki oleh al-Quran bukanlah keumuman ayat itu, tetapi hukum yg telah dikhususkan oleh al-Sunnah. Firman Allah yg berkaitan dengan wasiat:


Maksudnya: : Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anakanak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.8 Hukum yg terdapat dalam ayat al-Quran tadi adalah berbentuk umum. Ia tidaklah menjelaskan golongan yang berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa. Untuk itu, asSunnah telah mengkhususkannya: 1. as-Sunnah menjelaskan bahawa anak-anak Nabi tidak mewarisi harta pusaka, sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: Kami para Nabi tidak pusakai.9

7 8

Surah Luqman, ayat 13 Surah An-Nisa: ayat 11 9 Riwayat Bukhari


6

2. As-Sunnah juga telah mengkhususkan ayat tersebut yang berbentuk umum di mana pembunuh tidak dapat mempusakai sebagaimana sabda Nabi : Maksudnya: Pembunuh tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka orang yang dibunuhnya.10

d) As-Sunnah membataskan dan memuqayyadkan yang mutlak. Maksudnya di sini ialah as-Sunnah sebagai muqayyad ataupun membataskan terhadap ayat-ayat al-Quran yg mutlak. Dimana nas dan ayat yg bersifat mutlak diterangkan oleh as-Sunnah dengan terperinci dan qayyid. Firman Allah:


Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka. 11 Ayat ini adalah mutlak iaitu tidak menjelaskan secara terperinci kerana tidak dibataskan dengan sempadan tangan yang patut dipotong apabila disabit kesalahan dan tidak dibataskan jumlah atau kadar barangan curian yg boleh menyebabkan seseorang pencuri itu sama ada lelaki atau perempuan yang perlu dipotong tangan mereka. Justeru itu, tentang kadar barang yang dicuri, al-Sunnah membataskan kadarnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : Maksudnya: Tidak dipotong tangan seseorang pencuri, melainkan apabila ia mencuri barangan yg bernilai dinar atau lebih.12

10 11

Riwayat Abu Daud Surah al-Maidah: ayat 38 12 Riwayat al-Bukhari dan Muslim
7

Perkara tambahan atau sesuatu yang baru dalam al-Quran Ada sebahagian perkara yang tidak di bincangkan di dalam Al-Quran, ada yang di haramkan oleh Al-Quran yang tidak di jelaskan dengan perinci akan keharamannya. Antaranya pengharaman berkahwin dengan mengumpulkan dalam satu masa perempuan bersama dan makciknya sebelah lelaki dan perempuan bersama makcik sebelah perempuan, pengharaman memakan binatang yang mempunyai taring dan sebagainya lagi. Pengharaman menghimpunkan isteri dengan emak saudaranya serentak. Sebagai isteri pertama dan isteri kedua, baik sebelah bapa atau sebelah ibu. Firman Allah:


Maksudnya: dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.13 Apa yang telah dijelaskan oleh al-Quran ini ialah hanya tidak boleh menghimpunkan dua orang adik-beradik sahaja dalam 1 masa. Maka, melaui hadis Nabi yg menjelaskan dan menyatakan pengharaman menghimpunkan isteri dengan emak saudara serentak. Sebagaimana, sabda Nabi: Maksudya: Jangan kamu menghimpunkan isteri dengan emask saudaranya sebelah ibu atau bapa.14 Maka, kita sebagai seorang muslim hendaklah taat kepada seruan Rasulullah kerana ia berkaitan dengan ketaatan kepada Allah jua seperti Firman Allah :


Maksudnya: Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai

13 14

Surah an-Nisa:ayat 23 Riwayat al-Bukhari


8

Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).
15

Dengan ini, jelaslah kepada kita peranan hadith terhadap Al-Quran. Logiknya, tidak mungkin kita mampu memahami Al-Quran jika kita tinggalkan hadith. Mana-mana seruan yang membawa fahaman Al-Quran (seperti golongan

Quraniyyun) tanpa menggunakan hadith ternyata adalah seruan yang batil dan inilah yang menyebabkan pemahaman terdapat perkara-perkara islam tidak dapat di fahami dengan baik dan tersasar dari jalan yang benar.

As-sunnah sebagai sumber untuk mengetahui Nasikh dan Mansukh Menurut Imam Asy-Syafie, nas al-Quran hanya boleh dinasakhkan dengan alQuran atau al-Quran hanya memansukhkan al-Quran sahaja bukan dengan alHadis. Kerana kedudukan al-Quran lebih tinggi berbanding al-Sunnah. Walau bagaimanapun, al-Baidawi & al-Asnawi (ulama as-Syafie) berpendapat bahawa alSunnah bukan sahaja bertindak sebagai dalil dan bukti mensabitkan nasikh dan mansukh al-Quran. Tetapi, lebih jauh daripada itu, al-Sunnah juga boleh memansukhkan al-Quran. Contohnya sebagaimana firman Allah:


Maksudnya: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orangorang yang bertakwa.16 Ayat dan nas al-Quran ini telah dinasakhkan oleh as-Sunnah. Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud: Maksudnya: Tiada wasiat bagi ahli waris (penerima pusaka).

15 16

Surah an-Nisa : ayat 80. Surah al-Baqarah: ayat 180.


9

Hal tersebut membuktikan bahawa as-Sunnah harus memansukhkan alQuran dimana hukum dalam ayat al-Quran tersebut yg mewajibkan berwasiat terhadap harta peninggalan kepada ibu bapa, ahli waris dan kaum kerabat. Walau bagaimanapun, melalui as-Sunnah tersebut telah memansukhkan tentang kewajipan berwasiat terhadap harta peninggalan. Inilah peranan assunnah sebagai panduan hidup kita pada hari ini selain alQuran al-Karim. Seandainya tidak ada assunnah yang menasakhkan ayat al-Quran tersebut, maka kita terikat dengan hukum asal tersebut iaituwasiat juga boleh diberikan kepada ahli waris. Maka, setelah ayat tersebut dinasakhkan peraturan berwasiat tersebut berubah kepada di mana seseorang itu, tidak boleh memberi harta kepada ibu bapanya dan ahli warisnya yg menerima pusaka secara berwasiat. Hal ini kerana bagi ahli waris, nereka telah mendapat bahagian mengikut pusaka. Antara lain, pada hari ini As-sunnah atau hadis rasulullah juga berperanan dan dijadikan sebagai panduan amalan bagi seorang muslim bagi menambahkan lagi zikrullah atau ingatan pada tuhan-Nya, iaitu Allah azza wa jalla. Antaranya ialah: MEMPERBANYAK ISTIGHFAR DAN TAUBAT Di antara fadhilah istighfar ialah menentramkan jiwa yang resah dan gelisah, menenangkan fikiran yang kusut, menghilangkan bisikan dan godaan syaitan, dan mendatangkan kecintaan Allah Swt. Merujuk kepada kata-kata Al Aghror Al Muzany Ra: Rasulullah Saw bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya adakalanya timbul perasaan di dalam hatiku, maka saya membaca istighfar (minta ampun) dalam sehari seratus kali. [HR Muslim] Abu Hurairah Ra berkata: Saya telah mendengar Rasulullah Saw bersabda:


Maksudnya: Demi Allah, saya membaca istighfar (minta ampun) dan bertaubat kepada Allah tiap hari lebih dari tujuh puluh kali. [HR. Bukhari]

10

Ibnu Abbas Ra juga berkata, bahwa Rasulullah Saw bersabda:


Maksudnya: Siapa yang tetap membaca istighfar, Allah akan melepaskan dari segala kesulitan dan melapangkan segala kesempitan, dan memberinya rizki yang tidak terhitung (disangka-sangka). [HR. Abu Daud]

Berkata Abu Bakar Ra: Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku satu doa yang dengannya aku berdoa di dalam shalatku. Lalu bersabdalah beliau : Katakanlah (ucapkanlah):


Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendzalimi diri dengan kedzaliman yang banyak.

Dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah daku dengan satu pengampunan dari sisi Engkau dan rahmatilah daku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. [HR. Bukhari & Muslim] MEMPERBANYAK ZIKRULLAH Wahai para mukminin dan mukminat, marilah kita perbanyak zikrullah karena ia mempunya banyak manfaat. Ibnul Qayyim telah menemukan sekitar 80 manfaat zikir. Beliau mengatakan manfaatnya tidak terbatas, di antara manfaat-manfaat itu: mengusir syaitan, menggapai ridha Allah swt, ridha menerima taqdir Allah, memberikan ketenangan jiwa, menghilangkan waktu kosong, kesedihan dan keresahan, mengumpulkan kekuatan dan tenaga (rohani), memperoleh pahala yang agung, menghapuskan segala dosa, hati menjadi tenang dan tentram, serta memantapkan iman. Inilah perintah Allah Swt supaya kita banyak berzikir kepadaNya:

11

Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. [QS. Al Ahzab, 33: 41-42]

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. [QS. Al Baqarah, 2: 152]

FirmanNya lagi: Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang. [QS. Thaaha, 20: 130] Abu Musa Al Asyari ra berkata: Telah bersabda Rasulullah Saw:

. [ ] :

Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah, bagaikan perbedaan antara orang yang hidup dan orang yang mati. (HR Bukhari) Dan dalam riwayat Muslim: Perumpamaan rumah yang dipergunakan zikir kepada Allah di dalamnya dan rumah yang tidak ada zikrullah di dalamnya, bagaikan perbedaan antara yang hidup dan yang mati. Abdullah bin Busr ra berkata: Seorang bertanya: Ya Rasulullah! Syariat Islam sangat banyak amal kebaikannya, maka ajarkanlah kepadaku sesuatu yang akan saya pegang baik-baik. Jawab Nabi saw:


12

Maksudnya: Hendaknya tetap selalu lidahmu basah dari zikir (ingat) kepada Allah. [HR. Tirmidzi]

MEMPERBANYAK MEMBACA AL QURAN Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi Saw telah bersabda:

: : .
Maksudnya: Shaum dan Quran itu memintakan syafaat untuk seorang hamba di hari kiamat nanti. Shaum berkata: Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula Al Quran: Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia tidur di malam hari (karena membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat. [HR. Ahmad] Dari Abu Umamah Ra, ia berkata bahwa Rasullah Saw telah bersabda:


Maksudnya: Bacalah Al Quran, karena sesungguhnya Al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya. [HR. Muslim] Dari Ibnu Abbas Ra:

.
Maksudnya: Adalah Nabi saw seorang manusia yang sangat dermawan (dalam kebaikan) dan beliau paling dermawan pada bulan Ramadhan di kala beliau berjumpa dengan Jibril as. Dan adalah beliau berjumpa dengan Jibril pada setiap malam di bulan Ramadhan, kemudian Jibril mengajarkan atau mentadaruskan Al Quran kepada beliau. Dan adalah Rasulullah saw

13

sangat dermawan dalam kebaikan (dibulan ramadahan) lebih cepat dari angin yang berhembus. [HR. Bukhari dan Muslim] Selain itu, Disunnahkan untuk menyegerakan buka puasa setelah yakin kalau matahari telah terbenam. Dari hadits Sahl bin Saad, Radiallahu Anhu bahwa Rasulullah telah bersabda:


Maksudnya: Terus-menerus manusia berada dalama kebaikan selama mereka masih menyegerakan buka puasa. (HR. Al-Bukhari no. 1757 dan Muslim no. 1098) Dan dari Abu Hurairah secara marfu.

Berdasarkan contoh-contoh amalan yang disebutkan, ianya menjadi sunnah yang boleh kita ikuti sebagai panduan bagi seorang muslim. Maka hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah mengenai amalan-amalan tersebut boleh kita ikuti.

14

REFLEKSI INDIVIDU Alhamdulillah bersyukur kerana dengan limpah dan rahmatnya akhirnya dapat saya siapkan tugasan bagi mata pelajaran Ulum Hadis ini. Tugasan ini adalah dilakukan secara individu dan fokus bagi tugasan ini adalah berkaitan dengan topik yang dipelajari pada semester ini, iaitu berkaitan dengan peranan as-Sunnah dalam masyarakat pada hari ini. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak manfaat iaitu saya dapat mendalami ilmu berkaitan topik ini di samping dapat menambah beberapa ilmu baru yang mana tidak diketahui saya sebelum ini. Walaubagaimanapun di sebalik manfaat yang saya peroleh, saya juga menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini dimana saya kurang memperoleh bahan rujukan bagi tajuk yang diberikan, saya bersama rakan saya telah mula untuk mencari maklumat berkaitan tajuk di pusat sumber, tetapi maklumat yang diperoleh adalah sangat terhad. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih, saya telah meminjam buku dari rakan-rakan yang mempunyai bahan yang berkaitan. Di samping itu, saya juga ada melayari beberapa laman web yang bermanfaat bagi tajuk ini.

15

BIBLIOGRAFI 1. Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2005, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn. Bhd. 2. Assibai D.M, 1982, al-Hadits Sebagai Sumber Kedua Hukum, Bandung, CV. DIPONEGORO. 3. Pembentangan rakan-rakan di dalam kelas mengenai tajuk Peranan Assunnah.

16

Anda mungkin juga menyukai